Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20%

Rodiah Amir
5

Assalamualaikum. Hi. Kali ni Diah nak kongsi berita baik dengan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia. Siapa yang pinjam dan dah pun mula buat bayaran balik PTPTN kita memang geng. 

Tahniah di ucapkan sebab korang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar hutang. Bukan apa untuk kesenangan generasi akan datang juga kan dan paling utama hutang itu WAJIB dibayar. 

Berita baiknya ialah kalau korang adalah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan sudah pun mula buat pembayaran semula pinjaman, korang berpeluang untuk rebut diskaun sebanyak 20%. 

Korang layak jika korang buat penyelesaian penuh hutang pinjaman tu sekarang. ya betul dalam tempoh yang ditetapkan. 


Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20% 

Tambahan lagi, kalau agak-agak nak buat pembayaran penuh tu bukan kemampuan korang, jangan risau sebab kalau nak buat penyelesaian separuh hutang pun korang masih layak rebut 10% diskaun. 

Pembayaran penuh boleh, pembayaran separuh pun boleh. 

Ikut kemampuan masing-masing. Diah ni kalau ada duit lebih mesti dah buat sebab suami sendiri dah lama selesaikan hutang PTPTN dia. 


REBUT DISKAUN 20% PTPTN!!!


Ada dua cara untuk korang buat bayaran dan rebut tawaran diskaun tu. 

Pertama ialah kalau korang memang ada lebihan tunai di tangan lepas lama menabung boleh la gunakan duit tersebut dan menuju ke PTPTN untuk buat bayaran. 

Boleh baca jenis-jenis saluran pembayaran semula PTPTN. Cara kedua ialah dengan menggunakan duit KWSP korang. 

Korang boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Mudah kan? 


Bayaran Balik Pinjaman PTPTN


Diah banyak buat study pasal bayaran balik pinjaman PTPTN semasa mohon penukaran pinjaman konvensional kepada Ujrah dulu. Ala yang tukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1% sahaja. 

Apabila pihak PTPTN buat pengiraan semula, pinjaman semasa Diploma dan Ijazah telah pun digabungkan menjadi satu pinjaman sahaja. 

Pengiraan bayaran balik termasuklah kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.


Peringatan kepada peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. 

Pesanan dari pihak PTPTN, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. 

Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. 

Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Jadi untuk semua penggelar pinjaman, jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai penghutang. Lagi pun memang dalam Agama Islam dah didik umatnya, hutang hukumnya wajib dibayar. Selamat membayar. 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Zaza xde ptptn hehe.. Apa pun moga semua peminjam dpt bayar dgn sebaiknya..

    BalasPadam
  2. Harap peminjam ptptn dapat menyelesaikan pinjaman dengan baik bila ada peluang macam ni jangan tangguhkan lagi.. Peluang baik ni

    BalasPadam
  3. heheh mek bayor thru kwsp. dua tahun sekali bayar. kehkeh

    BalasPadam
  4. Kak ana masih gigih membayar. Hari tu dah bayar guna akaun EPf still masih byk berbaki. Maklumlah pinjam 2 kali kan. Nk byr sekaligus tak mampu. So byr lah bulan2.

    BalasPadam
  5. Kalau ada duit lebih bolehlah bayar habis.. kalau tak kenalah konsisten bayar bulan-bulan..

    BalasPadam
Catat Ulasan