Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit

Rodiah Amir
Semenjak balik bercuti dari kampung waktu Raya Haji lepas sehingga sekarang kesihatan kami sekeluarga masih tidak menentu. Bermula dengan anak sulong yang demam panas selama dua hari dan kembali sihat pada hari ketiga. 

Elok je abang Ikhwan sihat, adik dia pula si Raudah demam muntah-muntah. Risau melarat aku terus beri ubat demam dan syukur suhu badan dia tak tinggi. Hari kedua dah tak muntah. Tak melarat. 



Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit 

Jadi kami suami isteri dalam mode berjaga-jaga dan bersedia nak bawa ke klinik. Aktiviti diteruskan macam biasa. 

Suami ke pejabat dan anak-anak aku sengaja rehatkan di rumah. Nak pantau kesihatan mereka sebenarnya. 

Dua hari aku cutikan anak-anak dari ke sekolah, sepanjang waktu tu memang aku dan suami tak cukup rehat. 

Anak-anak banyak kali terjaga waktu malam. Merengek panas dan tak selesa. Cuaca pun silih berganti hujan dan panas. 



Kesihatan-terjejas


Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit 

Peliknya, waktu siang masing-masing cergas je. Selera makan tak terjejas. Setiap hari antara perkara yang aku tekankan bila anak-anak tak sihat supaya banyak minum air masak, makan vitamin C dan makan buah-buahan. 

Perkara sama berlaku kepada kawan-kawan sekelas anak aku. Setiap pagi berderet ibu bapa update guru kelas yang anak-anak tidak sihat termasuk lah selesema, batuk, demam dan muntah. Saling berganti-ganti mereka cuti.  

Seminggu bertahan menjaga anak-anak giliran aku pula kecundang. Demam menyerang. Lepas makan ubat suhu turun tapi migraine pula datang. Sakit kepala tu macam nak pecah. 

Sapu minyak angin dekat kepala pun tak jalan. Lepas suami urut baru lega. Apa aku perasan setiap kali demam dan migraine mesti akan muntah. Muntah macam orang mengandung morning sickness tu. 

Setiap kali muntah sehingga keluar air liur hijau yang pahit. Seksanya. Kalau sebelum kena Covid, demam tu lain sangat. tak seteruk selepas kena Covid. 


demam-panas


Simtom lain pula badan automatik sakit, lenguh otot, pinggang sakit. Macam demam saraf. Paling teruk kalau demam dan sekali dengan PMS. 

Sudah dua bulan berturut-turut aku demam menjelang tarikh period. Kebiasaan aku akan senggugut. Dia berganti-ganti. 

Masuk hari kedua kesihatan semakin baik. Betul-betul di uji kami kali ni. Perasaan penat kerja Korban masa Raya Haji belum habis, sambung menjaga anak-anak tak sihat pula. 

Emosi memang tunggang langgang dan semangat nak hidup tu flat je. Semangat nak kerja apatah lagi memang lenyap terus. Syukur la aku buat freelance. Kalau kerja pejabat macam dulu entah macamana agaknya. 

Media sosial pun aku tak update. Jenguk juga Instagram sesekali tapi nafsu nak buat posting memang tak larat. Sepanjang aku tak sihat aku hanya buat apa yang mampu. 

Banyak aku plan tapi semua tersangkut dalam otak sahaja.  Mampu fikir sahaja, nak menaip entri pun rasa macam disumpah. Hilang terus mood. 


positif-Influenza


Suami Positif Influenza, Kecundang Jua Akhirnya

Kalau sebelum ni suami paling gagah berbanding kami semua akhirnya dia kecundang juga. Elok selepas kesihatan kami stabil suami pula diuji dengan demam. 

Demam sebijik macam dia kena Covid dulu tapi lebih teruk keadaan dia. Kali ni dia muntah-muntah. Sejuk menggigil dan kepala berpusing. Teringat dia diserang vertigo dulu. 

Pagi tu lepas hantar anak-anak ke sekolah dia ke pejabat macam biasa. Dalam perjalanan, waktu menunggu LRT dia dah muntah-muntah dan tak sedap badan. Masuk ke pejabat badan seram sejuk dan muntah sekali lagi. 

Akhirnya gagahkan diri balik dan terus ke klinik. Doktor buat ujian Influenza tapi line yang timbul samar-samar. Jadi doktor cadangkan balik berehat di rumah dan dapat cuti selama dua hari. 

Gejala Influenza

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak) 


Segala ubatan dibekalkan termasuk antibiotik. Kami sangkakan cuti dua hari mencukupi sebenarnya tidak. Badan masih tak kuat dan pening kepala masih ada. Terasa nak muntah dan badan rasa seram sejuk. 

Setelah beberapa hari berlaku perkara yang sama suami ke klinik sekali lagi untuk dapatkan nasihat doktor. Nasihatkan suami untuk mohon bekerja dari rumah. Risau kalau tiba-tiba berlaku perkara tak diingini. 

Sesungguhnya nikmat sihat tu adalah nikmat terbesar Allah bagi sehingga kadang-kadang kita ambil mudah. Kita tak rasa bersyukur waktu kita sihat sehinggalah nikmat sihat tu ditarik semula. 

Jaga kesihatan semua. dah sakit semua perkara tergendala. Nak pulih nak kembali on track semua tu ambil masa. Kalau kita kuat syukur kita akan kembali macam biasa, kalau kita kecundang? 


Tags