Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan

Makan Malam Di Steak di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Ahad lepas, lepas hantar Ikhwan balik asrama, aku ajak suami singgah restoran biasa kami makan di Kampung Bharu. Tekak ni dah terbayang lamb chop dengan nasi goreng cili padi, combo wajib kalau datang situ.

Tapi aku dah pesan awal-awal dekat diri sendiri, jangan berharap sangat. Kampung Bharu tu memang kawasan sesak dan parking selalu penuh.

Betul pun. Tiga kali pusing tempat sama, parking tetap tak ada. Dah nak masuk Maghrib pun masih tak dapat tempat. Suami ajak cari tempat lain. Sikit lagi aku nak baran sebab aku tak boleh fikir panjang kalau lapar.

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Mujur berkahwin dengan suami banyak sikit sabar dari aku. Jadi redha mencari tempat lain. Oleh sebab kecewa maka aku serahkan dekat suami nak bawa ke mana pun. Aku tahu aku perlu makan je. Dah berusia ni kalau waktu makan lari confirm perut aku akan sakit. Sensitif lain macam.

Suami terus ajak cuba restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka dekat AU2, Taman Desa Keramat. Sebenarnya Fiske Steakhouse ni dekat je dengan rumah, tapi kami ni sejenis setia dengan satu-satu kedai. Selagi restoran biasa kami pergi tak buat hal kami tetaplah kedai itu jugalah kami ulang.

Ini kali pertama kami makan di Fiske. Dekorasi simple, ruang antara meja agak sempit tapi masih selesa. Nampak beberapa pelangggan dekat dengan meja kami makan burger, mungkin itu kot menu popular dekat situ.

makan-malam-fiske


 

Pilihan Menu - Apa Kami Makan?

Untuk elak pembaziran, anak-anak kongsi Breaded Chicken Chop (RM20), cukup untuk dua orang sebab portion besar. Aku pula order Butter Rice Grilled Lamb (RM35) dan suami ambil Aust Grill Lamb Chop (RM30).

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka

fiske-steakhouse


  • Portion besar dan puas hati
  • Side dish cukup lengkap
  • Gravy sedap dan kena dengan selera
  • Butter rice dia wangi, lembut dan cukup rasa

Serius, puas makan. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Kalau ikut tekak aku, memang boleh repeat. Semestinya, aku dah plan nak datang semula dengan Ikhwan masa dia cuti PB nanti.

makan-fiske-steakhouse

 

Menu Lain di Fiske

Dalam menu ada banyak pilihan lain seperti:

  • Burger
  • Pizza
  • Pasta
  • Nasi Campur (11 pagi – 5 petang)

Menurut info di pintu kedai, waktu siang kedai jual nasi campur dan waktu malam fokus pada western food. Restoran ditutup setiap hari Isnin.

 

Lokasi Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

AU2, Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Nasi Campur: 11 pagi – 5 petang

Western Food: Petang hingga malam

Tutup: Setiap Isnin

Rating Google setakat ini: 4.0

Boleh cari terus di Google Maps: Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka


Kesimpulan

Walaupun asalnya plan nak makan di Kampung Bharu, tapi rezeki kami malam tu memang dekat Fiske. Makanan sedap, portion besar, suasana okay walaupun ruang agak terhad. Yang penting, perut kenyang, hati pun senang.

makan-malam-fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Makan Malam Di Chop N Steak – Tahun baru Cina

Assalamualaikum. Malam tadi kepenatan, lepas sampai rumah otak terus cari katil je. Keluar waktu musim perayaan ni memang tak dijangka.

Ingatkan waktu Tahun baru Cina ni ramai bercuti dan balik kampung, rupanya tidak ya. Penuh manusia atas jalan raya keluar cari makan juga.

Pagi tu kami ke Pasar tani Taman Melawati, situasi hampir sama. Masing-masing berebut top up stok bekalan bahan mentah.

Pilihan lauk-lauk segar pun agak terhad. Nampak dari air muka peniaga agak kelam kabut sebab bekalan tak mencukupi.



dinner-at-Chop-N-Steak-cny




Makan Malam Di Chop N Steak – Tahun baru Cina

Bila dah penat bersihkan stok lauk seminggu memang tak larat la nak masak jawabnya. Malam tu suami ajak makan malam di Chop N Steak, Kampung Baru KL.

Sampai awal di restoran sebelum pukul tujuh malam dan banyak meja yang diletakkan tanda ‘reserve’. Waktu tu pun dah ramai pelanggan.

Alhamdulillah walaupun ramai smooth je crew restoran buat kerja. Waiting time makanan sampai di meja pun tak lama.

 

dinner-Chop-N-Steak-cny




Makan Malam Menu Yang Sama

Masing-masing datang dengan perut yang lapar jadi harus pilih makanan selalu makan risau makanan tak menepati citarasa.

Banyak kali juga Diah pergi ke sini - review Tahun 2021 

Hari Malaysia Tahun lepas pun kami pergi. 

Suami macam biasa, repeat lagi makan Nasi Goreng Cili Padi dengan Lamb Chop. Puas hati kali ni dapat portion besar. Kambing pun elok tak liat.



fried-rice-lamb-Chop-N-Steak



Sepinggan makan sorang memang bersandar la lepas tu. Kenyang gila. Diah pula makan Nasi Goreng Cili Padi dengan Salmon Fish. Salmon fresh tak berbau.


fried-rice-salmon-Chop-N-Steak




Anak bujang makan Spaghetti Carbonara dengan Chicken Cordon Blue. Memang sedap sangat sebab dalam kepingan ayam goreng tu ada cream cheese.


carbonara-Chop-N-Steak



Carbonara pun cukup sifat, terasa lemak masin semua seimbang. Jadi semua makanan berjaya dihabiskn.

Pesan juga kids menu Spaghetti Carbonara, fries dan juga nugget tapi yang sampai nachos dan fries. Dah balik rumah baru perasan menu salah.

Repeat menu semestinya Chicken Boxing. 


chicken-boxing-Chop-N-Steak



Datang sini tak sah kalau tak minum Jus Durian Belanda. Memang kaw rasa dia. Lepas tu order Jus Tembikai dan Apple Asam Boi supaya tak muak waktu makan.

Selain Menate memang restoran ni lah kami tuju kalau nak makan western. 

 


Jalan-Jalan Tengok Menara Berkembar KLCC

Selesai makan konon ajak suami lalu depan Menara Berkembar KLCC. Malam-malam memang cantik pemandangan sekitar Menara Berkembar KLCC.

Lagi meriah sebab Tahun baru Cina, lampu merah dan oren dipasang. Memang cantik la. Tapi ya ampun ramainya manusia.  


klcc-night-view



Dari seberang jalan sebaris Restoran Pelita penuh dengan pelancong. Di dataran KLCC tu memang penuh manusia. Semua berebut nak ambil gambar Menara Berkembar KLCC.

Jalan raya jadi sesak, orang sibuk melintas dan ada juga yang bawa anak kecil tolak stroller. Teringat dulu waktu anak masih kecil kami memang jarang keluar tempat sesak.

Traffic pun jadi perlahan jadi sempat ambil gambar dan rekod video dari dalam kereta je. Memang terpegun la suasana malam di KL.

 

Sampai je rumah semua dah penat. Tapi overall pengalaman kami keluar makan malam Di Chop N Steak Kampung Baru Kuala Lumpur pada Tahun Baru Cina baik-baik saja. Alhamdulilah.

 

Minum Petang Di Café Gula Cakery

Café Gula Cakery dah jadi tempat kegemaran kami satu keluarga bila meraikan tarikh ulang tahun, keraian atau ada majlis istimewa.

Tak boleh selalu pergi sebab nanti dah tak jadi istimewa pula tempat ni selain kena berjimat sebab kos hidup semakin meningkat.

Macam biasa kalau tempat tu makanan dia sedap, layanan dia bagus semestinya tak fikir banyak kali kalau nak pergi.

Kali ni pergi sebab nak reward diri sendiri dan Ikhwan selepas berhempas pulas buat persiapan PKSK untuk keTingkatan 1 Ikhwan.

Café Gula Cakery ada beberaa cawangan, yang paling dekat dengan kami ialah Café Gula Cakery KL East Mall.

Suka datang sini, staff dia pun friendly. Tak lokek senyuman dan sentiasa pastikan pelanggan terima makanan dan tanya feedback pelanggan.

 

buttermilk-waffle-Gula-Cakery


Minum Petang Di Café Gula Cakery

Tekak teringin nak makan dessert dan Ikhwan habis sekitar jam lima petang. Sesuai sangat datang ke sini untuk minum petang.

Sebelum tu dah makan tengahari, makan nasi ayam jadi nafsu lapar tu dapat dikawal dengan baik. Tiada pembaziran berlaku.

Kami pesan menu yang betul-betul teringin saja. Suami awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Dia nak minum latte je sebab masih kenyang.



Tapi baguslah selalu sangat terjadi, kalau kami tak habis makan mesti suami yang kena habiskan. Tak elok membazir kan? Suami kata itu punca dia tak kurus-kurus.

Sebelum ni datang sambut birthday Airis Lima tahun 

 

Menu Minum Petang Gula Cakery

Kalau awal-awal dulu Café Gula Cakery ni fokus kepada menu kek dan pastry, lama kelamaan menu dia berkembang seiring dengan permintaan pelanggan.

Peminat dessert kena datang ke sini. Ada pelbagai pilihan kek, pie, tart dan macam-macam lagi manisan ada.


raspberry-pistachio-cake


Apa yang Diah tahu, dekat sini antara signature dessert Gula Cakery ialah Pavlova dan Kek Pandan Gula Melaka.

Pavlova dia meriah dengan buah-buahan, kurang manis dan sedap. Boleh cuba juga Tart Buah Berry. Custard dia yang buat tart dia sedap.

Selain kek dia ada menu barat macam steak tu, ada goreng-goreng tapi agak limit. Kebanyakkan menu dia fusion. Menu Malaysia yang diberi suntikan fusion.

Nasib tak pelik-pelik rasa dia.

 

Review Café Gula Cakery

Review kali ini adalah berdasarkan apa kami makan pada hari kejadian. Tak banyak menu utama yang kami makan memang fokus kepada menu minum petang.

Nampak meja sebelah makan Waffle jadi kami pun pesan menu yang sama. Waffle makan dengan Aiskrim memang gabungan yang tepat.


buttermilk-waffle


Tekstur waffle dia rangup bila di gigit. Makan dengan Callebaut Dark Chocolate Ice Cream yang ending dia ada rasa pahit-pahit.

Lepas ni boleh buat waffle dekat rumah guna Mugen Waffle maker. 

Ikhwan makan burger. Daging burger dia berjus, cukup perasa. Kami dah pernah makan burger crispy pun sedap. Side dish dapat kentang goreng.


BBQ-Beef-bacon-Burger


Portion burger agak besar dan tebal. Boleh kongsi dua orang. Sebelum tu dah ambil kek Rasberry Pistachio.

Pertama kali cuba dan bagi Diah kek agak manis. Terasa kacang Pistachio tapi tidak terlalu kuat walaupun ada ketulan kacang tu dalam kek.




Suka kek dekat sini sebab cream dia tak terlalu manis. Kami pesan juga semangkuk Cheesy Fries Beef bacon.

Kentang goreng yang disiram dengan keju cair dan ditabur dengan hirisan Beef Bacon. Keju agak masin dan mencabar juga kami nak habiskan.


cheesy-fries-beef-bacon


Ketulan beef Bacon tu jadi keras sebab dipotong dadu dan kemudian digoreng. Lain kali memang tak akan repeat order menu ini.

Hazelnut Latte yang suami pesan memang sedap. Bagi peminat kopi macam Diah, akan lagi sedap kalau tak tambah gula.

Strawberry Frape ni tengah promo jadi kami pesan juga sebab sedap. Kalau tak tahu nak minum apa sila pesan Passion Peach Tea.

Sedap ya sebab ada ketulan Peach dalam tu dan memang air pilihan pelanggan rupa-rupanya.


Passion-peach-tea


Harga Makanan Café Gula Cakery

Perkongsian harga makanan sebagai rujukan untuk pembaca yang nak cuba Café Gula Cakery ya. Harga juga berubah dari masa ke semasa.

Harga setiap makanan ada di katalog jadi jangan risau. Rancang sebaik mungkin nak makan apa. Total bil termasuk cukai ialah RM147.30

Strawberry Frape RM9.00

Hot Hazelnut Latte RM14

Passion Peach Tea RM13

Buttermilk Waffle – Single Scop (Callebaut Dark Chocolate) RM20

BBQ Beef Bacon Burger RM35

Cheesy Fries Beef Bacon RM18

Rasberry Pistachio Cake RM18

 

Penutup

Sila ke Café Gula Cakery untuk minum petang dan pasti korang tak menyesal. Ada banyak pilihan dessert yang cantik di mata dan sedap di mulut. Jangan risau café ni ada sijil Halal.

 

Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia

Meriah tengok orang sambut Hari Malaysia tahun ni. Masing-masing semangat meraikan Hari Malaysia dengan cara tersendiri.

Korang buat apa sempena Hari Malaysia? Diah habiskan masa dekat rumah dan petang tu baru keluar untuk dinner di restoran Chop & Steak yang terletak di Kampung Baru.

Sebelum nak sampai ke destinasi memang banyak halangan kami tempuh. Masing-masing keluar untuk celebrate agaknya. Kami sampai agak lambat dari biasa.

Kampung Baru, Bukit Bintang dan kawasan sekitar penuh dengan manusia. Semua ambil kesempatan keluar bawa keluarga. 


Nasi-goreng-Lamb-chop



Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia

Ikut rancangan awal, pagi tu kami nak ke taman nak beriadah tapi berlaku hal kecemasan. Kelam kabut laporkan pada management building sebab tangki air rumah jiran pecah.

Semoga tahun depan kami sekeluarga pula berkesempatan sertai aktiviti menyambut hari Malaysia.

Seronok tengok geng Keratapi Sarong berarak dari stesen lrt ke Dataran Merdeka. Lengkap berbusana tradisional pula tu.

Kalau di group Facebook – Brisk Walk pula, masing-masing memeriahkan Hari Malaysia dengan menyahut cabaran berkaitan tarikh Hari Malaysia.

Admin galakkan semua ahli group untuk lengkapkan brisk walk sejauh 16.9km. Tiada paksaan pun tapi amat digalakkan untuk sertai.

 


Celebrate Hari Malaysia Di Chop & Steak Kg Baru

Lama dah tak makan dekat sini. Kali terakhir rasanya tahun lepas kalau tak silap. Diah pernah kongsi 7 sebab kami suka makan dekat restoran Chop & Steak.

Pujian harus diberikan sebab banyak sangat perubahan dilakukan oleh mereka. Baik dari segi servis, keselesaan dan kebersihan serta kualiti dan rasa makanan.

Berdasarkan pengalaman Diah malam tadi memang puas hati. waktu balik dapat menikmati pemandangan bandar KL di waktu malam yang sangat lah cantik.

Tercapai juga hasrat celebrate Hari Malaysia sambil tengok view Menara Berkembar Petronas. Oh restoran ni berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru. 

 

Apa Kami Makan Di Restoran Chop & Steak?

Bagusnya restoran Chop & Steak dah tambah baik menu mereka. Sekarang dah ada menu mix & match.

Bagusnya set mix & match lebih jimat dan berbaloi dari segi portion yang agak besar. Boleh dimakan oleh dua orang kalau korang jenis perut kecil.

Suami dan anak pesan set mix & match. Suami makan Nasi Goreng dan Lamb Chop manakala anak bujang makan Spaghetti Carbonara dan Chicken Boxing.


chicken-boxing


Diah makan set udang iaitu Tiger Prawn Grill, dan untuk anak kecil kami pesan set kanak-kanak Fries dan Nugget serta Spaghetti Carbonara.




Datang sini wajib minum Air Jus Durian Belanda. Memang fresh dan tak kedekut isi. Mereka tambah baik untuk blend isi bersama jus.

Mudah nak minum. Kalau sebelum ni, setiap kali sedut jus memang seksa sikit nak habiskan air sebab ketulan isi buah Durian Belanda tu besar. Asyik la sangkut dekat straw.

  • Jus Durian Belanda RM 5.50
  • Fresh Orange RM5
  • Lamb Chop RM23.90
  • Boxing Chicken (6 ketul) RM18.90
  • Nasi Goreng RM6.90
  • Tiger Prawn Grill RM42.90

 

Review Restoran Chop & Steak

Kalau ada rezeki untuk next visit Diah nak makan Nasi Goreng pula. Simple je nasi goreng cili padi tapi cukup bahan perasa.

Gabungan nasi goreng pedas dengan Lamb tu kena. Lamb pun okay tak liat, seimbang bila makan dengan sos blackpaper.




Untungnya makan menu yang berbeza sebab boleh cuba banyak menu. Spaghetti Carbonara tu sedap tiada yang special, itu menu wajib anak-anak.



Chicken Boxing dia sedap. Rangup dan isi ayam tu berjus. Tak heran kalau 6 ketul tu sorang diri pun boleh habiskan.  

Awalnya ingat tak cukup kenyang kalau makan set udang sahaja, tapi tak sangka udang yang disediakan tu agak banyak. 

Sedap dan fresh. Dapat tiga sos berbeza: Thai Sos, Blackpaper dan lagi satu macam rasa mayonis manis. 


Pujian harus diberikan juga sebab restoran sediakan surau yang selesa untuk pengunjung, tandas bersih, staff mesra alam tak lokek senyuman, servis pantas.

 

Kesimpulan

Korang yang mencari tempat makan malam boleh masukkan Restoran Chop & Steak dalam senarai patut cuba. Balik tu boleh enjoy view malam bandar KL. Alamat lengkap rujuk di bawah:


 Restoran Chop & Steak

16, Jalan Daud, Kampung Baru, 

50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Ikutkan perancangan awal lepas selesai urusan beli barang dapur di Aeonbig nak lunch makan Nasi Arab tapi terpaksa tukar rancangan lunch di Jombali. 

Tempat kami suka dan biasa makan Nasi Arab adalah dekat Restoran Qasar Balqis di Taman Melati. Oleh sebab pagi tu dah breakfast yang ringan-ringan dan simpan perut untuk makan nasi untuk lunch jadi gigih bertahan sepanjang shopping. 

Lunch Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Tengah sibuk pilih barang, hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksa tukar rancangan sebab nak elak redah hujan. 

Aeonbig Wangsa Maju memang jadi antara destinasi aku beli barang dapur sebab selesa, dan harga mampu milik. 

Kalau berdua je dengan suami masih okay lagi, tapi kasihan nak bawa anak-anak dalam hujan. Hujan bercampur guruh, bertambah seram nak keluar. Terpaksalah cari makan dalam Aeonbig. Susah juga nak buat pilihan sebab kami nak elak makan fast food.


Pilihan Restoran Dalam Aeonbig Wangsa Maju

Selain foodcourt (pilihan makanan agak limited), kedai makan yang ada ialah Jombali, meow meow café, KFC, McDonald's, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Ramly Halal Kiosk, Dunkin' Donuts, Subway, Makan Culture dan Paradise Reyan (makanan Arab). 

Kami dah pernah makan di restoran Makan Culture sebelum ni, malangnya kami kurang berpuas hati. Tapi Restoran Makan Culture di Melawati Mall tak dinafikan sedap sebab aku pernah makan masa tahun 2018. - Makan Culture Melawati Mall


Makan di Restoran Jombali

Akhirnya kami pilih makan di Restoran Jombali. Sebelum ni kami pernah makan disini tapi waktu tu Jombali berada di tingkat atas berdekatan restoran The Chicken Rice Shop. 

Sekarang dia dah tukar lokasi bersebelahan dengan Ramly Halal Kiosk, menggantikan restoran Sushi King. 

Alhamdulillah syukur sangat tak salah buat keputusan. Apa yang best dekat sini ialah portion makanan dia banyak, satu pinggan tu boleh dikongsi dua orang. Rasa pun sedap. 

Bahan-bahan dia guna segar, terutama sayur-sayuran. Waktu kami sampai restoran memang penuh dengan pelanggan, walaupun begitu waktu penyediaan makanan dan makanan sampai ke meja kami tidaklah ambil masa begitu lama. Lebih kurang 15 minit macam tu. 

Dari segi menu pula, banyak betul pilihan yang ada. Kami makan Chicken Spaghetti Carbonara yang cukup lemak berkrim, Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop, dan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce. Air kami pilih Teh Tarik Ais dan Ribena Lychee. 


Restoran Jombali Wangsamaju


Anak-anak memang suka Spaghetti Carbonara dekat sini sebab sos dia cukup rasa lemak, banyak mushroom dan spaghetti pun elok el dente. 

Teringat pengalaman sertai pertandingan memasak Laksa Seafood guna pasta. Chef beri pujian sebab aku berjaya rebus pasta dengan betul. 

Ikut selera orang Itali, pasta dan nasi harus dimasak sehingga mempunyai tekstur sedikit keras di tengah-tengah ketika anda memakannya. Al dente adalah tekstur yang segar.


Lunch di Restoran Jombali Wangsamaju


Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop pun sedap. Chicken chop digoreng rangup, tak lebih tepung dan paling penting tak dibanjiri minyak. Suami makan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce dan kena dengan selera beliau. 

Sos Milky tu agak manis tapi sesuai dimakan bersama ayam goreng, jadi balance rasa dia bila dikunyah sekali dengan nasi. Kalau nak pedas boleh minta cili potong. 


Western menu Jombali Wangsamaju


Salute kepada chef dia sebab masakan dia tak mengecewakan. Walaupun menu banyak pilihan, tapi boleh hasilkan makanan yang sedap dan kualiti terjaga. Confirm aku akan repeat lagi. 


Kesimpulan

Semestinya makanan yang sedap dan tempat berbaloi untuk dicuba pasti aku kongsi dengan pembaca blog. Jadi aku berbesar hati nak kongsi pengalaman aku makan di Jombali dengan korang juga. Apa pun, segala pendapat di atas berdasarkan pendapat peribadi mak anak tiga. 

Bawa anak kecil banyak faktor harus difikirkan. Tempat selesa, pilihan makanan, kebersihan dan customer service bagus pastinya akan jadi tempat kegemaran kami sekeluarga.