Shopping Buku Karangkraf Online Selamat Sampai

Shopping Buku Karangkraf Online Selamat Sampai | Alhamdulillah masa tarikh keramat 12.12 yang lepas Karangkraf Online ada buat promosi jualan buku RM1 untuk satu buku dengan syarat kena beli 12 buah buku, kalau kurang dari 12 buah harga setiap buah buku akan jatuh RM5 setiap buku. Masa tu tak fikir apa panjang sebab memang terasa berbaloi sangat untuk dibeli. Lagipun resit nanti boleh claim masa suami buat e-filling. 

Lepas empat hari sabar menunggu, buku-buku pun selamat sampai ke rumah. Memang teruja habis. bila unboxing je buku-buku tu dah mula tersenyum lebar. Seram juga bila susun buku-buku tu dah lebih tinggi daripada laptop pula. 

Apa yang Diah beli sempena Sale Karangkraf Online 12.12?

Minat terhadap novel dah berkurang semenjak usia mencecah 30an ni, jadi beli pun buku campur-campur termasuk buku kesihatan, motivasi dan juga hasil kraf tangan. Mana tahu timbul minat seni pula. 

Karangkraf Online Sale 12.12
12 Buah Buku

Buku-buku yang telah selamat Diah rembat sempena Sale 12.12 ialah:

1. Aduhai Isteri Oleh Muhamad Mat Yakim
2. 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy Oleh Dr. Mohd Azreen Ezairy Mohamad Sallih
3. Jom Kreatif
4. Koleksi Kraf Mudah & Comel
5. Bayangan Rindu Oleh Anis Ayuni
6. Ingin Berkasih Lagi oleh Damya Hana
7. 3 Hati oleh Liza Nur, Nurul Syahida & Zara Amani
8. Akidah Kita Nyawa Kita oleh Yussamir Yusof
9. Aku Duda Kau Janda oleh Airis Dania
10. Awak Sudi Tak? Oleh Liza Nur
11. Awekku Kembar Oleh Siti Rozilah
12. Chocolate Mousse Vs Cheese Cake Oleh Syahirah Ibrahim

In sha Allah ada kesempatan akan Diah kongsikan benda-benda best tentang buku-buku yang Diah beli ni. Apa pun kalau beli buku untuk tambah ilmu memang tiada ruginya. Akan jadi rugi bila beli tapi tak baca dan amalkan. Mana tahu kot Tahun Baru nanti akan ada Sale macam ni juga. Boleh borong lagi tapi kali ni nak borong buku Motivasi pula. Atau cari buku perniagaan. Best juga. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Genre kita ada yang sama, husniey suka jugak buku motivasi. Banyak manfaat boleh kutip..

    ReplyDelete
  2. Smaa la kita tak minat sangat dah nak baca novel cinta cintu hahaha.. Aritu Cik Ash beli gak tapi ada masalah bahagian payment xlepas nak buat bayaran last x jadi hahaha sedih sgt xdpt

    ReplyDelete
  3. wohhh banyak nye ! sempat ke weih nak bace

    ReplyDelete
  4. Pergh.. Meriah.. Selamat membaca Diah..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.