Cara Kenal Pasti Sentuhan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Rodiah Amir
0
Murung sekejap lepas baca thread Twitter Akhi Fairuz tentang perlakuan seorang lelaki dewasa bertindak mencium seorang kanak-kanak lelaki, mulut ke mulut. 

Atas alasan kanak-kanak lelaki itu adalah adik/anak angkat dan sebagai cara mereka berkasih sayang jadi dia cium dekat mulut.

Eh geramnya aku. Jauhkanlah perkara begini ke atas keluarga dan keturunanku Ya Allah. Sampai kesudah aku tak boleh tidur. Sakit hati, nak muntah pun ada. Jijik sangat perbuatan tu.


Cara Kenal Pasti Sentuhan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Sakitnya masyarakat kita, sudahlah buat perkara yang salah kemudian dengan bangganya muatnaik video di media sosial. Bila ditegur benda yang memang salah dikatanya perkara tu adalah perkara normal.



Situasinya begini, lelaki terbabit muatnaik video cium mulut ke mulut dengan kanak-kanak lelaki di TikTok dan kemudian apabila orang marah dan mula kecam dia kata ahli keluarga dia memang dah amalkan cium macam tu sejak dulu lagi.

What?

Berbondonglah orang menyebarkan video tu dan akaun TikTok lelaki tu dah di padamkan oleh pihak TikTok katanya. 

Ramai yang report akaun dia maka habis setakat itu sahajalah. Tapi sebelum akaun dia dipadamkan, ada netizen yang berjaya screenshot jawapan lelaki ni bila netizen marah dia cium mulut kanak-kanak tu.

Seperti menegakkan benang yang basah dan dia tak rasa apa dia buat tu salah. Serius aku tak boleh fikir. Lagi sakit hati katanya budak tu Autisme, jadi kalau budak tu Autisme kau boleh buat apa kau nak ke animal?

Hey aku betul-betul marah. Sebagai ibu kepada tiga orang anak, dan bila perlakuan salah macam ni cuba dinormalisasikan dalam masyarakat semestinya aku bangkang. Syaitan apa yang merasuk dia?




Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Sebenarnya dekat sekolah dah di ajar kepada anak-anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak. 

Topik ni aku selalu bincang dan borak dengan anak lelaki aku. Aku terangkan sebaik mungkin sebab apa tau, aku tahu dunia dekat luar sana sangat bahaya.

Aku tak boleh berada di sisi dia 24 jam jadi aku fahamkan anak aku yang sentuhan tidak selamat tu adalah perkara salah. Kalau ada yang pernah lakukan sentuhan tidak selamat kena beritahu aku. Tak terbayang bila kita orang dewasa ni salah guna kepercayaan kanak-kanak yang sepatutnya kita lindungi dan jaga mereka.

Kena tahu ya mulut, dada, kemaluan, paha dan punggung adalah anggota sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak. 

Tidak ada sesiapa pun boleh menyentuh termasuklah memegang dan mencium bahagian terbabit tanpa sebab termasuk ibu bapa.

Tolonglah sebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang supaya alert dengan isu macam ni. Masyarakat kita selalu ambil remeh dan malu tak bertempat. Sudahnya masing-masing diam dan rasa kesalahan itu adalah normal.

Gila.


Boleh Ke Buat Laporan Pada Pihak Berkuasa?

Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya sekiranya berhadapan dengan situasi begini, atau ada orang sekeliling kita menjadi mangsa. Bolehkan kita buat laporan kepada pihak berkuasa?

Aku kongsikan jawapan dari Akhi Fairuz ni, jika kita nak buat laporan perkara yang kita perlu buat ialah screenshot semua bukti, save video, dapat video dari mana, link url tiktok lelaki berkenaan dan nyatakan ia melanggar akta kanak-kanak dibawah sekysen 14 dan 15.


Jadi tolonglah jangan teragak-agak kalau berjumpa dengan mangsa atau anda kenal sesiapa yang perlukan pertolongan sila hulurkan bantuan. 

Aku ada terbaca yang Menteri Agama akan comment juga isu ni, jadi tak sabar nak baca penerangan beliau.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)