Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

By Rodiah Amir - October 26, 2019

Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Pertama kali makan Marrybrown masa umur aku 12 tahun waktu ikut rombongan sekolah rendah ke Menara Kuala Lumpur. Dekat Pahang tak ada weh. Datang ke Kuala Lumpur baru jumpa Marrybrown. Nama pun budak-budak, memang excited la memandangkan kali pertama cuba. Seingat aku makan nasi lemak Marrybrown.

Lepas tamat pengajian aku kerja dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi pilihan fast food yang ada jadi memang jarang la aku singgah Marrybrown. Dan faktor utama ialah Marrybwon tak buka banyak cawangan padahal makanan dia not bad dari segi rasa dan harga.

Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat

Aku mula makan Marrybrown semula bila ada branch dia buka dekat sangat dengan rumah tak lain tak bukan Marrybrown dalam Melawati Mall. Yes. Anak aku paling excited nak makan sebab dia nampak promosi Korean Chicken.

Kalau ikut suami dia akan ikut je selera anak isteri. Selalu pilihan dia kurang kena selera kami dan memandangkan aku food blogger tersohor maka dia kena ambil kira pandangan aku. Nasib la suami eh. Untung tau kahwin dengan aku. eh!

Set Korean Sensasi Ayam Terhangat

Dalam set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada enam ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga minuman ringan. Apa yang sedapnya, ayam goreng ni diselaputi sos melekit Korean yang manis dan pedas dan ditabur dengan bijan.

Untuk yang tahan pedas, level kepedasan kepak ayam ni sedang-sedang aje. Bagi aku yang tak tahan pedas, skala pedas adalah 2.5/5. Lidah aku agak manja tapi aku suka la makan. Rasa sos dia agak terlalu manis bagi aku dan melekit.

BACA JUGA ~ Ayam Korea Chicken Plus

Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat


Anak aku suka sangat makan sambil kesat air mata lepas tu selang seli dengan air manis. Walaupun pedas dia teruja nak habiskan. Kena la tu dengan tekak dia. Kalau ikutkan tekak aku yang biasa juga makan makanan Korea, sos dia lebih kepada selera orang Malaysia.

Kalau makan Set Korean Sensasi Ayam Terhangat ni waktu lunch semestinya aku perlukan nasi sebagai sampingan. Lebih sesuai makan waktu tea time sekadar alas perut. Kalau tanya berbaloi atau tidak untuk di cuba, semestinya harus la cuba kalau korang peminat makanan Korea dan open untuk cuba benda baru.

Masa makan tu juga kami cuba Nasi Ayam Marrybrown, Mee Kari dan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Nasi ayam tu sesuai untuk anak-anak tak makan pedas dan mee kari tu kuah pekat tapi kurang masin bagi tekak aku. Tapi habis je aku makan. 

Sedikit kecewa dengan essert Pisang Goreng Aiskrim. Rasa dia pelik. Korang nak cuba silakan, mana tahu sedap kat tekak korang. 



  • Share:

You Might Also Like

3 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.