Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa

Rodiah Amir
1

Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa

Walaupun dah agak lambat untuk kongsikan sambutan birthday anak kedua aku, Raudah Sakinah tapi masih gigih nak kongsi juga supaya ada kenangan sambutan ulangtahun yang boleh dikenang di masa hadapan. Kali ni sambutan birthday adalah masa bulan puasa ditambah PKP. Wehuuuu.

Anak kedua aku anak yang unik, wah begitu. Kenapa unik? Entahlah perangai sedikit sukar aku nak baca. Tapi aku tetap mencuba beri yang terbaik dan sentiasa lapang dada nak belajar tentang perangai dia. Sumpah perangai dia lain.

Kalau throwback semula, Raudah Sakinah dilahirkan pada 20 Mei 2016 di Gombak Medical Centre, Selangor dan disambut oleh doktor kesukaan aku; Doktor Zana Zalinda. Tahun 2020, maka genaplah umur dia 4 tahun. Alahai cepat sungguh waktu berlalu.

Banyak kenangan yang tercipta selepas kelahiran dia ke muka bumi ni. Kisah bersalin anak kedua ada akukongsikan di entri ini dan syukur pengalaman melahirkan Raudah tidaklah sepahit mana. Rezeki aku lahirkan dia secara normal. Cabaran waktu berpantang pun biasa-biasa sahaja.
 



Sambutan Hari Lahir Simple Tapi Bermakna

Oleh sebab Raudah sangat-sangat sukakan watak Elsa dalam cerita Frozen maka aku belikan dia kek Elsa dan juga hadiahkan baju kartun Frozen. Dia selalu perasan dia ialah Princess. 

Kuat melawa, nak rambut panjang supaya mudah nak gayakan macam princess, menangis kalau sebut nak potong rambut dia, tak suka bau busuk dan sedikit diva perangai dia ya.

Pendek kata dia sangat berlawanan sifat dengan aku. Aku sedikit boyish tapi bukanlah Sajat manakala Raudah nak jadi girl yang tulen. Adoyai. Kekok mama nak layan kau main Princess nak.

Bila aku belikan dia kek Elsa, dan hadiahkan baju gaun elsa Frozen tu memang dia melompat kegembiraan. Banyak kali dia ucap terima kasih dan macam biasa adik dia akan buat drama supaya dia pon dapat layanan sama. 

Fuh layan dua anak perempuan ibarat..hah sambung sendiri jelah.



Urusan pembelian dan penghantaran kek birthday sangat smooth tapi kek sampai awal sekitar jam 2 petang. Puasa pula tu. Memang kebas mulut aku nak menjawab soalan dia bila nak potong kek kakak. 

Sempat la kami berbuka dahulu dan lepas Isyak baru ajak dia potong kek. Alhamdulillah dia mampu untuk sabar.

Masa sesi potong kek, birthday girl kemain gembira bila kami nyanyikan lagu birthday tapi dalam masa yang sama adik dia buat onar. Melalak nak potong ke, nak pegang handphone, nak duduk depan handphone dan buat segala benda yang dapat rosakkan mood. 

Eh macam birthday dia lah. Mujur semua dapat bersabar.


Kenangan Tertukar Anak

Sebenarnya sampai sekarang aku masih ingat kenangan berada di hospital selapas lahirkan dia. Bila ingat balik dengan suami memang kami akan gelak sampai keluar air mata. Kisahnya begini, selepas selesai urusan bersalin aku ditolak masuk ke wad. 

Sementara tunggu nurse bawa anak untuk disusukan, aku cuba untuk tidur dan rehat tapi tak berjaya sebab perasaan teruja nak peluk dan cium anak aku berkobar-kobar.

Elok je aku nak lelapkan mata, nurse ketuk pintu bilik dan serahkan baby. Masa ni suami ada di sisi teman aku. Tanpa berlengah memang aku sambut dan terus cium-cium anak aku. Nurse tidak lah tunggu dia terus keluar dari bilik. 

Tapi..masa ni aku dah mula rasa pelik. Aku perhati je anak yang aku pangku sambil aku tertanya-tanya kenapa anak aku banyak bulu di tangan dan muka sedangkan aku dan suami bulu kami sedang-sedang je. 

Sambil nak tergelak aku gomol-gomol anak aku.

Weh serius masa ni gelak lagi. Aku siap berdialog dengan baby, aku cakap “hey awak anak siapa ye?”..masa ni aku macam bergurau manja dengan anak la. 

Berbulu atau apa je keadaan anak aku semestinya aku terima saja sebab sayang weh. Suami pun sempat peluk cium, usap, belek jari,kaki semua lah.

Tak sampai sepuluh minit macam tu, pintu bilik diketuk sekali lagi oleh nurse yang sama. Tiba-tiba nurse tu bersuara, “maaf ye puan, saya nak ambil baby tu semula. Kami tertukar anak puan.” 

Lol masa ni terlepas juga suara aku gelak dalam keadaan terkejut.

Biar betul ni nurse, macamana boleh tertukar? Habis tu mana anak aku. Panik terus.

Masa tu lah kami baru perasan yang “anak” tu pakai baju baby lain. Suami serahkan baju belang-belang Zebra hitam putih kepada nurse untuk dipakaikan lepas baby lahir. 

Nurse minta maaf banyak-banyak sebab tersalah serahkan anak. Dengan perasaan confused aku serahkan semula anak tu. Anak aku masih lagi berada di bilik bayi weh. Alahai sian kau wahai anak.

Elok je nurse keluar dari bilik, kami suami isteri pandang satu sama lain. Gelak besar weh kami berdua. Kalau lepas ni anak kami tertukar lagi macamana? 

Betul ke yang nurse bakal bawa ni anak aku? ah sudah.

Rupa-rupanya nurse tersalah ambil anak orang lain, mak baby tu masih belum sedar lepas Caeser. Kebetulan waktu kami melahirkan anak agak dekat tu yang jadi confuse. 

Lepas dapat anak kami yang sebenar baru lega. Perasaan tu Allah je yang tahu. Sebelum keluar hospital pun sempat aku tanya soalan tak salah beri anak. Takut weh.

Ekzema dan Raudah Sakinah

Keperitan dan dugaan membesarkan Raudah bermula bila dia berusia 5 bulan. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari babe. Masuk umur 5 bulan lepas dapat suntikan vaksin wajib, dia kena Ekzema.

Baca tentang kisah dia kena Ekzema ~ Sini 

Mild ekzema kot, entah. Tapi dia sampai tahap garu berdarah, melalak setiap masa, tak boleh panas, tak boleh aircond terlalu lama, kena ada mandian khas dan tak boleh pakai bedak mahupun lotion. Kulit dia ewwww.

Rasanya kos perubatan dia paling mahal jika dibandingkan dengan adik beradik dia. Yelah, abang dan adik dia aku bersyukur tak kena sakit apa-apa. Nauzubillah minta jauh la sebarang penyakit. 

Raudah paling banyak kenangan pahit dengan doktor, pernah buat aku panik dan menangis masa tidurkan dia dalam buaian sambil tengok darah dia muka dia meleleh. Syahdu bila kenang semula.

Apa pun mama doakan Raudah Sakinah menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, berjaya capai apa yang di ingini. Maaf atas segala kekurangan mama dalam mendidik kamu.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan