Set Baju Tidur Menyusu Mamaway Maternity Pajama

Selalu sangat dalam ceramah mesti ustaz bagi contoh suri rumah akan pakai baju kelawar lepas tu tempek bedak sejuk dekat muka sampai suami seram nak tengok bini sendiri. 

Dah macam sinonim pula suri rumah tu selekeh eh, main rembat je baju apa yang ada. Kalau dulu logik la contoh baju kelawar tu tapi sekarang tidak rasanya. 

Sebab apa tau, sekarang pilihan untuk suri rumah untuk tampil cantik dah semakin banyak di pasaran. Nak pakai baju tidur jenis macamana sebut je. Semua ada. Walaupun hakikatnya banyak masa suri rumah ni habiskan dekat rumah je.


Set Baju Tidur Menyusu Mamaway Maternity Pajama 

Sebetulnya dalam rumah la kena cantik-cantik untuk tatapan suami dan anak-anak walaupun bertentang mata waktu malam je. 

Macam Diah sendiri, tak la terlalu obsess nak nampak cantik cuma cukup la sedap mata nak memandang. Sentap wo kalau suami mula bandingkan pemakaian kita bila keluar rumah dengan bila berada dalam rumah.


Maternity & Nursing Pajama



Dan tak salah pun nak pakai baju kelawar tu, Diah bukan anti baju kelawar tau asalkan pandai hiaskan diri. Tapi kalau tak nak susah cantik kan diri cuba pakai baju tidur keluaran Mamaway ni. 

Comel je design dia. Baju tidur Mamaway ni juga direka khas untuk ibu yang menyusukan anak sebab ada “tingkap” di bahagian dada untuk memudahkan penyusuan. Senang kerja. 


Mamaway Minnie Lollipop Maternity & Nursing Pajama


Kenapa Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pajama?


Peminat kartun Disney, Mickey & Minnie Mouse mesti suka baju tidur ni. Warna Pink pula tu. Bertambah-tambah kecomelan si pemakai nya (Puji diri sendiri). Kalau tak suka corak kartun macam Diah ni, jangan risau masih ada lagi corak lain. 

Baju Tidur Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pijama boleh dipakai tak kira tengah mengandung ke, menyusukan anak ke atau siapa sahaja asalkan dia ialah seorang perempuan sebab rekaan baju ni yang memudahkan ibu untuk susu kan bayi dan juga kelebihan pada seluarnya. 

Dekat bawah ni Diah senaraikan sebab kenapa Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pajama menjadi pilihan. 


Nursing wear


Baju tidur Mamaway sesuai dipakai oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusukan bayi. Pendek kata boleh guna semasa dan selepas mengandung. Dijamin tak membazir sebab boleh pakai dalam tempoh yang lama.  

  • Untuk susu kan bayi, baju tidur ni memang dah siap-siap ada belahan di bahagian dada untuk memudahkan penyusuan. 
  • Seluar baju tidur ni di datangkan dengan stripe boleh laras di bahagian pinggang. Ada butang yang boleh diadjust mengikut saiz perut anda. 
  • Bahagian kaki seluar berbentuk “ankle cuff” untuk mudahkan anda untuk “senseng” (wujud ke perkataan ini?) seluar supaya tidak basah bila ambil wuduk mahupun masuk ke tandas. 
  • Set baju tidur ni di datangkan dengan banyak corak dan warna menarik serta ada lengan panjang dan juga pendek. 



Ulasan Diah Tentang Baju Tidur Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pijama

Diah suka pakai baju tidur ni sebab fungsi-fungsi yang Diah sebutkan dekat atas tadi. Baju ni selesa dipakai waktu malam terutama musim hujan. 

Material dia sangat membantu ketika cuaca sejuk. Apa pun pilihan kita pastikan kita selesa dan beli ikut kemampuan poket sendiri.
 

Perkembangan Bayi 9 Bulan

Assalamualaikum and Alhamdulillah. Airis Safiya dah mencecah 9 bulan pertama kehidupan dia. Bangun jatuh, terhantuk, tergolek semua dah rasa. 

Dah ada pengalaman masuk ke bahagian kecemasan HKL pun sebab jatuh katil. Pengalaman dan perkara paling mama dan abah nak elakkan, tapi jadi juga.

Boleh buat cerpen la pasal awak adik. Banyak sangat ragam dia. 

9 bulan bersama mama dan abah dah banyak kita tempuh bersama. 9 bulan yang membahagiakan dan selalu buat darah mama turun naik. 

Apa pun kami bersyukur sangat, awak sihat, ceria dan membesar dengan elok. 


Perkembangan Bayi 9 Bulan | Airis Safiya Turns 9 Months 

Selasa minggu lepas seperti biasa temujanji di Klinik Kesihatan Gombak Setia, mama bawa awak untuk cucuk imunisasi 9 bulan. 

Untuk pengetahuan awak, sekarang masih lagi ada golongan yang menolak vaksin.

Carta Tumbesaran dan Perkembangan Bayi

Mereka menolak berdasarkan pemahaman mereka yang merasakan vaksin adalah penyebab kanser. Itu prinsip mereka. 

Bagi mama dan abah, selagi ia nya halal dan tidak memudaratkan awak dan juga orang sekeliling sudah semestinya kami akan pilih yang terbaik untuk anak-anak. 

Alhamdulillah semuanya selamat tapi pengalaman kali ni sedikit gerun. Kenapa mama kata gerun sebab masa awak di cucuk, awak di cucuk oleh pelatih jururawat Lelaki. 

Cucuk Imunisasi 9 Bulan

Kalau di ikut kan hati mama memang menyesal biarkan pelatih-pelatih yang melayan kita pada hari tu, tapi bila di fikirkan semula; pelatih-pelatih tuh sedang belajar. 

Sedang mempraktik kan teori yang mereka dapat dan juga mereka lah bakal jururawat masa depan. Jadi mama diam kan saja. Manfaat untuk awak dan kawan-kawan awak juga di masa hadapan. 

Sedih juga bila di teringat awak menangis bila di cucuk di peha, dan pelatih tu sedikit kalut bila dimarahi oleh “sister” bila dia panik dan cuba cabutkan jarum di peha awak. 

Mama apatah lagi takut dan cuak. Kalau lah jarum tertinggal dekat peha awak. Nauzubillah. Menyesal sedikit bila mama tak bantah bila kakak dan abang pelatih nak cucuk awak. 

Tapi mesti ada hikmah kan? Alhamdulillah awak ok lepas tu. Awak tak demam dan tak fobia. 



Perkembangan dan Tumbesaran 9 Bulan

Kalau ikut carta perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di usia 9 bulan ni awak sepatutnya dah 
  • boleh duduk sendiri tanpa bantuan
  • untuk penglihatan mata awak sepatutnya dah peka dengan objek yang jatuh, 
  • menyahut kalau dipanggil nama untuk pastikan pendengaran awak ok
  • meniru bunyi da da, ba ba untuk kebolehan bertutur 
  • memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain

dan hasil soal siasat pada hari tu, perkembangan awak dikira ok hanya duduk sendiri tanpa bantuan je masih belum boleh lagi sebab awak terlalu sibuk nak belajar berjalan sampai lupa nak belajar duduk ye dik. 

Tapi awak bijak gerakkan tangan/jari macam minta duit tu. Kelakar ok. Gerakkan lima jari comel awak seolah nak menggenggam minta duit. Tutup dan buka. 

Perkembangan dan pertumbuhan lain seperti berat dan tinggi semuanya mengikut carta. BMI awak normal iaitu 15. 

Berat awak 6.9 kilogram dengan ketinggian 67 centimeter dna lilitan kepala 44 centimeter. Kiranya penilaian dan perkembangan sejajar dengan usia. 

Mama nak kena monitor apa awak makan dan kebolehan motor sahaja lepas ni. 

Temujanji seterusnya adalah bila awak masuk 12 bulan (setahun) untuk cucuk imunisasi seterusnya dan nak tengok perkembangan awak nanti. 

Harapnya awak tak di cucuk oleh pelatih jururawat dan di jauhkan pengalaman ngeri ya. Semoga awak membesar menjadi anak solehah. Nanti mama coretkan lagi tentang awak dekat sini.  

Freehold Title Vs Leasehold Title, Which Is Better?

Freehold Title Vs Leasehold Title, Which Is Better? 

Do you know the type of land titles in Malaysia affect the property value? The truth is that it does. In Malaysia, the land tenure of leasehold and freehold does affect a home buyer decision making in buying their home. There are other types of land titles too and we are going to share with you the types of land titles so you won’t be misrepresented by your agent. If your agent does misrepresented or lied to you, you can lodge report to Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) and they will take action on the agent. 

Freehold Title and Leasehold Title for property
Freehold Title Vs Leasehold Title, Which Is Better?

5 Cara Mudah Cari Semangat Diri

5 Cara Mudah Cari Semangat Diri 

Pernah jadi kat diri sendiri tak bila bangun pagi tiba-tiba kita rasa bersemangat dengan apa yang kita nak lakukan pada hari tu. Semangat setinggi gunung. Kita dah bayangkan apa perlu kita capai dan otak dah mula bagi arahan untuk mulakan langkah seterusnya. Kalau pernah, bagus. Tahniah. Cuba fikirkan kembali apa yang menyebabkan kita jadi macam tu? Kenapa kita tiba-tiba jadi bersemangat. 

Cari Semangat Diri


5 Cara Cari Semangat Dalam Diri


#1 Solat & Al Quran

Cara paling berkesan adalah dengan solat dan mohon dari Allah. Berdoa Allah mudahkan apa yang kita nak buat. Mohon Allah beri kita ilham untuk kita terus bersemangat menghadapi kehidupan seharian. 

Minta Allah beri petunjuk apa yang kita rancangkan itu adalah yang terbaik. In sha Allah petunjuk tu akan datang dalam pelbagai cara.

#2 Kenal Diri Sendiri Dan Cari Apa Yang Kita Suka 

Selalunya kita akan lebih bersemangat dan lebih konsisten dengan apa yang kita buat apabila kita kenal dan tahu minat kita. Kalau gagal nak kenal pasti minta bantu orang yang rapat dengan kita. Mereka pasti kenal apa kecenderungan dan minat kita. 

#3 Makan Makanan Berkhasiat

Elak kan makan gula berlebihan, minuman 3in1, makanan ringan dan makanan segera. Pendek kata makanan yang memberi lebih banyak mudarat dari manfaat. Makananan ni jadi faktor penyumbang utama otak tak dapat bekerja dengan baik. 

Makan untuk hidup


#4 Banyak kan Membaca

Kalau malas nak baca buku, cari lah apa-apa bahan bacaan tak kira dalam bentuk apa pun. Kalau suka baca perkongsian di Facebook, teruskan asalkan ia nya sesuatu yang memberi motivasi dan anda dapat belajar sesuatu. Tapi hati-hati sebab Facebook boleh menyebabkan ketagihan. 

#5 Jaga Waktu Tidur

Tidur memang penting tapi kena dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau ikut kajian, mereka yang ber umur dari 14 tahun ke atas memerlukan 8-9 jam sehari untuk tidur. Jangan derhaka dengan waktu tidur. Badan akan jadi lemah kalau terlebih atau terkurang waktu tidur. 

Paling penting jika anda berjaya jumpa semangat yang anda cari jangan sesekali lepaskan. Cuba untuk maintain dan hidupkan semangat tu dalam diri. Perkara yang paling sukar bukan untuk berubah tapi adalah istiqamah. Ye macam kebanyakkan orang cakap yang berat itu istiqamah manakala yang mudah tu istirehat. 

Selamat mencari semangat diri masing-masing. Diah pun sedang mencari. 

Aplikasi Cannis Bakal Bersinar Di Nasdaq

Aplikasi Cannis Bintang Terhebat Bakal Bersinar Di Nasdaq 

Aplikasi mudah alih Cannis yang dijangka bersinar di Nasdaq dan telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Cannis App


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. 

Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Aplikasi Mudah Alih Cannis

The Upcoming Greatest Star in Nasdaq


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."


Cannis

Aplikasi Cannis Pilihan Pengguna 

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik. 

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. 

Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif bagi memenuhi permintaan pasaran.


CEO Cannis


Trend Pasaran App Store dan Google Play

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. 

Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.



Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian. 

Untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. 

Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. 

Melalui mod Cannis e-commerce dan keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.


Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


Barisan Rakan Strategik Cannis


Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. 

Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.



Tentang Aplikasi Cannis

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai fungsi seperti penyiaran langsung, e-dagang, diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App.

Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall

Assalamualaikum. Akhirnya dapat juga makan ayam goreng Korea yang orang duk sibuk viral tu. Hari tu Diah makan ayam goreng Korea di Restoren Chicken Plus dalam Melawati Mall.

Dah janji nak jumpa ex officemate terus la ajak makan dekat situ sambil berborak lepas rindu. Sekali lagi aku repeat lepas makan dekat sini. 

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall 

Kalau nak tahu Chicken Plus ni betul-betul bersebelahan dengan Restoren Mr.Dakgalbi. Nak cari Restoren Chicken Plus pun senang, dia berada di Level 4. 

Mudah nak cari sebab dia sebaris dengan restoran-restoran lain macam Chicken Rice Shop dan Pizza Hut dan lain-lain. 



Chicken Plus Melawati Mall ni merupakan cawangan kedua mereka di Malaysia. Yang pertama di Sunway Velocity, no tiga terletak di 3DamansaraMall (Tropicana City Mall) dan yang terbaru sekali mereka ada buka cawangan di Ekocheras Mall.

Diah sempat DM Facebook Page Restoren Chicken Plus tentang status Halal dan mereka explain mereka masih belum dapat sijil Halal Jakim tapi mereka beri jaminan yang supplier untuk bahan mereka adalah dari sumber yang halal. 


Chicken Plus Melawati Mall sedap


Menu Dan Cara Order


Kalau makan dekat sini nanti dia akan beri tisu basah, glove plastik, mangkuk / piring kecil dan juga bekas untuk buang tulang.

