Makan Malam Di Steak di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Ahad lepas, lepas hantar Ikhwan balik asrama, aku ajak suami singgah restoran biasa kami makan di Kampung Bharu. Tekak ni dah terbayang lamb chop dengan nasi goreng cili padi, combo wajib kalau datang situ.

Tapi aku dah pesan awal-awal dekat diri sendiri, jangan berharap sangat. Kampung Bharu tu memang kawasan sesak dan parking selalu penuh.

Betul pun. Tiga kali pusing tempat sama, parking tetap tak ada. Dah nak masuk Maghrib pun masih tak dapat tempat. Suami ajak cari tempat lain. Sikit lagi aku nak baran sebab aku tak boleh fikir panjang kalau lapar.

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Mujur berkahwin dengan suami banyak sikit sabar dari aku. Jadi redha mencari tempat lain. Oleh sebab kecewa maka aku serahkan dekat suami nak bawa ke mana pun. Aku tahu aku perlu makan je. Dah berusia ni kalau waktu makan lari confirm perut aku akan sakit. Sensitif lain macam.

Suami terus ajak cuba restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka dekat AU2, Taman Desa Keramat. Sebenarnya Fiske Steakhouse ni dekat je dengan rumah, tapi kami ni sejenis setia dengan satu-satu kedai. Selagi restoran biasa kami pergi tak buat hal kami tetaplah kedai itu jugalah kami ulang.

Ini kali pertama kami makan di Fiske. Dekorasi simple, ruang antara meja agak sempit tapi masih selesa. Nampak beberapa pelangggan dekat dengan meja kami makan burger, mungkin itu kot menu popular dekat situ.

makan-malam-fiske


 

Pilihan Menu - Apa Kami Makan?

Untuk elak pembaziran, anak-anak kongsi Breaded Chicken Chop (RM20), cukup untuk dua orang sebab portion besar. Aku pula order Butter Rice Grilled Lamb (RM35) dan suami ambil Aust Grill Lamb Chop (RM30).

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka

fiske-steakhouse


  • Portion besar dan puas hati
  • Side dish cukup lengkap
  • Gravy sedap dan kena dengan selera
  • Butter rice dia wangi, lembut dan cukup rasa

Serius, puas makan. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Kalau ikut tekak aku, memang boleh repeat. Semestinya, aku dah plan nak datang semula dengan Ikhwan masa dia cuti PB nanti.

makan-fiske-steakhouse

 

Menu Lain di Fiske

Dalam menu ada banyak pilihan lain seperti:

  • Burger
  • Pizza
  • Pasta
  • Nasi Campur (11 pagi – 5 petang)

Menurut info di pintu kedai, waktu siang kedai jual nasi campur dan waktu malam fokus pada western food. Restoran ditutup setiap hari Isnin.

 

Lokasi Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

AU2, Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Nasi Campur: 11 pagi – 5 petang

Western Food: Petang hingga malam

Tutup: Setiap Isnin

Rating Google setakat ini: 4.0

Boleh cari terus di Google Maps: Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka


Kesimpulan

Walaupun asalnya plan nak makan di Kampung Bharu, tapi rezeki kami malam tu memang dekat Fiske. Makanan sedap, portion besar, suasana okay walaupun ruang agak terhad. Yang penting, perut kenyang, hati pun senang.

makan-malam-fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kak ana pun suka makan sini, kalau tengahari aneka lauk masakan sedap kalau malam suka makan western depa :)

    BalasPadam
  2. Kg Baru tu terlalu padat. Nak cari parking pusing banyak kali pun jenuh nak jumpa. Kalau besar portion berbaloi la. Rasa tu sedap pulak memang boleh repeat la.

    BalasPadam
  3. lama tak prg kg bharu, susah nk carik parking. makanan semua sedap mengiurkan...kedai pun cantik

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.