Family Day Di Melaka Private Glamping

Rodiah Amir
10

Lepas balik bercuti Family Day di Melaka Private Glamping, sampai je rumah badan rasa tak selesa. Pening kepala, mula kerap bersin dan tekak rasa perit sangat.

Cuaca di Melaka panas lain macam. Kering dan berangin. Emak kata cuaca panas laut. Yelah kalau dekat rumah panas tapi boleh tahan lagi.

Minggu lepas kami ada Mini Family Day untuk tahun 2024, keluarga sebelah Diah. Mini Family Day sebab ramai juga ahli anggota keluarga tak dapat sertai.

Keluarga besar itu lah isu dia. Ada je halangan. Apa pun Syukur, dari 10 beradik sembilan orang berjaya munculkan diri bersama keluarga masing-masing.

Oh kami sewa satu kawasan tu jadi sangatlah privasi.


Family-Day-Di-Melaka-Private-Glamping

 


Family Day Di Melaka Private Glamping


Setakat ni kalau nak buat gathering besar-besaran kena tunggu Hari Raya. Jadi rancangan seterusnya kita cuba lagi di masa akan datang supaya semua dapat berkumpul.

Rancangan asal kami sepatutnya berkumpul di Terengganu. Nak pergi Pulau. Masing-masing memang suka laut tapi seperti biasa. Kita rancang saja. Tuhan yang bagi keizinan.

Dari tahun lepas dah brainstorm dan cari tempat yang kena dengan poket. Jadi lepas berbincang kami pilih Melaka sebagai tempat bercuti.

Adik cadangkan kami bercuti di Private Glamping Bukit Katil Melaka. Tempat tu baru je dibuka hujung tahun lepas. Tak banyak lagi review tapi setakat kami survey semuanya bagus.


Melaka-Private-Glamping



Melaka Private Glamping Bukit Katil


Siapa sangka, dekat Melaka pun dah ada tempat untuk glamping. Ingat lagi waktu awal-awal dulu glamping mula terkenal, Diah ada tulis tentang glamping.

Vivy Yusof Glamping dengan best friend dia di Pahang. Glamping atau nama lain dia ialah Glamarous Camping. 

Seronoknya Melaka Private Glamping ni dia bina unit bilik / igloo di satu kawasan besar. Ada tiga unit bilik yang bersambung dan lima unit igloo.

2 unit igloo berada dia bahagian atas bilik dan selebihnya di bina atas tanah. Memang cantik. Setiap Igloo disediakan katil Queen size, bilik berhawa dingin, kipas, televisyen, buaian dan puas hati dengan hiasan dalaman.



igloo-Melaka-Private-Glamping



Tiga bilik tu pula lebih besar dari unit Igloo. Disediakan dua buah katil queen, bilik air, televisyen, iron board dan seterika dan berhawa dingin.


bilik-Melaka-Private-Glamping

Kemudahan yang ada seperti pool, kolam jakuzi, bilik karaoke siap playstation dan open kitchen dengan BBQ pit. Disediakan dua bilik air dekat bahagian luar.


facility-Melaka-Private-Glamping

Boleh menampung sehingga 30 orang pengunjung menginap pada satu masa. Memang sesuai untuk buat mini family day, gathering, reunion atau jamuan makan makan.

 

 

Aktiviti Sepanjang Family Day


Kembali pada cerita family day, kami rancang untuk berehat, bersuka ria dan habiskan masa berkualiti sama-sama.

Waktu check in ialah 3.00 petang dan anak-anak memang tak sabar nak terjun pool. Kaum ibu mula menuju ke dapur sediakan makanan. Petang sikit dah mula sediakan bahan-bahan untuk BBQ.


pool-Melaka-Private-Glamping

Memandangkan masa pun singkat je jadi memang elak untuk keluar. Melaka kan terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Sayang kalau masa terbuang di atas jalan raya.

Malam tu kami buat BBQ, tukar-tukar hadiah, birthday celebration dan buat beberapa game untuk hiburkan anak-anak. Masak pun ala kadar untuk alas perut sahaja.



Family-Day-game

Masing-masing tunjuk bakat bila masuk bilik karaoke. Bertukar-tukar sesi ikut peringkat umur. Karaoke anak-anak, lepas tu giliran suami bersama ipar duia dan akhir sekali giliran wanita ya.