So far menu yang ada di sini ialah ayam, pizza, Tteok bboki, nasi dan juga fries. Cara nak order pun mudah je macam kat bawah ni. 
  • Pilih bahagian ayam sama Peha, kepak, atau bahagian tanpa tulang dan nak berapa ketul. Paling sikit 8 ketul.
  • Ada lima perisa anda boleh cuba. Ada yang manis, pedas, langsung tak pedas dan lain-lain. Boleh rujuk description atau tanya je staff dekat situ. 
  • Rugi kalau tak cuba makan ayam goreng tu dengan cheese. Cheese tu la sebenarnya yang menggoda. Boleh pilih cheese falls atau cheese fondue.
  • Pizza dan juga Tteok bboki adalah menu sampingan. Selain tu ada nasi dan juga fries. Terpulang kepada anda kalau nak cuba. 

Chicken Plus Melawati Mall




Masa first time Diah cuba dengan kawan tu kami cuba 8 ketul wings perisa Yang Nyuem. Masam manis rasa dia. Sedap. Lepas tu tambah Tteok bboki Carbonara.

Air pula tak ada yang special sama je dengan tempat lain. Cuma ada air yang biasa dijual dekat restoren Korea je la. Harga untuk dua orang makan termasuk tax lebih kurang Rm60 macam tu.

DAH TRY ~ Nene Chicken di Avenue K Makan dekat KFry pun sedap.


Tteok bboki Carbonara Chicken Plus


Kesimpulannya, Restoren Chicken Plus berjaya menambat hati Diah yang memang suka makanan Korea. Peminat ayam goreng mesti akan suka juga dengan Chicken Plus ni. Akan datang lagi semestinya untuk cuba menu lain pula. 

Baca ~ Makan Ayam Korea Pedas Menangis Dekat Marrybrown

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh 

Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio (MAPS) bulan lepas, kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh. 

Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pelanggan yang pernah stay dekat sini.

Banyak sebab sebenarnya kami pilih Ipoh sebagai destinasi percutian kali ni. Misi utama adalah nak food hunting, nak makan dimsum. 

Hotel M Boutiqe juga termasuk dalam 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor. Memang sepatutnya kalau nak dekat dengan MAPS kena menginap di Hotel Casuarina. 

Tapi sebab tergoda dengan review dan juga gambar-gambar orang kongsi terus nekad nak book M Boutiqe Hotel. 


Hotel-Lobby-M-Boutiqe-Ipoh


Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Ipoh 

Dua perkara nak buat masa cuti ke Ipoh adalah nak makan Halal Dimsum dekat Restoren Green Dimsum dan bawa anak-anak berhibur ke MAPS. 

Nak bergambar dengan Boboiboy dan pergi Café TokAba. Lokasi M Boutiqe Hotel sangat-sangat dekat dengan tempat yang dituju jadi memang seronoklah. 

Percutian ke MAPS Ipoh memang puas hati.

Lagi pun jarak dari M Boutiqe Hotel ke MAPS tak la jauh sangat. 30 minit kalau jalan sesak, 15 minit kalau jalan clear. Kira masih ok. 

Ini merupakan hotel boutique kedua kami pernah menginap. 
Sebelum ni masa tahun 2016 kami pernah stay di Hotel Boutiqe di Melaka. 

Kami menginap selama 3 hari dua malam dan book bilik Suite. Kenapa suite? Sebab itu antara bilik paling besar yang ada dan kami utamakan keselesaan. 

Harga boleh semak di Agoda dan website seangkatan sebab selalu berubah kan?  
Kami book bilik sekali dengan sarapan. Nak mudah sebab nak bergerak awal pagi dengan anak kecil memang mencabar. Pergi masa cuti bersambung bulan September. 


Staycation-M-Boutique-Hotel-Ipoh


Kenapa Perlu Pilih M Boutiqe Hotel


#1 Hiasan Dalaman Dan Dekorasi Cantik 

Jatuh cinta dengan hotel ni sebab hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni lawa gila. Setiap sudut cantik kalau nak selfie. Ruang lobby dekat kaunter nak check in pun meriah hiasan dia. 

Meriah dengan sofa dan selesa. Pendek kata setiap inci hotel ni memang tersedia hiasan dan prop untuk bergambar. Tuala, cadar, mandian disediakan dan bersih, tidak berbau, dan paling penting tak berkarat. 



#2 Lokasi 

Bagi Diah yang tak berapa nak arif tentang lokasi ni rasanya kalau menginap di M Boutiqe Hotel ni kira bagus sebab dia kat tengah-tengah dengan tempat yang kami rancang nak pergi. 

Orang Ipoh sila betulkan kalau salah info ni. Dekat dengan Restoren Green Dimsum Halal, tak jauh sangat dari MAPS dan senang nak cari. 


#3 Kemudahan Dalam Hotel

Sempat jenguk gymnasium, ruang rehat untuk baca surat khabar dan majalah, Komputer disediakan untuk melayari internet, bilik iron baju dan juga mesin basuh untuk kegunaan pelanggan. 

Semua dalam keadaan masih elok dan bersih. Hotel ni tak ada kolam renang ya.


Bilik-M-Boutique-Hotel-Ipoh


#4 Kemudahan Parking

Antara kemudahan yang Diah paling utamakan adalah kemudahan untuk parking kereta sebab masih teringat pengalaman bercuti yang lepas. 

Serik betul sebab terpaksa parking kereta jauh dari hotel dan di saman oleh Majlis Perbandaran gara-gara parking hotel tiada. 

Pelanggan M Boutiqe hotel boleh tarik nafas lega sebab ada parking yang cukup dekat bahagian belakang hotel. 


decoration-M-Boutique-Hotel-Ipoh




#5 Sarapan Pagi

Untuk pilihan sarapan pagi, hotel ada sediakan dua pilihan iaitu Asian Style (Restoren Old Town White Café) atau Continental Style (IMYTH Eatery & Bar). 

Beza dia adalah Continental style memang English Breakfast Style so tak jumpa la nasi lemak. Diah suka Asian style sebab Old Town Coffee. 

Walaupun breakfast dia tak la semewah hotel-hotel lain tapi cukup la untuk alas perut. 



#6 Staff Mesra Pelanggan Dan Mesra Keluarga

Tiada masalah masa nak check in mahu pun check out. Bilik tersedia on time, sentiasa tersenyum dan pandai explain tempat menarik dekat Ipoh. 

Baik dari penyambut tetamu sampailah ke pelayan Coffee House. 

Dilema yang selalu Diah hadapi bila nak book hotel adalah nak yang kena dengan bajet, bersih dan selesa. Almaklumlah berjalan dengan anak kecil memang pilih hotel yang mesra keluarga. 
Tujuan utama ke Ipoh pun sebab nak enjoy dekat MAPS. 


Bila balik hotel nak berehat kena la cari hotel yang sedap mata memandang dan selesa. Jadi M Boutiqe ni memang sesuai sangat dengan apa yang Diah bayangkan. Selamat, bersih, selesa dan privacy terjaga. 


Selamat Bercuti!



Meatball Carbonara Sedap Rupanya

Meatball Carbonara Sedap Rupanya | Assalamualaikum. Hari tu pertama kali mencuba resepi meatball carbonara sebab adik bongsu teringin sangat nak makan katanya. Acah-acah akak solehah kena la layankan je permintaan dia. Tak menyesal sangat mencuba sebab memang sedap. Makan sambil senyum-senyum pejam mata. 

Sebelum masak macam biasa kita tengok la Youtube sebagai rujukan. Nak tahu cara masak dan rupa selepas masak so senang kerja sebab dah boleh bayangkan. Maafkan kesan hangus tak sekata tu sebab oven kecik tu hangus dekat situ je. 

Resepi Meatball Carbonara
Meatball Carbonara
Meatball Carbonara ni nak makan macam tu je pun boleh atau nak makan bersama roti garlic pun ok. Masakan ni jenis ber kuah dan lemak sebab ada letak susu cair dan keju. Sesuai sangat nak jamu orang tapi nak hidangkan menu yang light-light je. Kami masak untuk makan malam dan yang penting kenyang. Semua orang boleh makan sebab ia nya tak pedas. Orang tua boleh makan cicah sos ya. 

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Meatball Carbonara ni:

Bahan-bahan yang diperlukan
Bebola Daging Kesukaan – 15-20 ketul
Satu biji Bawang Holand yang dipotong dadu
Keju Parmesan sebanyak mana yang dimahukan
1 biji Lada benggala
1 tin susu cair
1 tin Cendawan 
Garam secukup rasa
1 botol sos Carbonara Jenama yang anda suka
Lada Hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara nak buat meatball Carbonara ni ialah:

1. Goreng dahulu meatball separuh masak. Letak di tepi. Dalam kuali lain tumis bawang Holand dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada benggala dan cendawan yang telah dihiris. Tumis sehingga layu. 

Meatball Carbonara western food
Goreng dan taburkan meatball ke serata alam
2. Kemudian masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Perasakan dengan garam. Biarkan sekejap dan angkat masukkan ke dalam bekas untuk di bakar. Masukkan meatball yang telah di goreng tadi dan lapiskan secara berturut atau kalau malas campak je semua dalam bekas tu. Lol. 

3. Last sekali taburkan keju parmesan di atas sekali dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau sehingga keju cair. Boleh tambah perlbagai jenis keju kalau tak takut gemuk. 

Meatball Carbonara letak cheese
semakin banyak keju semakin sedap 
Dah siap pun Meatball Carbonara
Selamat mencuba membuat Meatball Carbonara ni. untuk yang malas nak masak tapi nak makan sedap dan yang dah bosan nak makan nasi resepi ni memang sesuai sangat. Dah cuba nanti kongsi la hasilnya. Okeh?

Wassalam 

Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu)

Masa first time dengar lagu Hikayat Benladin ni masa dalam kereta. 

Masa tu dah terdetik, sedap juga lagu ni. Sebutan lirik dia jelas so tak la terpinga-pinga bila penyanyi Benladin ni rap. 

