Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Aktiviti gotong royong ni berlaku masa awal tahun hari tu. Buruk betul perangai baru nak kongsi dekat blog. Demi kenangan yang bakal di baca di masa depan ya.

Kami ibu bapa hadir ke sekolah untuk membantu menceriakan kelas anak. Pengalaman pertama hadiri gotong royong untuk sekolah menengah.

Semestinya aku kena kongsi dekat blog sebab esok lusa boleh baca semula kenangan ni. Hai sekejap betul anak dah masuk menengah, 13 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu. Gotong royong diadakan pada pagi Sabtu. Setengah hari je dah siap semua.

Setakat ni kami kalau sekolah ada buat gotong royong memang jarang kami skip. 

cedera-terkena-bucu-tangga



Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Jadi gigih la kami datang awal pada hari kejadian. Kalau betul ikut tekaan aku, hanya ibu bapa tingkatan satu sahaja yang dijemput.

Tempat gotong royong pula memang fokus nak cantikkan kelas anak masing-masing. Seminggu sebelum tu, cikgu dah minta ibu bapa sumbangkan idea.

Sumbang idea dan sekaligus sumbang duit untuk beli peralatan. Memang berdikari sungguh ya. Jadi guna konsep amal jariah. Masing-masing bawa peralatan kebersihan sendiri dari rumah. Lagi senang sebenarnya.

gotong-royong-sekolah-menengah


Sebelum hari gotong royong, anak-anak dah berbincang sesama sendiri berkenaan keceriaan kelas dan aktiviti kebersihan yang bakal dijalankan.

Lain sungguh dengan zaman aku dulu. Kami lebih banyak patuh dengan arahan dan idea juga agak terhad. Maklumlah duit bukan banyak sangat zaman dulu. Jadi guna konsep redha je.

Satu benda aku belajar adalah trust them. Walaupun mereka pilih tu nampak mengarut dekat mata kita sebab selera kan tak sama.

Lagi satu, nak capai kata persefahaman tu memang memerlukan sabar yang tinggi.

gotong-royong-kelas


 

Aktiviti Gotong Royong - Mengemas, Mencuci & Mengecat

Untuk kelas Ikhwan yang banyak memainkan peranan dan bersuara ialah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Masing-masing setuju pilih tema Pastel. Itu ikut apa anak-anak tu cakap. Bila tanya Ikhwan, sebagai budak lelaki diaorang setuju je.

Rasanya budak lelaki mana nak ambil kisah sangat kan? Atau nama lain malas nak bertekak. Lol. Jadi bahagian yang kami ibu bapa bantu anak-anak bersihkan ialah tingkap, lantai, kipas, loker dan meja.

Lap bersihkan tingkap, cuci kipas, mop lantai, cantikkan loker, balut meja dan sepatutnya nak cat kelas tapi last minute ada perubahan.

Jadinya hanya tanggalkan wallpaper sticker yang lama untuk mudahkan kerja mengecat nanti.

Masa hari kejadian ada parents’ yang sedekahkan alas meja. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Kami sama-sama pasang alas meja.

Ramai juga ibu bapa kelas Ikhwan yang datang jadi kerja jadi mudah dan cepat siap. Untuk cat kami setuju untuk kumpul duit dan upah orang. Selesai bab tu.

kemas-kelas


 

Cedera Terkena Bucu Tangga

Dijadikan cerita banyak akal sungguh anak-anak ni. Airis cedera di kepala terkena bucu tangga besi yang karat. Disebabkan saiz kemetot dia tu, bila naik tangga bucu besi tu betul-betul tepat dekat bahagian dahi dia.

Masing-masing aktif dan kebetulan nak ikut abang dia ke kantin beli air. Waktu naik atas masing-masing berlumba siapa nak sampai atas dulu.

Ha memang mendapat bila Airis tak sengaja langar bucu besi tu. Memang berdarah la cerita dia. Terkoyak kulit dahi tu.

Awal-awal macam okay tapi bila darah keluar non stop terus mak cuak. 

cedera-dahi


Cuak lah juga. Terus tak jadi tolong aktiviti gotong royong dan kami bawa ke klinik berhampiran. Doktor periksa dan Syukur luka tak dalam.

Risaukan besi karat tu je. Alhamdulillah dia Insaf sekejap. Lol. Waktu terima rawatan tu dia memang takut. Harap dia ambil pengajaran. 

rawatan-klinik


Alhamdulillah aktiviti gotong royong berjalan lancar. Selesai semua, bawa anak makan dan kami terus balik. Badan automatik penat bila ada berlaku benda terkejut-kejut ni.

Reunion Rakan Sepejabat - The Nahara Resort Kalumpang

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Kalumpang yang terletak di Sabak Bernam, Selangor memang sangat menyeronokkan. 

Dikelilingi pokok hijau, hutan dan kawasan kampung, semestinya mereka yang cintakan alam semula jadi pasti akan jatuh cinta dengan Kalumpang.

Sabtu lepas aku dan keluarga menghadiri majlis reunion kecil -kecilan bersama bekas rakan sepejabat tempat aku mencari rezeki enam tahun lepas. 

Banyak sangat kenangan manis bersama mereka. Nak ingat yang manis-manis je, kenangan pahit kita campak tepi. Ahaks. Reunion pun secara kecil-kecilan sebab circle ini lah yang jadi BFF waktu aku kerja dulu. 

Kakak, abang dan adik inilah yang banyak beri tunjuk ajar, jadi geng makan sarapan dan geng keluar lunch. Bersyukur sangat Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik. 

TheNahara-Resort-Kalumpang


Reunion Rakan Sepejabat - The Nahara Resort Kalumpang

Alhamdulillah ukhwah tu berpanjangan sehingga ke hari ini. Dari masing-masing bujang sehingga dah ada anak yang nak masuk Universiti. Cepat betul masa berlalu. 

Ikutkan peluang nak berjumpa tu sangatlah tipis, tapi masing-masing gigih meluangkan masa nak buat reunion. Maklumlah semua teramat sibuk dengan kehidupan dan urusan mencari rezeki. 

Reunion-Rakan-Sepejabat-TheNahara-Resort-Kalumpang


Setelah banyak kali merancang kami berjaya buat majlis reunion untuk tahun 2024 dengan tema bersembang makan sambil mandi manda.  

Tiada majlis yang grand tapi cukup sekadar masing-masing berkongsi update tentang kehidupan masing-masing. 

Dulu pernah buat surprise Bachelorette Party untuk kawan yang sama. 

The-Nahara-Resort-Kalumpang


Tempat Terbaik Untuk Reunion Di Selangor

Tempat reunion kali ni betul-betul berbeza. Sebelum ni kami berjumpa waktu sambut hari lahir aku dekat dalam tempat berhawa dingin. Tapi kali ni kembali ke alam semulajadi pula. 

Kami sepakat memilih The Nahara Resort iaitu tempat perkelahan dan mandi air terjun. Masing-masing terus setuju bila tempat ini dicadangkan. 

Sebelum ni aku pernah berkelah tepi pantai di Bagan Lalang

reunion-The-Nahara-Resort-Kalumpang


Tempat ni sesuai sangat untuk mereka yang mencari resort dalam Malaysia terutama untuk yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan tempat reunion. 

Kalau bawa keluarga ke Pantai Remis Selangor pun okay untuk Seafood hunting. 

Suasana dekat sini agak privacy dan elok terjaga. Setahu aku hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja dibenarkan masuk. 

Dari segi kemudahan pula ada disediakan chalet dan juga glamping untuk bermalam. Untuk pengunjung seperti kami yang datang untuk berkelah disediakan gazebo (kena sewa) lengkap dengan tempat BBQ. 

mandi-berkelah-di-kalumpang


Suasana tepi air terjun memang mendamaikan. Lagi seronok persekitaran air terjun yang bersih dan jernih. Tempat ni bebas sampah. 

mandi-sungai-kalumpang


Ada surau dan tandas juga banyak dan tempat persalinan bersih. Puas hati sangat. ada juga kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan berkelah seperti arang, pelampung, dan makanan. 


tempat-terbaik-reunion-selangor



Kenapa The Nahara? Borak, Makan, Mandi, Repeat

Jarak dari rumah aku ke The Nahara Resort lebih kurang sejam setengah. Kami setuju untuk berjumpa dekat sana pada pukul 10 pagi. 

Selesai mengemas kami bertolak selepas sarapan pagi. Alhamdulillah perjalanan pergi berjalan lancar cuma petang tu hujan turun dengan lebat. 

Awal-awal kami sampai terus turunkan barang dan siapkan tempat untuk BBQ. Masing-masing dah bawa kelengkapan diperlukan ikut perbincangan sebelum tu. 

Sementara tunggu rakan-rakan lain sampai kami penuhkan perut dengan makanan, update kisah hidup dan masing-masing tak sabar nak mandi air terjun. 

makan-tepi-sungai-kalumpang


Jadi dari awal sampai kerja kami hanya berborak, makan dan mandi. Sumpah tak sempat nak bosan. anak-anak paling seronok tak mahu balik. 


Tip Merancang Reunion

Aku nak kongsikan beberapa tip yang boleh korang pertimbangakan kalau ingin merancang reunion. Ini berdasarkan pengalaman aku setelah beberapa kali buat reunion. 

Untuk menjayakan reunion supaya seronok dan bermanfaat, antara perkara yang korang kena buat ialah seperti berikut: 

Lokasi Mudah Akses: Cari lokasi yang mudah di akses adalah penting, dan semua orang bertanggungjawab untuk study tentang tempat yang dipilih. Buat tempahan awal jika perlu. 

The-Nahara-Resort-Kalumpang


Kemudahan Asas Lengkap: Dapatkan maklumat tentang kemudahan yang disediakan semasa buat tempahan. Penting juga untuk pastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik demi keselesaan sepanjang reunion. 

camping-TheNahara-Resort-Kalumpang


glamping-The-Nahara-Resort-Kalumpang


Ulasan yang Baik: Bacalah ulasan pengunjung lain untuk tempat terbaik reunion. Jika kebanyakan pengunjung yang lain mempunyai pengalaman yang baik, kemungkinan besar korang juga akan berpuas hati dengan tempat tu. 


makan-tepi-sungai-kalumpang


Pembahagian Tugas: Memandangkan majlis reunion adalah kecil-kecilan jadi lebih mudah untuk berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Kami senaraikan perkara perlu bawa, makanan, kelengkapan BBQ dan juga susun aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.


Alhamdulillah reunion kami berjalan lancar. Walaupun dalam masa yang singkat tapi reunion di The Nahara Resort Kalumpang amat memberi makna dan mencipta kenangan baru yang amat manis. 

Semestinya kami dah mula mencari tempat untuk reunion untuk masa akan datang. Korang tahu tempar menarik boleh kongsi di ruangan komen. Terima kasih.