Memaparkan catatan dengan label MAGGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAGGI. Papar semua catatan

Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua Kini Kembali

Ingat lagi tak dengan program bersiri Resipi Berani MAGGI® yang menobatkan Hidayah sebagai pemenang musim pertama? 

Kini program Resipi Berani MAGGI Musim Kedua telah pun kembali yang akan menampilkan sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di kaca televisyen melalui siaran TV3.


Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua Kini Kembali

Istimewanya program Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua kali ini menampilkan mentor selebriti dan juri jemputan - Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian serta menjanjikan lebih banyak kejutan menarik untuk penonton.

Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.


Program-Bersiri-Resipi-Berani-MAGGI-musim-kedua



Pencarian Juara Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua 

Juara Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris.

Mentor akan memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Manakala pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Rasa bertuah sangat dapat memenuhi jemputan dan berkesempatan menghadiri majlis preview Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® semalam.

Antara adegan menarik yang boleh aku kongsikan adalah aksi spontan dan debaran peserta semasa Sesi Maklum Balas Mentor. Memang mencuit hati dan menghiburkan.


Maggi-cukuprasa-Berani-MAGGI-musim-kedua


Semestinya peserta pilihan aku untuk musim kedua ialah Puan Suzaimi binti Zahari dari Terengganu dan Puan Nurul Hajar Ismail dari Johor.  

Tak sabar nak tengok episod penuh esok. Rancangan bersiri Resipi Berani MAGGI® akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu.


Senarai Peserta Akhir  Resipi Berani MAGGI

Senarai 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 yang terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah:

  1. Anastasia Maigi (Sabah)
  2. Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya)
  3. Mellony Anak Stephen (Sarawak)
  4. Nazrina binti Zamani (Selangor) 
  5. Noraslinda binti Rusli (Selangor)
  6. Norli binti Mohd Azmi (Selangor)
  7. Kentila A/P Veerayah (Selangor)
  8. Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah)
  9. Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka)
  10. Nurul Hajar Ismail (Johor)
  11. Rozana Sari binti Roslan (Pahang)
  12. Suzaimi binti Zahari (Terengganu)


senarai-peserta-Program-Resipi-Berani-MAGGI-musim-kedua


Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI ® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI ® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing.” - MS. YASHASHRI VATVE, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd 


Program-Resipi-Berani-MAGGI-musim-kedua


Dia juga mengulas perjalanan para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”

“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka.

Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka.

Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,”


Resipi-Berani-MAGGI-musim-kedua


Turut berkongsi dan mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ® sejakpelancarannya pada tahun 2020, Duta Jenama untuk MAGGI ® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman berkata:

“Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI ® CukupRasa.

Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”

Jangan lupa untuk saksikan Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu.

Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI ®  dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.

Program Mentor Wanita Cukup Berani Oleh Maggi

Produk MAGGI memang cukup terkenal dan digemari oleh setiap lapisan umur dalam masyarakat. Secara peribadinya, jenama MAGGI memberi nilai sentimental kepada aku. 

Mana tidaknya aku membesar dan melihat sendiri jenama ini semakin utuh hari demi hari. Setiap kali travel mesti produk Maggi jadi peneman. Orang Malaysia kan tak boleh hidup tanpa makanan. ahaks.

Program Mentor Wanita Cukup Berani Oleh Maggi 

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani yang merupakan fasa seterusnya bagi kempen #WanitaCukupBerani Tak Kenal Tak Cinta. 

Program ini dibawakan oleh MAGGI CukupRasa yang sudah masuk tahun kedua dengan komitmen untuk memberi inspirasi, menggalakkan dan memperkasakan wanita daripada setiap lapisan masyarakat.



Pelancaran Rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani

Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei; 

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia.

Berada di bawah satu bumbung bersama barisan tetamu hebat memang terasa sangat auranya. Bertambah teruja bila Maggi memperkenalkan tiga orang mentor yang bukan biasa-biasa. 

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang mentor-mentor terpilih, aku kongsikan tujuan program ini diadakan ialah bertujuan untuk menyokong peningkatan keyakinan serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawanan asas.




Program Mentor Wanita Cukup Berani dianjurkan dengan kerjasama antara Maggi® dan Google Malaysia menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google. 

Women Will membantu wanita meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi untuk mengembangkan perniagaan mereka – dengan mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, akumen perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital.

Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei,

 “Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. 

Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari.

Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani. 

Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”





Tambah Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula menjelaskan,

“Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. 

Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia. 

Melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. 

Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!”

"Kami turut berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka. 

Ini merupakan misi utama kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,” kata Marc Woo, Ketua Google Malaysia.


Pengenalan Barisan Mentor & Intipati Program Wanita Cukup Berani

Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah siri bengkel dalam talian dan siri pertama bengkel akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober. 

Sepanjang bengkel 3 hari ini (10.00 pagi hingga 11.30 pagi), peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Sehingga kini, bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. 

Pusingan Akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih.

Mereka kemudiannya akan dibimbing secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris. 3 Wanita yang berjaya, cemerlang, berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan minat yang sama iaitu makanan. 

Kalau aku sendiri diberi peluang untuk mendapat bimbingan daripada salah satu mentor, semestinya aku berharap dapat dibimbing oleh Sheila Rusly sebab aku kagum dengan kebolehan beliau yang multitasking, cergas dan tegas.

“Mempelajari kemahiran & pengetahuan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan”
Datin Paduka Eina Azman

“Kalau kita nak berjaya, jangan ada tapi, jangan ada nanti. Nak buat, terus buat saja”
Anne Idris

“Don’t limit your challenges, challenge your limits”
Sheila Rusly


Tiga mentor terlibat bersama Women Will by Google akan menyokong wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian,merangkumi 3 bidang utama, iaitu:
  1. Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
  2. Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
  3. Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI

Modul bengkel Wanita Cukup Berani

Hari Pertama
  • Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
  • Membina keyakinan dalam mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baharu!
  • Berkomunikasi dengan petua menulis e-mel yang efektif.
  • Pelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti perniagaan anda.

Hari Kedua
  • Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
  • Cara memulakan dan memperluaskan perniagaan.
  • Cara menguruskan kewangan secara lebih efektif.

Hari Ketiga
  • Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI
  • Petua untuk menambahkan kehadiran digital untuk perniagaan.
  • Meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI: cara menyediakan hidangan nutrisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar.
  • Keselamatan dan kebersihan makanan. 


Untuk maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani, boleh layari maggi.com.my/takkenaltakcinta