Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

By Rodiah Amir - October 27, 2019


Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Pernah tak korang bayangkan, jika pasangan korang meninggalkan korang dan keluarga. Tak kisah atas apa jua alasan, sama ada bercerai mahupun pergi menghadap Ilahi selamanya. Bagaimana nasib korang dan ahli keluarga korang?

Banyak berita yang kita dengar setiap hari, isteri kehilangan suami kerana sakit atau kemalangan dan terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil. Perit, sungguh tak terbayang kalau benda tu jadi dekat diri aku. Nauzubillah.

Aku kongsikan topik kali ni bukan aku nak promote apa-apa produk jualan, cuma nak sebarkan kesedaran supaya bersedia menghadapi kemungkinan andai kita di uji dengan ujian kehilangan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?


Hidup Hanya Sementara

Aku selalu ingatkan diri yang nyawa kita ni bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Hidup Hanya Sementara. Sesungguhnya benar, apa yang kita ada ni semuanya pinjaman dari Allah. Dah jadi prinsip aku akan ingatkan diri supaya hidup sehabis baik, biar bila dipanggil nanti mudah-mudahan tak dihukum kerana gagal laksanakan amanah Allah.

Sama juga tentang suami dan anak-anak. Anak-anak dan kehidupan masih perlu diteruskan jika salah seorang dari kami meninggal. Apa yang penting, apakah kami bersedia? Apa plan untuk teruskan kehidupan. Jadi aku fikir amat-amat perlu untuk kita yang masih hidup ni sentiasa tahu apa yang perlu dibuat, apa rancangan jika ada kecemasan dalam hidup.

Bayangkan Pasangan mati


Apa perlu buat?

  • Sebagai wanita, amat penting untuk kita ada kesedaran tinggi. Lagi besar tanggungjawab jika anak-anak masih kecil.
  • Jangan terlalu manjakan diri dan belajar berdikari.
  • Kalau selalunya kita bergantung hidup pada suami semata-mata dah tiba masa kita perlu cari pendapatan sampingan sebagai back up.
  • Belajar berniaga dan pegang duit sendiri. Mana tahu kelak jadi perniagaan keluarga yang boleh kita wariskan pada anak-anak pula.
  • Mulakan seawal mungkin tabung pendidikan untuk kemudahan anak-anak.
  • Sediakan plan takaful untuk keluarga. Paling aku risaukan, ahli keluarga sakit dan kita perlukan duit untuk menjalani rawatan tapi kita gagal nak sediakan. 
  • Kongsi password bank dan urusan kewangan dengan pasangan. Bayangkan kita ada duit tapi kita mampu tengok je dalam bank.
  • Sentiasa berkomunikasi dan berbincang tentang plan kecemasan dengan pasangan. Masa ini lah kita kongsikan segala ikhtiar hidup dan tip survival supaya pasangan boleh teruskan kehidupan walaupun tanpa kita.
  • Bersedia dengan apa jua perubahan dalam hidup. Berlapang dada dan sentiasa positif. Sentiasa fikir kita adalah harapan dan juga pelindung masa depan anak-anak. Jadi cuba buat yang terbaik.


Setiap saat masa menulis entri kali ni, aku letakkan diri di tempat mereka yang kehilangan orang tersayang. Mana mungkin akan sama meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak berseorangan.

Aku doakan mereka yang diuji dengan kehilangan pasangan semoga sentiasa kuat, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dan dilapangkan kesulitan menjalani kehidupan.
Semoga doa yang sama melantun kembali pada aku.




  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. setiap ujian tersebut ada hikmahnya..

    yang pasti tiada kekal di dunia ni..

    baik pasangan atau harta benda.

    mumgkin kehilangan atau mungkin bertambah.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.