Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre

Rodiah Amir
Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah beberapa kali gagal nak buat appoiment di Rampai Puteri Medical Centre akhirnya berjaya jugak buat Isnin lepas. 

Elok je masa birthday aku, dan hari yang sama minum Air Gula. kira birthday kali ni celebration tema dia ialah check up ibu mengandung. 



Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre 

Jumpa doctor Zana Zalinda dan scan baby, lepas tu uruskan hal pakej bersalin yang dijangka due 27 January 2018. 

Hoi tak lama dah. Ada beberapa pakej yang available dekat sini. Aku pernah up pasal pakej mereka. Boleh baca Kos Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre



Bersalin Rampai Puteri Medical Centre


Prosedur biasa sebelum jumpa Doctor



Kenapa aku pilih Rampai Puteri Medical Centre

Doctor yang sambut Raudah dulu dah transfer dari Gombak Medical Centre dan kini bertugas di Rampai Puteri Medical Centre. 

Doctor yang baik, sempoi, positive dan cantik. Doctor ni pun dapat banyak good review. Aku ada tulis Review Bersalin Di Gombak Medical Centre

Semuanya ditulis berdasarkan pengalaman aku melahirkan anak kedua, Raudah. 

Dekat dengan rumah pengasuh Raudah, sekolah Ikhwan dan dah biasa dengan kawasan sekitar, selain dari kemudahan parking, tempat makan, dan lain-lain.

Hospital yang baru dan selesa. Berpatutan dengan harga yang dikenakan. So far Staff semua friendly. Good impression.





Cara Book Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre

Untuk yang nak bersalin kat sini meh nak cerita procedure dia ya, sebab agak berlainan dengan hospital/klinik pernah aku pergi.

1. Kena decide nak doctor mana/ boleh google dan baca review doctor-doctor yang available dekat website dia ya. Kalau tak tahu boleh call kaunter tanya.

2. Lepas decide doctor dan kita kena buat appoinment sendiri dengan doctor. Kalau tak ada no doctor boleh dapatkan no dari kaunter. Maksudnya doctor akan uruskan appointment pesakit sendiri. 

Tunggu Doctor balas whatsapp/mesej anda dan doctor akan hantar pesanan sebagai peringatan untuk hari check-up. Kalau doctor tak reply boleh call kaunter juga untuk kaunter ingatkan doctor.

3. Dan lepas tu boleh datang dengan senang hati. Untuk segala brochure, pakej detail boleh lah mintak di kaunter pertanyaan. 

Staff akan explain dan boleh letak deposit dan seingat aku tiada minima deposit. Tapi syarat utama kena SELESAIKAN BAKI BAYARAN PAKEJ sebelum bersalin.  


Contact – 03 4131 2039
Facebook – Rampai Puteri Medical Centre




 
Tags