Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Masih lagi berada di bulan Syawal jadi mood bercerita tentang menu Raya tu masih ada. Memandangkan menu tahun ni ada kuah kacang jadi aku plan nak matchkan dia dengan nasi impit.

Teringat masa kecik dulu, mak selalu buat sendiri nasi impit. Masak nasi lembik kemudian tekan nasi dalam Loyang dan padatkan. Hempap dengan pemberat semalaman. Pagi Raya dah boleh potong dan makan.


Masak Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Bila ada keluarga sendiri aku beli ketupat instant atau nasi impit segera je. Tahun lepas suami rajin anyam ketupat, tahun ni mood tak datang pula.

Berdasarkan pengalaman sudah aku beli nasi impit segera jenama N dan nasi dia lembik. Frust ya alahai. Tahun ni aku memang tak beli pun so kena la buat sendiri.

Keluar pula kenyataan rasmi Adabi tentang ketupat Adabi lembik setelah dimasak. Mujur aku tak beli. Jadi aku ambil keputusan masak nasi impit guna plastic Aiskrim.




Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Berbaloi dicuba terutama untuk anda yang ahli keluarga tak ramai, dan yang terlupa nak rebus nasi impit di pagi Raya. 

Nak sediakan nasi impit segera ni pun mudah dan cepat. Dari segi rasa pun tak jauh beza. Bahan-bahan yang diperlukan ialah: Beras + Plastik Aiskrim Malaysia + Air

Caranya mudah je, isi beras yang dibasuh ke dalam plastik Aiskrim Malaysia. Anggaran setengah plastik kemudian ikat bahagian hujungnya macam ikat aiskrim tu.

Aku stapler je tapi sebab periuk aku sempit habis ada yang terburai nasi tu keluar. 

Nasi impit boleh dimakan bersama Kuah Kacang dan Rendang Daging aku guna perencah Faiza. Sedap. 




Kemudian cucuk plastik Aiskrim berisi beras dengan garpu. Tujuan dia supaya air dapat masuk bila kita rebus nasi impit.

Kemudian boleh rebus plastik Aiskrim berisi beras dengan air paip. Penting untuk guna periuk yang besar supaya nasi impit oleh mengembang dengan elok.



Agak-agak nasi dah kembang dah boleh angkat dan sejukkan. Anggaran dalam setengah jam juga lah. Kemudian boleh lah dipotong.


Selamat mencuba. 

Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut

Kisah kemalangan tergunting telinga waktu gunting rambut jadi dekat diri sendiri masa 6 Ramadan lepas. 

Bila ingat semula memang terasa ngeri, tapi tetap nak kongsi sebagai panduan di masa akan datang. Harapnya tidak lah aku alami lagi pengalaman ngeri melibatkan darah ni. 

Aku penakut darah, tak suka jarum suntikan, dan boleh kena panick attack kalau nampak kemalangan depan mata. 

Berbalik kepada cerita tergunting telinga, kisahnya bermula pada tengahari Ramadan ke enam. 

Sehari sebelum tu aku ada minta suami guntingkan rambut sebab aku tak selesa rambut aku dah panjang.



Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut 


Memang sebelum ni suami lah menjadi tukang gunting rambut aku dan anak-anak. Tambahan pula waktu PKP ni, memang payah nak jumpa salon Muslimah yang beroperasi. 

Aku dah survey sebelum tu tapi memang tak available. Pilihan terakhir minta bantuan suami, lagipun sebelum ni okey je dia gunting. 





Kejadian Sebelum Tergunting Telinga

Aku ingat lagi masa tu semua berjalan seperti biasa, anak-anak tenang tengok TV, cuaca pon cantik. 

Oh ya suami potong rambut aku masa tu kami duduk di beranda rumah sambil dengar lagu raya. Kejadian berlaku pada pukul satu petang macam tu. 

Dijadikan cerita elok lepas aku tunjuk contoh rambut penyanyi Shima dalam video klip raya, masa tu telinga aku dah tergunting. Adoi. 

Aku sempat menjerit sambil pegang telinga. Masa ni tak sakit tapi lebih kepada takut nak tengok apa jadi dekat telinga. Aku rasa ngilu masa cerita ni. 

Oh sebelum ni kalau nak gunting rambut, aku pernah ke beberapa Salon Muslimah sekitar KL macam dekat bawah ni: 

Salon Siti Alzahrah   |  SCENTUAL BEAUTY   |   AFIYA Muslimah Salon



Kronologi Tergunting Telinga Isteri

Aku dah start panik. Suami apatah lagi. Bersalah semua ada. Yes, gunting besi tu tajam gais. Aku masuk rumah cuba digest apa jadi, berdiri depan cermin dan evaluate tahap kecederaan. 

Tak boleh jadi sebab darah start mengalir, tak menitik tapi non-stop keluar. Terus sarung baju pakai tudung ajar suami ke klinik. Kami tawakal tinggalkan anak-anak di rumah, pesan dekat si abang jangan bergaduh.  

Dekat rumah dah menggelupur call klinik tanya advise patut ke hospital terus atau rujuk klinik dulu. Waktu Covid ni elok call sebelum terjah. After servey beberapa klinik yang dapat rating bagus suami terus drive ke klinik. 

Aku jalan masa ni senget dah. Oh ya yang luka telinga sebelah kiri. Memang aku pegang tudung supaya tak terkena bahagian luka yang terbuka. 

By the way, luka aku ni agak besar sebab kulit bahagian atas cuping aku terpotong habis. Ngeri lagi ni. klinik pertama aku pergi agak slow process dia jadi aku tak tunggu lama pergi ke klinik Siti di Taman Melawati. 

Syukur sangat-sangat doktor baik, customer service pon cepat. Doktor agak terkejut dengan bahagian luka tapi dia tak boleh jahit since besar sangat. Bahaya dan perlu khidmat pakar untuk decide. 

Kalau dia jahit juga boleh datangkan risiko. Lagipun bahagian telinga mana ada banyak kulit nak tarik dan saraf dekat telinga is complicated. 

Doktor sediakan referral letter dan kami ke Hospital Tawakkal. Dalam surat mention ke bahagaian Emergency dan doktor letak remark keluasan luka lebih kurang 5cm. 





Rujukan Ke Hospital Tawakkal

Dekat klinik Siti aku sedikit tenang tapi tekanan darah agak tinggi. Mana tak tinggi aku cuak weh. Doktor buat dressing dan beri ubat stop darah. Dia kata kalau tangguh ke klinik dan lambat jumpa doktor takut lagi teruk. 

Selesai dapat rawatan kecemasan kami terus ke Bahagian Emergency Hospital Tawakkal dekat Jalan Pahang. 

Masa tu waktu dah pukul 2 lebih. Aku minta bantuan adik aku untuk jagakan anak-anak. Dalam otak risau kena admit je. Syukur Allah permudahkan segala urusan. 

Kami sampai di Hospital Tawakkal pada pukul tiga petang. Sebelum terima rawatan kami disuruh daftar dan seperti biasa kena scan MySejahtera, isi form. 




Bahagian kaunter advise untuk buat deposit terlebih dahulu incase doktor suruh admit wad. Kalau tak perlu admit, duit akan dipulangkan kemudian. Urusan smooth sangat. Cuma cuak sebab kami lalu dia kawasan orang menunggu untuk buat swab test Covid. 

Masa register sekali lagi kena ambil tekanan darah dan disuruh cerita kejadian. Ulang balik apa berlaku. Tak lama menunggu, doktor lelaki berbangsa Cina masuk bilik rawatan. 

Dia tengok, belek-belek dan kemudian beri arahan dekat nurse supaya cuci dan balut luka. Sekali lagi aku hadap benda yang aku tak suka. 

Menurut doktor (apa aku faham), tak perlu jahit memandangkan luka tak dalam dan tak terkena isi, Cuma yang teruk hanyalah bahagian luar luka, kulit yang terpotong agak besar kawasan dia. Kalau jahit nanti buruk lah agaknya. 

Nurse yang berikan rawatan pada aku pun tak sengaja luahkan rasa ngeri dia. Aku yang terbaring terima rawatan ni apatah lagi rasa ngilu bila luka disentuh. 

Masa ni bersyukur tak serius sangat tapi aku agak kecewa tak dijahit. Aku benci tengok luka tu terbuka. Nampak isi. Mungkin doktor tak nak cacatkan telinga aku jadi redha jelah. 

Waktu rawatan aku juga diberi suntikan kancing gigi sebab aku luka disebabkan gunting besi. Walaupun besi tu tak berkarat tapi sebagai langkah pencegahan kena la cucuk. 

Last kena cucuk kancing gigi ialah masa mengandungkan Airis. Ibu-ibu faham kot perasaan dia, suntik kancing gigi menyakitkan ya, tangan lenguh beberapa hari dan sakit bila nak angkat tangan. 

Selesai urusan, dah masuk waktu Asar baru kami sampai rumah. Hospital bekalkan ubat cuci luka dan ubat tahan sakit. 

Doktor pesan kalau demam, luka bernanah kena cepat-cepat refer doktor. Balutan di telinga kena buka selepas 24 jam supaya bahagian luka kering. Jumlah bil rawatan ialah RM190.30. 




Balik dari hospital suami sempat singgah di Param beli juadah berbuka. Walaupun cedera puasa aku masih terjaga. Alhamdulillah. 

Malam tu kami berbuka berdua. Anak-anak berbuka dengan adik aku dekat rumah kakak aku di Puncak Alam. 

Bahagian paling seksa ialah nak cuci luka dan juga solat. Aku solat dengan kepala teleng sebelah kiri. 

Memandangkan suami aku seram nak cuci luka, anak aku yang sulong banyak bantu aku. Terpaksa harapkan dia. 

Hari kedua dan ketiga aku menangis waktu cuci luka, 3 hari aku mandi tapi tak cuci rambut. Kena pastikan luka tak kena air supaya cepat kering. Seksanya Tuhan je yang tahu. 

Suami banyak kali minta maaf sebab dia tak sengaja. Reaksi aku? tak ada perasaan ya. Aku faham situasi kejadian jadi aku tak salahkan suami. Cuma aku jadi trauma. 

Ujian Allah hantar tanda sayang. Aku bangga dengan diri sebab aku kekal tenang beri arahan di waktu kecemasan. Paling penting aku tak panik dan aku tak marah. 

Banyak pengajaran aku dapat disebabkan kejadian ni, aku belajar panik tak mendatangkan faedah. Paling utama kuasai diri dengan betulkan teknik bernafas. Bernafas dengan betul dapat bantu kita berfikir dengan waras. 

Apa pun, luka telinga aku sembuh selepas seminggu. Pantang? Tak aku tak pantang makan pun. kesan dia cuping telinga aku bahagian atas ada kesan (lari sikit bentuk dia) dan masih lagi ngilu dan ada rasa sakit mencucuk. 

Sampai sekarang bahagian kulit, terutama kesan luka tu selalu tiba-tiba gatal. 

Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Rasa nak gugur jantung lepas baca berita kemalangan LRT laluan Kelana Jaya bertembung pada pukul 8.30malam tadi. Ramai pula tu mangsa terlibat. 

Tak terbayang ketakutan tu. Kemalangan pertama kali berlaku sepanjang aku hidup dan juga pertama kali dalam sejarah LRT beroperasi di Malaysia. 

Mengikit laporan berita Astro Awani, sejumlah 166 orang penumpang cedera ringan dan 47 orang disahkan cedera parah. 

Aku sempat baca comment di Facebook Oh Media, daripada 47 yang cedera parah tu ada 15 orang penumpang yang kritikal.


Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Firman Allah SWT;

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah: 286

Ikut laporan berita yang aku baca, kejadian berlaku akibat pertembungan tren dari Stesen Kg Baru dan Stesen KLCC. 

Tren dari Gombak adalah automatik dan mengalami masalah teknikal. Tren dari Kg Baru tu adalah tren kosong.

Setakat ni punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Berat ujian kami Ya Allah. Sayu hati rasa. Tatkala kita sedang diuji dengan angka kematian Covid yang semakin tinggi, kita di uji lagi dengan berita kemalangan ini. 




Laluan LRT Kelana Jaya Laluan Ke Tempat Kerja

Dapat aku bayangkan rasa cemas dan takutnya bila berada dalam tren dan berlaku kemalangan. Tiga tahun lepas itu lah rutin harian aku. 

Pagi petang berebut naik tren ke tempat kerja. Dah jadi pengangkutan utama. Risau hati. Suami aku juga menaikki tren sebagai pengangkutan ke tempat kerja. 

Rezeki Tuhan aturkan, hari berlaku kemalangan merupakan giliran dia bekerja dari rumah, jadi tak perlu ke pejabat. Esok giliran dia ke office aku tiba-tiba jadi takut nak biar dia naik tren.

Tapi kemalangan tu boleh berlaku di mana-mana kan?





Pengalaman Kemalangan Tren Berhenti Mengejut

Aku sendiri dah banyak kali alami pengalaman tren berhenti secara mengejut. Masa tu ada penumpang yang terpelanting, ada yang terduduk jatuh dan paling aku ingat aku pernah terperangkap dalam kemalangan kecil tren berhenti mengejut.

Tapi masa tu tidak lah serius seperti kejadian malam ni. Tren terpaksa berhenti dan pintu dibuka secara manual. Waktu tu kejadian berlaku di stesen KLCC.

Merangkak lah kami penumpang keluar sebab tren berhenti dekat terowong di tengah-tengah landasan. Masa tu tiada yang serius, Cuma cuak tu tak boleh nak cakap lah.




Sudah menjadi tabiat, apabila menaiki tren memang tak lupa akan baca doa naik kenderaan dan ayat Qursi. Kejadian kemalangan sehingga melibatkan kecederaan aku selalu bayangkan berlaku dalam cerita drama je.

Terbayang kalau kaca tren tu pecah dan terkena tubuh badan. Kalau terhantuk di besi dan tempat duduk alangkah ngerinya. Katanya salah seorang mangsa merupakan ibu mengandung. Allahuakbar.

Semoga semua penumpang yang teribat diberi kekuatan untuk menempuh ujian yang Allah beri. Diangkat kesakitan mereka dan diberi kesembuhan. 

5 Rahsia Menjalani Kehidupan Yang Lebih Bahagia

Semua orang mendambakan kehidupan yang bahagia dan tenang, tapi bukan semua orang tahu cara untuk capai kebahagiaan dan ketenangan tu.

Aku kongsikan 5 rahsia untuk menjalani kehidupan supaya lebih bahagia yang aku dapat dari Simon Sinek. Salah seorang motivation speaker yang aku suka. Perkara no 4 dan 5 sangat berguna jika anda seorang ketua.


5 Rahsia Hidup Lebih Bahagia 

Apa perlu korang buat? Baca dan hadamkan. Bila faham, proses mencapai bahagia tu jadi lebih mudah. Kita sama-sama buat.


#1 Kejar Perkara Yang Anda Mahukan

Pasti korang ada perkara yang korang nak sangat buat, nak sangat capai tapi belum terlaksana. Apa kata korang mula fikirkan dan susun langkah untuk capai perkara yang korang nak. Buat cepat sebelum terlambat.


#2 Bertanggungjawab Atas Tindakan Anda

Setiap tindakan yang kita ambil pasti ada kesan, tak kisah kesan baik mahupun buruk. Siap sediakan diri untuk bertanggungjawab atas tindakan yang kita buat. Kena faham, kalau kita sanggup terima pujian kita juga kena bersedia untuk terima kecaman atas kesalahan.



#3 Ambil Berat Antara Satu Sama Lain

Hidup kita bukan semata-mata tentang diri kita. Di sekeliling kita ada keluarga, jiran, masyarakat & negara. Lebih banyak kita memberi lebih banyak kita bakal menerima. 




#4 Latih Diri Menjadi Yang Terakhir Bercakap

Latih diri bukan sahaja untuk mendengar tetapi belajar menjadi yang terakhir untuk bercakap. Bila berada dalam situasi perbincangan, kita cenderung untuk bercakap dan memberi arahan. 

Tak kisah situasi kita di pejabat sebagai ketua atau di rumah sebagai ibu bapa.

Latih diri bukan sahaja untuk dengar pendapat orang lain tapi latih diri menjadi yang terakhir untuk bercakap. Banyak manfaat bakal kita dapat.


#5 Semua Perkara Adalah Bersifat Sementara

Adat hidup di dunia, apabila kita berada di atas orang akan layan kita setimpal dengan pangkat yang kita pegang, jawatan yang kita sandang. Orang layan kita setimpal dengan kedudukan kita.

