Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan

Tertarik hati nak kongsi tentang budaya LGBT yang tengah rancak dekat Malaysia sekarang. Isu sensitif yang telah mendapat perhatian banyak pihak. 

Bila ada manusia yang mengaku Islam tetapi terang-terangan membuat perkara mungkar. Kenapa ramai yang mengecam terutama pendakwah dan ahli agama kerana yang melakukan itu adalah seorang muslim. 

Bila mana seorang lelaki atau wanita mahu bertukar dan menyerupai jantina berlawanan nya. 


Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan 

Pencetus umah Amin antara pendakwah yang bangkit melawan budaya LGBT di kalangan umat Islam Malaysia. 

PU Amin juga telah di jemput di salah sebuah rancangan televisyen "Motif Viral" dan menerangkan kenapa dia begitu marah dan kenapa umat Islam Malaysia perlu bersuara. 



larangan lelaki menyerupai wanita



Kenapa masyarakat perlu ambil iktibar atas dugaan yang melanda.  


Maksud lelaki menyerupai perempuan ialah apabila secara fitrah nya dilahirkan sebagai lelaki tetapi dia cenderung meniru gaya orang perempuan. 

Baik dari segi pakaian, perhiasan seperti subang dan rantai, gaya bercakap dengan suara yang halus atau dari segi gaya berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan.




Larangan Bagi Lelaki Dalam Islam


Perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:

  • Mengubah Mengubah dengan apa cara sekalipun termasuk melakukan pembedahan ke atas bentuk fizikal termasuk penukaran jantina. 
  • Menukar dan mengikut gaya berjalan dan gerak badan seoarang perempuan yang berlenggang lenggok. 
  • Menukar percakapan dan suara menjadi lebih halus. 
  • Memakai perhiasan yang dipakai perempuan seperti rantai, subang dan lain-lain. 
  • Memakai pakaian wanita. 



Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan


Hukum bagi lelaki menyerupai atau mengubah diri menjadi perempuan adalah HARAM tidak kira dengan apa cara sekali pun, melalui pengambilan hormon atau pembedahan. 

Ini adalah di sebabkan ianya termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بْنِ مَسْعُودٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،  قَالَ:  لَعَنَ  اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ  وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) .


Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a  katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. 

Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud... 

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”




Hadith pengharaman perbuatan berlagak lelaki atau perempuan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”


Sumber Hukum dari muftins.gov dan olahan oleh Rodiah Amir


Burger Ayam Mexicana McDonald

Burger Ayam Mexicana McDonald

 McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan menu kedua sempena Kempen Discover the World iaitu Burger Ayam Mexicana selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu. Diah dah rasa burger Rio Daging, sedap tapi pedas sampai meleleh air mata. Sos dia serius unik rasa.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. 

Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Menu baru McDonald’s Mexicana Chicken Burger




Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Menerusi Kempen Discover the World McDonald’s Malaysia membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World juga membolehkan McDonald’s memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara,”

Tidak kira menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. 

McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

menu baru McDonald’s Strawberry Custard Pie
McDonald’s Strawberry Custard Pie 


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


McDonald's Strawberry Fiesta
Pendek kata McDonald’s menawarkan hidangan menarik selera dan juga mata rakyat Malaysia. Pilihan bijak bila McDonald’s ni selalu tukar-tukar menu dan perisa untuk ice cream cone dia. Tak sabar nak rasa Strawberry Custard Pie tu. Untuk kaki makan memang kena cuba la. Apa pun jaga pengambilan gula. Nanti banyak kan minum air masak dan bersenam ok? 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari Website McDonald Malaysia. 



Wow, bestnya Hotel Concorde!

Wow, bestnya Hotel Concorde!

Korang terfikir nak merancang percutian menarik dalam negara?. Bagi yang nak rasa ala-ala eksotik dan yang gemar gaya mewah, pilih je Concorde Hotel kat Shah Alam, Selangor. 

Hotel ni sudah memenangi banyak anugerah dan terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, Hotel Perniagaan yang berkelas antarabangsa lagi mewah gitu berdekatan pulak dengan bandaraya yang bersistematik. 

Jom ke Hotel Concorde Shah Alam



Bagi majoriti yang beragama Islam, tak perlu risau dan pening-pening sangat nak tempat untuk menunaikan ibadah yang tak jauh dari Masjid Biru yang telah tersedia dan berdekatan dengan 4 lapangan golf bertaraf dunia tau, jadi kalau nak beriadah dan bersukan kat area itu pun sesuailah. 

Lokasi Hotel Concorde

Perjalanan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Concorde Hotel Shah Alam mempunyai 381 bilik dengan suite.

Setiap biliknya pula dihias dengan elegan menawarkan pelbagai kemudahan moden untuk memastikan pengunjungnya menginap secara santai, termasuk penghawa dingin penuh dan akses Wi-Fi percuma. 


Masjid Biru dekat dengan Hotel Concorde


Untuk keseronokan makan pulak, nikmati aroma dan perisa masakan yang berbeza dari lima kedai makanan dan minuman yang unik dan sedap. 

Concorde Hotel Shah Alam adalah satu-satunya hotel di bandaraya dengan bangganya memperoleh tiga sijil HALAL untuk dapurnya (Pastry, Melting Pot Café & Main Kitchen). Pasti pengalaman penginapan percutian tidak akan dapat dilupakan. Ingat bercuti Ingat Concorde eh.

Sikit lagi berkenaan Concorde Hotel Shah Alam, hotel ini menyediakan penginapan yang luas dan selesa di Selangor, dalam jarak 10 minit drive dari Sunway Lagoon Theme Park. Untuk sesiapa yang minat atau cintakan membeli-belah yang kerap kali ada sale, tempatnya adalah kat Sunway Pyramid.

Tak menang tangan dan kaki koranglah kalau bershopping kat pasaraya terbesar di Malaysia tu. 


Shopping di Sunway Pyramid Mall


Tarikan Hotel Concorde

Dengan menawarkan 6 restoran (Pavilion Terrace, Xin Cuisine, Raku Japanese dan lain-lain) yang terbaik selain beroperasi 24 jam, kolam renang terbuka dan perkhidmatan ulang-alik kenderaan secara percuma ke beberapa pusat membeli-belah. 

Tambahan tempat letak kenderaan bawah tanah dan lobi disediakan dengan berbayar mengikut masa. Bilik-bilik kat Hotel Concorde ini pulak dilengkapi dengan pemandangan ke Blue Mosque atau Tab kolam hotel. 

Setiap bilik juga turut tersedia dengan TV, peti deposit keselamatan dan bar mini. Wifi berkelajuan tinggi juga boleh dinikmati dengan bayaran. 

Bila perut dah berbunyi kelaparan, lagi sekali korang tak perlulah risau pening-pening stress berfikir sebabnya Melting Pot Café ada menawarkan hidangan bufet dengan kepakaran tempatan mahupun Barat. 

Restoran-restoran lain menyajikan makanan citarasa Asia, Cina dan Jepun. Banyak pilihan kan? 
Korang juga boleh layan Muzik secara langsung setiap malam kat Crossroads Bar yang tersedia ye. 

Kepada brother-brother dan kakak-kakak yang berbadan sado ataupun fit lah orang kata yang suka dan nak bersenam tu, jangan risau dan sedih sebab kat hotel ini ada jugak Pusat Kecergasan Sukan yang serba lengkap dan terbaik, tambahan pula kelas latihan yoga, litar larian, serta bilik sauna dengan wapnya sekali di sediakan. Fuhh merecik habis.  

Meja tempahan penginapan serta urusan, perkhidmatan concierge dan limusin disediakan untuk kemudahan tambahan kepada pelanggan. 

Concorde Hotel Shah Alam ni jarak anggaran masanya akan memakan masa 45 minit kalau korang driving dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
30 minit pulak kalau korang driving dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Lembah Klang Utara.

Cerita balik Hotel berkelas perniagaan yang mewah ini, kedudukan strategik kat tengah-tengah bandar di seberang Masjid Biru Shah Alam. Traveller macam korang akan dapat akses mudah untuk pergi ke Taman Tema Sunway Lagoon dan beriadah kat Resort Golf Sultan Abdul Aziz Shah jugak. 

Concorde Hotel Shah Alam ini, sediakan jugak pengangkutan percuma secara berjadual ke beberapa lokasi setiap hari, menjadikannya mudah untuk dikunjungilah, memang berbaloi-baloi. 

Kalau nak bergerak ke Petaling Jaya atau ke Kuala Lumpur memang senang dari hotel ini. Makanan di hotel ini adalah yang terbaik yang korang akan rasakan, standard level dia lebih daripada lima restoran, korang boleh makan dan rasa pelbagai makanan. 

Concorde Hotel Shah Alam ini jugak tempat yang sesuai bagi sesiapa yang mahukan persekitaran yang glamor, suasana damai, dan lokasi yang strategik. 

Apa lagi, jom book hotel murah di Traveloka sekarang and selamat bercuti dan travel ye, beb!


*Credit gambar - Website Hotel Concorde Shah Alam
Google Image 

Cara Buat Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera

Memang kalau makan tu dah jadi hobi maka kalau terjumpa resepi yang mudah dan sedap memang harus la Diah mencuba. 

Kali ni Diah cuba resepi keropok lekor yang dibuat dengan menggunakan mee segera. Amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun memang dah ada di dapur. 

Dari segi bentuk, kekenyalan memang menyerupai keropok lekor tapi rasa ikan memang tiada sebab tidak melibatkan mana-mana ikan. 


Cara Buat Keropok Lekor Perisa Ayam Guna Mi Segera  

Resepi asal menggunakan perencah mee segera tu, tapi resepi Diah cuba ni Diah masukkan serbuk pati ayam knorr. 

Jadi terhasil lah keropok lekor perisa ayam. Di cicah dengan sos keropok lekor yang dibeli masa berjalan ke Terengganu dulu, memang terasa macam makan keropok lekor Terengganu. 


