Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz

Rodiah Amir
0
Hobi membaca buku ni memang dah lama sebati dalam diri aku, paling aku ingat adalah zaman aku sekolah menengah. Memang bertimbun novel dan juga majalah kesayangan aku. 

Kalau korang lahir tahun 80-an mesti kenal majalah “Blues Selamanya”. Hoi berhantu majalah tu, setiap keluaran memang aku tak pernah terlepas beli.

Itu cerita zaman dulu, zaman sekarang orang baca buku online free je berlambak website yang sediakan bahan bacaan buku online percuma. Bila usia semakin meningkat, masa lapang aku dah semakin kurang. 

Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz

Aku lebih banyak buat aktiviti luar, jadi hobi membaca buku jadi perlahan dan masa tu aku terasa sangat otak aku tak berkembang. Lol.

Serius tau, bila kita banyak membaca, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat dan semakin sihat otak manusia. 

Sebab tu kalau korang tengok kebanyakkan mereka yang suka membaca ada cahaya di wajah mereka, muka kelihatan muda setiap masa dan setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka sangat berharga. Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz.



Review Buku Dajal Dalam Diri, 30 Sifat Keji (Cegah & Hindar)

Kalau korang sejenis suka membaca buku tak kira genre buku, aku nak cadangkan sebuah buku yang sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. 

Buku terbitan KADOKKAWA GEMPAK STARZ, hasil tulisan oleh Jane, Adda dan juga HK.L atau lebih dikenali dengan nama pena SisYoujae

Buku ni bukan komik mahupun novel ya, buku yang bertajuk “Dajal Dalam Diri”. Kalau nak tahu buku ni adalah buku motivasi, development psychology, & personality and motivation. 

Dalam buku ini juga dikongsikan 30 sifat keji yang ada dalam diri manusia dan bantuan tips serta bimbingan cara cegah dan hindar agar kita tak terus menerus terjerumus menjadi dajal.

Bila sebut perkaatan Dajal, memang sinonim kita akan sebut makhluk bermata satu yang akan merosakan iman manusia. 
Dajal akan tiba satu masa nanti dan akan menggoda manusia agar menjadi pengikut dia.

Penulis-penulis menggunakan kiasan dajal yang sebenarnya merupakan sifat keji yang tertanam dalam diri kita secara sedar mahupun tidak. 

Kupasan penulis yang ringkas, penggunaan bahasa moden dan mudah difahami menyebabkan aku beli buku ni.

Apa yang buat aku tertarik nak beli buku ini selain daripada isu buku yang menarik adalah disebabkan cover buku ni sendiri. 

Penggunaan warna, tulisan serta imej yang dipilih cukup buat mata aku terpegun dan seterusnya untuk membaca. 

Bak lirik laju tujuh nasihat, orang dulu kata kerana mulut badan binasa sekarang kerana mata jari berbicara maka terhasillah review ikhlas tentang buku Dajal Dalam Diri.



Dekat Mana Nak Beli?

Aku beli buku di MPH Mid Valley kebetulan masa tu aku mencari komik Boboiboy untuk anak sulong aku. Terlajak masuk dan terlajak beli buku ini. 

Korang boleh beli juga secara online di laman web INI dan tunggu buku sampai depan rumah. Tersangat lah mudah beli belah secara online ye kawan-kawan.

Harga buku ni RM20 sahaja. Aku pernah beli buku dari Shopee (MPH store) dan aku chat mereka untuk tanya stok buku yang ada, korang juga boleh buat perkara yang sama asalkan korang tahu judul buku yang korang nak beli. 

Kalau korang sejenis yang perlu pegang buku dan lihat sendiri dengan mata maka korang wajiblah ke cawangan-cawangan MPH berdekatan. 

Kedai buku lain tak pasti ya, mungkin ada. Nak mudah korang simpan je gambar buku aku kongsi ni dan tunjukkan masa book hunting nanti.




Selain conteng buku dengan higlighter warna warni, aku suka letak sticker note bagi memudahkan aku rujuk nota yang aku buat. Senang sikit.

Buku Peluang Kedua pun best juga. 


Kesimpulan

Seperti yang aku terangkan dekat atas, buku Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz amat berbaloi untuk dimiliki. 

Secara peribadinya aku rujuk buku ini untuk aku lebih kenal diri sendiri. Banyak sangat perkara yang boleh aku improve dan kalau perkara buruk tu semestinya aku cuba untuk tinggalkan. 

Buku ni juga jadi senarai semak segala ilmu yang aku pegang selama aku bernyawa. Jadi aku memang sarankan untuk korang beli untuk diri sendiri, untuk anak, adik beradik yang baru nak mulakan kehidupan supaya mereka dapat jawapan cara nak hindari sifat keji dalam diri. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)