Tarikh 10.10.2020 Yang Amat Bermakna

Sebelum hari ini melabuhkan tiarinya nak juga up entri khas. Entri hari ini adalah sempena untuk memperingati tarikh yang aku rasa cantik untuk dikenang.  Tarikh 10.10.2020 yang cukup bermakna buat aku.  Tahun ini adalah tahun aku dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

Banyak yang berlaku pada tahun ni, banyak yang aku rancang dan banyak juga yang tidak mengikut keinginan aku.   Oh ya aku dan suami di ijab qabul pada tarikh 2 Oktober 2010.  Kalau ikut perancangan awal sepatutnya kami pergi bercuti sempena menyambut ulang tahun ke-10.

Tapi kami tangguhkan percutian atas faktor-faktor keselamatan dan juga sebab-sebab peribadi yang lain.  sedia maklum kes covid di Malaysia berada ditahap yang agak membimbangkan.  Setiap hari ada sahaja kluster yang baru.




Tarikh 10.10 Cantik Untuk Dikenang

Aku yakin kalau bukan kerana situasi PKP, sudah pasti orang akan memilih tarikh ini untuk mendirikan rumah tangga, melahirkan anak & mengikat tali pertunangan. Bukan apa tarikh 10.10 itu mudah untuk di ingat.

Jenama-jenama besar baik jenama tempatan mahupun luar negara turun  mengambil peluang untuk melakukan promosi jualan besar-besaran sempena  meraikan hari istimewa ini.  Memang kena sangat dengan situasi sekarang kerajaan menggalakkan rakyat untuk berbelanja secara dalam talian secara online.


Happy Anniversary untuk diri sendiri dan suami. Semoga dia tak menyesal lah kahiwn dengan aku. lol. 10 tahun bukan masa singkat dan kami masih belajar kenal diri. Doakan kami bahagia hingga Jannah okey. 


Tahun 2020 Tahun Kita Di Uji

Hari ini juga bakal dikenang dan menjadi sebahagian sejarah yang mana satu dunia diuji dengan wabak covid.  kita semua sedang diuji untuk melihat kebergantungan kita kepada Tuhan dan juga menguji sejauh mana tahap kesabaran kita dalam menghadapi kesukaran.



Aku akui ianya bukan satu perkara yang mudah.  ramai yang terkesan sebenarnya baik dari segi mental dan fizikal.  ramai orang kehilangan kerja dan mula hilang arah apabila sumber pendapatan terjejas.

Apa yang aku risaukan ialah apabila rakyat hilang kerja, kadar pengangguran tinggi seterusnya akan akibatkan kadar jenayah juga naik.  Lihat saja berita dan orang di sekeliling kita.  Itulah realitinya. 

Aku bersyukur dengan pentadbiran kerajaan sekarang walaupun bukanlah yang terbaik tetapi kerajaan tetap menghulurkan bantuan kepada rakyat.




Menghampiri Penghujung Tahun 2020

Tahun 2020 sudah hampir ke penghujungnya.  Dalam tak sedar kita hanya tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk buat yang terbaik.  Andai ada umur yang panjang insya-allah kita bakal sambut tahun 2021 bersama-sama.

Aku doakan semoga wabak COVID ini segera pergi dan hapus dari muka bumi ini.  Aku yakin Setiap apa yang Tuhan aturkan ini pasti terselit hikmah yang besar. Tolong jaga diri dan keluarga.  Jangan pentingkan diri sendiri dan pastikan mengikut arahan yang ditetapkan.

Semoga kita dapat menggunakan sisa-sisa tahun 2020 ini dengan memanfaatkan masa yang ada dan mengukuhkan lagi hubungan keluarga.

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. happy anniversary rodiah dan suami, semoga berkekalan bahagia ke akhir hayat. aamiin

    BalasPadam
  2. happy anniversary rodiah dan suami, semoga berbahagia ke akhir hayat

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Rodiah dan suami. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Semoga kita semua dilindungi Allah swt. Aamin..

    BalasPadam
  4. happy anniversary rodiah..mmg tarikh ni cantik sangat :-)

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama