In Him I Put My Trust, Tawakal

Rodiah Amir
1
Alhamdulillah untuk segala yang terjadi. In Him I Put My Trust, Quran 9:129 atau dalam bahasa mudahnya Tawakal. Hidup aku sebulan dua penuh dengan kejutan tak disangka. Datang macam ribut dan sekarang masih bergelora.

Aku bersyukur aku masih tegak berdiri walau kadang seakan mahu cari dahan untuk berteduh. Kehidupan kami di uji apabila mak jatuh sakit. Dah lama mak sakit, tapi mak pendam. Mak menolak ke hospital.

In Him I Put My Trust

Sepanjang tempoh penolakan, mak gigih berjuang nak sihat. Tapi lama kelamaan semangat mak pudar. Mak jadi redha andai Allah masih belum izinkan mak sembuh.

Cuma aku kurang setuju mak redha tanpa ada usaha nak sembuhkan diri. Maksud aku pergi ke hospital. Mak sebenarnya bosan makan ubat. Pergi ulang alik ke hospital tapi masih sama. Alahai mak.



Tawakal Kepada Allah Yang Satu

Kemuncaknya bila mak sakit dan adik beradik mula tegas. Sebaik mungkin perasaan dijaga takut terkena tempias anak derhaka. 

Nauzubillah. Ibarat tarik rambut dalam tepung, tak mahu tepung berselerak dan nak tarik tepung sehabis baik.

Satu benda yang aku belajar, setiap perkara dimulakan dengan DOA, di ikuti dengan usaha dan ikhtiar dan pengakhirannya kau harus Tawakal. Tawakal juga bermaksud kau kena percaya dengan apa Allah aturkan.

Doa Usaha Ikhtiar Tawakal (DUIT)

Setiap kata-kata merupakan satu doa. Tak pernah kami adik beradik lupa nak keluarkan kata-kata supaya lembut hati mak nak dapatkan rawatan.

Perkara paling teruk bila kami dah terlambat nak bawa mak ke hospital. Alhamdulillah. Walau tak mudah tapi Allah beri keizinan jua.

Usaha kami adik beradik adalah mencari kata sepakat. Guna kelebihan anak yang tua. Mak akan mendengar kata anak yang tua. Entah, bukan takut atau menjaga hati. Mungkin yang tua lebih faham isi hati mak.

Bukan mudah sepanjang proses mak sakit, dimasukan ke hospital, menjaga mak semasa sakit, ambil giliran cuti dan korbankan banyak benda.

Satu hikmah yang aku nampak, kami adik beradik lebih banyak komunikasi. Lebih banyak bergantungan di antara satu sama lain. Personally, ujian ni buat aku lebih kenal suami.
Mudah je situasi. Suami ambil tanggungjawab menjaga anak-anak dan uruskan hal persekolahan. Dia beri izin untuk aku jaga mak. Rezeki.

Mak Lebih Sensitif Dari Biasa

Mak yang aku kenal adalah mak yang ber semangat waja. Mak tak mudah mengalah dan mak memang tahan sakit. Bersalin sepuluh kali, dah tahu mak macamana kuatnya. Tapi semuanya berubah bila mak sakit kali ni.

Selain fizikal yang lemah, jiwa mak mudah terusik. Mak jadi over sensitif. Mak sedih anak lelaki tak sentuh dan belai. Makan nak kena bersuap, kena selalu pujuk dengan kata-kata manis.

Sepanjang mak sakit, aku panggil mak baby, aku selalu sebut, good mak, bagus mak kuat, bagus mak nak minum, Alhamdulillah mak boleh bangun.


Beli Jiwa Mak

Ada fasa mak sakit mak refuse makan atau minum. Kali pertama mak masuk hospital kemudian mak dibenarkan keluar. Lepas tu mak uzur sangat. Mak menangis menahan sakit. Badan pula seram sejuk.

Tak tahan tengok keadaan mak, kami upah private ambulance hantar mak ke hospital yang sama. Dua minggu mak disana. Banyak pengalaman dan cerita yang keluar.

Hari ke hari mak semakin sihat. Sempat aku jaga mak beberapa hari lepas tu mak minta balik kampung. Rindu rumah.

Saat ini, mak gembira dijaga anak menantu di kampung. Adik beradik yang lain usaha untuk beli keperluan untuk mak supaya senang dan mak selesa. Beli pampers, beli katil dan tilam hospital, beli vitamin yang perlu dan kami tak beri mak makan makanan tambahan mak suka makan masa sihat dulu.

Minta doa dari korang supaya mak terus sihat. Mak rindu nak berjalan. Sekarang mak tak mampu nak berdiri lama, berjalan macam biasa. 

Mak kata nak tanam lada lol. Ada hati tu. Sihat la dulu wahai baby ku nanti senang nak buat apa pon. By the way tahun ni mak genap 68 Tahun pada 27 November nanti. In Sya Allah.


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. semoga mak terus sihat. dan semoga sekeluarga dipermudahkan untuk menjaga mak. Get well soon. isnya allah

    BalasPadam
Catat Ulasan