Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Masalah Dark Spot di wajah berlaku kepada semua orang tak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Dark spot merujuk kepada tompok hitam yang muncul di kulit. 

Dark Spot boleh disebabkan oleh sinar UV, tanda lahir, bekas treatment dengan laser, bekas jerawat yang dipicit, bekas luka, dan faktor genetik.

Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Ikut pengalaman aku sendiri, masalah dark spot menjadi semakin parah apabila malas buat basic skincare seperti pakai pencuci, toner, pelembap dan juga tak pakai sunblock.

Aku bersyukur sangat, sejak remaja lagi aku tidak mengalami masalah kulit muka yang teruk. Jerawat pun hanya timbul bila datang bulan, lepas habis period jerawat pun hilang. 

Aku perasan semakin meningkat usia, dark spot semakin berleluasa. Bila pandang muka dekat cermin tanpa pakai make up memang nampak kusam je. Tak berseri langsung. Secara tak langsung keyakinan diri tu drop.





Kawan Cadangkan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Baru-baru ni aku telah mencuba satu produk yang diperkenalkan oleh kawan-kawan untuk menghilangkan dark spot di muka.   

Terjebak mencuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum sebab rata-rata bagi feedback yang bagus.

Awalnya aku agak ragu-ragu tapi sebab nak dapat kulit yang sekata dan hilangkan tompok-tompok di muka terutama di bahagian pipi aku pun cuba. Katanya dalam dua minggu dah boleh nampak result dia.

Weh tak sangka Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum banyak membantu. Aku sendiri kagum dengan keberkesanan serum ni berfungsi dengan baik dengan kulit aku. 

Tekstur dia mudah meresap dan bila pakai tak rasa berminyak langsung. Rasa ringan je dan paling penting kulit boleh bernafas.

Aku pernah pakai produk kosmetik yang bila sapu ke kulit, rasa rimas macam tak boleh bernafas terutama waktu kulit berpeluh. Seksa hoi. 

Disebabkan tahap kerajinan aku ni tak seberapa jadi aku cuba pakai serum ni sekali sehari je.





Cara Guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Paling penting kena tahu yang isi kandungan serum ni ada satu warna cream dan satu lagi warna jernih. Nama pun Double Booster Serum kan? 

Cara betul ialah kena tekan bahagian tengah penutup botol supaya kedua-dua serum ni keluar serentak. Aku pernah baca review orang tak puas hati sebab dia kata serum tu tak keluar walhal dia tak tahu cara tekan yang betul.

Cara guna yang betul adalah untuk pakai serum sebelum sapu pelembap muka. Ada sesetengah orang rutin dia ialah cuci muka dengan pembersih, pakai toner, pakai pelembap atau cream siang. Ada orang skip pelembap dan terus pakai cream siang.

Rutin aku ialah, cuci muka, pakai toner dan kemudian aku sapukan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni. Malam baru aku pakai krim malam atau pelembap.


Nampak Perubahan Lepas Dua Minggu

Aku puas hati sangat bila nampak perubahan terutama dark spot di kawasan pipi tu semakin hari semakin pudar. Perasan yang kulit muka lebih sihat, segar dan nampak berseri. 

Baru dua minggu guna aku dah dapat perubahan yang positif jadi aku excited nak continue guna.

Bila baca isi kandungan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni mengandungi Hyaluron 4x lebih kecil dan Thiamidol yang terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa perlukan rawatan laser.

Dinasihatkan untuk consistent guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum selama 4 minggu untuk dapatkan kulit mulus, berseri dan kulit menjadi lebih cerah tanpa darak spot.





Beli Dekat Mana?

Untuk yang nak cuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni boleh beli Watson, Guardian atau pun boleh dapatkan secara online di platform Shopee. Aku suka beli time sale. 

Banyak juga dapat jimat. Jujur aku cakap, antara produk yang aku tak menyesal nak cuba sebab berfungsi dengan baik dekat kulit aku ialah Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni.

Beli & dapat diskaun dekat sini -  Eucerin Ultrawhite SpotlessDouble Booster Serum Whitening (30ml) 




Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Sana sini orang masih bercakap tentang perkahwinan selebriti popular Malaysia, Neelofa dengan pasangan pilihan hati PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail yang telah selamat di ijabkabulkan pada Hari Sabtu yang lepas.

Banyak perkara yang menjadi buah mulut netizen Malaysia antaranya rekaan pelamin, seri pengantin Neelofa, langgar SOP, doorgift mahal dan macam-macam lagi lah. 

Perkahwinan Neelofa dengan PU Riz ni boleh lah aku katakan sebagai perkahwinan yang dinanti-nantikan peminat mereka.


Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Yelah kalau sebelum ni Neelofa pernah bercinta dengan Fattah Amin dan Datuk Hans Isaac, ramai tertunggu-tunggu bila dan siapa jadi pilihan Neelofa menjadi imam dia. 

Dengan status dan kekayaan dia semestinya jadi kelebihan dan juga ujian untuk pasangan dia. Katanya ramai jejaka kecewa bila Neelofa dah kahwin, betul ke? 

Sila jangan kecewa itu maksudnya dia bukan jodoh anda. Di usia Neelofa 32 tahun dan dia memilih suami, PU Riz yang berusia 26 tahun pasangan yang sama cantik sama padan.




Konsep Pelamin The Jabal Rahmah by RekaTeemor

Apa aku suka bila tengok majlis perkahwinan Neelofa ni ialah tentang warna pilihan dan juga dress code tetamu yang hadir. 

Terutama jemputan wanita yang memakai selendang dan berusaha tutup aurat. Semua pakai baju putih. Cantik dan sejuk mata memandang.

Rekateemor menjadi Perancang Perkahwinan yang bertanggungjawab menghasilkan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan. 

Ya ampun ternganga aku tengok bunga-bunga putih disusun diserikan lagi dengan cahaya lampu bagaikan dipancar dgn sinaran bulan terang ‘The Jabal Rahmah’.

Fun fact: Empat tan bunga segar digunakan untuk menghiasi pelamin bertemakan ‘Jabal Rahmah’ untuk perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Aku yang belum ada rezeki jejakkan kaki ke Tanah Suci pun terpesona tengok, apatah lagi mereka yang pernah menjadi tetamu Allah pasti dapat relate dengan idea yang RekaTeemor hasilkan.


Aku pernah kongsi Kisah Penghijrahan Neelofa


Doorgift Barangan Mewah Untuk Tetamu

Kecoh dekat Twitter ramai yang terperanjat dapat doorgift mahal di perkahwinan Neelofa. Tetamu yang hadir dihadiahkan produk Skincare Lancome dan barangan kemas Swarovski. 

Tapi bagi aku pula, tetamu yang hadir majoriti golongan berada, harga barang tu ‘biasa-biasa’ je kot bagi mereka.

Menu jamuan pun tak kalah ya sebab ada menu udang galah besar. Bagus betul dia berhabis duit gembirakan tetamu dan ahli keluarga. Bayangkan berapa banyak doa yang pengantin dapat sebab tetamu gembira.

Busana Putih Majlis Nikah

Neelofa menggunakan khidmat pereka fesyen wanita Alia Bastaman yang telah menghasilkan busana putih bersih yang dipakai ketika majlis pernikahannya. 

Nampak manis dan sopan je. Walaupun nampak sarat dengan bulu-bulu dan perincian lain tapi bagi aku masih praktikal dan pengantin tak terseksa nak bergerak.


Majlis Kahwin Tak Ikut SOP?

Tak sampai 24 jam perkahwinan Neelofa dengan PU Riz berlangsung, tular di media sosial yang majlis perkahwinan mereka didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal.

Selepas tengok video yang dirakamkan oleh Shalma Aina dekat Youtube dia baru aku faham kenapa orang ramai marah kita tengok je lah apa berlaku lepas polis sisasat nanti.


Doa Untuk Pengantin

Khas untuk pengantin baru, bukan untuk Neelofa dan Haris Ismail sahaja; didoakan kalian semua kekal bahagia ke Jannah.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Ertinya:” Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”

 

أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اَللَّهُ لَك , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda, “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.”

 

sumber: Instagram Neelofa & RekaTeemor

Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Demi meringankan beban pihak penjagaan kesihatan awam negara, kerajaan telah menyatakan niat mereka untuk menambahkan hospital swasta sebagai pusat rawatan COVID-19. 

Untuk mengakhiri pandemik COVID-19, kerajaan juga telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Februari 2021.

Oleh kerana beberapa pelan perubatan Tokio Marine Malaysia tidak termasuk dalam polisi perlindungan COVID-19. 


Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Pihak syarikat mengambil tindakan yang proaktif untuk merancang dan melancar-kan "Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19" yang bernilai RM 5juta untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar ini. 

Para pelanggan kami akan mendapat manfaat dari dana atau tabung ini sekiranya keaadan yang berkenaan menimbul.

Terdapat dua inisiatif di bawah tabung yang baru diwujudkan ini. Inisiatif pertama adalah Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 yang bertujuan untuk membantu para pelanggan yang memiliki polisi perubatan persendirian yang tidak merangkumi 'penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang'.



Ia akan membayar semula per-belanjaan perubatan akibat kemasukan ke hospital kerana COVID-19 dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 kumpulan Kategori 3, RM10,000 untuk pesakit Kategori 4, dan bayaran sehingga RM20,000 untuk pesakit Kategori 5 sekiranya pemegang polisi dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan di bawah inisiatif ini.

Inisiatif kedua adalah Sokongan Vaksinasi COVID-19, yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelanggan yang memiliki pelan pe-rubatan persendirian dengan pengecualian klausa 'ubat pencegahan atau rawatan'. 

Sekiranya mana-mana pelanggan terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sebarang kesan serius akibat vaksinasi COVID-19 yang diterima, inisiatif ini akan membayar semula per-belanjaan kemasukan ke hospital sehingga RM 5,000.

Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 ini boleh didapati sehingga 30 Jun 2021, sementara Sokongan Vaksinasi COVID-19 boleh didapati sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga tabung RM 5juta telah digunakan sepenuhnya, bergantung kepada yang mana lebih awal.

Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd., encik Toi See Jong ber-kata, “Sejak permulaan pandemik ini, Tokio Marine Malaysia telah ambil inisiatif untuk memberi sokongan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan juga masyarakat. Dana ini merupakan satu lagi usaha untuk terus memperkukuhkan nilai ‘Good Company’ kami dan memandang lebih jauh daripada sekadar keuntungan.”

Dalam pada itu, tambah Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, encik Ng Hang Ming, “Oleh sebab situasi COVID-19 masih belum sembuh sepenuhnya, adalah penting bagi Tokio Marine Malaysia untuk menyediakan para pelanggan dengan solusi dan perlindungan untuk terus kekal selamat.”

Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Tokio Marine Life Malaysia turut memberi tumpuan untuk memastikan para pelanggan, rakan kongsi dan keluarga mereka kekal selamat dalam usaha untuk mencegah penyebaran virus ini. 

Dengan itu, syarikat sedang mengoptimumkan plat-form-platform digitalnya bagi menyediakan akses yang senang kepada para pelanggannya untuk perkhidmatan yang penting seperti perkhidmatan polisi, pembayaran tanpa tunai dalam talian yang selamat, dan penyerahan tuntutan dalam talian. Sebahagian daripada pengukuhan digital, Tokio Marine Life Malaysia juga telah melancarkan "oneTokio", satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memberikan penyelesaian sehenti bagi para pelanggan.

Pelanggan kini dapat mengakses perincian polisi seperti sejarah tuntutan perubatan, pen-yataan polisi dan penyata pembayaran premium untuk tujuan pemfailan cukai pendapatan dengan mudah. oneTokio juga memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan  (if want to use awam, English copy must be “public” instead of “customer”), seperti pengesan hospital panel dan memeriksa wang yang tidak dituntut.

Tokio Marine Malaysia bersimpati kepada mereka yang terkesan oleh COVID-19 dan mengga-lakkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, dan memahami bahawa ini adalah waktu yang sukar dan mencabar.

Dengan itu, Tokio Marine Malaysia ingin meya-kinkan bahawa syarikatnya komited untuk selalu berusaha sedaya upaya untuk menyokong para pelanggan dan komuniti. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada anda agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjaga kesihatan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website Tokio Marine

Muat turun aplikasi mudah alih oneTokio menerusi pautan:

Aplikasi Tokio Marine

Ketahui Rahsia Bina Business Berjaya Sewaktu Pandemik

You Are The Next Millionaire! Apa perasaan kita bila ada orang cakap macam ni dekat kita? Mesti berbunga-bunga hati kan? 

Orang business mesti boleh relate dengan menjadi “The Next Millionaire” sebab masing-masing mesti dah tanam cita-cita masa mula berniaga dulu.

Memang menjadi impian setiap orang yang berniaga nak jadi Millionaire, sebab apa tau dengan menjadi kaya dapat membantu orang lain (terutamanya orang Islam) dengan cara menunaikan zakat dan juga sedekah.


Ketahui Rahsia Bina Business Berjaya Sewaktu Pandemik

Tapi nak menjadi The Next Millionaire pun kena ada ilmu, circle, network dan juga mentor untuk bimbing kita untuk berjaya. 

Zaman buat business sekarang sangat berbeza jika dibandingkan waktu business tanpa pandemik dulu. Lebih sukar, lebih mencabar jika tiada pengalaman serta ilmu.




RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

Zaman sekarang lebih mencabar, banyak halangan dan kita boleh tengok sendiri berapa banyak syarikat besar yang terpaksa gulung tikar disebabkan tak mampu bertahan. Kalau syarikat ‘jerung’ pun gulung tikar, macamana syarikat kecil nak terus bertahan?

Atas alasan itu dan berbekalkan semangat nak bantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Aku sendiri dah pernah menghadiri program Nak Ubah Hidup 2020. Banyak ilmu yang dapat aku dapat, dan begitu banyak semangat yang dapat aku serap. 

Boleh baca perkongsian aku menghadiri Program NUH

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.



Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Secara Percuma

"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.



Tambah beliau, inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Senarai anak didik Datuk Wira DrAzizan Osman yang berjaya!

Sehubungan itu, Suley memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.

"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

Jadi aku seru sangat kepada anda yang nak berjaya, yang baru-baru nak cuba, yang masih kabur ke mana harus dituju dalam business, lapangkan dada dan kosongkan diri untuk sedut ilmu percuma yang Datuk Wira Dr Azizan Osman nak bagi.

Kena pasak dalam otak, bahawa tiada siapa yang mampu bantu kecuali dengan kesedaran diri sendiri. Anggaplah sesi percuma yang ditawarkan ini adalah sebagai suis untuk menghidupkan diri business yang tertidur dalam diri kita.

Beri peluang kepada diri dan selebihnya kita mohon pada Tuhan supaya dipermudahkan urusan untuk kita capai cita-cita kita. In sha Allah. Please jangan lepaskan peluang ya.


Cara Paling Berkesan Elak Instagram Kena Hack

Peristiwa Instagram hampir di hack beberapa hari lepas memang buat aku tak senang duduk. Selalu lah kita dengar berita akaun peribadi Instagram terutama golongan influncer dan selebriti digodam.

Rata-rata mangsa yang kena adalah mereka yang ada banyak followers dan berpengaruh di media sosial. Kali ni aku nak kongsikan pula pengalaman aku sendiri, yang mana akaun aku turut menjadi target hackers.


Cara Paling Berkesan Elak Instagram Kena Hack

Aku nak kongsikan juga apa kau orang boleh buat sebagai langkah untuk mencegah akaun Instagram dari digodam oleh mereka yang tak bertanggungjawab ni. Sebelum tu mari aku ceritakan sedikit kronologi sebelum kejadian.




Pengalaman Akaun Instagram Hampir di Hack

Menjadi tabiat aku setiap kali login Instagram melalui aplikasi di telefon aku akan logout. Tidak logout dari sesuatu device dalam jangka masa yang lama juga akan jadikan akaun kita berisiko untuk digodam.

Maaf aku tiada kajian spesifik nak beri sebagai bukti tapi itulah yang kera berlaku dulu kalau aku tak logout dengan betul. Ikut pengalaman sendiri.

Kisahnya malam sebelum tu sebelum tidur macam biasa tengok perkembangan dunia di Instagram. Terjaga pukul 4 pagi aku logout. Keesokkan harinya aku bangun pagi, jalani hidup seperti biasa dan aku nak buat Instagram story.

Tapi malangnya tak boleh nak login. Bila aku masukkan username dan password, keluar mesej “error” lagi satu masalah internet connection katanya. Aku belum start panik masa tu jadi aku try login guna username business aku.

Peliknya akaun business aku boleh login seperti biasa ya. Terus seram. Masa ni tak terfikir lagi apa masalah dia. Malas aku ambil peduli jadi aku sambung tugasan harian, dengan harapan menjelang tengahari akaun aku tu akan okey.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas




Langkah Mencegah Akaun Instagram Dari Kena Hack

Rupanya masih tak dapat login sehinggalah ke waktu itu. Aku cuba login melalui website Instagram guna Chrome dalam handphone, tapi tetap tak boleh login. 

Tak puas hati aku cuba login melalui laptop, lega baru boleh login. Akaun aku masih wujud dan selamat. 

Masa tu aku yakin mesti ada cubaan untuk mencuri akaun IG aku jadi aku semak email dari Instagram. Rupa-rupanya ada cubaan untuk menggodam akaun Instagram aku.  Sistem detect login daripada device yang aku tak pernah guna dari Telok Panglima Garang, Malaysia.


Apa yang jadi ialah, sistem akan beritahu pemilik akaun jika ada cubaan untuk login akaun Instagram dari gadjet dan lokasi selain dari pemilik akaun selalu guna. Fiuh. Bagusnya sistem sekarang semakin kuat dari segi keselamatan pengguna. Itu aku puji lah.

By the way, ini bukan pertama kali aku terima email pemberitahuan tu tapi kali ni kes dia special sikit. Atas dasar keselamatan, aku dinasihatkan untuk tukar password dengan segera. Terus aku buat tanpa segan silu.

Selepas tukar password barulah aku boleh login Instagram melalui aplikasi di telefon. Alhamdulilah lega semua ok.

Perkara Perlu Buat Untuk Elak Akaun Instagram Dari Di Hack

Kerap tukar password atau kata laluan

Perkara selalu orang malas nak ambil tahu dan buat ialah untuk tukar password akaun secara berkala. Ada yang nasihatkan tukar untuk tukar setiap 3 bulan. Update password ni juga diguna pakai untuk perbankan internet.  

Aktifkan tetapan two-Factor authentication

Kaedah ini lah yang berjaya selamatkan akaun aku dari di hack ye. Macamana nak buat adalah, login Instagram. Di bahagian Settings pilih Security dan on kan Two-Factor Authentication untuk terima text message.

Apa yang berlaku adalah, jika kau orang nak login Instagram dari telefon lain atau dari laptop contohnya, sistem akan minta kau orang masukkan code yang dihantar ke telefon bimbit yang kau orang set di akaun Instagram.

Jadi, kalau ada yang cuba nak godam memang tak dapatlah kecuali kau orang share code tu.

Langkah tambahan lain macam aku pesan dekat atas tu, sentiasa logout dan dicadangkan untuk link kan akaun Instagram dengan facebook kau orang. 

Aku bersyukur akaun aku masih selamat. Untuk kau orang yang kurang bernasib baik dan akaun telah pun digodam boleh baca perkongsian dibawah:

Cara dapatkan kembali Instagram yang telah di Hack 


Kesimpulan

Aku suka nak kongsikan doa yang telah dikongsikan oleh pelakon Almy Nadia yang mana akaun dia juga pernah di hacked lama dulu. Tulis beliau ialah:

"Tolong, tolong. Jangan, jangan, janganlah hacker (penggodam). Saya buat kerja dengan Instagram ini. Ini saya bantu keluarga dengan Instagram.

"Ya Allah ya Tuhanku. Kau makbulkanlah doaku ini. Instagram ini tempat aku mencari rezeki untuk membantu keluarga. Niat aku ikhlas untuk bantu keluarga. Inilah punca rezekiku,"

sumber: HarianMetro


Apa jua berlaku minta pada Yang Kuasa, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Pasti ada hikmah kenapa dan mengapa ia berlaku. Kau orang pernah kena hacked? Jom kongsi.

Review Filem - Raya And The Last Dragon

Dah tengok filem Raya And The Last Dragon? Pertama kali aku dengar tajuk filem ni aku ingat berkaitan dengan orang Melayu. 

Pantang dengar perkataan ‘Raya’ automatik jadi teruja. Sensitif pula tu sebab dua bulan je lagi nak sambut raya. 

Berbalik kepada filem Raya And The Last Dragon, aku nak kongsikan sebab-sebab kenapa kau orang kena tengok filem ni.


Review Filem - Raya And The Last Dragon

Kalau disuruh tonton banyak kali filem ni pun aku tak kisah sebab aku in love gila dengan watak-watak comel macam Kisu dan haiwan tunggangan Raya, Tuk Tuk. 

Semestinya filem animasi terbitan Walt Disney Animation Studios tidak pernah mengecewakan. Kisah Raya adalah dimana bermulanya dunia fantasi bernama Kumandra, waktu tu Naga dan manusia hidup bersama dalam keadaan harmoni.


Antara Sebab Perlu Tonton Filem Raya And The Last Dragon

Naga menggunakan kuasa yang mereka ada untuk melindungi kehidupan daripada kuasa jahat. Roh jahat tu kira sedut roh manusia dan berupaya untuk tukar manusia menjadi batu termasuk lah naga-naga semua tu. 

Masa berlawan menentang roh jahat, naga-naga tu sempat menggunakan sihir membentuk bola kuasa yang dipercayai dapat lawan kuasa roh jahat. 




Raya telah dilatih oleh ayah dia untuk menjaga bola kuasa sebab itulah satau-satunya harapan mereka untuk lawan roh jahat. 

Selepas 500 tahun, berlakunya perebutan kuasa diantara suku kaum Fang, Heart, Spine, Talon, dan Tail. 


Sinopsis Filem - Raya And The Last Dragon

Masa ni cerita dah jadi semakin menarik sebab sifat tamak kuasa, khianat, tikam belakang dah start. 

Oleh sebab raya percayakan Namaari (putri Ketua Virana dari suku Fang) dia pun tunjukkan lokasi bola kuasa tu disimpan. 

Masa itulah percubaan mencuri bola kuasa tu berlaku. Gaduh punya gaduh, pecah sudahnya bola kuasa tu. Roh jahat pun kembali serang. 

Dalam keadaan kelam kabut tu pecahan bola kuasa tu di ambil oleh ketua puak masing-masing. 

Ayah Raya korbankan diri dan bertukar menjadi batu, sebelum tu dia sempat pesan suruh Raya mencari Naga terakhir yang dipercayai masih hidup dapat melawan roh jahat tu. 

Selepas 6 tahun mencari, akhirnya Raya berjaya menyeru Sisu. Naga terakhir yang masih hidup dan dikatakan Sisu lah yang telah mencipta bola kuasa tu. 

Kiranya harapan semua orang adalah Sisu dapat pulihkan keadaan. 




Watak Sisu yang kelakar dan peribadi Raya yang kental semangat tu aku suka. Raya ni trauma sebab di back stabbing oleh Namaari jadi dia sangat berhati-hati sebab manusia sifat dia tamak. Sisu pula sejenis naga yang lurus bendul. 

Filem ni lebih berkembang dan diselitkan dengan watak-watak sampingan lain tapi berjaya menghidupkan filem Raya And The Last Dragon. 

Bermula lah pengembaraan mereka untuk kutip cebisan-cebisan bola kuasa yang dimiliki oleh ketua setiap kaum. 

Filem ni juga banyak highlight tentang pentingnya kerjasama, pentingnya kepercayaan dan sifat tak putus asa. Banyak nilai murni dan kasih sayang di setiap babak. 

Macam aku cakap aku suka betul si Tuk Tuk haiwan tunggangan Raya. Tuk Tuk tu tenggiling kalau tak silap aku. Comel weh. 

Konflik sikit bila Raya ni ada isu nak percayakan orang dan Sisu pula isu dia tak yakin dengan kekuatan dia ada. 

Dalam adik beradik naga, Sisu dipilih untuk selamatkan dunia dari roh jahat. Best sangat sebab masing-masing saling melengkapi. 

Ending dia kau orang kena tonton sendiri lah. Kang kata aku jadi spoiler pula walaupun banyak dah aku cerita dekat sini. 

Serius banyak lagi adegan-adegan lucu dalam filem Raya And The Last Dragon. Kau orang akan enjoy filem ni terutama yang ada anak kecil kecuali kau orang benci benda comel. 

Selamat menonton, yang dah tonton meh komen dekat bawah, apa babak kau orang paling ingat dan paling teruja? 

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Sabtu lepas kami sekeluarga ke restoran Meat Cartel American BBQ cawangan WangsaMaju. Kami pilih (baca: aku yang ajak) sebab tekak teringin nak makan daging. 

Aku dapat tahu tentang restoran Meat Cartel ni daripada Influencer popular iaitu Faiz Dickie atau pun lebih dikenali dengan watak Kak Leha Bunting di media sosial.

Dia upload Insta Story, yang dia dijemput menghadiri majlis pembukaan Restoren Meat Cartel cawangan Wangsamaju pada minggu lepas. Restoran ni baru sahaja dibuka beberapa hari lepas kepada orang ramai.

Seingat aku pernah terbaca laporan berita yang pelakon dan juga suami Fazura, Fattah Amin umumkan yang dia nak francais kan Meat Cartel pada tahun lepas. 

Selain WangsaMaju, cawangan lain Meat Cartel ialah Meat Cartel Jalan Ipoh, Shah Alam, Kota Damansara, TTDI, Bandar Dato Onn, Meru, Ipoh dan Kampung Baru.




Memandangkan baru je dibuka jadi aku tak letak expectation tinggi sangat. Belum lepas tempoh percubaan bagi aku. 

Perjalanan ke restoran tak jauh sangat dari rumah dan mudah je nak cari. Lokasi dia terletak di bangunan kedai yang baru nak naik. Waze sajalah lebih mudah.

Kami parking betul-betul dekat depan restoran. Lepas ni kalau bangunan dah siap dan banyak kedai dah beroperasi rasanya parking akan jadi terhad.



First impression masa melangkah masuk aku senang hati. Simple je konsep dia pilih, warna merah dan susun atur meja kerusi nampak santai. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Itu penting. Hiasan dalaman pun tak terlalu over.

Restoran ni ada dua tingkat. Memandangkan bahagian bawah penuh dengan pelanggan jadi kami duduk di tingkat dua, lebih privacy dan tak segan sangat kalau nak ambil gambar. Masa tu masih ada staff yang tengah betulkan saliran pengudaraan dan check air cond.



Menu Meat Cartel

Dah namanya pun American BBQ mestilah kebanyakkan menu ialah daging. Boleh order ala carte atau set untuk dipilih. Kami decide untuk makan ala carte supaya dapat rasa banyak jenis makanan. Lagi pun first time cuba, kalau tak sedap kan sedih.

Apa yang aku describe selepas ini semestinya mengikut selera dan tekak aku ya. Mungkin bagi tekak kau orang kalau cuba mungkin sedap dan sebaliknya. Aku memang suka makan daging dan menu western jadi tekak aku boleh terima makanan dekat sini.

Kalau datang sini kau orang boleh cuba Beef Ribs, Set Heseinberg, beef briske, lamb, sandwhich, beef & lamb rice, Mac & Cheese, BBQ Fried Chiecken Wings dan banyak lagi.






Harga Makanan di Meat Cartel

Dari segi harga aku rasa agak mahal untuk sesetengah makanan dan air, tapi sebab sedap jadi aku sedapkan hati sendiri. Suami makan Lamb Burger (side dish Onion Ring) RM35.90, untuk Ikhwan dia pilih Bloody Mac & Cheese – Beef Rm22.90, aku pilih Rice – lamb (daging carik, nasi butter, sambal kicap) RM18.90, French Fries RM8.90 & soft drink RM4.

Paling aku rasa over price ialah fries sebab dia tak letak herb yang fresh pun, sekadar fries je without Mayo as dipping. 

Kalau betul nak charge RM8.90 better bagi kentang fresh (bukan frozen) dan tabur garam dan herb segar. Gambar tak sempat ambil sibuk gosok mata. 


Pengalaman Dining At Meat Cartel Wangsamaju

Well ini sekadar pendapat aku as customer yang suka makan dan of cos aku menghargai setiap duit yang aku laburkan even aku jarang berkira bab makan. 

Dari segi kebersihan, layanan staff, rasa makanan tu okey tapi masih banyak room for improvement aku rasa dia boleh tengok.

Apa yang berlaku masa aku makan dekat sana ialah aku makan sambil mengalirkan air mata. Sumpah aku tak tipu. First time dalam hidup aku makan sambil menangis in public. Meja sebelah pun sama weh. Keluar air mata sambil tergelak.

Aku syak sistem pengudaraan restoran meat cartel Wangsamaju ada masalah masa tu. Segala asap keluar dari bahagian dapur, tapi asap tu tak nampak. 

Sedar-sedar mata kau pedih je. Aircond berfungsi dengan baik, tapi mata dan hidung aku terlalu sensitif sampai pedih dan keluar air mata. 

Bayangkan anak aku yang umur 3 tahun, 5 tahun dan 9 tahun makan dalam keadaan perit-perit manja begitu. Well budak-budak dia bukan tahu pun kan cuma sibuk la gosok mata. Seolah-olah seksaan dalam diam.

Sebelum tu kami duduk di meja bahagian atas tau. Tapi aku tak tahan aku ajak suami tukar meja ke bawah. Part paling kelakar bila aku ternampak family sebelah yang ada anak sebaya anak-anak aku pergi basuh muka dan mengeluh sebab tak tahan pedih.

Budak lelaki tu sampai nak lap mata dengan tisu alas burger ayah dia. Kami mak ayah ni pandang muka masing-masing sambil senyum tahan gelak. Kasihan tapi nak tergelak pun ada.

Ni aku bukan reka cerita mahupun nak burukkan restoran. Oleh sebab aku nampak staff dia baiki paip / saluran dekat bahagian atas aku assume dia orang pun sedar masalah tu. 

Tapi dia tidak la pula tanya pasal mata pedih, sementara kami tunggu makanan dihidangkan dia hanya tanya tentang aircond berfungsi atau tidak sahaja.


Kesimpulan

Ikutkan mulut aku nak complaint je tapi suami larang dan nasihatkan kami makan cepat-cepat dan terus beredar. Masa dalam kereta nak keluar dari parking, suami kata tak akan repeat ke sini melainkan dia selesaikan masalah pengudaraan tu.

Paling tak best baju kami anak beranak habis bau asap. Bau macam kau pergi makan dekat dalam food court. Dah lah lepas tu masing-masing pergi KL East Mall. Gasak kan. Itulah sajalah pengalaman aku ke Meat Cartel Wangsamaju.


Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Selalu dengar kan nasihat untuk menjaga kesihatan dan tips penting untuk cantik dan kurus, kita perlu minum air kosong dua liter sehari tanpa gagal. 

Air kosong tau bukan air manis sebab air kosong berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolik badan serta mengenyangkan. 

Tidak la mulut asyik nak mengunyah makanan. Antara kepentingan air untuk tubuh badan kita adalah seperti membantu ubah makanan kepada tenaga, mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan, bantu penyerapan nutrient dan banyak lagi. 

Jumlah yang disarankan adalah sebanyak lapan gelas atau dua liter sehari. Jadi over minum air pula sebab berlebihan minum air kosong atau air masak juga boleh memudaratkan kesihatan kita. 




Bahaya Terlebih Minum Air Kosong

Dr Rafidah pernah kongsi info tentang terlebih minum air ni di Twitter. Bahaya weh sebab pernah ada perempuan yang minum air 10 liter sehari kerana nak dapatkan kulit yang cantik kononnya tetapi sebenarnya boleh rosakkan buah pinggang dan lagi teruk boleh akibatkan sawan. 

Jadi jangan terlebih fanatik nak cantik, nak kurus sampai berlebihan. Agama Islam sendiri pun ajar untuk besederhana. Ingat tujuan asal minum air, jangan sampai tak cukup air di waktu panas sekarang ni. 


Tabiat Malas Minum Air

Bagi situasi aku pula berlainan dengan apa yang aku terangkan dekat atas. Aku tersangat malas nak minum air. Tak ada disiplin langsung. 

Jadi apa yang berlaku dekat diri sendiri sistem pembuangan aku sebenarnya agak terganggu. Aku beruntung sebab aku suka makan buah-buahan jadi membantu serba sedikit. 

Tapi bila dah menginjak usia ni, risau pula fikir kesihatan di masa akan datang. Tak tahu berapa panjang usia Allah nak kasi pinjam jadi kena la jaga kan. 

Tabiat aku minum ni bergantung kepada level kesibukkan harian aku. Semakin sibuk aku pada hari tersebut semakin sikit la air yang aku minum. Leka dengan kerja. 


Kesan Kurang Minum Air Ikut Pengalaman Peribadi

Meh aku kongsi apa kesan yang aku boleh nampak dan rasai disebabkan tabiat buruk aku kurang minum air kosong. 

Macam aku cakap tadi ganggu sistem pembuangan aku, tidak sampai tahap sembelit tapi aku kurang membuang. 

Kedua ialah kurang air sebabkan aku jadi cepat penat, malas dan tak ceria. Kulit aku pun jadi kering dan teruknya aku ada eczema. 

Memang buruk la kulit kalau terlalu kering. Paling utama aku jadi kurang aktif dan kerja sebagai penulis blog ni kena ada idea dan mood menulis. 

Aku pernah juga cuba turunkan berat badan, aku jaga kuantiti makanan, exercise dan kurangkan pengambilan gula tapi berat masih statik sebab aku kurang minum air.  

Oleh sebab kesedaran baru timbul, aku nak disiplinkan diri untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari tanpa gagal. Cabaran besar sebab aku tak suka minum air. 


Tips Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

Kalau dah pasang niat untuk jaga kesihatan, dah sedar kepentingan minum air maka jom disiplinkan diri untuk minum air yang cukup. 

#1 Tahu berapa jumlah liter air yang perlu diminum sehari

Rujuk jadual yang dikongsi oleh KKM untuk tahu berapa liter air yang perlu di minum mengikut berat badan masing-masing. 


#2 Bina jadual

Ha jadual apa? Jadual persekolahan ke? Jadual minum air lah. Paling mudah bahagikan liter air kepada jam. Contoh kena habiskan 3liter air sehari jadi kena minum 1000ml ikut jadual di bawah. 

#3 Disiplin

Dah letak usaha, tenaga, emosi dan masa kena paksa diri untuk disiplin patuhi jadual. Minum ikut jadual yang ditetapkan supaya target tercapai. 


#4 Set alarm

Kalau anda sejenis pelupa, apa kata set alarm dekat handphone masing-masing supaya dapat ingatkan anda waktu untuk minum air. 


#5 Jangan kerna terpaksa

Ha kau dah macam lirik lagu. Sebaiknya nak buat sesuatu perkara yang baik jangan rasa terpaksa. Kalau terpaksa benda tu jadi separuh jalan. Aku dah pernah buat dulu lepas tu aku tak ikut jadual aku buat. sia-sia sahaja. 


Kesimpulan 

Setakat ini sahaja perkongsian bagaimana cara minum dua liter air kosong sehari tanpa gagal dan tips-tips penting yang kau orang boleh ikut. Mana yang baik dan mudah nak buat silalah amalkan. Kita sama-sama ubah dan sayangi badan kita. 

Jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan. Jumpa di lain entri. 

MURID VIRAL BAWA BEKAL MANGKUK TINGKAT KE SEKOLAH

Murid Viral Bawa Bekal Mangkuk Tingkat Ke Sekolah

Dek kisah viral tentang murid yang bawa mangkuk tingkat sebagai bekal ke sekolah itulah aku terpikat nak beli mangkuk tingkat dekat Shopee. Sebelum ni aku tak heran pun orang duk iklan dekat Facebook. Tapi lepas kecoh kata netizen gelakkan adik ni baru aku terbuka hati nak ada satu juga.

Tak faham kenapa nak gelakkan? Gelak sebab bekas tu besar ke? Atau sebab kalau bawa bekal dalam mangkuk tingkat nampak kelakar? Kalau aku jadi murid tu aku lah budak yang paling happy sebab aku bawa bekal yang emak aku masak.

Emak masak mana pernah tak sedap.



Cerita Sebenar Murid Mangkuk Tingkat Viral

Antara perkara-perkara yang di highlight oleh orang ramai bila gambar adik ni viral ialah isu kebenaran ambil gambar tanpa kebenaran ibu bapa, risau murid tu bawa beg sekolah ditambah lagi bebanan mangkuk tingkat yang besar tu, dan macam-macam lah.

Sebenarnya, ikut penerangan emak dia di FB, Puan Hasimah Abdullah; yang angkat mangkuk tingkat tu ke kelas anak dia ialah suami dia, yang ambil gambar pun suami dia yang merupakan cikgu dekat sekolah tu. Kiranya ayah murid tu mengajar di sekolah yang sama lah. Macam kita lah kan, hari pertama anak ke sekolah semua ambil gambar jadi kenangan.

Sepatutnya jadi memori indah untuk adik tu sekeluarga tapi biasalah, dalam dunia fikiran dan pandangan orang mana sama. Ada yang terharu, yang sedih, ada yang menyampah, ada yang ambil berat.

Salute betul aku dengan semangat emak yang sanggup bangun awal, korbankan masa, tenaga dan waktu tidur untuk sediakan bekal untuk anak. Aku sendiri terkejar-kejar nak siapkan anak sorang ke sekolah.

Anak aku pula sejenis excited nak membeli di kantin. Lemak la aku aku kan. Bagi duit je belanja sekolah je.


Apa kes aku baru tahu tentang SIYA ni? weh kejam dekat diri sendiri. sadis kau ye. 

'Siya membawa maksud mangkuk yang bertingkat-tingkat dan berpemegang, dibuat daripada plastik atau logam, dan digunakan untuk mengisi makanan sebagai bekalan atau pemberian kepada orang lain: atau nama lain mangkuk tingkat: rantang - Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka. 


Mangkuk Tingkat Moden

Aku suka konsep mangkuk tingkat ni sebab dia boleh asingkan lauk. Nak pula aku ni sejenis makan tak reti makan kuah banjir. Lagi kurang kuah lagi aku suka. Mangkuk tingkat ni legend betul, dah wujud sejak dulu lagi, dan sekarang dah dimodenkan dengan bentuk dan warna yang eye catching.

Harga mangkuk tingkat ni sebenarnya boleh tahan ya. Kalau perasan restoran Chef Wan pun ada mangkuk tingkat dia sendiri, untuk restoran dia. Tiffin De Wan Salah satu marketing yang bagus bila dia buka restoran dan serve Tiffin untuk mudahkan pelanggan nak take away.

Cantik pula tu mangkuk tingkat dia. Last year Chef Wan jual Tiffin De Wan juadah Raya pada harga RM109. Ada tiga tingkat dalam tu dia letak ketupat palas, lemas, rendang, serunding, kuih rempeyek dengan dodol.




Harga & Jenis-Jenis Mangkuk Tingkat

Ramai juga sekarang yang mencari mangkuk tingkat ni. Mangkuk tingkat ni ada pelbagai jenis dan harga dia mengikut material, saiz dan juga tingkat. Selalu kita nampak orang bawa bekal bersaiz kecil tiga tingkat. Comel kan?

Kalau nak jadikan mangkuk tingkat sebagai bekas isi makanan dekat rumah biasanya orang beli mangkuk tingkat saiz besar dua tingkat. Lagi best mangkuk tingkat moden boleh personalized design dia okeh.

Boleh tengok mangkuk tingkat aku survey macam dekat bawah ni: 

Klik Sini - Mangkuk Tingkat Enamel 

Klik sini - Set Mangkuk Tingkat StainlessSteel Corak Bunga 

Klik sini - Mangkuk Tingkat Tupperware 

Klik sini - Mangkuk Tiffin Corak 

Aku gerenti geng mak-mak mesti cair hati tengok mangkuk tingkat tu terutama yang bercorak tu, tiffin tu. Arghh. Nampak style je kan nanti balik kampung balik bawa mangkuk tingkat bagi dekat mak. Make sure bawa extra sebab nanti nak tapau juadah raya bawa balik rumah sendiri senang. Ahaks.

Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang

Selama aku hidup di atas muka bumi Tuhan banyak sangat kesilapan yang aku buat. Terpaling banyak bila melibatkan keputusan yang aku ambil berdasarkan apa orang fikir. 

Bila usia dah start menginjak senja baru aku dapat kesedaran yang hidup aku sepatutnya aku yang tentukan.

Aku tak pastilah siapa yang mulakan budaya ikut-ikutan ni. Tak, aku tak salahkan cuma kalau masih ada lagi amalkan budaya ikutan ni elok hentikanlah. 

Kesan buruk dia akan dirasai dalam jangka masa panjang. This is serious talk! Dari zaman kita kecil sampai lah sekarang, masih ada lagi orang yang suka buat orang lain sebagai rujukan. 


Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang

Pendek kata idola. Siap pakej buat perbandingan. Lagi teruk situasi ibu bapa yang paksa anak tiru sebijik-sebijik laluan hidup orang yang kita sangka berjaya dalam hidup dia.

“kau cuba tengok anak Pak xx tu, ada kereta besar, pakai baju cantik, setiap minggu bawa mak ayah dia berjalan..”

“Kau pula asyik la menghadap laptop, entah apa kau buat dalam bilik tu”

Itu Contoh.



Buat Untuk Diri Sendiri Bukan Apa Yang Orang Kata

Berdasarkan apa yang yang jadi dalam hidup aku sekarang ini, perkara paling banyak memberi pengaruh terhadap diri aku adalah rancangan dekat TV, drama, novel dan movie yang aku tonton dari kecil. 

Seingat aku, mak dan arwah abah tak pernah paksa apa aku kena buat bila dah besar. Cuma mereka sering ingatkan je jangan jadi manusia tak berguna dan bebas masalah.

Maka hiduplah aku dalam dunia dongeng ciptaan manusia sendiri. Aku pula dalam minda bawah sedar percaya apa yang berlaku dalam drama / novel adalah sama dengan di dunia yang kita hidup. 

Which is sebenarnya sangat berbeza. Jarang sangat orang Melayu sarapan minum jus Oren macam adegan orang kaya dalam drama.


Takut Orang Kutuk

Oleh sebab aku sangka yang hidup dekat luar sama macam dalam drama jadi aku pun cuba hidup berdasarkan apa yang drama selalu tonjolkan. 

Hidup mewah, syarikat kaya tak pernah rugi, sekali buat salah selamanya salah contoh cerita bekas penagih dadah dan banyak lagi teori salah.

Hasil dia yang aku nampak dekat diri ialah setiap keputusan yang aku ambil dalam hidup aku kena rujuk ‘gambaran kehidupan’ yang manusia ciptakan. 

Dunia fantasi yang serba indah yang katanya langsung tiada kecacatan.

Risau kalau aku buat sesuatu orang lain tak suka, apa orang kata dan aku sendiri tak dapat yakinkan diri aku buat benda betul. 

Tragis hidup macam tu. Yang sepatutnya apa aku nak buat bukanlah berdasarkan apa orang kata, tapi sepatutnya apa aku rasa.

Kesalahan aku buat ialah, aku dahulukan fikiran orang lain berbanding pendapat aku sendiri. Mak abah dah hantar pergi sekolah tuntut ilmu supaya jadi panduan tapi tak guna. 

Aku harap kau orang jangan buat kesilapan yang sama.

Sekarang aku dah ada anak, aku cuba tak didik dan cuba ajar dia supaya jangan hidup berdasarkan apa orang fikir. 

Bukan kerja senang tapi cubalah kan? Tak kan nak ulang kesalahan apa aku buat dari kecil. Aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri sebab kelemahan aku.

Tuhan dah bagi sektul otak, hati, dan tubuh badan sempurna. Tak kan aku nak merungut lagi.




Hidup Bebas Sekejap Tanpa Gadjet

Apa aku buat untuk kurangkan masa fikirkan apa orang kata ialah aku lebihkan masa untuk diri sendiri. 

Punca utama aku mula sibuk tentang apa orang fikir ialah melalui gadjet. Berapa banyak masa aku habis dekat media sosial, e-mel, whatsapp group, TikTok, Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Aku cipta “me-time” untuk diri sendiri. Me- time ni sepatutnya jadi masa kita berehat dan muhasabah diri. Bukan me time sambil scroll handphone.

“Kalau masih nak libatkan diri dengan alam maya (media sosial), kita bukannya luangkan masa untuk tengok kehidupan orang lain” – Buku I’m Worth It (SisYouJae)

Dah namanya pun tengok kehidupan orang lain, mula lah masalah ikut cara orang sehingga membandingkan diri sendiri akan timbul. End up lebih teruk kita rasa tak bersyukur dengan apa kita ada.


Kesimpulan

Never too late to start again

Bagi aku tak pernah ada perkataan terlewat selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa. Ya, kita setiap hari buat kesalahan, ada kelemahan. 

Itu kita tak boleh lari. Tapi kita manusia biasa, kita ambil iktibar apa yang terjadi dan tebus menjadi lebih baik untuk hari seterusnya.

Mentor aku pernah pesan, sedangkan pelacur pun Allah hadiahkan syurga sebab dia beri anjing minum air. 

Tapi itulah, masuk ke syurga pun selepas dia bertaubat dan beramal ibadah. Kesimpulannya sejahat mana kita, seteruk mana kita sekarang kembalilah kepada asal tujuan hidup kita.

Hidup ni bukan nak puaskan hati orang tapi nak selesaikan tanggungjawab kita terhadap Pencipta. Sekian dulu untuk peringatan hari ini. 

Apa yang aku kongsi tak lain tak bukan mengingatkan diri sendiri yang selalu leka. Moga kita sama-sama dapat manfaat.

 

Selamat Hari Wanita Buat Seluruh Wanita Di Seluruh Dunia

Selamat Hari Wanita Buat Seluruh Wanita Di Seluruh Dunia

Setiap tahun pada tanggal 8 March, satu dunia sambut Hari Wanita atau lebih tepat lagi hari pengiktirafan bagi mereka yang bergelar wanita atau pun perempuan. Tema sambutan Hari Wanita Tahun ini ialah 'Wanita Bangkit Mendepani Cabaran'. 

Wanita diiktiraf kerana sumbangan wanita yang berterusan dalam pelbagai bidang, meski dibelenggu pandemik COVID-19. Dah berusia macam ni baru aku appreaciate bila orang wish dan ucap terima kasih. Dah berumur baru nak feeling wanita lebih sikit dari biasa. 

Sebelum terlambat Blog Rodiah Amir nak ucapkan "Selamat Hari Wanita" untuk semua insan bergelar wanita. 


‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]




Well, tiada sambutan pun cuma meraikan dengan beri ucapan dan doa yang elok-elok je untuk kaum sejenis. Teruskan berjuang wahai perempuan, teruskan menabur budi, terus sebarkan kasih sayang. Kena ingat dan tanam dalam otak yang kita ini wanita istimewa. 


Puisi Tentang Perempuan Oleh Dr. 'Aidh Al-Qorni 

Aku suka dan nak kongsikan puisi karya Dr. 'Aidh Al-Qorni yang aku rasa deep sangat pengertian dia. 


Tentang Perempuan

Perempuan itu seperti kopi, jika engkau abaikan, ia menjadi dingin, sampai dalam hal cita rasanya.

Saat perempuan diam di depan orang yang ia cintai, maka muncullah banyak kata dalam bentuk air mata!

Perempuan itu, pada mulanya takut untuk mendekatimu, namun pada akhirnya, ia menangis saat engkau menjauh darinya .. sedikit sekali orang yang memahaminya.

Perempuan itu tidak menginginkan kemustahilan darimu, dia hanya menginginkan agar engkau seperti lelaki yang engkau bayangkan tentang saudari kandungnya.

Perempuan itu tipu daya besar atau cinta agung, dan engkau lah yang menentukannya wahai lelaki..jika engkau membuat makar atasnya, diapun membuat makar kepadamu, dan jika engkau mencintainya, ia pun kasmaran terhadapmu

Sesuai dengan tingkat cintamu kepada perempuan, seperti itulah ia cemburu, karenanya, apa saja yang membuat perempuan menjadi gila karena cemburu, itu juga yang membuatnya gila karena cinta.

Perempuan itu mengobati, padahal dia sedang demam, membantu, padahal dia susah, begadang, padahal lelah, dan berduka terhadap seseorang yang tidak dikenalnya.

Perempuan itu selalu ingin diperlakukan seperti bocah kecil, betapapun ia menua.




Jangan berani-berani mengetuk pintu hati perempuan jika engkau tidak membawa berkoper-koper perhatian.

Saat perempuan cemburu, buatlah lukisan ciumanmu pada kedua tangannya, biarkan dia merasakan bahwa dia merupakan kenikmatan Allah SWT yang sangat besar bagimu.

Perempuan, yang tenang, nan lembut, ternyata pembuat kebisingan terbesar pada hati lelaki.

Perempuan itu, meskipun keras hati, sebenarnya tidak pernah kosong dari rasa simpati dan kasih sayang.

Tidak ada yang mampu menanggung kegilaan perempuan dan kecemburuannya, kecuali lelaki yang mencintainya dengan sebenarnya.

Tidak aib jika lelaki mau belajar dari hati perempuan sesuatu yang menjadikannya semakin manusiawi dan semakin lembut.

Perempuan itu takut dikhianati, takut kehilangan, takut tiada, dan tidak mudah melupakan seorang yang tiada yang dicintainya, ia terus menerus mengawasinya dari jauh.

Mungkin perempuan mengasuh anak tanpa seorang ayah, tetapi, tidak mungkin lelaki mengasuh anak tanpa ibu. Di sinilah terletak keindahan perempuan.


Jikalau kamu benar-benar lelaki, pasti punya perempuan

Jikalau engkau jantan, pasti punya betina


Kapan engkau menjadi raja, pasti ada ratu

Kapan engkau kasmaran, pasti perempuan itu seperti seorang yang kehilangan anak


Jangan sampai engkau tanpa apa-apa sementara engkau menginginkan perempuan segala-galanya

Ingatlah, saat ruh ditiupkan kepadamu, engkau ada di rahim perempuan.


Saat engkau menangis, engkau ada di pangkuan perempuan

Saat engkau kasmaran, engkau ada di hati perempuan


Karenanya, perlakukan perempuan dengan penuh kelembutan.

Perempuan itu dicipta sebagai amanah, bukan dicipta untuk dihinakan

Maka..hidup perempuan!!! 

Adakah ia bersuami, atau gadis, atau janda cerai, ataupun janda mati…

9 kesalahan PKP Jangan Langgar Kalau tak Mahu Di denda RM10 Ribu

Kalau sebelum ni kadar denda untuk mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah sebanyak RM100, kemudian mahkamah naikkan pula denda kepada RM1,000. 

Tapi tahukah anda berkuat kuasa 11 Mac 2021, orang ramai yang didapati melanggar PKP akan dikenakan kompaun lebih tinggi. 

Menurut laporan AstroAwani, kerajaan telah mempertimbangkan kenaikkan nilai kompaun dan denda yang lebih tinggi kerana bilangan kes yang ingkar PKP masih tinggi. 


9 kesalahan PKP Jangan Langgar Kalau tak Mahu Di denda RM10 Ribu

Masih wujud golongan yang ingkar arahan dan merasakan jumlah denda RM1,000 masih rendah. 

Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




Denda RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

Sedar tak kau orang yang sekarang kerajaan bakal menguatkuasakan denda terhadap orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 bagi individu dan untuk syarikat pula bakal didenda sebanyak RM50,000 berkuat kuasa 11 Mac 2021. 

Nilai denda baharu yang di umumkan kerajaan adalah bagi individu dan syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Diharap kerajaan akan berkongsi detail lanjut tetang denda tersebut. 

Perkembangan Kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Mac 2021

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.




Senarai 9 Kesalahan PKP Boleh Di Denda

Antara kesalahan PKP yang sering dilakukan individu mahupun syarikat adalah seperti berikut: 

1. Gagal menyediakan peralatan, merekod diri, pelanggan. 

2. Tidak memaki pelitup muka 

3. Tiada penjarakan fizikal

4. Rentas daerah atau negeri tanpa mendapat kebenaran pihak polis

5. Aktiviti pusat hiburan 

6. Permis beroperasi lebih masa / tanpa kebenaran

7. Aktiviti perjudian

8. Keluar rumah tanpa alasan munasabah

9. Ingkar arahan kuarantin 


Mohon Surat Pelepasan Perjalanan Sepanjang Tempoh PKP

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak lagi kesalahan lain yang tidak disenaraikan seperti gagal scan Aplikasi MySejahtera. Cuma mkalumat di atas ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh rakyat. Tidak dapat dibayangkan jika dikenakan kompaun sebanyak 10 ribu ringgit di kala kesusahan begini. Jadi pesan aku terhadap diri sendiri dan yang lain, patuhilah arahan. Jangan buat perkara yang bakal merugikan diri sendiri.