Pengalaman Menduduki UKKM - MRSM Bentong

Rodiah Amir
13

Hari tu masa kongsi dan upload vlog UKKM Ikhwan ada beberapa ibu bapa yang tanya tentang proses kemasukkan ke MRSM. 

Lebih tepat lagi adalah soalan berkenaan kemasukan MRSM iaitu UKKM. Alhamdulillah Ikhwan telah pun selamat menghadiri dan menjawab ujian. 

Pada hari kejadian kami bertolak dari rumah selepas solat Subuh dan ambil masa 45 minit untuk sampai ke MRSM Bentong. 

Sebagai ibu bapa yang pertama kali memohon MRSM pastilah banyak perkara kami tak tahu. Cuba juga buat carian di Google tapi tak banyak maklumat kami dapat. 



Pengalaman Menduduki UKKM - MRSM Bentong 


UKKM atau nama lain Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Disebabkan pilihan pertama Ikhwan ialah Teknikal jadi dia kena jawab ujian di MRSM Bentong. 

Ikhwan menduduki UKKM pada 21 November 2023, hari Selasa sesi pagi. Rupa-rupanya ada empat sesi berlangsung pada hari yang sama.

Memang agak sengit nak bersaing. Kalau ada rezeki masuk ke MRSM, Ikhwan adalah wakil keluarga Wan Samiah pertama bergelar pelajar MRSM. 

Kalau tak dapat pun takpelah, sekurang-kurangnya dah dapat pendedahan dan juga pengalaman. Balik tu kami singgah makan lemang di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang



Ujian-UKKM-Bentong


Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1


Sebelum Diah kongsikan lebih panjang lagi, jom Diah terangkan dari awal proses permohonan MRSM 2024 khususnya untuk Tingkatan Satu.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM bagi tahun 2024 telah dibuka mulai 15 September - 20 Oktober 2023.

Waktu inilah ibu bapa, dan murid kena buat permohonan secara online. Nak mohon tu tiada masalah, tapi nak pilih program yang sesuai tu kena fikir secara mendalam. 

Ada enam pilihan program yang ditawarkan iaitu:


Premier - Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA

Ulul Albab - Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran 

IGCSE - Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM

Teknikal - Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan
BITARA - Kurikulum kebangsaan berteraskan STEM

IIB MYP - Mengintegrasikan kurikulum STEM dan Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan Baccalaureate. 

Untuk informasi lebih tepat boleh rujuk laman sesawang MARA.


MRSM-Bentong


Mohon MRSM Bentong, Program Teknikal 


Dari awal lagi Ikhwan dah menyuarakan keinginan dia nak ambil Program Teknik. Hanya ada satu MRSM Teknikal iaitu di Bentong. 

Ikut kecenderungan dia minat Sains dan Matematik. 

Sebelum isi borang kami dah duduk berbicang dengan Ikhwan tentang minat, cita-cita dan apa perancangan dia untuk masa depan. 

Perkara yang sama kami buat waktu memohon Kemasukan Sekolah Khusus, SBP. 

Kami juga ada merujuk kepada pihak sekolah dan minta pendapat guru-guru Ikhwan. Cukupkan syarat sebelum buat keputusan seterusnya. 


calon-UKKM-Bentong


Awalnya Diah agak berbelah bahagi nak lepaskan anak sulung ke asrama. Tapi rasanya tak adil kalau nak halang apa anak minat. 

Bukan mudah ya nak capai kata sepakat. Jadi kami doa, usaha dan tawakal sahaja. Kita go with the flow. 



Semakan Ujian Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 

Selepas memohon murid kena bersiap sedia dan menyemak status tawaran menduduki ujian melalui pautan yang diwar-war kan. 

Tak lama pun kena tunggu. Jadi selepas tamat tarikh permohonan hari-hari Diah semak di link yang diberi. Takut terlepas tarikh panggilan. 

Maklumat berkaitan UKKM ada dinyatakan dalam Surat tawaran seperti tempat, tarikh, waktu dan peraturan perlu dipatuhi oleh murid. 


calon UKKM Bentong


Antara dokumen yang perlu dibawa ialah Surat Tawaran, Surat panggilan menduduki UKKM, kad pengenalan, slip gaji dan juga Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah.

Bermula tahun 2021, MRSM wajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). 

Bertujuan nak uji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Untuk Program Teknikal ada ujian tambahan iaitu Ujian Teknikal. 



Persediaan Menduduki UKKM 

Sementara tunggu tu kami buat persiapan yang perlu. Ikut pengalaman waktu menduduki PKSK sebelum ini, soalan memang mencabar dan di luar kotak ya. 

Sama seperti sebelum ini, Diah beli juga Set Persediaan UKKM + Ujian Khas Teknikal. Dalam tu ada 200 soalan berharga RM100. 

Amatlah berbaloi sebab berdasarkan pengalaman Ikhwan, soalan persediaan dan soalan sebenar lebih kurang susah. 

Bagusnya tidak la dia terperanjat dan lebih bersedia. Oh Diah beli Set Persediaan UKKM dari Akademi Intan Payung melalui Group Telegram. 


Kesimpulan 

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana urusan dan pengalaman menduduki UKKM di MRSM Bentong berjalan lancar. 


Bukan sahaja untuk Ikhwan tapi juga untuk kami sebagai ibu bapa faham potensi dan minat anak.  

Catat Ulasan

13Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Skrg ni semua proses online kan..Mudah pun mudah...
    Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..♥

    BalasPadam
  2. Semoga ada rezeki untuk Ikhwan ke MRSM..setuju dengan Diah, minat anak jangan di sekat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. terima kasih doa SA. ye minat anak ni risau disekat lain jadinya

      Padam
  3. good sharing Diah, banyak manfaatnya.. all the best buat anakanda dalam segala urusan.. selalu kak ana lalu MRSM Bentong ni kalau balik kg suami :)

    BalasPadam
  4. semoga anakanda terpilih ke MRSM nanti. Aamiin...

    BalasPadam
  5. semoga tercapai cita2 Ikhwan .. mama doakan semoga berjaya ye

    BalasPadam
Catat Ulasan