Surat Pelepasan Perjalanan Sepanjang Tempoh PKP

Rodiah Amir
17

Cara Buat Surat Pelepasan Perjalanan Semasa COVID-19. 

Sepanjang restriction Movement Order (RMO) atau nama lain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services) sahaja yang diberi kebenaran untuk keluar bekerja.

Antara bidang yang terlibat ialah peruncitan (pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian), kesihatan, pertahanan, kewangan dan beberapa lagi sektor. Selain sektor yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita adalah dilarang sama sekali untuk keluar apatah lagi buat cash on delivery (COD).

Walaupun peruncitan dibenarkan, tetapi untuk urusan COD contohnya makanan, hanya Grabfood dan Foodpanda sahaja (berdaftar) yang diberi pelepasan untuk buat penghantaran. Selain daripada itu kena dapatkan surat pelepasan dari pihak Polis untuk elak di tahan semasa buat penghantaran COD.

Baca Tentang ~ Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional B40 & M4





Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Sepanjang Tempoh PKP (Contoh Penghantaran Barangan Runcit)

Untuk mereka di kawasan PKP, hanya boleh keluar untuk urusan penting hanya terhad dalam lingkungan 10km sahaja dari tempat kita tinggal. Selain tu kena tunjuk surat sebab kalau keluar. Kalau tak mahu ditahan polis kita guna khidmat runner untuk hantar barang kepada pelanggan.

Selain itu, pihak berkuasa menasihatkan supaya membawa dokumen pengesahan alamat tempat tinggal seperti bil air atau elektrik, bil telefon dan sebagainya sebagai bukti tempat tinggal kita. 

Aku kongsikan contoh surat pelepasan perjalanan semasa perintah kawalan pergerakan khas untuk penjual yang nak keluar untuk urusan penghantaran barangan runcit kepada pelanggan. Surat contoh asal telah dikongsi oleh Puan Astiey di Facebook beliau yang menjual ayam herba. Boleh follow beliau kalau nak beli ayam herba atau Susu Pisang Neelofa okeh.

Nama
Alamat (Kalau ada perniagaan lebih baik)
No telefon
_________________________________________________________________________________

Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Bahagian ini penting untuk di isi ikut daerah korang)

Tuan/Puan

SURAT PELEPASAN PERJALANAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (PENGHANTARAN BARANGAN RUNCIT)

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah wakil bagi penghantaran barangan runcit (barang x) kepada pelanggan kami.

2. Disini saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:

Nama:
No K/P:
No Pendaftaran Kereta:
Tarikh:
Masa:
Kawasan Penghantaran:

3. Pihak kami amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.

4. Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


………………………………..
(Nama)

Pengesahan Surat Pelepasan Dari Pihak Polis

Langkah seterusnya selepas siap surat pelepasan tu boleh lah bawa surat tu ke pejabat polis daerah korang tinggal dan dapatkan cop serta pengesahan. Cepat atau lambat bergantung kepada balai polis masing-masing. Kena ingat tau, surat kena print tak boleh tulis pakai tangan.

Bila memasuki fasa ketiga PKP ni pihak Polis semakin ketatkan perintah kawalan dan juga soal siasat dengan lebih terperinci. Menurut kawan-kawan yang berniaga dan melakukan COD, mereka diminta untuk menunjukan sijil SSM dan juga senarai pelanggan yang nak buat COD.

Ada sesetengah kawasan mungkin pihak berkuasa minta lebih dari itu. Bagi aku selagi pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab, kita sebagai rakyat sama-sama berikan kerjasama supaya penderitaan kita berakhir tak lama lagi. In Sha Allah. 


Borang Permit Pergerakan PKP dan PKPB Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah

Merujuk kepada pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media terkini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021. 

Justeru pihak Polis memaklumkan bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

4 Langkah Memohon Pergerakan Perjalanan

Muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;



Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang; dan

Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.


Individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet, anda dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau PKPB yang telah disediakan.










Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka TIDAK PERLU mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. 

Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.

Sumber : PDRM


Itu sahaja perkongsian kali ini, diharap dapat membantu peniaga-peniaga dekat luar sana. Cuma diharapkan agar tidak ada pihak yang salah gunakan surat pelepasan ni untuk kegunaan lain. Dah cukup baik pihak polis masih mengizinkan peniaga-peniaga untuk keluar. Kalau kemudahan ini ditarik balik, kasihan pula pada peniaga-peniaga yang nak cari rezeki melalui berniaga.

Catat Ulasan

17Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Bagusnya perkongsian nie.. harap dpt membantu ramai pihak yg inginkan rujukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha tu lah harapnya masing-masing bertanggungjawab dan jangan salah guna

      Padam
  2. Alhamdulillah company mama HR yg biarkan.. juga Ada Surat dRi kementerian sebab tgh buat job gomen

    BalasPadam
  3. wah !! bagus ni.. memang ramai cari surat camni untuk memudahkan keluar - masuk antara sempadan..

    BalasPadam
  4. Oh, kat sini polis tak berapa strict sangat maybe sebab kurang kes covid. Bagitau je nak pergi mana biasanya lepas dah. Kalau dah ada surat camni, senangla copy paste :P

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, bagus perkongsian ini. Semoga bermanfaat utk semua yang diperlukan... Happy blogging sis! =D

    BalasPadam
  6. Bagus diah siap ajarkan.. terbaik.. moga dipermudahkan semuanya..

    BalasPadam
  7. thank you for sharing this akak. might need this later

    BalasPadam
  8. thank you share, semoga bermanfaat bagi mereka yang sangat memerlukan pelepasan perjalanan kan.

    BalasPadam
  9. jom patuh pada arahan penjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri pada tahap yang paling maksimum

    BalasPadam
  10. wahhh terbaikkk. siap ada contoh surat lagi tu bagi memudahkan perjalanan kalau ditahan roadbloack kan :D

    BalasPadam
  11. Sekarang ni kena mohon lagi tak kebenaran masa PKPB ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dikawasan saya Taman Melawati, KL dan terdekat nak rentas negeri perlukan kebenaran dari pihak polis. Polis pula akan beri kebenaran hanya untuk urusan kematian, kerja itupun kena ada surat sokongan dari syarikat atau hospital

      Padam
  12. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. semoga mempermudahkan mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  14. semoga semuanya dipermudahkan.. nk dptkan surat polis pun jenuh menunggu

    BalasPadam
Catat Ulasan