Rutin Harian Work From Home Semasa PKP

Sejak PKP dikuatkuasakan rutin harian aku bekerja dari rumah berubah 360 darjah. Ada perkara yang biasa aku buat pada waktu pagi kena tukar ke waktu petang. Kalau kurang bernasib baik aku akan cuba selesaikan pada waktu malam.

Personally, menjadi cabaran sejak setahun yang lepas adalah untuk mengekalkan rentak rutin harian sebelum wabak Covid melanda. Kalau dulu waktu lapang aku agak fleksibel tapi sekarang memang cukup-cukup masa je.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa & Pustaka rutin membawa maksud apa-apa yg biasa dan selalu dilakukan, atau cara yg tetap dan biasa utk melakukan sesuatu atau nama pendek dia kebiasaan.

Cabaran di awal tahun 2021


Cabaran Rutin Anak Belajar Dari Rumah

Sejak PdPR dilaksanakan, waktu pagi aku akan dihabiskan untuk bantu anak belajar secara dalam talian. Masih belum dapat berikan kepercayaan sepenuhnya untuk anak buat seorang diri, dan dalam masa sama aku slow-slow ajar dia berdikari.

Biasanya aku guna waktu pagi untuk siapkan tugasan kempen di media sosial. Waktu pagi aku akan perah otak untuk buat draf konten, cari idea dan get ready untuk shoot product atau kena rakam video bercakap.

Kalau tiada kempen aku akan habiskan baca buku atau ikuti perkembangan isu semasa dan kalau berkenan aku akan kongsi dalam blog. Seminggu sekurang-kurangnya tiga kali kena duduk dan perah otak cari konten untuk blog.

Cabaran utama bila anak mula belajar dari rumah ni ialah ibu bapa turut terlibat kena belajar apa yang anak belajar. Bukan semua guru akan buat Google Meet, ada yang sekadar beri link Youtube, minta murid salin nota, fahamkan dan jawab kuiz online.

Susahnya PdPR 

Aku tak bangkang apa yang cikgu usahakan ni, aku support je sebab aku faham kekangan bahan, masa dan juga kemahiran IT cikgu. Tapi jadi masalah bagi ibu bapa bila melibatkan subjek yang sukar seperti Bahasa Arab.

Aku sendiri kosong pengetahuan Bahasa Arab. Basic pun tahu terlalu sedikit, jadi memang kelakar la ajar anak Bahasa Arab. Aku harapkan bantuan Google dan paling terdesak aku akan video call kakak aku yang ajar subjek bahasa Arab.

Semua ni ambil masa dan tenaga, jadi memang rutin work from home aku terbabas. Tahun lepas agak teruk performance aku sebab masih belum boleh terima sepenuhnya budaya PdPR ni. Tahun ni sedikit bersedia dan aku cuba sebaik mungkin.




Rutin Harian Work From Home Waktu Pagi

Oleh disebabkan komitmen bertambah, jadi aku tukar strategi terutama dalam pengurusan masa. Aku fokus mana yang penting sebab aku tak sempat nak buat semua benda dalam satu hari. Lepas solat Subuh aku akan duduk untuk menulis dalam journal harian.

Menulis perkara apa yang aku nak buat pada hari tersebut dan amalkan positive affirmation supaya aku kekal bertenaga sepanjang hari. Sedaya upaya untuk pastikan aku tak tinggalkan Solat Sunat Dhuha.

Sebelum anak-anak bangun aku akan siapkan sarapan pagi ringkas macam roti telur, kalau ada lebihan nasi aku buat nasi goreng dan paling mudah aku sediakan bijiran dan susu. Kebiasaan kelas anak aku akan mula seawal 9.00 pagi.

Sambil monitor dia buat kerja sekolah sambil tu aku curi masa untuk defrost lauk dan masak nasi. Untuk subjek yang cikgu bagi link Youtube untuk tonton video dan jawap kuiz online memang jadi kemestian untuk aku ajar anak aku semula.

Tak effektif ya mengajar guna video di Youtube sebab ilmu tu melintas bagai angin lalu. Lol. masuk di telinga kanan keluar di telinga kiri. Jadi aku kena ulang dan beri contoh mudah untuk anak lebih faham.


Rutin Waktu Tengahari dan Petang

Selesai dengan kelas online, aku akan berkejaran untuk masak untuk tengahari sambil layan lagi dua anak yang perlukan perhatian. Ada hari aku jadi Singa juga, bila burnout aku tempah je makanan guna Food Panda. Bila selalu sangat bungkus luar pon bosan juga.

Bila masuk waktu Zohor aku akan pastikan makanan dan tersedia untuk anak-anak sebab perut mereka ni tak dijangka. Walhal dah makan biskut, roti dan buah. Nak membesar begitulah kan.

Waktu aku fokus bekerja adalah selepas waktu Zohor. Selesai suap anak makan, layan dan habiskan sedikit masa dengan mereka dan aku akan masuk mini office untuk siapkan segala kerja tertangguh. Ikut mood juga tapi aku sedaya upaya siapkan apa yang aku target.

Ada juga hari-hari aku terlepas dan tak sempat siapkan apa target harian jadi aku akan buat hari seterusnya.



Untuk pastikan badan tak lemau aku akan buat exercise selama 30 minit bagi badan berpeluh dua kali seminggu. Semua ni aku cuba buat sebab untuk tahun 2021 antara azam aku ialah nak jaga kesihatan fizikal dan juga mental. Biasanya sebelum 7 malam anak-anak dah siap mandi, ready untuk mengaji dan makan malam.

Malam aku lebih relaks sebab anak-anak sibuk minta perhatian abah mereka. Jadi mana-mana tugasan rumah yang aku tak larat nak buat suami akan cover. Anak-anak juga suka berkepit dan minta abah mereka suap makan.

Kesimpulan

Itulah rutin harian work from home aku semasa PKP ni. Semuanya akan berterusan dan berulang-ulang. Serius mental fizikal memang teramat penat. Bila fikir semula anak-anak paling kasihan. Tak dapat keluar rumah dan terkurung je. Tapi kena la positif sambil doa semua akan kembali pulih seperti biasa.

Terima kasih baca entri aku sehingga habis. Jumpa lagi di lain entri.


3 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. semoga diah kuat... baca pengalaman ibu menjaga anak2 dengan situasi sekarang sangat mencabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CIk Ash. Memang menduga sangat zaman Covid ni

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama