Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan

Rodiah Amir
2

Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan

Memang kalau namanya peminat cheese, nampak je resepi mudah berkaitan cheese mula lah nak cuba. Kali ni teringin nak cuba Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan yang tengah popular. Semua suka nak buat sebab hanya guna 3 bahan sahaja. 

Tapi betul ke boleh jadi? Tak sangka boleh jadi okeh walau guna 3 bahan je. Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. 

Kek Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut: 

120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B

Cara-cara:

  1. Pukul Cream cheese dengan susu pekat sehingga tidak berketul. Susu boleh dikurangkan ikut tahap kemanisan yang di inginkan. Boleh guna blender atau mixer, terpulang.
  2. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan kuning telur ke dalam adunan cream cheese tadi. Telur putih pula dipukul sehingga berubah menjadi berkrim (meringue/bertanduk).
  3. Campurkan telur putih tadi ke dalam adunan cheese. Cukup kaupkan dengan senduk.
  4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam Loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
  5. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air) boleh tengok contoh di Youtube.
  6. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  7. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
  8. Kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
  9. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
  10. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap



Kak Diah suka makan semasa kek ni sejuk, biar dalam fridge sejam dua baru ngap. Resepi mudah so happy la nak cuba. Tak susah kan? Selamat mencuba.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan