Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula

by - January 26, 2019

Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula | Assalamualaikum. Hai semua. Sayu hati baca posting di Instgram Datuk Aliff Syukri Dan Datin Shahida tentang kisah anak angkatnya yang telah dipulangkan semula kepada ibu kandungnya. Anak angkatnya yang diberi nama Qayyum Aliffsyah telah pun dijaga oleh Datuk Aliff Syukri semenjak lahir sehingga berusia setahun. Kerana video tunjal kepala yang pernah viral sebelum ni akhirnya Datuk dan keluarga terpaksa pulangkan semula Qayyum. 

Bila tengok video saat-saat terakhir sebelum dipulangkan tu mengalir juga air mata. Biarlah apa orang nak kata, taktik pemasaran atau apa sahaja tapi bila melibatkan kasih sayang jarang sangat mata boleh menipu. Itu pendapat Diah. 

Netizen seperti biasa dah mula kecoh beri pendapat yang boleh tahan hebatnya tentang Yom, cercaan dan hinaan kepada ibu kandung dia, dan tak kurang sokongan dan cadangan kepada Datuk Alif Syukri dan Datin Shahida. Sebelum ni Diah memang tak follow Instagram datuk dan datin sebab isu transgender tapi now follow semula sebab nak tahu kisah anak angkat dia. 

Anak Angkat
Straight dan sedih
Betul Ke Datin Shahida Tak Sedih?

Bila baca status Datin Shahida yang dia tak sedih dan pura-pura sedih tu rasa macam memahami sangat. Hati ibu. Bila libatkan anak-anak walaupun bukan anak sendiri memang tipu lah kalau hati tu tak sedih. Jaga dari kecil dan dan banyak lalui saat sukar bersama macamana nak lupakan sahaja semua tu. Kasih sayang tu bukan di buat-buat. 

Tabik spring dengan jawapan Datin bila dia terangkan kenapa dia tak sedih. Memang betul, orang luar (netizen) yang banyak beri tekanan dan menjadi punca semua ni jadi. Dan ini lah natijahnya jika kita sendiri yang suka berkongsi hal kehidupan kita di laman sosial. Mudah je konsep dia, kau kongsi, orang tengok dan orang akan beri pendapat. Baik atau buruk kena berani tanggung. 

Datuk Terlajak Laris
Suci je muka dia

"Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis....korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la.... ameena tak,itu lah inilah.....dan inilah apa yg berlaku sekarang....Belum lagi isu tunjal kepala la....apa lagi nak jadikan isu lepas ni...kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain.....dah dia beranak hospital tu...situ lah dia pergi.

Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk... so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua"

Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah

Sempena perpisahan mereka Datuk Aliff Syukri sempat menghadiahkan lagu Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah ciptaan Hafiz Hamidun sebagai kenang-kenangan. Dalam kesedihan dari sudut lainnya ini lah pemikiran orang business. Tapi bagus juga kan ada lagu untuk keluarga. Nak tengok boleh la ke Youtube Channel Datuk Terlajak Laris ni ya. 

Selawat Dodoi Anakku
Selawat Dodoi Anakku

Dalam kebanyakkan status yang Datuk Aliff Syukri ni muat naik banyak dia highlight pasal netizen yang kecam dia mengungkit pasal kos dan tak ikhlas menjaga Qayyum. Ada juga rungutan Datuk tentang mak kandung Qayyum. Kalau ikut perkembangan Qayyum, kesihatan dia tak berapa bagus dan sistem imun dia tak kuat. Cepat jatuh sakit dan sering masuk hospital. Alhamdulillah rezeki dia dijaga orang kaya tapi lepas ni harapnya rezeki dia masih murah dan sihat selalu. Luluh hati tengok gambar dan video Datuk kongsi bila Qayyum dimasukkan ke hospital. 

Tak berani nak beri pendapat sebab kita bukan berada di tempat mereka. apa yang terjadi bukan sekadar ujian untuk mereka sebenarnya tapi sebagai tauladan untuk orang sekeliling. Kenapa Allah pilih Datuk dan Datin dan di uji dalam hubungan kasih sayang seperti ini? Sebab mereka orang yang berpengaruh. Harapnya pengajaran sampai kepada semua. Banyak pengajaran kita boleh belajar. 

Semoga apa yang berlaku tidak menghalang orang lain untuk meneruskan niat mengambil anak angkat. Harapnya orang ramai faham dan tidak takut untuk membantu anak-anak yang memang memerlukan bantuan. Ikut saluran yang betul dalam mengambil anak angkat dan dapatkan kebenaran undang-undang supaya hak ibu bapa angkat dan anak-anak itu terpelihara. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik kerana Allah itu Maha Mengetahui. 

*gambar credit Instagram Datuk Aliff Syukri

You May Also Like

5 comments

  1. satu je boleh belajar dari mereka2 ni.. semua benda nak kongsi tu kena fikir 1001 kali atau lebih. plus depa semua public figure memang banyak sangat mata2 memerhati. yg baik kita ambil jadikan iktibar.. x follow story baby ni tapi tau sikit2 je..

    ReplyDelete
  2. memang sedih tengok video kat IG..huhu

    ReplyDelete
  3. dop sanggup nak tgk. tapi entah. kadang kerana sekeliling habis punah hubungan manusia

    ReplyDelete
  4. semoga qayyum baik2 sahaja dengan ibu kandungnya.. harap dia jaga dengan baik.. hubungan qayyum dengan datin tidak senang2 putus..sebab ibu susuan juga kan..moga perancangan lebih baik untuk mereka

    ReplyDelete
  5. follow your heart and don't listen to other people's words.
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

SUBSCRIBE NEWLETTER