Nama penyanyi ni pun unik, ingat sekadar nama pena dalam industri hiburan je rupanya memang nama dia. 


Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu) 


Terus la google, cari biodata dia. Rupa-rupanya Benladin pernah sertai rancangan realiti kanak-kanak suatu masa dulu. 

Patut la macam familiar muka dia. Khabarnya lagu ni ditulis oleh Malique. Patut la gempak. 


*Credit Google Image
Hikayat Benladin Lirik

 


Diah satu keluarga suka lagu ni, kalau dengar lagu ni automatik kami goyang-goyang ala budak hiphop baru nak up. eh! Walau tak faham sangat Bahasa kiasan dalam lagu ni asalkan tiada unsur mencarut kira ok la untuk jadi lagu favourite anak beranak. 


Biodata Benladin

Nama sebenar dia ialah Muhammad Benladin Munshi Shaihan dan berusia 17 tahun. Bakal menduduki SPM tahun ni. Benladin dilahirkam pada 11 September 2001. 

Video lirik rasmi lagu rap yang bertajuk Hikayat Benladin adalah merupakan ciptaan Malique dan Dedeq. Benladin pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak “Idola Kecil musim kelima”. 

 

Lirik Hikayat Benladin 

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Benladin 

Johnson’s® Baby of the Year Contest Kembali Lagi

Johnson’s® Baby of the Year Contest yang di nantikan oleh semua ibu kini kembali lagi. Kacing! (bunyi duit). 

Bersempena ulang tahun mereka yang ke 125 pada tahun ini, Johnson’s® menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 untuk dimenangi. 

Johnson’s® mencari Putera & Puteri untuk di mahkotakan sebagai Johnson’s® Baby of the Year 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest tahun ni memang best tau sebab eksklusifnya tema tahun ni ialah “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Prince & Princess”. 

Kerlas sangat peraduan ala-ala ‘diraja’. Rupa-rupanya peraduan tahunan ni dah diadakan selama 23 tahun dan ianya sebagai tanda Johnson’s® menghargai kesetiaan dan kepercayaan para ibu terhadap jenama Johnson’s® dalam menjaga kulit bayi. 


Ulang Tahun ke 125 tahun Johnson’s®



4 Cara Mudah Sertai Johnson’s® Baby of the Year Contest

Cara nak sertai contest ni pun senang dan terbuka untuk semua pengguna barangan bayi Johnson’s®.  Untuk menyertai peraduan ‘diraja’ ni, ibu bapa hanya perlu: 

1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar. 

4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Senang kan? Ibu bapa boleh hantar sebanyak mana gambar untuk penyertaan. Mana tahu menang gelaran Putera atau Puteri Johnson’s® kan? 



Princess Johnson’s® Baby of the Year



Hadiah menarik di tawarkan untuk para pemenang seperti berikut:

Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun

Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. 

Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


Johnson’s® Baby of the Year Princess


Pemilihan Putera & Puteri Johnson’s® Baby of the Year

Untuk proses pemilihan Putera & Puteri Johnson’s®, sebanyak 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. 

Lepas tu nak tahu tersenarai atau tidak, ibu bapa boleh layari laman media sosial Johnson’s® untuk buat semakan. 


Tips Sertai Johnson’s® Baby of the Year

- Rakam detik indah bayi anda dan hias guna stiker GIF yang bertemakan istana indah yang disediakan oleh Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 dekat link Diah kongsi dekat atas. 

- Ada empat tema istana yang tersedia iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies, dan Modern Monarchy. 

- Hantar sebanyak mana penyertaan. Semakin banyak semakin tinggi peluang nak menang. 

- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2018. 


Johnson’s® Baby of the Year Pertandingan


Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak tahu la nampak kat mana kan? Kot la dekat muka. Mana tahu rezeki bayi anda memang ada bakat semulajadi dan terpilih untuk jadi pemenang. Jom kita sama-sama meriahkan lagi Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 ni. 

Selamat berjaya kepada yang sertai. 


Ujian mematangkan kita

Ujian Mematangkan Kita 

Dengan ujian la kita nampak sifat sebenar diri kita. Bila kita di uji, kita sakit, kita merasa kecewa dan kita marah masa tu adalah masa terbaik nak kenal diri kita macamana.

Macamana kita respon dengan ujian yang Allah berikan dalam kehidupan kita. Adakah kita terus melenting, berterusan marah dan salahkan orang dan benda-benda di sekeliling kita atau kita terus positif bangkit teruskan kehidupan. Atau lagi parah kita terus terbawa-bawa lemas dalam ujian.

Saat kita jatuh terduduk kita akan semakin kenal dengan diri kita. Cuma kena selalu pesan pada hati supaya Jangan sombong dengan nasihat. Pandang lah apa yang di nasihatkan bukan pandang siapa yang memberi nasihat.

Syaitan dulu adalah hamba paling taat tapi oleh sifat sombong dia di campak ke bumi.

Adakah kita marah bila ada yang cuba menasihati kita? Adakah kita memperlekehkan nasihat orang yang se ikhlas hati tolong bagi nasihat percuma. Padahal orang tu tak ada pertalian darah pun atau pun dapat keuntungan, tapi orang masih ambil berat untuk menegur kita.

Seronok kan?


Ambil berat atau sekadar membawang?


Memang kalau salah langkah niat seseorang yang betul-betul ambil berat dengan keadaan kita akan di salah tafsir. Baik kita yang menerima nasihat atau kita si pemberi nasihat. Si pemberi nasihat atau yang memang betul berniat nak ambil berat takut hati pula di uji dengan sifat ujuk atau riak. 

Atau sekadar nak membawang je. Membawang dalam erti kata sibuk jaga kain orang sampai kain sendiri tak sedar terkoyak. 

Ujian Hidup Tanda Allah Sayangkan Kita

Bila seringkali dalam kehidupan kita tak putus di timpa ujian, dan ada ketika kita merasa hampir kalah dengan ujian Allah berikan kita sepatutnya berhenti sekejap dan fikir semula kenapa Allah aturkan sebegitu hidup kita. Tanam dalam hati supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Percaya setiap apa Allah aturkan adalah yang terbaik. 

Kesimpulan

Sesungguhnya setiap satu yang Allah sediakan untuk hambaNya merupakan hadiah terbaik dan sebaik-baik Perancang adalah Allah. Melalui ujian kita kenal diri kita, kita sedar siapa Pencipta kita. Sungguh dunia hanya persinggahan sementara yang perlu kita guna sebaik mungkin utnuk tambah bekalan buat kehidupan kekal di alam sana. 

Apa yang Diah coretkan tak lain tak bukan hanya untuk nasihat dan panduan diri sendiri. Semoga bila baca kembali apa yang terluah di sini menjadi nasihat terbaik di masa hadapan. 

In Sha Allah. 

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia | Baca tentang berita kematian Penyanyi Saleem yang telah Meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia setelah terlibat dengan kemalangan beberapa minggu lepas. 

Sebelum ni ada terbaca kenyataan anak dia, Syafiq Farhain yang marah ada netizen sebarkan berita palsu kematian Saleem dan hari ni memang sah lah Saleem meninggalkan dunia pada usia 56 tahun. Sesungguhnya mati itu pasti. 

Penyanyi Saleem
Penyanyi Saleem 

*credit gambar to Berita Harian
Kalau ikutkan maklumat dari Berita Harian, dikhabarkan otak nya bengkak akibat hentak kan kuat akibat kemalangan dan koma hampir selama dua minggu. Kemudian dia tersedar dan bertarung nyawa untuk terus hidup. 

Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang adalah seperti berikut: (sumber Wikipedia)
  • Suci Dalam Debu
  • Satu Kesan Abadi
  • Hakikat Sebuah Cinta
  • Sandiwara Cinta Semusim
  • Ammarah
  • Bulan Jatuh ke Riba
  • Gerhana Cinta Luka
  • Abadi
  • Selamat Tinggal Penderitaan
  • Elusan Cinta
  • Sayembara
  • Menjejak Bayang Bayang ( duet bersama Wann )
  • Budi
  • Mimpi Yang Pulang
  • Blues Terengganu Kita
  • Mahligai Seribu Mimpi
  • Mantera Anak Seni
  • Aduhai! Seribu Kali Sayang
  • Rumah Kecil Buluh Semambu
  • Aku Pasti Kembali
  • Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) 
  • Bukan Aku Tak Cinta
  • Dunia
  • Patah Ranting Di Cermin Usia
  • Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
  • Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
  • Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
  • Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
  • Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
  • Sheilla
  • What Can I Say
  • Di Pintu Mahligai
  • Sebenarnya Kata Pujangga
  • Dialah Segalanya
  • Si Karut Marut
  • Bukan Niatku
  • Kasih Syurgawi
  • Retak Seribu
  • Hey Maria
  • Bukan Ku Tak Sudi
  • Cinta Yang Aku Punya
  • Karam Di Lautan Duka
  • Mungkin Tak Pasti
  • Puteri 96
  • Sambutlah Tanganku
  • Maaf
  • Juwita
  • Lara
  • Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
  • Dari Kekasih Kepada Kekasih
  • Rajuk
  • Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
  • Mahligai Syahdu
  • Ratib Orang Pinggiran
  • Airmata Kasih
  • Ratu Sanubari
  • Merisik Khabar
  • Antara Rintih Dan Tangisan
  • Bunga Emas
  • Senandung Semalam
  • Insan Seni
  • Semut
  • Debu Debu Rindu
  • Hutang
  • Antara Hujan Dan Airmata
  • Dendangan Kalbu
  • Kau Anugerahku
  • Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
  • Alam Cinta
  • Sepi Sekali
  • Gerimis Senja
  • Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
  • Ke Hujung Hayat
  • sampai hati
  • Cinta Buana
  • Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
  • Wanitaku
  • Kamelia
  • Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
  • Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
  • Tamu Jiwa
  • Benarkah Kerana Cinta
  • Benci Tapi Rindu
  • Tinggal Kenangan
  • Karma Cinta
  • Cinta Kita Berbeza

