Kisah Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018

by - June 26, 2019

Kisah Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018 | Dapat bayangkan tak tekanan kalau hidup di negara yang pentingkan kecantikan macam dekat Korea. Aku terbaca tentang kisah kontroversi kemenangan Miss Korea 2018, Miss Soo Min Kim. Jadi kontroversi bila kemenangan Miss Korea 2018 dipertikai sebab dia tak cukup ‘cantik’ di pandangan rakyat Korea. Cantik selalu dikaitkan dengan putih dan kurus. Sama la kan dekat Malaysia, semua berlumba-lumba nak kurus dan putih.


Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018

Korea memang terkenal dengan rakyat yang begitu obses dengan kecantikan. Tengok la mereka yang terlibat dalam bidang hiburan, memang harus sempurna dalam bab-bab penampilan diri. Pendek kata, yang nak masuk industri hiburan kena cukup pakej. Harus cantik, kurus dan berbakat. Kalau ikut kan Korean standard beauty (South Korea), perempuan yang beratnya melebihi 50 kilogram tidak kira berapa ketinggian dia akan di anggap ‘chubby’ oleh masyarakat. Perghh. Depress woi. Memang sah aku termasuk kategori gajah chubby kalau di Korea.

Jadi wartawan tanyalah berat Miss Soo Min Kim, dengan yakin dia jawab berat dia ialah 58.9 kilogram dengan ketinggian 173 centimeter. Ikut kiraan BMI dia kira normal la. Masyarakat Korea pula cadangkan untuk dia turunkan berat badan ke 47 kilogram. Baru ideal katanya. Habis la tinggal rangka. Selain dari isu berat badan, ramai pertikai kemenangan Miss Soo Min Kim sebab dia bukan dari bidang kecantikan sebaliknya graduate in International Business.


Cabaran Menjadi Miss Korea 2018

Kisahnya, mamat yang interview tu tanya la apa yang berlaku sepanjang Miss Soo Min Kim bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Korea. Seronok ke? Apa cabaran dihadapi sepanjang pertandingan dan soalan soalan-soalan lain yang biasa ditanya. Rupa-rupanya masa awal-awal dia menyandang gelaran Miss Korea, dia di hentam teruk dalam internet.

Miss Soo Min Kim kongsikan pengalaman semasa Pertandingan Peringkat Negeri, semua peserta dikawal ketat. Hari pertama mereka tiba di akademi, semua beg mereka di periksa untuk pastikan tiada peserta bawa coklat atau makanan ringan. Paling teruk, jika peserta nak ke tandas harus ditemani security guard sebab ada sebelum ni kes peserta lari.

Berjaya Dinobatkan Sebagai Miss Korea 2018

Setelah berjaya melalui pelbagai tugasan dan tempuh banyak cabaran, akhirnya Miss Soo Min Kim ditabalkan sebagai Miss Korea 2018. Sejurus dia menang dia banyak terima kutukan dan fitnah bukan sahaja pada diri dia tapi ahli keluarga dia. Mula-mula dia down dan akhirnya di bangkit dan dia cuba nak betulkan persepsi rakyat Korea tentang kecantikan. Setiap orang patutnya rasa cantik dan yakin dengan diri sendiri.

Kenapa aku masukan kisah kontroversi kemenangan Miss Korea 2018 dalam blog aku tak lain tak bukan aku juga nak sampaikan mesej yang sama. Kecantikan bukan segala-galanya. Tak berguna muka cantik tapi tiada ilmu dan adap. Kalau boleh biarlah semua seimbang. Muka cantik akhlak pun cantik. Jom sama-sama muhasabah diri, elak diri dari tertekan dan jadi bangga dengan diri sendiri. Kita boleh!


You May Also Like

3 Comments

  1. Saya tak minat sangat la dengan korea2 ni. macam plastik je semua hehe

    ReplyDelete
  2. awak cantik bagi saya..sharing tips please!Hihihi

    ReplyDelete
  3. sempitnya pemikiran diorang ni mmg kena tune balik

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.