Suka Lepak di Family Mart Cawangan WangsaMaju

Rodiah Amir
Siapa suka makan dan terutamanya makanan Jepun/Korea mesti suka entry ni. Sebab aku sebagai penggemar makanan sangat teruja bila nak kongsi tentang Family Mart. 

Korang pernah dengar tak pasal Family Mart (FM). Ok mari aku terangkan sikit apa itu Family Mart. 

"Family Mart adalah rangkaian francais kedai serbaneka Jepun. FamilyMart adalah rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun, di belakang 7-Eleven. 

Di Korea Selatan, kedai-kedai kini dipanggil CU (di bawah pemilikan BGF Retail, yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan) dan pernah menjadi kedai rantai terbesar di Korea Selatan. 

FamilyMart adalah anak syarikat FamilyMart UNY Holdings, Ltd. yang juga memiliki rangkaian Supermarket Uny."


Suka Lepak di Family Mart Cawangan Wangsa Maju

Sebenarnya aku berkongsi keterujaan sebab Family Mart cawangan Wangsa Maju telah pun dibuka. Memang sesuai sangat lokasi yang penuh dengan potential customer Family Mart macam aku.  

Tepuk tangan gemuruh sebab cawangan kat Malaysia dah banyak dibuka dan ada yang beroperasi 24 jam. 



Makan-Makan di Family Mart Cawangan WangsaMaju

Penggemar makanan memang akan gembira bila datang ke sini. Banyak pilihan makanan dan makanan yang dijual adalah makanan Jepun yang selalu ada macam dekat dalam drama KPop tu. 

Ada snack bar, cafe, bakery dan juga meal station. Tengok sahajalah gambar aku share ni pon dah memang meriah.

Selain dari makan Oden, aku suka lepak dekat Family Mart untuk makan ice cream. Ada dua ice cream yang sedap dan laku keras. 

Green Tea dan cheese cake ice cream. Kena cuba dua-dua ok. Satu berharga RM2.90 tapi berbaloi-baloi. Semestinya Green Tea power menjadi favourite aku. 



Aku tak dapat paid review pun entry macam ni tapi aku sangat suka berkongsi pasal makanan. Jujur ok. Yang mana memang tekak original Melayu macam laki aku, rasanya kurang suka jenis makanan macam ni. 

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok website kat SINI. Sebab tu aku kalau nak makan sushi etc cari geng sekepala. Kalau kat office memang ada geng makan Korean ni, geng sushi, geng Chilis, Geng Dubuyo. hahhaha geng makan je la banyak. 



Makan tu memang sedap tapi at the same time jaga pengambilan gula ya. Makan biar berpada. Nanti dah tua menyesal pun tak guna.  Selamat ber food hunting untuk korang yang belum pernah cuba. In sya Allah tak menyesal. 

Baca Juga: 

Laksa Sarang & Cendol Durian
Sedapnya smoked bbq beef rib IKEA
Tags