Ya Allah bersyukur sangat Allah bagi kesempatan kami berkumpul dan buat emak gembira. Siap request next family day ya.

 


Review Melaka Private Glamping Bukit Katil


Review ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi apa yang Diah alami sepanjang dua hari satu malam di Melaka Private Glamping.

Secara keseluruhan Diah amat berpuas hati dengan pengalaman yang kami dapat. Kemudahan lengkap, dekat dengan kedai in case ada barang nak cari.

Pool walaupun kecil tapi okay lah asal ada. Diah stay dalam bilik jadi memang selesa. Tekanan air paip kuat. Kelengkapan seperti tuala, katil dan cadar semua bersih. Ada Netflix.


glamping-di-Melaka-Private-Glamping

room-tour-Melaka-Private-Glamping



Adik cakap keadaan dalam Igloo panas terutama waktu check in ke petang. Memang wajib on kan aircond.

Bagus sebab kemudahan lengkap termasuk Peti Ais, Dapur & Peralatan memasak, Penapis air – COWAY, dan Periuk Nasi.



Family-Day-Melaka-Private-Glamping



Harga Tempahan & Cara Hubungi

Dibawah ni ialah harga yang kami bayar untuk dua hari satu malam. Untuk harga yang tepat elok hubungi mereka sendiri. Kot berubah ada promosi ke.

Berikut adalah harga promosi sempena pembukaan *MELAKA PRIVATE GLAMPING*


*Hari Isnin - Khamis*

RM1488 (2 Hari 1 Malam)

RM2888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Hari Jumaat -Ahad & Public Holiday Dan Cuti Sekolah*

RM1988 (2 Hari 1 Malam)

RM3888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Untuk weekend mereka hanya terima tempahan guest 3hari 2malam sahaja ya..*

*Makluman mesra bahawa MELAKA PRIVATE GLAMPING hanya memuatkan maximum 25-30 orang sahaja termasuk kanak-kanak*

*Hanya menerima Muslim Guest sahaja*

 

MELAKA Private Glamping

Whatsapp -  60129202025      Facebook

Lot 997, Solok Kampung Teluk, Bukit Katil, 75450 Melaka




Catat Ulasan

10Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sepakat bayar sama2 tak apa, kalau seorang sahaja yang bayar, menangis juga hehe

    BalasPadam
  2. Memang susah kumpulkan seluruh keluarga apalagi kalau ramai kan. Saya saja 4 Kaka beradik, belum pernah bisa kumpul yang lengkap semuanya. Pasti ada yg tak hadir. Apalagi kami beda pulau tinggalnya. 2 di sumatera, 2 di Jawa.

    Makanya July nanti nak ketemu semua di Malaysia 🤣.tak bisa ketemu di Indonesia rasanya 😂. Dah laah langsung tempah hotel dan tiket flight dulu. Baru nanti nak pikirkan mau kemana saja selama di sana 😁

    BalasPadam
  3. Seronok kalau bercuti sesama keluarga ni... Hebatlah tu, 9/10 adik beradik dapat hadir 👍

    BalasPadam
  4. Menarik juga tempatnya cuma macam kurang pokok besar. Kalau pokok2 dan besar mungkin redup sikit.

    BalasPadam
  5. Seru ya kak kumpul ramai-ramai keluarga besar, alhamdullilah...
    Tempatnya juga bagus, fasilitas juga ok, anak-anak pasti suka melakukan beragam aktifitas ,mumpung lagi berkumpul.

    BalasPadam
  6. wahhhhh puas hati sewa gitu.. lebih privacy untuk kita sekeluarga hehe

    BalasPadam
  7. last pegi melaka tk silap 2022 family day juga..amik villa yg ada private pool ...yg jenis glamping tk pernh lg try...sronok dpt berkumpul ramai2 kn

    BalasPadam
  8. seronoknya bila ada family day mcm ni. keluarga abe kie dah jarang bertemu sejak ibubapa dan along meninggal. cuma jumpa pd hari raya dan kenduri shj. huhuhu...

    BalasPadam
  9. bestnya dpt buat family reunion tu!! thanks for the review, sgt2 useful esp sbb dh ada rate siap :) so senang nak kira bajet etc

    BalasPadam
Catat Ulasan