Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Aku baru perasan setiap kali tahun baru mesti aku akan buat Kek Butter. Boleh tengok dekat entri lama, masa bulan Februari 2018 aku kongsikan resepi Kek Butter Simple dan bulan Januari 2019 aku kongsi resepi Kek Butter pandan pula.

Maksudnya awal tahun 2020 sahajalah aku tak buat Kek Butter. Syabas buat diri sendiri sebab sebelum ni aku memang tak pandai dan penakut nak buat kek. Eh bukan kek je, masakan lain pun sama juga.

Kisahnya suami minta aku buat Kek Butter sebab katanya teringin. Nak ditolak rasa kasihan pula, lagipun senang je sebenarnya buat Kek Butter. Jadi petang tu ajak suami keluar beli tepung kek. Bahan-bahan lain dah ada dekat rumah.

Kek Butter ni memang dah jadi kegemaran suami sejak dulu lagi. Kalau aku beli atau buat Cheese cake memang dia tak makan sangat. Tekak tak boleh terima katanya. Beza betul citarasa aku dengan dia. Jadi setiap kali nak makan Cheese Cake aku akan beli je.



Resepi Kek Butter Pandan 

Resepi Kek Pisang Moist


Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

250 gram Butter

250 gram Gula

6 biji telur

2 cawan tepung kek

2 Sudu Kecil Essence Vanila

 

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

Pukul butter gula sehingga kembang. Aku kurangkan jumlah gula sebab aku tak suka manis sangat.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

Jangan lupa masukkan Essence Vanilla.

Alas Loyang dengan kertas baking untuk elak kek melekat.

Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar kek pada suhu 160c api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.

Aku bahagi kepada adunan untuk dapat kek yang sekata dan tak melimpah.



Pernah cuba Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan ?

Petua aku belajar untuk elak kek kembung dan naik tak cantik ialah kena buat sedikit lekuk di tengah kek. Ternyata menjadi ya. Kek aku naik sekata.

Peratusan nak kek butter ni tak menjadi adalah sangat sedikit. Jadi jangan lah takut. As I said kek paling mudah nak buat, hanya pastikan pukul butter dan gula dalm dua minit macam tu. Kalau takut mencuba sampai bila tak pandai kan?

Selamat mencuba.  



Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama