Viral | Resepi Kek Oreo 3 bahan

Rodiah Amir

Ini sesi luahan buat kek viral yang konon 3 bahan tu kek boleh jadi sedap, gebu, lembut dan disukai anak-anak. Apasal aku buat kek tu macam tak masak. Eh menyampah sangat ok.

So nasihat untuk yang tak berapa terer buat kek macam aku tak usahlah nak bermimpi sangat kek tu jadi sehebat kek yang perlukan lebih dari 3 bahan yek.

Kan viral kek Oreo yang guna susu kotak kan? Ha gedik nak buat tapi instead of using the same milk aku guna fresh milk. Aku syak sebab tu kot. Habis jahanam kek aku. Huwaaa. Dan aku tak minat Oreo so tukar biskut lain pun jadi jahanam jugak. Wakakakakka.

Viral | Resepi Kek Oreo 3 bahan

Dah derhaka dengan resepi ada hati nak marah-marah. Ewww sangat ni. Untuk sesiapa yang nak cuba, sila tekadkan diri kalau kek tu tak jadi. 

Lepas tu pakai bekas kecil je nak kukus. Kalau pakai bekas besar then adunan sedikit nanti kek jadi super leper. Lol.


 

Resepi Kek Oreo Viral

Malu nak letak gambar kek sendiri. Plan kalau jadi nak buat sempena jamuan akhir tahun sekolah Ikhwan. Maka kita tukar menu buat sandwhich jela anak oi. Tak Pun agar-agar ke. 

Bahan-bahan: 

Satu kotal susu coklat 250ml ke 200ml aku tak sure
2 bungkus biskut Orea 137g
Setengah sudu baking powder

Cara-cara:

Blender je semua bahan hingga hancur dan kukus kek selama 25 minit.
Nak bagi lebih menarik boleh topping chocolate. Tak rajin makan je terus.




Kesalahan aku buat masa pilih biskut adalah, biskut ni tengah-tengah ada jem yang keras tu. Dah kacau tekstrur dia, then aku salah pilih bekas. 

Topping pulak guna je apa yang ada. Lepas tu Ikhwan nak hias guna nips. Maka jadi la kek budak tadika. Dari segi rasa, masih boleh makan, manis dia tak la melampau tapi tak leh makan banyak. 
Tags