Quick Update Disember - Sibuk Tanpa Disangka

Ya ampun, dah separuh bulan Disember rupanya. Punya sibuk sampai blog langsung tak ter-update. Hari tu konon bersemangat nak selalu aktif menulis, tapi biasala, janji tinggal janji. Jadi kali ni aku kembali dengan quick update saja. Tulis benda penting, ringkas tapi senang nak rujuk in future.

Banyak kali jadi, bila alami perkara lebih kurang pernah kami hadap kena korek semula dari A sampai Z sebab lupa. Eh penat ya kalau nak recall banyak kali.


Quick Update Disember - Sibuk Tanpa Disangka

Bulan November hari tu aku memang sibuk dengan urusan rumah. Masuk pula Disember, ingatkan boleh tarik nafas sikit rupanya tinggal angan-angan. Ini bulan terakhir persekolahan sebelum masuk takwim baru, jadi aktiviti sekolah memang padat.

Antara yang terlibat: Dialog Kemenjadian Murid, Hari Anugerah Prestasi, Sambutan kanak-kanak, Jamuan kelas. Dan paling hujung, bantu sekolah untuk persediaan pengoperasian sesi 2026

Semua dibuat lebih awal sebab cuti sekolah kali ni pendek sangat. Takwim pun dah berubah, kembali macam dulu-dulu. Sekolah akan mula bulan Januari dan tamat Disember. Kalau ikut perancangan pihak sekolah, lebih baik siapkan awal. Lagipun nanti ibu bapa nak bercuti, jadi buat awal memang lebih senang.

quick-update-december


Plan Sambut 2026

Masuk tahun 2026 nanti, Ikhwan dah Tingkatan Tiga, Raudah pula naik Darjah Empat, dan si adik Airis masuk Darjah Dua. Fasa umur 40 ni buat aku makin sedar, masa memang tak tunggu siapa-siapa.

benda aku belajar untuk perlahankan langkah, pilih yang perlu sahaja, dan belajar jaga tenaga sendiri. Cepat betul masa berlalu. Persediaan sekolah aku dah mula sikit-sikit, beli mana yang penting dulu.

Tahun depan Raudah jadi pengawas. Dah kena sediakan uniform, vest, tali leher, tshirt dan semestinya kos akan bertambah dekat situ. Nanti nak kongsi lebih tentang ni.

update-december


Ikut kalendar 2026 juga, bulan Februari dah masuk Ramadan. Di umur ni, keutamaan aku makin jelas nak hidup lebih berpada-pada, kurang kejar benda luaran, dan lebih fokus pada apa yang beri tenang.

Sedaya upaya menjaga circle. Selagi namanya berurusan dengan manusia, memang tak lari dengan perangai toksik tu. Jadi kita tidak dapat kawal orang, maka kita kawal diri sendiri dari diracun.

Masa puasa nanti pergerakan memang akan lebih terbatas, jadi awal-awal ni aku nak susun supaya boleh fokus ibadah sebaiknya. Bulan Mac pula raya, jadi memang kena rancang perbelanjaan dari awal tahun.

Doakan semoga baki bulan Disember ni kita semua dapat lalui dengan tenang dan lancar. Banyak benda nak kena buat juga, pindahkan gambar dan video, susun semula dokumen penting. Awal cuti nanti, insya-Allah nak balik kampung, bercuti dan luangkan masa dengan emak.

Jaga diri semua.

 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Semoga tahun 2026 akan sentiasa dimudahkan untuk akak sekeluarga. All the best kak

    BalasPadam
  2. Betul, hujung² sekolah ni banyak sangat aktiviti , tak terkejar rasanya. Anak PH yg nak masuk F1 tu iv sana sini semuanya back to back nak dihabiskan sblm cuti sekolah ni. Si Abang yg SPM tu tup2 tinggal 1 je lagi paper. Cepat sungguh masa berjalan

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.