Pengasas Aplikasi Sugarbook Orang Malaysia?

Rodiah Amir
1

Hari ni seharian aku mentelaah berita tentang aplikasi Sugarbook yang sedang kecoh diperkatakan di media sosial. 

Mana taknya zaman aku muda dulu mana ada aplikasi berkaitan Sugar Daddy dan Sugar Baby. Eh mungkin ada tapi tak popular macam sekarang.

Sebagai ibu bapa millennial (Gen Y) dan sedang membesarkan anak-anak Gen Z wajib lah kena ambil tahu tentang isu panas macam ni. 

Nauzubillah dan minta dijauhkan seluruh keturunan terlibat dengan maksiat.


Pengasas Aplikasi Sugarbook Orang Malaysia?

Beberapa hari lepas laman sesawang Sugarbook telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) dan pengasasnya Darren Chan telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.

Betul eh Darren ni orang Malaysia? Berdasarkan paparan akaun Linkedin, Darren Chan yang kini berusia 34 tahun merupakan anak kelahiran Pulau Pinang kemudian dia telah melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia.




Apa Sebenarnya Aplikasi Sugarbook?

Sugarbook adalah laman web temu janji dalam talian yang menghubungkan Sugar Baby dengan Sugar Daddy (dermawan kaya) secara online. 

Ianya merupakan platform yang mana Sugar Baby dan Sugar Daddy bertemu dan membina hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Aku tertarik nak kongsikan sesi temubual Darren Chan bersama TOC TV – The Online Citizen yang telah dikongsikan di saluran Youtube mereka pada April 2020.

Aplikasi Sugarbook wujud sejak Januari 2017 di Singapura yang bertujuan untuk menghubungkan Sugar Baby dan juga Sugar Daddy. 

Setiap ahli akan senaraikan ciri-ciri pasangan yang mereka mahu ke dalam aplikasi.

Dalam video tersebut Darren kata mereka memilih Singapura kerana ekonomi Singapura yang bagus dan mempunyai kadar Gross Domestic Product yang tinggi. 

Jadi dia jangkakan aplikasi ni akan diterima baik dan berkembang pesat di Singapura.

Sesiapa sahaja boleh jadi Sugarbaby termasuklah suri rumah, single mother, dan juga student. Dan Darren memang target student untuk jadi ahli Sugarbook sebab itu dia wujudkan Student Program dalam aplikasi Sugarbook ni. 

Setiap pelajar Universiti yang daftar jadi ahli dan guna alamat email university akan dapat upgrade akaun premium secara percuma. 

Semua maklumat & data peribadi pengguna mereka dirahsiakan. Ini berdasarkan apa yang diterangkan oleh Darren dalam video tu.

Tambahan lagi, Millennial hari ni faham yang the best way to meet people now is tru online dating app. 

Bak kata mak aku, zaman dah berubah. Teknologi dah maju jadi mereka pilih untuk bina network dengan ramai orang dan student ada peluang untuk kenal dermawan kaya raya.

Selain tu Sugarbook dapat bantu student yang nak rasa hidup mewah, tak buang masa dengan lelaki yang belum matang, emosi tak stabil dan tidak berduit. Dapat elak juga dari terjebak dengan toxic relationship.



Jadi point utama ialah Sugar Baby mencari Sugar Daddy untuk support hidup mereka, support emosi, jadi mentor, tidak ketinggalan be financial supporter dan juga invest in their life goal. Ha begitu. Itu apa yang aku faham lepas tengok video temubual tu.

Masa dia mula-mula start buat Sugarbook dia ingat akan ada banyak supply of sugar daddy tapi sebenarnya pendaftaran menjadi Sugar baby lebih banyak.

Apabila aplikasi Sugarbook semakin dapat sambutan, Darren bercadang nak luaskan dan kuasai pasaran ke Asia Tenggara, Tokyo dan juga London.

Temubual Darren Di Sini!

Aku tertarik nak kongsi pendapat seorang pengguna Twitter, Liyana Abdul yang buat thread tentang Sugarbook. Liyana ni alumni Universiti LimKokWing. 

Dia tak burukkan Universiti mahupun sesiapa cuma berkongsi awareness bahayanya aplikasi Sugarbook kepada pelajar.

Ada kemungkinan ahli yang daftar dalam aplikasi Sugarbook terutama Sugar Daddy adalah scammer. Logik juga bila dia mentioned orang kaya kalau nak cari Sugar Baby dia tak perlukan app. Begitu juga Sugar Baby pun boleh jadi scammer.

Baca thread dekat sini. 

Saling tipu mentipu. Cuma aku terfikir kalau jadi apa-apa kepada Sugar Daddy mahupun Sugar Baby siapa akan bertanggungjawab ya?

Khas untuk Umat Islam, Mufti Wilayah Persekutuan pun dah tampil beri nasihat yang umat Islam sama sekali dilarang sertai aplikasi Sugarbook.

Janganlah kita mendekati zina. Sama-sama lah kita beringat. Dugaan wang ringgit atas dunia ni memang kuat godaan dia terutama waktu dunia dilanda Pandemik.

Sebagai ibu bapa yang masih jauh lagi perjalanan nak membesarkan anak-anak (moga Allah izinkan) aku berdoa sangat anak-anak aku sentiasa dipelihara dan ditunjukkan jalan yang lurus. Berat seksaan di akhirat kelak kalau terjerumus ke kancah maksiat.

Semoga kita semua dilindungi. Aku nak sambung membaca lagi dan terima kasih sanggup baca entri aku sampai ke punghujungnya. Jumpa lagi next entri.


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan