Tarikh Matriks Pembelajaran Tahun 4

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) secara rasminya dah keluarkan tarikh bagi Matriks Pembelajaran (MP) Tahun 4, 2026 minggu lepas. Anak aku antara anak bertuah yang terpilih menjadi first batch bagi matriks pembelajaran tahun 4.

Jadi secara rasminya juga emak dah mula berdebar. Takut woi. Anak baru naik tahap dua yang sebelum ni di tahap satu memang aman tanpa peperiksaan besar.

Tahun 2026 pula ada kejutan untuk anak-anak. Mengambil jalan selamat supaya anak kekal bertenang, semestinya aku pun kena bertenang walaupun dalam otak dah macam ribut taufan.

Tarikh_Matriks _Pembelajaran_Tahun_4


jadual_Tarikh_Matriks _Pembelajaran_Tahun_4

jadual_Matriks _Pembelajaran_Tahun_4


Masa awal-awal dulu aku memang tak faham apa Matriks Pembelajaran tu? Kenapa tak sebut ujian atau pentaksiran kan lebih mudah nak faham. Canggih betul nak guna perkataan “matrik”.

Merujuk LPM, Matriks Pembelajaran (MP) ialah pentaksiran yang dibangunkan untuk mengukur penguasaan murid secara standard, holistik dan berterusan berkaitan aspek literasi, numerasi serta kompetensi pembelajaran murid. MP dilaksanakan berasaskan pendekatan Pentaksiran untuk Pembelajaran.

Tarikh pelaksaannya dah tak lama ya iaitu pada 6 hingga 8 Oktober 2026. Mata pelajaran yang terlibat: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Bahasa Cina (SJKC) dan Bahasa Tamil (SJKT).

MP akan jadi penanda aras kebangsaan yang setara untuk semua murid di Malaysia yang berdaftar dengan KPM sebab soalan matrik disediakan oleh LPM.

Sebagai emak aku cuba fahamkan juga kepentingan MP sebab cikgu terangkan yang MP bukan peperiksaan yang tentukan kelas depan atau kelas belakang. Tapi nak kenal pasti murid faham tak apa mereka belajar.

Masih lagi guna julat markah dan gred serta tafsiran tahap penguasaan murid bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penguasaan murid. Markah 82 dan ke atas, A.

Tujuan utama sistem nak murid dapat aplikasi kan apa mereka belajar ke dalam kehidupan. Kenapa Tahun 4? Sebab tidak terlalu lambat untuk bantu persediaan murid sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Emosi aku jadi roller Coster turun naik sebab format untuk mata Pelajaran terlibat tak sama dengan UASA. Format baru. Payah pula tu. Awal aku positif lagi, sekarang aku di fasa separa positif lepas ni aku boleh mengamuk aku rasa. Ahaks.

format_Matriks _Pembelajaran_bahasa_Inggeris

format_Matriks _Pembelajaran_bahasa_Melayu

format_Matriks _Pembelajaran_matematik

format_Matriks _Pembelajaran_sains


Format pula baru diberitahu. Setakat ini sekolah anak aku belum panggil lagi untuk penerangan. Mana maunya nak panggil selagi belum dapat maklumat lengkap.

Aku sempat study sikit format pentaksiran dan contoh soalan. Mak ayah yang ada anak tahun empat pergi lah ke laman sesawang LPM untuk keterangan lanjut.

Tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak siapkan mental fizikal anak. Nak kena buat banyak latihan untuk Raudah terutama mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Mak is takut.


4 ulasan:

  1. Sama, PH pun dlm fasa emosi roller coaster jugak. Sbb takde apa² penerangan dari pihak sekolah atau KPM lepad PM umum last year tu. Ni lagi 3 bulan baru announced. Peringkat sekolah belum ada apa² lagi. Yg darjah 4 ni tak risau sangat. PH lagi risau utk anak F3, sebab dengarnya silibus dari F1 masuk dlm exam ni.

    BalasPadam
  2. Sama..Linda pun takut .dah la PJJ lagi..anak duk Ngan bapak nya .. mak nak pantau pun susah.. moga yang baik² je .

    BalasPadam
  3. Poning kan pembelajaran sekarang. Zaman dulu takdela matriks bagai ni.

    BalasPadam
  4. Waah, semoga banyak kemudahan dalam menghadapi matriks ini ya kak. Wajar kalau merasa takut, gelisah, sebab masih baru kan. Yg penting berusaha update ttg infonya, dan bimbing anak2 selalu

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.