Keropok Lekor Mee Segera




Resepi keropok Lekor Perisa Ayam

Untuk resepi ni boleh dapat dalam sepinggan besar keropok dan boleh dimakan oleh tiga orang. Kalau tak cukup boleh ganda kan bahan-bahan. 

Bahan utama adalah satu paket mee segera tak kisah apa jenama, ikut selera tekak masing-masing, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum. 

Diah gantikan serbuk perasa dengan serbuk ayam knorr dan tambah sedikit garam. 


Resepi Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera


Masak mee segera sehingga lembut dan toskan. Masukkan mee segera, telur, bahan perasa dan kisar sehingga hancur. 

Tuang ke dalam mangkuk dan masuk kan 8 sudu tepung ubi dan 3 sudu tepung gandum. Masuk kan sedikit demi sedikit sehingga adunan berjaya di uli menjadi doh. 

Tambah kedua-dua tepung jika perlu. Bentukkan mengikut kesukaan dan rebus dalam air yang mendidih. Biarkan seketika sehingga doh tadi timbul. 

Angkat dan tos dan biarkan sehingga sejuk. Potong doh menjadi ketulan kecil dan goreng sehingga keperangan. Keropok yang siap di uli.



Keropok lekor


Keropok lekor ni sesuai di makan pada waktu petang atau pun sarapan pagi. Makan masa panas-panas memang tak sedar habis sepinggan. 

Suami dan anak-anak suka kan nya. Boleh jadi hidangan bila malas nak masak. Selamat mencuba. 

Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Terjumpa resepi kerabu tomato sardin yang dikongsi oleh Puan Zeeda Aziz di Facebook. Memang kena betul la dengan tekak Diah. 

Ada sardin, sayur-sayuran, dan rasa masam-masam pedas macam tu. Membangkitkan selera. Bayangkan kerabu tomato sardin ni pun dah kecur air liur. 

Sebelum ni pernah jumpa kerabu perut dan kerabu kaki ayam je, ini sardin pula di jadikan kerabu, memang lain dari kebiasaan. 


Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Nak buat pun senang kerabu tomato sardin ni. Jom lah cuba. Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz. 

Kerabu Tomato Sardin


Kerabu Tomato Sardin

Bahan-bahan:

Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Seketul ikan mencukupi. Tumis jika kamu ada alahan pada sardin belum masak)
2 biji tomato besar
6 biji tomato ceri
Bawang besar
Cili burung
Limau Nipis
Daun Selom
Bunga Kantan 
Gula
Garam

Sardin dilecek dan digaul dulu dengan asam limau. Gabungkan semua bahan. Hidang.
Kalau ada kacang panjang, daun ulam-ulaman lain, boleh gaulkan sekali.
Sedap dimakan dengan nasi panas. 

Masa artikel ni di tulis berita tentang sardin mengandungi cacing masih belum terbongkar. Masa tu masih selamat nak makan sardin. 

Lepas kecoh berita 6 jenama sardin yang ada cacing tu terus berhenti sekejap niat nak makan sardin. Kali ni selera tu datang semula. Cuma nak kena cari jenama sardin yang bebas cacing atau buat sardin sendiri la lepas ni. 

Selamat mencuba!

6 Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad

Hari ni Diah nak kongsi tentang satu produk yang dapat membantu para ibu yang menyusukan anak supaya sentiasa tampil yakin dan selesa. 

Produk yang dimaksudkan ialah Shapee Disposable Nursing Pad. 

Orang yang memerlukan Nursing Pad ialah ibu yang menyusukan anak, tak kira ibu itu suri rumah mahupun ibu yang keluar bekerja. 


6 Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad 

Bagi Diah sendiri yang dah lalui tiga kali pengalaman berpantang dan menyusukan anak. 

Pemakaian nursing pad amatlah membantu memberi keselesaan kepada ibu yang menyusu pada setiap masa terutama apabila berada di luar.


review Shapee Disposable Nursing Pad


Antara salah satu masalah yang selalu terjadi kepada para ibu yang masih menyusukan bayi adalah masalah kebocoran susu badan. 

Nampak remeh je tapi boleh memudaratkan terutama penampilan dan gangguan emosi bagi kaum ibu. Masih ingat lagi nursing pad adalah benda wajib masa tempoh berpantang sebab susu badan keluar dengan meriahnya. 


Shapee Disposable Nursing Pad

Baru-baru ni berpeluang mencuba Disposable Nursing Pad dari Shapee Walaupun ini kali pertama Diah mencuba Shapee Disposable Nursing Pad tetapi Diah amat berpuas hati dengan material yang digunakan. 

Amatlah selesa. 

Berbanding dengan nursing pad yang dijual di pasaran dan yang pernah Diah sendiri guna, Shapee Disposable Nursing Pad berjaya menawan hati dengan reka bentuk, material dan teknologi yang digunakan serta keupayaan Shapee Disposable Nursing Pad menyerap air. Memang terbaik. 

Nak tahu kenapa Diah bagi markah tinggi untuk Shapee Disposable Nursing Pad ni, mari baca lebih lanjut:

Ciri-Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad


#1 Ultra-Thin Design - 1mm thickness for extra comfort

Ini fakta dan bukan auta ya para ibu. Memang ketebalan Shapee Disposable Nursing Pad hanyalah 1mm. Direka khas untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. 

Memang selesa sehingga tak sedar kehadirannya. Keselesaan para ibu yang menyusu kan anak memang mereka utamakan. 


Ultra Thin design Disposable Nursing pad


 
#2 Ultra-water absorbent

Jangan tak percaya yang Shapee Disposable Nursing Pad boleh menyerap air susu sehingga 55ml, memang padu. Banyak tu. 


#3 Leak proof coverage

Dengan Shapee Disposable Nursing Pad tak akan berlaku masalah kebocoran lagi. 


#4 Soft and breathable material

Paling penting payudara dapat bernafas dan material Shapee Disposable Nursing Pad lembut dan selesa. 

Sepanjang Diah gunakan Shapee Disposable Nursing Pad ni tak ada masalah kulit tak selesa atau gatal. 


#5 Double anti slip adhesive strips

Fungsi anti slip berganda ni memang penting untuk pastikan pad tu berada kekal pada baju dalam. Kita bergerak lasak macamana pun pad tak tertanggal. 

Pernah cuba pad yang hanya ada satu strips tu memang agak sadis sebab dia asyik bergerak. Shapee Disposable Nursing Pad ni gam dia kuat jadi tak risau. Penting ya. 



Shapee Disposable Nursing Pad
Double anti slip adhesive strips

#6 3D shape design

Reka bentuk Shapee Disposable Nursing Pad yang comel dan bila tengok sepintas lalu macam bentuk panty liner. Kagum ok kagum. 

Berita baik untuk yang nak mencuba dan beli Shapee Disposable Nursing Pad ni, harga nya hanyalah RM18.90 untuk 30 pieces. 

(introductory price: RM13.90) dan untuk pembaca blog Diah boleh guna discount code: 10dnpblogger06 untuk dapatkan 10% discount. Untung kan?


Where to buy? Shapee Disposable Nursing Pad boleh dibeli di laman web Shapee brand store (www.theshapee.com) atau pun di cawangan kedai barangan bayi terpilih Shapee
Shapee Seamless Nursing Bra

Shapee Seamless Nursing Bra juga merupakan salah satu top selling produk di Shapee. Material nya adalah nylon dan spandex yang memberi keselesaan kepada pemakai. 

Tapi serius memang selesa sangat bila dipakai. Rasa macam melekat dan jadi sebahagian anggota badan. Kemas dan terasa dipeluk. Berbaloi untuk wang yang anda laburkan. 
  • Reka Bentuk 3D 
  • Sokongan Nyaman 360 °
  • Tali Bukan Slip yang diperbaiki untuk sokongan maksimum
  • Reka bentuk klip inovatif dan fleksibiliti
  • Keterbalasan yang lebih besar untuk serba boleh
  • Pad Bra yang boleh ditanggalkan 
  • Reka Bentuk cup yang penuh agar selesa bila di pakai. 

Sekali lagi Diah tekankan yang keselesaan amat penting dalam membentuk emosi dan persekitaran yang positif semasa proses penyusuan. 

Bila ibu positif dan selesa, anak-anak pasti gembira. Tak rugi pun kalau berbelanja untuk keselesaan kita. Pandangan ikhlas dari ibu anak tiga.

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Bulan Syawal lepas berpeluang bersama adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak sempena sambutan Hari Raya yang telah di adakan di Kem alang sedayu batu 12 Gombak, Selangor anjuran Fashion of Love bersama dua lagi rumah kebajikan dari kawasan sekitar. 

Peluang bertemu adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ni memang diah nanti-nanti kan kerana dari mula ber blog lagi teringin sangat nak menyertai acara kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Akhirnya tercapai juga hasrat nak membantu.  

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Kerja sama antara Fashion of Love dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Diah dihubungi oleh Ivlyn Tan, individu yang bertanggung jawab mengumpulkan dana dan juga para sukarelawan untuk membantu projek sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak. 

Ivlyn mewakili Fashion of Love telah menjemput anak-anak yatim berbilang bangsa atas semangat Kami Anak Malaysia untuk mengeratkan jalinan persaudaraan dan perpaduan antara kaum. 

Usaha murni Fashion of Love menganjurkan aktiviti seperti ini wajar dicontohi dan menunjukkan indahnya ikatan muhibah rakyat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa, budaya dan agama. 

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan Fashion of love


Majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dimulakan dengan perarakan masuk anak-anak dari semua pertubuhan, di iringi paluan kompang dan juga gong oleh The Colours of Sound. 

Memang meriah. Sepanjang majlis berlangsung, para sukarelawan dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak dari semua pertubuhan dan dihidangkan dengan juadah raya yang menyelerakan. 

Detik menyentuh perasaan bagi diah sendiri ialah bila salah seorang anak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, iaitu adik Daniel telah membuat persembahan yang berjaya membuat kan para tetamu mengalirkan air mata. 

Daniel telah membacakan sajak tentang “Kasih Sayang Ibu” yang telah dikarang oleh nya sendiri. Pesan adik Daniel, “Kasih ibu membawa ke syurga, amarah ibu membawa ke neraka”. Memang istimewa dan berbakat sungguh anak-anak ini. 

Latar belakang Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Menurut Puan Reena yang merupakan pengasas Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, tahun 2018 merupakan tahun ke tiga Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ini beroperasi. 

Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan banyak kali berpindah tempat akhirnya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak berjaya memulakan operasi mereka di tempat yang baru. 

Hasil usaha dan juga sumbangan pelbagai pihak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kini beroperasi di kediaman baru mereka di Kem alang sedayu batu 12, Gombak Selangor. 

Tertarik hati dengan perkongsian dari Puan Reena yang beliau mencurahkan sepenuh kasih sayang tetapi juga tegas dalam mendidik anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kerana mahu mereka berdikari dan mampu bersaing dengan anak-anak di luar sana. Miskin dan tiada ibu atau bapa bukan kelemahan yang boleh menghalang anak-anak ini untuk berjaya. 

Tapak Perkhemahan untuk di Sewa 

Tidak mahu hanya menunggu bantuan, Puan Reena tampil dengan usaha menawarkan tapak untuk di sewa untuk melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan dan juga latihan untuk organisasi sesuai dengan lokasi yang terkenal dengan air terjun dan juga aktiviti lasak iaitu berbasikal dan perkhemahan. 

Puan Reena menekankan yang dia mahu mengubah tanggapan masyarakat terhadap pertubuhan kebajikan yang biasanya hanya diberi bantuan dan di raikan ketika bulan Ramadhan atau Syawal sahaja. 

Puan Reena mengalu-alukan semua pihak yang mencari tapak untuk aktiviti yang di sebutkan di atas di adakan di tapak yang mereka miliki. Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan juga organisasi lain kini giat dalam melakukankan promosi untuk memperkenalkan tempat mereka kepada orang awam. 

Untuk yang berminat boleh lah menghubungi Puan Reena di talian 011 – 21244978 atau 013 – 3251544 


Bantuan dan sumbangan kewangan diperlukan 

Pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nur Jannah amat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan kewangan dari orang ramai bagi menguruskan anak-anak Islam miskin yang terdiri daripada anak-anak yatim miskin, anak-anak miskin asnaf, anak-anak saudara baru (Orang Asli Semenanjung), anak-anak tak sah taraf dan lain-lain. 

Sumbangan digunakan untuk menampung pembiayaan kos pendidikan & akademik, kerohanian & Ko-kurikulum, kos kebajikan & kesihatan, Pengangkutan, Bil-bil utility, makanan serta kos-kos lain yang mencecah sebanyak RM 25,000 sebulan. 

Pihak pengurusan juga berbesar hati menerima jemputan, tajaan program pengisian ilmu & kem motivasi, bantuan & sumbangan lain seperti makanan, sabun basuh, barang-barangan atau pakaian terpakai juga diterima. Kenderaan sperti Van baru/terpakai (masih dalam keadaan baik) amatlah diperlukan memandang kan van sedia ada sekarang telah uzur. 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui cek di atas nama pertubuhan iaitu: 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH

Atau akaun pertubuhan 

CIMB ISLAMIC: 8602458847

BANK SIMPANAN NASIONAL: 14008-41-00002187-1

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai di luar sana untuk menghulurkan bantuan untuk anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah. Semoga niat dan ke prihatinan kita di balas dengan seribu satu kebaikan di masa hadapan. 

Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Terbaca status kawan-kawan tentang iklan matched content di blog dan katanya blog dia tak layak untuk pasang iklan tu. 

Berdasarkan pembacaan, entri blog yang terpamer adalah entri yang relevan dengan carian di internet. Kiranya entri kita akan duduk sebaris dengan iklan dari adsense.

Macam gambar Diah share dekat bawah ni, yang Diah tandakan kotak tu salah satu ialah iklan dan satu lagi ialah entry Diah cerita tentang Hotel Best Melaka iaitu Hotel Estadia. 


Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

semak blog
Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Syok habis Lagu Bunga dari Altimet

Dah dengar lagu Altimet yang tajuk Bunga tu? Memang syok habis. Tu bagi pendengaran Diah la. Mula-mula baca tajuk ingatkan lagu tentang Bunga atau perempuan jadi terbayang lagu yang tangkap leleh. 

Rupanya tidak ok. Jauh panggang dari api. Lagu Bunga oleh Altimet ni mengisahkan tentang orang yang tak ada duit tapi nak bergaya macam orang ada duit. 

Dah tak ada duit jadi minta duit dekat bank la jawabnya. Memang ramai orang buat macam ni. Biar papa asalkan bergaya katanya. 



Syok habis Lagu Bunga dari Altimet 


Bunga yang dimaksudkan adalah kadar interest atau riba yang dikenakan oleh bank bila pelanggan buat pinjaman. Haram hukum nya ya terlibat dengan riba. 

Diah dengar lagu ni dengan anak-anak masa tengah kemas rumah. Catchy dan trendy sangat lagu dia jadi anak-anak pun suka. 

Asyik ulang bahagian korus, Bagai bulan jatuh ke riba, nak duit nak duit, dapat sekali riba.  



lirik lagu Bunga Altimet






Lirik Lagu Bunga - Altimet


[Intro]
Haa!

[Verse 1]
Pening kepala, takde duit belanja
Kecewa kerana orang lain shopping selamba
Nak merasa, nak join sekali bersama
Mereka-mereka yang viral trending semasa
Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata:
"Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh"
Tak sanggup tunggu lama
Takde duit, takde masa
Aku jumpa satu brader
Tanya cam mana, dia berkata

[Pre-Chorus]
Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Verse 2]
Yeahhh man!
Serba satu, semua serba baru
Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru, that's my instantfam
Semua laju, post pasal baju kat Instagram
Beemer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster
Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo)
Putih mata, lupakan kisah lama
Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata

[Pre-Chorus]
Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus
Pinjam je lagi!

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Bridge]
Hehehehehehe
Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik-baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah)
Mana mahu lari, jangan kecik hati
Janji tetap janji, perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak, pokok dan baki
Bunga tanam sekali, hutang sampai mati

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga (takde)
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Outro]
Hehehehehehe


Image sumber google 
Video dari Youtube Warner Music

Senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri 2018

Senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri 2018 

Usai pilihanraya yang ke 14 akhirnya telah selamat semua Menteri – Menteri yang di pilih oleh Perdana Menteri memulakan tugas masing-masing. Banyak juga entry tentang pilihanraya Diah kongsikan di blog Rodiah Amir ni dan tidak bermaksud blog ni nak bertukar niche politik ya.

Semua bebas bersuara dan bebas memilih parti yang dirasakan sesuai untuk mentadbir negara Malaysia tercinta. Kali ni nak kongsikan senarai penuh Ahli-Ahli Jemaah Menteri untuk tahun 2018. 

Kebiasaan hafal nama Menteri bila ada temuduga atau nak jawab periksa je tapi semenjak dah jadi ibu bapa ni kena la ambil tahu. Nanti anak-anak tanya tak ke malu bila tak tahu. 

Ahli kabinet 2018


Senarai penuh ahli-ahli Jemaah Menteri yang terpilih untuk berkhidmat demi negara Malaysia tercinta dan Menteri kesukaan Diah semestinya Menteri Pendidikan iaitu YB DR. MASZLEE BIN MALIK dan Menteri Pertahanan yang penuh dengan sense of humor YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU. 

Untuk tahun 2018, semua dah dapat terima rasanya Perdana Menteri kita sekali lagi menaiki takhta. Majoriti pilih Tun. Kali ni Jemaah Menteri dipimpin oleh YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD. Ha tepuk. Bilangan Anggota Jemaah Menteri adalah seramai 28. 

1) YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Perdana Menteri

2) YAB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL 
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

3) YB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN 
Menteri Dalam Negeri,

4) YB TUAN LIM GUAN ENG 
Menteri Kewangan,

5) YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU 
Menteri Pertahanan,

6) YB DR. MASZLEE BIN MALIK 
Menteri Pendidikan,

7) YB PUAN RINA BINTI MOHD HARUN 
Menteri Pembangunan Luar Bandar,

8) YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI 
Menteri Hal Ehwal Ekonomi,

9) YB PUAN ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

10) YB TUAN ANTHONY LOKE SIEW FOOK 
Menteri Pengangkutan,

11) YB TUAN GOBIND SINGH DEO 
Menteri Komunikasi dan Multimedia,

12) YB TUAN M. KULASEGARAN A/L V. MURUGESON 
Menteri Sumber Manusia,

13) YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

4) YB DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD 
Menteri Kesihatan,

15) YB TUAN SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN 
Menteri Belia dan Sukan,

6) YB TUAN MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF 
Menteri Pembangunan Usahawan

17) YB DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM 
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

18) YB DATO' SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

19) YB TUAN BARU BIAN 
Menteri Kerja Raya

20) YB DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH 
Menteri Luar Negeri,

21) YB PUAN TERESA KOK SUH SIM 
Menteri Industri Utama,

22) YB PUAN YEO BEE YIN 
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

23) YB DATO' DR. MUJAHID BIN YUSOF 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

24) YB TUAN KHALID BIN ABD SAMAD 
Menteri Wilayah,

(25) YB DATUK LIEW VUI KEONG 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

26) YB TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

27) YB TUAN MOHAMADDIN BIN KETAPI 
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,

28) YB SENATOR TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)


Semoga dengan pemilihan Jemaah Menteri untuk penggal kali ini dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Bukan senang nak galas tanggungjawab yang di amanahkan rakyat. 

