Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Rodiah Amir
4

Selagi tak dapat capai kata sepakat selagi itu lah hal sekolah menengah Ikhwan berlegar dekat kepala. Ya ampun sakit kepala dan sakit hati bila fikir.


Bulan lepas cikgu umumkan dalam group whatsapp permohonan kemasukan ke tingkatan satu untuk tahun 2024 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah pun dibuka.


Inilah dilema emak bila anak semakin menginjak dewasa. Sama ada nak masukkan ke sekolah berasrama atau sekolah harian dekat rumah.


Lagi pula SBP ni merupakan platform untuk anak capai cita-cita dan impian ibu bapa nak lihat anak berjaya.


Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Dua-dua pilihan ada baik buruk dia. Jadi sebagai ibu bapa kena bantu Ikhwan buat pilihan yang baik untuk diri dan masa depan.


Alhamdulillah kalau ikut track record bersyukur sangat prestasi Ikhwan di sekolah agak baik.


Dia juga aktif untuk Kelab dan Persatuan, cuma sukan je dia memang kecundang. Mengikut jejak kami yang memang bukan budak olahraga.


Kalau ikut keadaan kami sekarang, baik dari segi kewangan dan kestabilan hidup bukanlah dari keluarga T20.


Hanya ketua keluarga yang bekerja dan kena bagi makan tiga orang anak dan isteri yang selera macam Ikan Paus.


Mencabar ya hidup di bandar yang semua perlukan duit. Tapi kita tetap kena bersyukur sebab masih lagi hidup selesa.


permohonan-kemasukan-sekolah-khusus


Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Berbalik kepada isu sekolah asrama, cikgu minta ibu bapa beri nama jika berminat untuk mohon PKSK. Permohonan PKSK ini dibuka secara atas talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bermula 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.


Awalnya Diah memang tak ambil tahu langsung sebab dari awal nak suruh Ikhwan sekolah depan mata.


Tapi biasalah kan, hati manusia berbolak balik. What if nanti kami menyesal kalau tak cuba? Kalau keputusan suruh Ikhwan sekolah harian adalah tidak tepat?


Jadi bincang lagi dengan suami entah ke berapa kali dan kami sepakat letak nama. Tujuan cikgu minta nama sebab sekolah nak buat taklimat tentang PKSK.


Sekolah akan panggil ibu bapa terlibat untuk diberi penerangan lebih lanjut. Ikut maklumat minggu pertama bulan September.

 


Sekolah Asrama atau Sekolah Harian?

Kalau ikut latar belakang, Diah dan suami adalah budak sekolah harian. Kami sangat bangga sebab dapat duduk dengan emak abah lebih lama berbanding dengan adik beradik yang dapat masuk asrama.


Sebenarnya kalau ikut Diah dulu berharap dapat masuk sekolah asrama (Agama) tapi sayang tak lepas waktu interview.


Kecewa tak payah cakap lah kan tapi semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi bila giliran anak, suami memang sokong dia sekolah harian.


Diah pula masih atas pagar. Semestinya nak yang terbaik untuk dia. Tujuan utama nak Ikhwan masuk asrama adalah supaya dia dapat belajar komunikasi, bergaul dengan kawan-kawan dengan bimbingan yang lebih.


Dengan sistem pendidikan sekarang yang lebih mencabar, kelebihan tu agak banyak jika dia tinggal di asrama.


Dekat asrama kan ada waktu prep, lebih banyak masa dengan kawan dan guru. Atleast kalau ada soalan bab kerja sekolah boleh la bincang.


Kalau harap emak kau ni nak, maksudnya akan rujuk Youtube la jawabnya.


Dilema Nak Pilih Sekolah Harian Atau Asrama

Antara benda yang paling takut sekali Diah selalu fikir adalah tentang gejala buli. Kalau ikut saiz fizikal Ikhwan Hafeez dia antara murid paling comel dalam kelas.


Setakat ni di sekolah dia belum pernah cerita dia kena buli. Alhamdulillah cikgu sangat peka bab ni, dan kawan-kawan dia okay.


Jadi bila nak masuk sekolah menengah yang mana dunia sekolah tu semestinya berbeza dan perkara baru buat kami jadi takut.


Risau dia menjadi target dan mangsa buli. Nauzubillah. Kami dah duduk berbincang dan dia sedar niat dan kebimbangan kami.


Insha Allah kami cuba capai kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Ikhwan. Cuma kalau betul lah rezeki dia dapat sekolah asrama, mama confirm melalak.


SK-Asrama


Ni setiap kali fikir rasa nak keluar je air mata. Alhamdulillah ikhwan okay. Dia nampak bersedia dengan cabaran baru. Buat masa dia sibuk dengan aktiviti sekolah.


Tengah bulan Julai hari tu dia terpilih sebagai wakil tunggal sekolah untuk Kursus Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


40 peserta sekolah rendah dan 40 peserta sekolah menengah. Kiranya satu sekolah hantar satu murid dari seluruh KL.


Antara 40 murid yang menghadiri kursus, dia terpilih ke peringkat kebangsaan pula. Awal bulan Sembilan ni dia ke Simposium Pembimbang Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan tahun 2023.


Sebagai emak mestilah pening kepala. Risau ganggu pelajaran. Entahlah labu. Emak dia dulu tak aktif pun. Ikut abah dia la agaknya.


Risau dihalang anak tu teruja nak ambil pengalaman. Jadi sokong dan bantu dia setakat yang boleh.

 

Kesimpulan

Insha Allah permohonan kemasukan Sekolah Khusus akan kami teruskan. Jika ada rezeki, dipanggil untuk pentaksiran dan kalau layak dapat la masuk SBP.


Rasanya waktu tu akan duduk sekali lagi dengan Ikhwan dan senaraikan kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.


Buat masa sekarang kepala masih berdenyut sementara nak tunggu sekolah panggil untuk taklimat PKSK. Doakan kami ya.

  

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Di sini susaaaaah sekali mencari sekolah asrama, kecuali sekolah agama atau pesantren, barulah pakai asrama. Tapi saya lebih suka anak saya sekolah umum, dan ini yg tak banyak pilihan asrama. Bisa dibilang ga ada 😅.

    Sama kak, saya pun selalu kuatir tentang bully di sekolah. Rasanya skr ini banyak sangat case bully 😔. Tapi saya selalu tekankan, dia tak boleh takut lapor ke saya kalo memang ada teman yg seperti itu.

    Semoga dilancarkan semua urusan mencari sekolah anaknya ya kak Diah ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya. Ya memandangkan saiz dia yang kecil bertambah risau nak lepaskan. Tapi sebaik-baik penjaga ialah Tuhan Yang Maha Esa. Tawakal selepas usaha dibuat

      Padam
  2. Dua anak saya sekolah asrama, kini dah masuk universiti dan seorang lagi akan masuk SBP jika ada rezeki....alasan utama kerana suasana belajar di rumah tidak sama belajar di asrama...jadi lebih baik hantar ke asrama sama ada SBP atau agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suasana belajar tu penting sangat-sangat tapi dalam masa yang sama rasa bonding dengan anak masih belum cukup. tu berat hati

      Padam
Catat Ulasan