Kepentingan Belajar Ilmu Parenting Sebelum Berkahwin

Rodiah Amir
2
Aku sejenis suka lepak dekat Twitter berjam-jam untuk baca isu dan juga persoalan-persoalan anak muda dekat sana. Memandangkan aku dah semakin menghampiri umur 35 tahun, agak terlewat juga aku mengenali fungsi Twitter. 

Banyak lagi media sosial yang aku tak senaraikan seperti TikTok, Bigo, Wechat, dan banyak lagi. Ah pening.

Kalau nak bandingkan Facebook dan Twitter, dua medium sosial itu memang jauh berbeza, ibarat langit dan bumi. 

Twitter lebih dimonopoli oleh anak muda, berdarah panas, dan orang yang lebih moden pemikiran mereka.

Kepentingan Belajar Ilmu Parenting Sebelum Berkahwin 

Kalau di Facebook pula, golongan yang berusia lebih ramai di sana. Itu pandangan aku, korang boleh setuju untuk tak bersetuju.

Pendekatan dan cara penyampaian juga berbeza ya. Jika Twitter suara lebih lantang di kicaukan. Mana lebih baik? 

Maaf aku tiada jawapan sebab baik buruk kita sendiri yang tentukan. Kalau kau cari circle yang baik dan positif maka yang baik-baik akan datang kepada kau walau dekat mana kau berada.




Belajar Ilmu Parenting Dari Media Sosial

Apa yang aku nak tekankan untuk entri kali ini adalah dari sudut pandang seorang ibu yang mempunyai tiga anak dan aku nak highlight kepentingan belajar ilmu parenting sebelum tiba waktunya. 

Pernah baca kan keluhan ibu bapa bila anak-anak mula memberontak dan terlibat dengan masalah, “ibu dulu takut nak buat kesalahan, takut atuk kamu marah..tapi kamu” Bila Ibu Melahirkan Tuan!


“Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, karena mereka hidup bukan di zamanmu” –Ali Bin Abi Thalib. 


Sejujurnya keluhan itu pernah keluar dari mulut aku sendiri. Benda tu biasa je sebab pendedahan, cabaran, dan ujian kita tak sama dengan zaman anak kita dibesarkan. 

Ibu bapa tak boleh nak samakan apa yang mereka belajar dan faham boleh diaplikasikan kepada anak-anak zaman sekarang.

Zaman aku dilahirkan dulu, cabaran utama aku ialah kurangnya harta benda. Jadi nak dapatkan sesuatu atau peluang hilang macam tu sahaja disebabkan tiada harta.

Anak generasi sekarang cabaran utama mereka ialah fikiran dan perasaan. Emosi mereka berkembang cepat disebabkan gaya hidup, perkembangan teknologi dan macam-macam lagi. 

Bukanlah aku kata tak boleh ajar anak 100% tetapi ibu bapa kena study dan tahu apa trend sekarang dalam ilmu parenting. 

Bentuk cabaran macamana kita bakal lalui? Apa yang anak-anak kita terdedah kalau mereka aktif di media sosial macam Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Remaja Mudah Tertekan??


Anak Belajar Dari Persekitaran, Role Model

Atas kesedaran itulah aku cuba penuhkan ilmu dalam diri supaya aku lebih bersedia menjawab persoalan anak aku dalam 10-15 tahun akan datang. Sekarang anak sulong aku berusia 9 tahun dan selalu aku hadap soalan-soalan dari anak aku tentang apa yang berlaku dalam televisyen dan hasil dari apa yang dia tonton.

Contoh terdekat, dia peminat rancangan Running Man. Memang aku nampak sedikit sebanyak anak aku terikut-ikut dengan dialog, cara selesaikan masalah, cara dia bergurau dan kadang-kadang soalan yang out of box dia akan tanya aku.

Dan ya, ada baik buruknya.

Apa yang aku kongsi hari ini bukan bermaksud aku nak bermegah, bukan. Aku sekadar menulis memberi peringatan kepada diri sendiri, akan tiba satu masa aku perlu baca kembali apa aku tulis ini sebagai nasihat terbaik jika aku diuji dengan masalah.

Jadi apa aku buat sekarang ialah, aku cuba memahami cara anak muda lontarkan suara, apa sebenarnya ada dalam hati mereka sebab pengguna Twitter tak segan silu untuk luahkan perasaan termasuk mencarut. Nak cari bahan porno di sana pun berlambak. Itu yang aku risaukan.




Aku percaya aku tak mampu nak kawal semua benda, tapi aku boleh minimakan risiko sesuatu perkara. Lebih baik aku bersedia dengan ilmu instead of aku hanya menunggu. Selain dari pembacaan buku-buku parenting, real life experiences juga sangat-sangat membantu. 

Kadang-kadang tak jadi untuk keluarga sendiri tapi berlaku kepada rakan, jiran, sepupu jauh. Inilah sebaik-baik guru dalam kehidupan. Jangan hanya sibuk nak jadi tukang kritik, jadi hakim dan judge manusia lain tapi jadilah orang bijak dan ambil pengajaran buat bekalan diri di masa hadapan.

Aku stop sampai sini dahulu, topik ni walaupun berat tapi aku enjoy untuk tulis. Cabaran ibu bapa zaman moden. In Sha Allah kita jumpa lagi di lain entri kalau kemalasan aku tidak berpanjangan. Jaga diri, amalkan jarak sosial dan jadi manusia bertanggungjawab. tak lama lagi anak nak sekolah. Babai.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sama sama usaha ke arah pengisian yang terbaik untuk anak kita!

    BalasPadam
  2. since sy pun x lama lagi akan begelar isteri, entri ni sangat membantu.
    thanks for sharing sis!

    BalasPadam
Catat Ulasan