PENCAPAIAN, PENGHARGAAN DAN ANUGERAH

  1. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / SATU KESAN ABADI )
  2. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  3. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  4. JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
  5. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  6. ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit
  7. IKLIM Muncul Menerusi Filem SUCI DALAM DEBU Arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991
  8. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
  9. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )
  10. IKLIM / SALEEM - ALBUM (IKLIM / BULAN JATUH KERIBA)
  11. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  12. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  13. ANUGERAH PLATINUM 1991 - Album Bulan Jatuh Ke Riba
  14. MUZIK - MUZIK Semi Final 1991 - Lagu / Gerhana Cinta Luka
  15. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1991 - Lagu , Gerhana Cinta Luka 6 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  16. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BUDI )
  17. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1992 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Kumpulan Muzik Popular
  18. ANUGERAH PLATINUM 1992 - Album Budi
  19. MUZIK MUZIK Semi Final 1992 - Lagu / Mimpi Yang Pulang
  20. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1992 - Lagu , Mimpi Yang Pulang 5 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  21. SALEEM - ALBUM ( WAN ZUL & SALEEM - GABUNGAN 2 INSAN SENI )
  22. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album
  23. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1993 - Salem / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Penyanyi Lelaki Popular
  24. SALEEM / IKLIM - ALBUM ( DUNIA IKLIM )
  25. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
  26. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
  27. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik
  28. ANUGERAH PLATINUM - Album Dunia Iklim
  29. TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  30. MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta
  31. JUARA LAGU 1994 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  32. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM ' 94 )
  33. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1994 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Artis Berkumpulan Popular
  34. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
  35. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik / Di Pintu Mahligai
  36. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR TIGA 1995 - Album Iklim
  37. JUARA LAGU 1995 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu DI PINTU MAHLIGAI
  38. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUKAN NIATKU / IKLIM )
  39. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1996 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Kulit Album Terbaik
  40. ANUGERAH PLATINUM 1996 - Album Iklim Bukan Niatku
  41. SALEEM / IKLIM - ALBUM ( EMAS SELAMANYA & DIRGAHAYU IKLIM )
  42. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim Jualan 200,000 Unit
  43. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim Jualan 150,000 Unit
  44. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / MAAF )
  45. ANUGERAH PLATINUM 1998 - Album Saleem Maaf - Jualan 90,000 Unit
  46. JUARA LAGU 1998 ( FINAL ) - Saleem / Pencalonan Akhir Lagu JUWITA
  47. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  48. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Terbaik
  49. ANUGERAH PLATINUM 1999 - Bagi Album Saleem - Juwita Untuk Pasaran Indonesia
  50. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RATIB ORANG PINGGIRAN )
  51. MUZIK MUZIK Semi Final 2000 - Lagu / Air Mata Kasih
  52. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  53. JUALAN ALBUM - 20,000 Unit - Tahun 2001
  54. SALEEM - ALBUM ( RATU SANUBARI / SALEEM )
  55. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  56. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Rock Terbaik
  57. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu / Merisik Khabar
  58. JUALAN ALBUM - 12,000 Unit
  59. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUNGA EMAS / IKLIM , REUNION )
  60. ANUGERAH PLATINUM 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit
  61. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Saleem ( Iklim ) / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  62. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Rakaman Album Terbaik
  63. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RAJA BALADA )
  64. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR 2005 - Album Saleem Raja Balada Jualan 50,000 Unit
  65. SALEEM - ALBUM ( EPIGONI / SALEEM )
  66. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  67. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Rock Terbaik
  68. ANUGERAH PLATINUM EMAS 2006 - Album Saleem Epigoni Jualan 15,000 Unit
  69. SALEEM - ALBUM ( AKU SALEEM TRILOGIK CINTA / CINTA TIGA SEGI )
  70. ANUGERAH PLATINUM 2008 - Album Saleem Trilogik Cinta Jualan 15,000 Unit
  71. SALEEM - ALBUM ( DEMI CINTA / SALEEM )
  72. ANUGERAH SHOUT AWARDS 8TV - LAST NOMINATED FOR - MOBILE ARTISTE OF THE YEAR / SONG - TINGGAL KENANGAN ( SALEEM )

Hilangnya satu lagi permata yang bersuara emas. Suara arwah memang legend dan bagi aku memang tak ada tandingan.  Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan keluarga arwah menerima ujian kehilangan ni dengan tabah.