Cara Buat Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera

Cara Buat Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera  | Memang kalau makan tu dah jadi hobi maka kalau terjumpa resepi yang mudah dan sedap memang harus la Diah mencuba. Kali ni Diah cuba resepi keropok lekor yang dibuat dengan menggunakan mee segera. Amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun memang dah ada di dapur. 

Keropok Lekor Mee Segera
Keropok Lekor Mee Segera

Keropok Lekor Perisa Ayam

Dari segi bentuk, kekenyalan memang menyerupai keropok lekor tapi rasa ikan memang tiada sebab tidak melibatkan mana-mana ikan. Resepi asal menggunakan perencah mee segera tu, tapi resepi Diah cuba ni Diah masukkan serbuk pati ayam knorr. Jadi terhasil lah keropok lekor perisa ayam. Di cicah dengan sos keropok lekor yang dibeli masa berjalan ke Terengganu dulu, memang terasa macam makan keropok lekor Terengganu. 

Resepi keropok Lekor

Untuk resepi ni boleh dapat dalam sepinggan besar keropok dan boleh dimakan oleh tiga orang. Kalau tak cukup boleh ganda kan bahan-bahan. Bahan utama adalah satu paket mee segera tak kisah apa jenama, ikut selera tekak masing-masing, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum. Diah gantikan serbuk perasa dengan serbuk ayam knorr dan tambah sedikit garam. 

Resepi Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera
Kisar mee sehingga lumat
Masak mee segera sehingga lembut dan toskan. Masukkan mee segera, telur, bahan perasa dan kisar sehingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk dan masuk kan 8 sudu tepung ubi dan 3 sudu tepung gandum. Masuk kan sedikit demi sedikit sehingga adunan berjaya di uli menjadi doh. Tambah kedua-dua tepung jika perlu. Bentukkan mengikut kesukaan dan rebus dalam air yang mendidih. Biarkan seketika sehingga doh tadi timbul. Angkat dan tos dan biarkan sehingga sejuk. Potong doh menjadi ketulan kecil dan goreng sehingga keperangan. 

Keropok lekor
Keropok yang siap di uli
Keropok lekor ni sesuai di makan pada waktu petang atau pun sarapan pagi. Makan masa panas-panas memang tak sedar habis sepinggan. Suami dan anak-anak suka kan nya. Boleh jadi hidangan bila malas nak masak. Selamat mencuba. 

6 comments:

  1. wah uniknya.. boleh dicuba nanti

    ReplyDelete
  2. kreatifnya diah ..sebijik macam keropok lekor, kalau tak memang tertukar dah hii

    ReplyDelete
  3. wahh kreatifnya! nanti nak trylah dkt rumah..

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. tak tau pulak boleh guna mee segera tuk buat kepok lekor..kena try buat ni

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.