Jadi jangan pelik jika tak dapat keistimewaan yang serupa jika kita bukan berada di pangkat yang sama. Semua layanan tu adalah untuk ‘pangkat’ yang kita sandang bukan kerana diri kita.  


Kesimpulan 

Dalam kelima-lima point yang aku kongsi di atas, point nombor satu adalah perkara yang aku sedang gigih usahakan. Aku tengah usahakan untuk kejar dan buat perkara yang aku suka iaitu berkongsi manfaat.

Aku sedar aku ada platform untuk sebarkan manfaat, aku sedar aku ada kemahiran yang Tuhan kurniakan, dan aku sedar kekuatan aku dekat mana jadi sebelum aku pejam mata aku cuba kutip sebanyak mana pahala untuk cerahkan kubur aku.

Aku doakan yang membaca artikel ni sampai habis dimudahkan urusan capai apa yang dihajati dalam hidup, dimudahkan urusan dalam kehidupan, menjalani kehidupan yang bahagia dan diredhai Tuhan.

Sambut Raya PKP 3.0 Norma Baru 2021

Tahun kedua beraya di rumah sendiri dan tak dapat cium tangan mak di pagi Raya. Sedih tu memang sedih, tapi bila fikir kita ada potensi jadi penyebar Covid19 jadi kita redha beraya di rumah sendiri. Alhamdulillah Raya kami anak beranak masih meriah.

Anak-anak paling teruja nak sambut Raya. Walaupun beza sangat Raya dengan tahun-tahun sebelum ni, aku bersyukur Raya kami masih cukup segalanya.

Sambut Raya PKP 3.0 Norma Baru 2021

Persediaan tahun ni sambut Raya pun boleh tahan sibuknya. Sengaja aku penatkan diri supaya tak terasa sangat rindu dekat mak.

Kenangan Raya Tahun 2020 - First tak balik beraya di kampung

Oleh sebab SOP Raya tak dibenarkan menziarah, tak boleh keluar walaupun ke kubur, Jemaah solat Raya pon 50 orang di KL jadi memang kami memerap di rumah sajalah.

Terbayang kalau didenda, kena bayar RM 5,000 seorang. Hoi baik aku simpan duit tu beli emas.




Persediaan Nak Sambut Raya

Pertama kali kami cat rumah sejak kami tinggal di rumah sekarang. Lima tahun sudah, waktu awal-awal pindah kami kurang berkenan dengan cat warna pilihan tuan rumah jadi kami pasang wallpaper kegemaran.

Ruang tamu dan bilik semua kami pasang wallpaper. Jadi tahun ni kami sepakat cat rumah dengan warna biru. Warna pilihan ialah Industry Blue – Jotun.  Memang tepat pilihan sebab terasa aman je hidup.

In Sha Allah bab cat rumah aku buat entry khas kemudian.

Selain cat kami sempat shopping tukar langsir, tahun ni semua kuih raya adalah kuih tunjuk. Mood nak buat biskut hilang. Sehari sebelum puasa sempat ajak suami beli lantai vinyl dekat kedai Eco. Pasang pun last minute dan aku puas hati.

Pasang pun di bahagian dapur sahaja sebab aku bosan dengan lantai sedia ada. Berjuta-juta lemon terima kasih untuk suami sebab dia sanggup melayan.

Selain tu aku masak menu di pagi Raya ialah Resepi kuah kacang Azlina Ina, Rendang daging Faiza, beli ketupat palas dan rebus nasi impit plastik aiskrim.




Rutin Raya PKP 3.0 di Google Meeting

Dua hari sebelum habis puasa, kakak aku cadangkan untuk buat Google Meet dia pagi Raya. Masa malam raya di kala orang sibuk masak rendang aku pula sibuk buat rehearsal call semua adik beradik.

Seperti biasa, aku biasanya dilantik untuk handle perkara-perkara begini. Hampir tiga jam aku bantu anak saudara di kampung sebab ada masalah dengan Chrome. Microfont automatic turn off bila buat gmeet.

Terpaling penting anak saudara kat kampung sebab mak ada kat kampung. Nak buat gmeet di telefon tak syok sebab tak nampak semua orang dalam satu screen.  

Acara dimulakan dengan sesi bermaafan dan ucapan anak-anak yang beraya di perantauan. Sepuluh orang adik beradik jadi memang lama lah, termasuklah menantu juga buat permohonan maaf. Belum campur anak cucu tak sabar nak menyampuk nak bercakap.

Riuh weh.




Alhamdulillah all went well. Paling kelakar, semua ayat sama je.

“Mak..nak balik kampung. Nak cium mak, nak sambut Raya dengan mak”

Disulami dengan teriakan. Banjir weh banjir.

Mak macam biasa, tahan sedih. Tahan air mata tak bagi keluar. Syukur sangat ada keluarga abang yang jaga mak dekat kampung. Atleast mak tak sorang-sorang.

Lepas habis sesi gmeet, tutup laptop dan makan juadah raya. Sambil tengok TV. Walaupun mood lari teruk tapi hati anak-anak kena jaga.




Sambung sesi bermaafan dengan suami dan anak-anak. Sebelah malam pula acara pemberian duit Raya untuk anak-anak.

Itu sahaja cerita Raya 2021 kami sekeluarga. Saja coretkan dekat blog supaya boleh baca di lain masa. Masa yang lepas memang kita tak dapat nak ulang semula.

Selamat Hari Raya semua.

Resepi Rendang Daging Perencah Faiza

Menu wajib setiap kali raya tak lain tak bukan ialah rendang. Kalau dekat kampung, mak mesti akan masak rendang ikut selera anak-anak. 

Biasanya, kami akan masak rendang ayam pencen ala Negeri Sembilan warna kuning dan lagi satu rendang daging berwarna oren coklat pekat.

Resepi Rendang Daging Guna Perencah Rendang Faiza

Tahun ni tahun kedua beraya di rumah sendiri jadi rendang pun kena lah buat sendiri. Ayam pencen habis stok jadi suami request rendang daging.

 


Rasa rendang yang aku masak berbeza-beza kejadian dia mengikut perencah rendang yang aku guna tapi tak lari jauh rasa dan masih sedap di tekak suami dan anak-anak.  

Untuk resepi rendang daging kali ni aku guna perencah rendang daging jenama Faiza. Puas hati betul sebab perencah dia tak pedas jadi mudah la aku nak adjust tahap kepedasan dia.

Rendang sedap dimakan dengan Nasi Impit - Resepi Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim




Resepi Rendang Daging Faiza

 

1 kilo daging dipotong kecil. Masak dalam pressure cooker untuk lembutkan daging.

1 kotak kecil santan

3 batang serai*

4 biji bawang merah*

4 ulas bawang putih*

Halia 1 inci*

Lengkuas ½ inci*

3 helai daun limau purut. buang urat tengah dan koyakkan

2 helai daun kunyit – dihiris

1 keping asam keping

3 sudu makan cili kering kisar - mengikut kepedasan yang dikehendaki

2 paket kecil SERBUK REMPAH RENDANG FAIZA

2 sudu besar Kerisik

1 ketul kecil gula kabung – dihiris nipis supaya mudah cair

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan bertanda* di kisar

 




Cara Memasak Rendang Daging

Tumis bahan penumis dan bahan bertanda* yang telah dikisar hingga naik bau.

Mak selalu pesan, tumis kena cukup minyak dan betul-betul garing supaya rendang tahan lama dan lebih sedap.

Masukkan serbuk Rempah Rendang Faiza dan sedikit air.

Masukkan cili kering kisar.

Masak lagi hingga pecah minyak.  

Masukkan daging. Biar menggelegak.

Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering

Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping.

Jangan lupa taburkan daun limau purut serta daun kunyit.

Siap untuk dihidang.



Kalau dulu nak masak rendang merupakan satu tugas besar dan hanya emak sahajalah harapan kami adik beradik. Aku dulu selalu fikir nak masak rendang kena ada kemahiran memasak aras tinggi. 

Tetapi rupa-rupanya tidaklah terlalu susah. 

Kenangan Hari Raya 2021

Bagi aku, syarat dapatkan rendang yang sedap selain daripada cukup bahan-bahan dia ialah kena tumis bahan-bahan dalam tempoh yang lama. Biar pecah minyak orang kata. 

Selebihnya kita adjust mana yang boleh. Jadi kepada yang baru berjinak nak masak rendang janganlah takut. Selamat mencuba. 

Resepi Kuah Kacang 4 Bahan

Selain rendang, kuah kacang nasi impit adalah menu wajib kena ada atas meja di hari raya. Kalau Tak ada kuah kacang memang tak lengkap hari Raya bagi aku. 

Semestinya kuah kacang yang emak buat lah yang terpaling sedap.

Dulu kalau Raya memang mak la yang masak, kami adik beradik akan sediakan bahan-bahan, sebab nak makanan rasa air tangan mak. Tu paling mahal tu.

Sejak Raya di rumah sendiri ni memang belajar sendiri ajelah. Boleh je nak tempah dengan orang tapi memandangkan aku takut kecewa tak sedap maka gigihkan diri belajar masak.


Resepi Kuah Kacang 4 Bahan

Kalau google memang banyak gila resepi kuah kacang. Tahun lepas aku dah cuba resepi kuah kacang 4 Bahan ni. Sesuai untuk beginner. Sila cuba.

Resepi Kuah Kacang Mak Mentua

Boleh masak kuah kacang awal-awal dan kemudian frozenkan je. Nak makan panaskan. Jimat masa dan tenaga.

Resepi mak guna udang kering dan serai. Resepi bawah ni sempoi tak payah letak pun. Tapi kalau tak sempat masak boleh beli Kuah Kacang Jenama Adabi atau Kuah Kacang Jenama JM yang dapat banyak review kata sedap.

Resepi Rendang Daging Perencah Faiza

 



Resepi Kuah Kacang Simple 4 Bahan

Bawang Besar 3-5 biji di hiris

Cili Kering Segenggam direbus dan blend

1 Cawan Kacang Tanah yang di sangai (Goreng tanpa minyak) dan blend jangan terlalu hancur.

Gula Melaka 1 ketul besar

 

Cara-Caranya ialah:

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.

Bila bawang dah kekuningan masukkan pula cili blend dan tumis sampai naik minyak.

Kemudian masukkan kacang, gaulkan.

Biar mendidih, kemudian masukkan air ke dalam blender sampai penuh masukkan pula kedalam periuk.

Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan pula gula melaka yang dipotong kecil supaya mudah larut.

Akhir sekali perasakan dengan garam.

Tambah gula jika masih belum cukup manis. Teringat makan kuah kacang makan dengan sate Willy 

Kalau kuah cair biarkan mendidih dan kacau sehingga mencapai kepekatan yang kita nak.  

Kuah kacang akan jadi pekat lepas sejuk jadi agak-agak je kepekatan dia tu.




Oleh sebab tahun lepas dah guna resepi kuah kacang 4 bahan jadi tahun ni aku nak follow resepi Kuah Kacang Azlina Ina pula.

Resepi dia ada masukkan lengkuas dan santan. Jadi nak cuba kot lagi sedap. Korang boleh cuba juga ikut je resepi di bawah:


Resepi Kuah Kacang Paling Sedap

 

💞 500g kacang disangai atau digoreng dan ditumbuk kasar2*

💞 3biji bawang merah besar*

💞 1inci halia*

💞 1inci lengkuas*

💞 4 batang serai di hiris kasar*

💞 1senduk cili blender( dalam 25 tangkai atau ikut pedas korg nak siap rebus dan di blender ye)

💞 1 mangkuk santan pekat/1 kotak mns atau kara

💞 1 mangkuk air

💞 Gula melaka/ gula kabung ikut kemanisan korg suka ( kalau Takda gula biasa pon boleh tapi tak kick)

💞 garam secukup rasa,serta msg kalau nak

💞 Minyak untuk menumis

cara

💚Blender semua bahan-bahan *

.

Caranya seterus nya

💚 Panaskan minyak tumis semua bahan blander dan cili mesin sampai garing. Slow je api ye.siap sedia la dgn tudung periuk kot2 takut tepercik sambal

bila dah naik minyak boleh masukkan air dan santan kacau sebentar

Masukkan kacang masak dengan api perlahan. 

Kuah biar cair sikit sebab kita nak masak perlahan perlahan smpai pecah minyak

Masukkan gula melaka dan garam ( selalunya kuah kacang ni rasanya manis sikit tapi ikut citarasa masing-masing ye kira macam kuah satay tu)

Setelah pecah minyak dan kuah pekat tutup api



Jumpa Kuah Kacang Segera ni dekat AeonBig tapi tak terbuka hati nak beli. Next kalau banyak review kata sedap boleh lah cuba. Lepas raya pun on aje. 

Sediakan Nasi Impit Buat Sendiri guna Plastik Aiskrim

Kenapa Orang Business Kena Guna TikTok?

Perasan tak yang sekarang dah banyak orang Business mula menggunakan platform TikTok sebagai tempat untuk mengembangkan lagi business mereka.

Kalau dulu, orang selalu fikir TikTok adalah tempat orang menari gelek je, orang kata tempat menambah dosa. Pendek kata persepsi negatif semua ada lah.

Sebenarnya paling utama adalah bagaimana diri kita menggunakan platform media sosial. 


Kenapa Orang Business Kena Guna Platform Tiktok?

Analogi mudah boleh aku share ialah pisau. Pisau kalau kita guna untuk kebaikkan semestinya dapat mudahkan kerja di dapur. 

Tapi apa akan berlaku kalau kita salah guna pisau? Boleh ragut nyawa orang okey. Tapi itu pendapat aku, korang lebih kenal diri sendiri.  Orang Business Boleh Buat Duit Di TikTok




#1  Buat Duit, Tunjuk Bakat, Kongsi Ilmu & Pengalaman

Sehinggalah platform TikTok mula mendapat tempat di hati ‘Content Creator’ Malaysia. Sebenarnya selain menjadi tempat berhibur, TikTok merupakan platform yang sarat dengan ilmu.

Sekarang pula dah boleh buat duit di TikTok lagi lah seronok. Boleh jadi Guru TikTok ataupun jadi affiliate

Pengguna TikTok menjadikan TikTok sebagai medan mencurahkan idea kreatif, ilmu dan juga pengalaman business memandangkan TikTok sangat menjaga peraturan yang ditetapkan mereka. Memang no hard selling ya atau anda akan di senarai hitam selamanya.




#2 Bina Personal Branding

Seperti mana-mana platform media sosial lain, anda perlu patuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Jangan terlalu hard selling sebaliknya cuba untuk bina personal branding di sana.

Orang business pasti sedar akan kepentingan untuk membina personal branding. Komuniti TikTok sangat-sangat positif jadi proses untuk membina personal branding menjadi lebih mudah.

Bina personal branding untuk kenalkan diri kepada orang ramai, untuk wujudkan trust. So kena fokus personal branding dulu. Lepas tu baru senang nak menjual.



#3 Mudah Dikenali

Tapi kenapa TikTok dan bukan sosial media yang lain? Kalau nak tahu dekat platform TikTok lah paling mudah nak naik dan dikenali dengan syarat orang business kena bijak ambil peluang.

Buat video santai, buat video sharing secara kreatif in sha Allah orang suka dan mudah dapat follower.

#4 Bina Network

Selain sebab-sebab aku nyatakan dekat atas, dekat TikTok juga bagus untuk bina network dan jumpa kawan baru. Dekat sana semua orang supportive, dan jarang sangat aku jumpa orang kondem orang lain.

#5 Tak Pilih Bulu

Terpaling aku suka, aku jumpa ramai gila orang kelainan upaya yang cemerlang di TikTok. Pendek kata TikTok ni tak sikti pun diskriminasi atau pilih bulu. As long as orang share content yang ada value mesti boleh grow.

Sebagai contoh ada yang cacat anggota badan, yang cedera dan cacat akibat kemalangan, yang menghidap penyakit kronik dan banyak lagi kekurangan lah.

Tapi yang hebatnya, mereka yang kelainan upaya ni terpaling sporting dan banyak bagi motivasi dekat orang lain. Mereka pon sporting dan tak buat video untuk raih simpati.

Kesimpulan

Aku kongsikan salah satu point yang aku dengar dan masih segar dekat ingatan waktu aku join kelas online TikTok tentang personal branding. Simple je speaker tu cakap, aktiviti marketing dan personal branding adalah dua perkara yang sama pentingnya.

Marketing untuk create awareness tentang produk dan generate sale, manakala personal branding pula adalah bertujuan untuk sustainkan business.