Ulangtahun Pertama Airis Safiya & Setahun Menjadi Suri Rumah

Rodiah Amir
6

Assalamualaikum. Hai semua. Selasa lepas, 22 Januari genap Airis Safiya berusia setahun. Cepat betul waktu berlalu. Kalau ikut perkiraan, setahun jugalah Diah menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Macam tak percaya berjaya juga biasakan diri dengan gelaran suri yang duduk di rumah. lepas setahun baru faham erti kepayahan menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Tabik spring ibu-ibu dekat luar sana. Tapi tak bermaksud Diah rendahkan kebolehan ibu bekerjaya. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.

Macam baru sangat lahirkan kamu. 

Ulangtahun Pertama Airis Safiya & Setahun Menjadi Suri Rumah 

Macam biasa, untuk bayi berumur setahun perlu mendapatkan suntikan imunisasi tak kira dari Klinik Kesihatan Malaysia mahupun Klinik-klinik swasta yang berdaftar. 

Bezanya dekat klinik Kesihatan Malaysia suntikan diberikan secara percuma. Jadi hari tu Airis telah diberikan suntikan vaksin MMR.

Ulang tahun pertama

Penilaian Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-Kanak Satu Tahun

Menjadi rutin pemeriksaan, Airis akan diperiksa ketinggian, ukur lilit kepala, dan berat badan. Semua tu kena tahu sebelum dia di cucuk. Hasil pemeriksaan, berat Airis statik dan sama je sewaktu dia berusia 9 bulan. 

6.9kilogram tak berganjak. Hanya ukur lilit kepala yang meningkat. Ikut perkiraan BMI dia masih lagi baik. 

Cuma jururawat tekankan yang berat badan dia dah masuk dalam graf putih dan mendapat amaran pertama. Kalau berlarutan perlu berjumpa dengan pakar nutrisi.

Jururawat terangkan yang waktu umur setahun adalah waktu kritikal untuk ibu bapa pantau perkembangan tumbesaran anak. 

Kena bekalkan nutrisi yang cukup supaya otak dia boleh berkembang. Boleh perkenalkan dia dengan pelbagai jenis makanan. 

Dalam kes Airis jururawat cadangkan lebihkan Karbohidrat dan kurangkan buah-buahan. Memang Airis lebih tertarik dengan manis buah instead of karbohidrat. 

Jadi lepas ni nak pelbagai karbo macam mee, roti, pasta dan lain-lain. 


Senarai semak Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-Kanak Satu Tahun

Senarai yang Diah kongsi ni adalah panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dijadikan rujukan. 

Perlu di ingat setiap kanak-kanak melalui perkembangan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat bergantung kepada persekitaran dan didikan.

Untuk usia kanak-kanak satu tahun sepatutnya dah boleh berdiri tanpa bantuan. Kanak-kanak juga boleh memandang benda-benda yang bergerak cepat, boleh menyebut dada/mama, mengetuk dua objek satu sama lain dan melambai bye-bye

Alhamdulillah Airis lulus semua senarai semak. Dia kalau melambai mesti diakhiri dengan flying kiss.

Ucapan untuk Airis Safiya Dari Mama

Khas untuk anak mama, Airis Safiya binti Zamri. Perjalanan mengandung dan melahirkan kamu setiap saat penuh kejutan. 

Waktu mama kuat di uji baik dari segi kerjaya dan perasaan. Saat kamu dari dalam perut lagi kamu dah di uji. Tapi kita sama-sama kuat. Doktor sahkan kandungan mama songsang.

Masih segar dalam ingatan, di waktu kandungan 34 minggu kamu disuntik ubat matangkan paru-paru. 


Mujur kamu kuat bertahan sehingga tiba waktu. Salah mama tak tahan tekanan barangkali. Apa pun kita berjaya harungi setahun bersama. 

Semoga saat selepas ni kamu semakin kuat, berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah harta kebanggaan keluarga kita ya nak. Mama dan lap air mata, sebelum banjir mama stop dulu. I love you so much anak.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. selamat ulangtahun buat diah dan anak..:)

    BalasPadam
  2. insyallah membesar sihat dan solehah dia.. kena beli pasta yang kaler2 tu kasi menarik kan..
    nanti dia tertarik nak makan hehe..

    BalasPadam
  3. Semoga Airis Safiya binti Zamri membesar dengan sihat dan penuh ceria.

    BalasPadam
  4. Selamat ulang tahun pertama buat Airis yang comel. Semoga membesar dengan sihat :)

    BalasPadam
  5. Happy birthday Airis Safiya. Moga menjadi anak solehah dan sihat selalu...

    BalasPadam
  6. untung mama boleh main2 dgn Airis Safiya puas2.. besarnya mata Airis Safiya comel

    BalasPadam
Catat Ulasan