Pengalaman & Tip Potty Training Anak Tiga Tahun

Rodiah Amir
0

Pengalaman & Tip Potty Training Anak Tiga Tahun | Bercerita tentang pengalaman aku sendiri melatih anak potty training memang nak tergelak rasanya. Sejujurnya perasaan nak menangis lagi banyak.

Maklumlah tahap kesabaran tu semakin lama semakin menipis bila umur semakin meningkat. Memandangkan anak aku yang nombor dua nak masuk tiga tahun jadi aku berhasrat nak ceraikan dia dengan lampin pakai buang. 

Maka bermulalah kisah potty training anak aku.



Berapa umur terbaik untuk Potty Training?

Banyak artikel yang aku baca kata seawal umur dua tahun dah boleh latih untuk potty training asalkan anak anda faham dengan arahan dan dia pandai nak beritahu anda yang dia nak buang air kecil atau buang air besar.

Berbalik pada kisah potty training anak aku, masuk umur tiga tahun baru aku yakin dia faham arahan dari aku. 

Sengaja aku mulakan bila umur dia tiga tahun disamping aku mengumpul kekuatan dan kesabaran nak tangani dugaan andai kata dia terkucil dekat lantai.


Pengalaman Ajar Anak Potty Training

Aku baru mula tiga hari yang lepas. Tiga hari yang mencabar dan dengan bangganya aku umumkan Potty training tu GAGAL. Ye tuan-tuan dan puan-puan, misi gagal. Mari tepuk bahu aku sambil ucap takziah.

Aku hanya latih dia pada waktu siang dan waktu malam aku pakaikan dia lampin pakai buang. Aku rancang perlahan-perlahan untuk bebas lampin waktu malam bila dia dah pandai control bunag air pada waktu siang hari.

Hari pertama aku terangkan kenapa tak perlu pakai lampin pakai buang dan dia ok tapi dia kurang faham. Bila tak pakai lampin dia jadi sangat berhati-hati nak membuang.

Sudahnya anak aku tahan kencing dan tahan nak buang air besar. Malam baru dia buang air besar sebab aku pakaikan lampin pakai buang. Hari pertama dia sembelit. kahkahkah.




Penat tak usah di cakap la. Nak layan drama penakut dia, nak hadap karenah anak bongsu aku yang setahun tu lagi. Jadi tumpuan agak terganggu bila aku kena tidurkan adik dia, dan nak tak nak aku pakaikan dia lampin pakai buang. 

Jadi dekat situ dah tak konsisten.



5 Tip latih anak Potty Training

#1 Kenalkan Anak Dengan Tandas Dan Biasa Kan Anak Dengan Fungsi Tandas

Aku memang purposely akan cerita dekat dia apa yang orang buat di tandas. Asyik la ulang tanya “kalau nak kecing pergi mana kakak?” 

Dia akan jawab.. Tandas mama. Second day baru dia minta ke tandas. Sebelum tu memang aku asyik tanya je nak ke tandas atau tak.



#2 Mula Bila Ibu Dan Anak Bersedia

Jangan latih potty training sehingga anda bersedia terutama sekali bagi ibu. Kawalan emosi amat penting. 

Jangan fikir dengan sekali percubaan sahaja latihan itu akan membuahkan hasil sebab setiap kanak-kanak adalah berbeza. Janga biar anda dan anak anda tertekan.



#3 Paksa Dia Kencing Setiap Setengah Jam

Rajinkan diri bertanya anak setiap setengah jam. Makin banyak dia minum dan makan semakin kerap la anda harus tanya. 

Macam Raudah dia tak dapat bayangkan kencing tu macamana, air tu keluar dan apa perlu dibuat. Masa pertama kali berjaya kencing, dia menjerit bersorak kegembiraan. 

Syabas nak, syabas. Berjaya juga kau faham kencing tu apa.



#4 Puji Jika Berjaya Dan Jangan Marah Jika Anak Gagal Bertahan

Aku selalu amalkan untuk puji dia apabila dia berjaya buat sesuatu. Dan sekarang dia asyik puji diri sendiri bila berjaya kencing.

Hebat kan kakak mama, pandai kan kakak, bagus la kakak ni. Angkat bakul sungguh kau nak.


#5 Sabar Dan Teruskan

Melatih anak potty training perlukan kesabaran dan kesungguhan tinggi. Kalau si ibu perlu kekuatan untuk bersabar, maka fahami lah yang anak perlukan kekuatan untuk melawan ketakutan dia terhadap perkara baru bagi dia. Bak kata orang putih, steady and slowly.

Secara keseluruhan, pengalaman & tip potty training anak tiga tahun ini adalah pengalaman sekali seumur hidup yang pasti anak dan ibu akan ingat sampai bila-bila.

Aku berpegang untuk menghayati setiap detik yang aku dan anak-anak lalui. Selamat berjaya untuk ibu-ibu yang sedang melalui fasa potty training. Kita boleh!


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)