Kalau Diah diberi pilihan nak jadi Menteri yang mana, semestinya teringin nak jadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, atas alasan suka berjalan-jalan dan belajar tentang budaya. Ingat senang agaknya. Ok gelak sendiri. Awak pula nak pegang jawatan Menteri yang mana? 

9 Cara Mudah Mendidik Anak

Perkongsian 9 cara mudah mendidik anak ini terhasil selepas menghadiri sesi bicara akademik 2018 beberapa minggu lepas. 

Diah berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri dan masih lagi menimba ilmu. Tak banyak mana pun pengalaman tapi seronok nak berkongsi. 

Oleh sebab sekolah bagi surat di saat akhir memang suami sedikit sukar nak mohon cuti. Jadi Diah sahaja yang menghadap cikgu kali ni.

9 Cara Mudah Mendidik Anak 

Alhamdulillah untuk sesi bicara akademik kali ni ibu bapa diberi keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2018. 

Mama yang berdebar nak tahu perkembangan akademik dia, Ikhwan pula selamba macam biasa la dia. Masa dekat rumah dia dah berangan nak dapat no satu. 

Mama dah nasihat kan supaya dia tak terlajak yakin. Risau nanti keputusan tak seperti yang dia nak dia kecewa. 


Mendidik anak dari kecil

Kenalpasti Perkembangan Anak

Sesi berjumpa guru kelas memang sekejap sangat. Memandangkan dah keluar awal dan sampai ketika ibu bapa lain masih belum tiba jadi proses jadi mudah dan tak menunggu lama. 

Masa sesi bicara dengan guru kelas, memang Diah tanya habis-habisan. Apa kelemahan, apa perkembangan, macamana dia di sekolah. 

Cuak la kan, dekat rumah dia lembik je habis tenaga dah. Dekat sekolah kemain ligat ke sana sini. 

Cikgu terangkan Ikhwan tak banyak masalah di sekolah. Dia boleh bergaul dengan rakan sebaya, rasanya bab komunikasi atau takut tu dah kurang rasanya. 

Alhamdulillah dia juga fokus bila waktu belajar. Kalau ikut keputusan, cikgu kata Ikhwan ber otak matematik. Sah ikut abah dia. Ikut mama otak seni. 

Ok gelakkan diri sendiri. Untuk penambah baikkan cuma kena banyakkan latihan matematik di rumah.  Sebenarnya masa cikgu bagi keputusan mama dah senyum lebar. 

Mama hampir nak menangis depan cikgu. Ok memang over tapi itu la perasaan mak-mak agaknya. Hasil didikan cikgu dan berkat garangnya mama serta sokongan padu abah Ikhwan dapat keputusan cemerlang. 

Kongsi di sini agar nanti di masa hadapan dapat ingat kenangan manis macam ni.

Cikgu kata kalau ikut kan keputusan UPSR (andaikan peperiksaan kali ni UPSR) Ikhwan dapat 5A. Ya Allah bersyukur sangat. 

Ikut kedudukan dalam kelas dia dapat tempat kedua, kedudukan dalam darjah dapat tempat ke tiga. Doa mama supaya keputusan dia meningkat lebih baik dan dia dapat kekalkan prestasi.  

Nak kongsi apa kami buat untuk Ikhwan supaya dia tenang hati dan mudah nak terima ilmu. Ini 9 cara mudah mendidik anak versi Rodiah Amir.

  1. Ajar dia berdoa minta pada Allah. Sejak kecil ajar dia doa tak kira waktu. Bila dia mahu sesuatu dia akan berdoa. 
  2. Paksa dan ajar dia tidur awal supaya senang nak bangun subuh. Sebelum pukul 10 malam dah tutup tv dan semua tidur. Tanamkan dalam otak dia yang malam adalah waktu istirehat bersama keluarga, untuk beribadah kepada Allah untuk elak dia keluar malam bila dia besar nanti. ni persediaan awal ni. 
  3. Hormat ibu bapa, hormat guru, hormat orang tua dan hormat ilmu. Kena jaga dan sayang kan buku. Hargai alat tulis. 
  4. Setiap hari pesan pada dia supaya fokus bila cikgu mengajar. Jangan leka dan jangan terlalu gembira.  
  5. Limitkan dia dengan gajet. Kami tak ada gajet lain kecuali handphone. Kadang-kadang je beri peluang dia nak main game atau tengok youTube. 
  6. Berikan dia ganjaran dan puji sambil usap kepala bila dia berjaya buat sesuatu walau hanya tolong susun kasut. Peluk sambil beri nasihat sebab masa tu hati dia tengah lembut. 
  7. Suami kerap bacakan AlFatihah dan tiup ke ubun-ubun anak-anak.  
  8. Selalu ingatkan Ikhwan yang dia abang sulong. Bila abah tiada dia lah akan jadi pengganti. Dia akan jadi ketua. Bila mama dan abah dah tiada dia bertanggungjawab ke atas adik-adik perempuan dia. 
  9. Bila ajar, atau bercakap atau beri arahan pada Ikhwan selalu akan minta dia pandang mata. Supaya dia fokus dan faham apa yang di suruh. 
Kesimpulan

Orang luar akan nampak mama kejam dan macam ibu singa. Tapi mama tak kisah pun asalkan anak-anak mama behave dan berjaya. 

Jujurnya kami suami isteri masih lagi belajar dan terus belajar untuk didik anak-anak supaya pandai berdikari dan dekat dengan Allah. 

Semoga kelak bila mama dan abah tiada di sisi mereka akan ingat setiap ajaran dan ikut jalan menuju Allah. Semoga mama dan abah akan jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak. 

Sesungguhnya pengharapan dan sandaran hanyalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat dan dijauhkan dari sifat riak dan takbur. 

Ibu bapa yang se kapal dengan Diah mari la kongsi apa cara awak pula. Boleh la kita bertukar-tukar pandangan. Yang masih bujang belum berkahwin pun boleh kongsi ilmu juga. Jumpa lagi di lain entry. Wassalam. 

Review AppleTree Breast Milk Storage Bag

Menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah seperti yang disangka. Lepas Diah ada anak sendiri baru lah sedar betapa besarnya pengorbanan dan jasa seorang ibu. 

Melahirkan dan membesarkan anak serta memastikan anak-anak sentiasa mendapat yang terbaik.

Ianya bukan mudah tapi tak mustahil untuk dilakukan. Atas sebab yang sama juga wujud nya jenama AppleTree, ditubuhkan oleh ibu anak dua yang amat mementingkan kualiti dalam setiap produk yang digunakan untuk-untuk anaknya. 

Review AppleTree Breast Milk Storage Bag 

Dengan misi "to provide better living environment for our future generations" dan mempromosikan produk yang mesra alam maka terhasil lah produk di bawah jenama AppleTree. 
Review Breastmilk Storage Plastic

Kali ni Diah nak berkongsi dengan ibu di luar sana yang sedang tercari-cari breast milk storage yang bagus, awak kena baca dulu pendapat Diah tentang Apple tree breast milk storage ni. Diharap selepas membaca entry ni dapat membantu para ibu membuat pilihan. 

Selain daripada tujuan utama untuk menyimpan susu, Apple tree breast milk storage ni boleh juga digunakan untuk menyimpan snek ringan dan juga makanan lain.

Apple tree breast milk storage ni sesuai kalau nak menjimatkan ruang, boleh letak dalam beg tangan je dan senang di bawa kalau berada di luar. 

Kalau setakat nak letak buah-buahan atau kekacang memang tiada masalah. Tak ada la masalah anak mengamuk kelaparan bila ibu sibuk membeli belah. 

Antara ciri-ciri menarik Apple tree breast milk storage ni adalah ia nya tersangat la ringan dan tak akan mendatangkan kecederaan kepada penggunanya. 

Pengalaman Diah yang lepas, menggunakan breast milk storage yang ada di pasaran, jari sendiri pernah luka akibat terkena bucu plastik ketika cubaan mengoyakkan plastik tu.  

Pedih dan serik jadi nya. Berlainan dengan Apple tree breast milk storage ni material yang digunakan berkualiti tinggi.  

Dia lembut tapi tak lembik. Paham tak? Jangan keliru tau. Kena beli dan rasa sendiri baru paham apa yang Diah cuba sampaikan. 

Apple tree breast milk storage adalah buatan Malaysia dan menggunakan teknologi Jepun. Ciri-ciri lain yang perlu anda tahu tentang Apple tree breast milk storage ni:

✔️ ada Double zip-lock
✔️ Leak & Spill-proof jadi tak risau air susu tertumpah dan membazir
✔️ Ideal for storing & Freezing breast milk
✔️ May be used to store food and snacks. Boleh letak biskut, buah-buahan.
✔️ Three-layer plastic prevent ink leaching
✔️ BPA and Phthalates Free
✔️ Approved by FDA
✔️ Accurate measuring (ml / ounces)

Lagi satu, comel tau Apple tree breast milk storage ni sebab dekat plastik dia tu ada kata-kata semangat dan pujian macam “Keep it up” dan “Well Done” sebagai pembakar semangat ibu yang pam susu. Boleh tengok video kat bawah ni Diah terangkan lebih lanjut tentang Apple tree breast milk storage.

10% Diskaun Untuk Semua Produk Appletree


Berita baik untuk para ibu dan istimewa untuk pembaca blog Rodiah Amir anda layak untuk mendapat diskaun 10% untuk pembelian semua produk di www.apple-tree.com.my 

Semua barang penjagaan bayi dan juga kelengkapan untuk ibu ada disana. Jangan lupa masukkan special promo code – RA8OZ06 dan anda layak untuk mendapat 10% diskaun. 

Semoga perkongsian kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada awak kat luar sana. Kepada yang nak beli barang kelengkapan bayi anda seperti car seat, mainan, stroller dan juga barang penyusuan boleh juga guna code RA8OZ06 untuk dapat potongan 10%. Zaman ekonomi gawat ni bijak guna peluang. Berjimat selagi boleh. 

Sekian. Jumpa lagi di lain review.