Masalah Bateri Telefon Cepat Habis

Rodiah Amir
0
Sejak seminggu yang lepas lagi telefon aku dah nyawa-nyawa ikan. Kalau dekat hospital doktor dah pasang alat bantuan pernafasan untuk terus hidup. 

Petang semalam iphone aku terus koma. Pendek umur dia.

Walaupun dah caj penuh tapi bila guna walaupun hanya untuk check whatsapp bateri drop teruk. Bateri telefon aku cepat habis woi. 

Kalau on camera untuk ambil gambar lagi teruk laju bateri flat. Kemuncaknya bila aku log in Instagram dan nak buat IG story handphone terus terpadam. 


Masalah Bateri Telefon Cepat Habis

Memang tak senang duduk, iphone ini lah yang jadi alat untuk aku menjemput rezeki. Banyak jasa dia sejak 5 tahun lepas. Selagi boleh bertahan aku plan nak guna sehingga hujung akhir tahun ni. Harap dia bertahan la hendaknya.




Kedai Baiki Telefon The Mekanik Wangsa Maju

Petang tu ajak sparring partner cari kedai untuk baiki telefon. Sebenarnya tahun lepas aku dah tukar bateri dekat salah satu kedai repair handphone dalam Wangsa Walk. 

Tokey tu cakap bateri original dan kena bayar RM250.

Ikutkan ada warranty lagi 6 bulan tapi aku decided tak pergi ke kedai tu semula dan cari je kedai repair telefon yang lain. 

Sebab apa? Sebab aku rasa teraniaya, aku rasa tokey tak beri product knowledge secukupnya.

Salah aku lah agaknya sebab tak tanya macam-macam kan?

Kami survey kedai baiki telefon dekat area Wangsa Maju. Macam biasa aku ikut je mana sparring partner bawa dekat kedai mana. 

Dia lagi arif bab ni. Rezeki terjumpa Kedai Baiki Telefon The Mekanik Wangsa Maju.

First time jejak kaki ke sini. Berhampiran dengan Wangsa Walk. Kedai tu sebaris dengan Kedai Serbaneka Royale Mart, sebelah Restoran Arab Village. Berdekatan juga dengan Balai Polis Wangsa Link KLSC.




Salah satu faktor kami ke The Mekanik sebab page Facebook dia aktif. Banyak posting terbaru jadi keyakinan tu tinggi lah sikit. 

Awal-awal tu terfikir nak ke Machine je sebenarnya sebab takut kena tipu lagi sekali. Tapi hasil risikan kawan-kawan semua tempat sama je kecuali service caj dan product knowledge.

Faham-faham sajalah kalau ke Machine pastinya harga kayangan lah.

Masuk ke kedai The Mekanik ni agak luas, selesa sebab ada ruang menunggu untuk customer sementara telefon dibaiki. Ada sofa disediakan. Sebijik macam kita pergi ke klinik tunggu giliran jumpa doktor.

Sampai giliran kami terus ceritakan apa yang berlaku. Aku memang dah agak isu bateri sebab Batery Health untuk Maximum Capacity telefon aku 61% sahaja. Utnuk pengguna iphone boleh check dekat setting battery.

Sebenarnya kalau Batery Health untuk Maximum Capacity 75% performance battery sebenarnya dah agak teruk. Ready jelah kena tukar bateri baru. Kalau kau orang memang pengguna heavy user masalah bateri ni perkara biasa. 


Baiki Telefon Pelanggan Depan Mata

Apa aku suka dekat The Mekanik Wangsa Maju ialah dia praktikkan konsep baiki telefon pelanggan di depan mata. 

Menarik konsep tu sebab pelanggan boleh lihat sendiri proses baik pulih. Tak dinafikan ada pelanggan yang risau jika telefon ‘di apa-apa kan’ ketika dibaiki.

Bila tengok abang ni bedah telefon aku depan mata, mulut jadi ringan je nak tanya banyak benda. Kagum pun ye juga. Komponen dalam handphone punyalah halus, banyak benda-benda comel dan complicated.



Bagi aku siapa yang kerja dalam bidang membaiki telefon memang sejenis yang teliti, hati cekal dan nampak la semangat abang ni bekerja.

Ikhlas tu terpancar dalam setiap tindakan.  Sesambil dia bedah iphone aku sesambil tu aku selit soalan tanya.

Masa borak sempat aku korek rahsia, apa kelayakan perlu ada kalau nak jadi doktor telefon ni.  Nak diagnos, nak bedah, bagi ubat yang betul supaya telefon sihat semula. 

Hebatnya abang ni dia kata dia tak ada kelayakan khusus dalam bidang ni pun (dulu dia photographer) dia jadi terror macam hari ini sebab dia belajar.

Seminggu je..Semuanya terpulang pada diri. Mahu? Minat? Dan sempat dia selit.. "Jangan memilih kerja"

Ayat last tu deep..

Berbalik kepada masalah iphone aku tu, memang penyelesaian aku ialah kena tukar bateri, nak tukar batery original atau pun jenama Yoobao. 

Abang tu suggest Yoobao sesuai untuk heavy user macam kaki game dan Grab Rider. Sedar diri sendiri pun tergolong dalam golongan heavy user jadi aku pilih bateri Yoobao. 

Semestinya harga bateri Yoobao sedikit mahal. Aku bayar RM220, dan harga bergantung kepada jenis model telefon ya. 

Ada warranty selama 18 bulan tertakluk kepada 3 pembatalan warranty iaitu broken sticker void warranty, Water damage void warranty, dan bateri kembung void warranty. 




Bateri Telefon Jadi Panas

Sedikit sharing soal jawab semasa abang tu baiki telefon ialah penyebab bateri jadi panas ialah processer tengah running, telefon pernah kena air even sedikit pun akan effect telefon. Lagi satu penyumbang ialah banyak applikasi di install dalam handphone dan running.

Selain itu, tabiat masa caj handphone pon menyumbang kepada kerosakan bateri dan telefon. Contoh perkara yang perlu elak kalau nak bateri tahan lama:

  • Jangan guna telefon sambil caj.
  • Jangan biar battery dah 0% baru nak caj, seeloknya bila 10% dah kena caj.
  • Elak caj handphone jika bateri masih banyak. Contoh battery level 70% tapi sebab nak keluar jumpa kawan jadi sambung caj nak bagi full. Tindakan tu bakal rosakkan telefon.
  • Masalah bateri aku pula ialah dia jadi kembung. Faktor penyumbang ialah over charge bateri. Boleh berlaku juga bateri meletup. Hoi takut. Hati-hati.
  • Perkara lain perlu tahu kalau untuk iphone ya, phone Android aku tak pasti. Di bahagian setting, battery dan kena tengok Battery Health.
  • Telefon boleh meletup jika perkataan “temperature”muncul di setting. Macam kes bateri telefon aku keluar perkataan “service”. Apa aku faham kalau aku tak tukar bateri sekarang, perkataan service bertukar kepada temperature dan itu juga merupakan warning sebelum bateri meletup.

Nasihat aku untuk kau orang yang ada masalah nak baiki telefon, please cari kedai yang buat product sharing. Kena rajin dan ringan mulut bertanya tentang masalah telefon. Hak kita untuk tahu sebab kita bayar kan?  Sekarang telefon dah kembali sihat jadi marilah kita bekerja sekuatnya.

p/s: Antara perkara yang buat aku repeat bila membeli, seller ikhlas buat kerja, tak kedekut senyum dan tak kedekut ilmu.

The Mekanik Wangsa Maju

No 19-G jalan wangsa Delima 10 D,Wangsa Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur

Facebook TheMekanik Wangsa Maju

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)