Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah

Rodiah Amir
2

Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah 

Assalamualaikum. Sebelum Diah bercerita lebih panjang, minta pembaca sedekah kan AlFatihah buat arwah Pakcik Diah yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis lepas 29 November 2018. 

Arwah meninggal akibat serangan jantung. Kehilangan yang amat mengejutkan semua terutama kaum keluarga dan sahabat terdekat. 

Perit kan kalau kita di uji dengan ujian kehilangan. Kehilangan orang tersayang pula tu. Memang kita sedar yang mati itu pasti berlaku dan ia nya janji Tuhan kepada umatNya. 

Lumrah setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali bertemu Penciptanya. Baru-baru ni sepupu Diah telah kehilangan ayahnya, tempat dia bergantung atau lebih tepat lagi Pakcik Diah, adik arwah abah paling bongsu telah menghembuskan nafas pada usia 55 tahun.

Lepas 10 Tahun Baru Aku Kuat Cerita tentang Abah meninggal - Baca Sini



Gambar dari Facebook Sepupu

Meninggal Sebab Serangan Jantung

Arwah disahkan terkena serangan jantung ketika bersukan pada petang Khamis tu. Menurut cerita kawan-kawan yang ada bersama arwah, dia kepenatan selepas bersukan dan bersandar pada dinding untuk berehat. 

Arwah minta air, dan tak lama selepas tu dia dipanggil menghadap Ilahi. Sungguh mudah pemergian arwah. Sekelip mata. 

Perkhabaran sedih kami terima di dalam group Whatsapp keluarga. Pendek je mesej dari anak arwah yang sulong. “abah dah tiada” dan semua seakan tidak percaya. 

Masing-masing rasanya masih baru berjumpa arwah sebelum dia meninggalkan kami. Masa mesej dihantar waktu tu Maghrib dan jenazah masih berada di hospital. 

Tambah memilukan arwah meninggal sehari sebelum anak sulongnya di ijab kabulkan. Anak perempuan pula tu. Berat sungguh dugaan. Segala persiapan telah dibuat, semua tetamu dah habis di undang hanya tinggal majlis akad nikah dan kenduri sahaja. 

Majlis akad nikah masih diteruskan tapi cuma kenduri kahwin sahaja dibatalkan dan diganti kan dengan kenduri tahlil. 

Diah sempat menziarah makcik sekeluarga. Memang lembik lutut dia. Hanya diam duduk di satu sudut, menerima tetamu yang melawat untuk sampaikan salam takziah. Makcik menerima tamparan paling besar. 

Dia dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi dan kerap pengsan. Masih terkejut dengan kehilangan. Yelah pasangan sendiri. Kalau kita di tempat dia. Entah bagaimana pula. 

Menurut makcik arwah seorang yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Aktif bersukan, menjaga pengambilan ubat-ubatan dan tidak merokok. Mungkin faktor kerja yang membuatkan arwah tertekan. Apa pun itu hanyalah asbab kepada kematian. Ajal dan maut memang telah ditetapkan. 

Keluarga ambil keputusan untuk teruskan majlis akad nikah pada Jumaat malam, dan di ikuti dengan majlis tahlil untuk pakcik. Majlis kenduri yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu dibatalkan. 

Keluarga hanya sempat war-warkan pada yang terdekat sahaja. Dewan, katering dan seangkatan dengannya turut dibatalkan. 

Ketabahan Pengantin

Tabah betul bakal pengantin. Setitik air mata pun Diah tak nampak masa kami datang menziarah. Cekal hati dia. Mungkin dia kena kuat untuk emak dan adik-adik yang lain. Tugas anak sulong begitulah. Nak menangis pun bila orang tiada. Kita nampak dia ok, tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. 

Dugaan sebesar ini pasti akan dikenang sampai bila-bila. Tarikh pemergian insan tersayang dan juga tarikh permulaan kehidupan yang baru. 

Takdir Allah, tarikh pemergian pakcik adalah 29 November 2018 manakala arwah abah pada 29 Disember 2010. Tarikh awal yang sama di bulan dan tahun yang berbeza. 

Masih teringat saat Diah sendiri yang terima berita pemergian arwah abah di telefon. Panggilan dari kakak yang kebetulan balik bercuti di kampung. 

Waktu tu hampir pukul 1 pagi dan kakak beritahu selepas mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan di kampung. Suami yang ada di sebelah hanya mampu genggam tangan dan minta bersabar. Sungguh, masih terkesan dengan detik kehilangan tu. 

Semoga arwah abah dan pakcik ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman, dikasihi Allah, golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah dan ditempatkan ke dalam syurga. 

Satu hari kami semua pasti akan dipanggil jua. Hanya belum tahu bila dan ketikanya. Tenanglah kamu di sana. 

Alfatihah. 

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alfatihah. Allah sedihnya baca. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Allah.. Takziah buat keluarga arwah.. Semoga mereka tabah melalu dugaan ini..

    BalasPadam
Catat Ulasan