Cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Lancar Atau Ulang AlQuran?
Tahun 2016 Tahun Mencabar
Emosi bergetar betul la seminggu ni. Bila throwback semula tahun 2015 dengan pelbagai ujian dan kesenangan Allah bagi hampir mengalir air mata. Terasa tahun 2016 ni adalah tahun mencabar kewangan.
Aku baru selesaikan performance appraisal di tempat kerja. Bila buat appraisal haruslah otak bekerja keras fikir apa pencapaian setahun lepas dan semestinya ayat karangan mesti terjebak.
Bila mengarang mula lah macam-macam kenangan dan idea bertubi-tubi menjengah otak. Amboi. Sastera sangat.
Tahun 2016 Tahun Mencabar
Tahun Baru Bersama GST
Ya Allah mudahnya menuturkan kata. Permulaan 2016 amat beri kesan sebab aku rasa macam tak cukup je gaji. Allah..
Tahun Tiada Pilihan
Walaupun 2016 baru je jengahkan muka tapi pelbagai tomahan dah aku lemparkan. Sungguh kejutan ekonomi disemarakan lagi dengan implementation of GST bertambah keruh dan kusam masa depan aku satu keluarga. Tapi menjadi rakyat marhaen apa sahaja pilihan aku ada?Seperti tahun-tahun sebelumnya yang memang tiada pilihan maka gigihkan diri harung sahaja lah apa yang datang. Sepertinya bukan seronok bekerja tapi terpaksa bekerja dan risau sangat aku dalam jangka panjang aku jadi hamba duit.
First Day Masuk Sekolah, Ikhwan Hafeez
First Day Masuk Sekolah, Ikhwan Hafeez
Kenapa Tukar Pinjaman PTPTN Skim Ujrah?
Aku habis Diploma tahun 2006 dan kemudian sambung Ijazah dan graduate sekitar bulan Ogos 2008. Semestinya aku buat pinjaman PTPTN untuk membiayai kos pengajian sepanjang aku belajar.
Kalau ikut history bayaran balik memang agak kurang cantik sebab waktu itu aku agak struggle untuk dapat kerja yang elok. Nak makan pun susah weh apatah lagi nak buat bayaran pinjaman.
November lepas kecoh peminjam gagal bayar PTPTN dan disenarai dalam CCRIS. Untuk galakkan peminjam untuk bayar, kerajaan giat tawarkan promosi discount 20% jika bayar pinjaman sekaligus.
Kenapa Tukar Pinjaman PTPTN Skim Ujrah?
Untung lah siapa ada duit dalam Akaun 1 KWSP, boleh buat pengeluaran bayar hutang. Zaman aku tandangan perjanjian PTPTN, waktu tu masih belum ada skim Ujrah.
Caj pentadbiran yang dikenakan ialah 3% dan untungnya kalau di bawah skim Ujrah kadar % menjadi 1%. Student zaman sekarang pula yang mohon pinjaman PTPTN memang dah tukar skim Ujrah.

Tukar Pinjaman PTPTN kepada Skim Ujrah
Untuk kes aku; aku ada dua
pinjaman. Pinjaman Diploma dan juga pinjaman peringkat Ijazah bernilai hampir
RM 35,000 secara keseluruhan.
Status aku: Bayaran bulanan yang tidak tetap dan pernah buat penangguhan bayaran sebab aku tak dapat gaji mencukupi.
Syarat untuk melayakkan aku ambil Skim Ujrah ialah aku kena setuju
untuk gabungkan kedua-dua pinjaman peringkat diploma dan juga ijazah.
Waktu tu PTPTN bagi tarikh sehingga 31 December 2014 yang merupakan hari terakhir untuk memohon penukaran Ujrah, dari 3% ke 1%.
Selepas tarikh tu, masih boleh mohon Ujrah tapi setahu
aku PTPTN kenakan syarat bayar sekurang-kurangnya 5% dari nilai penangguhan.
Cara Pengiraan Caj Pinjaman Ujrah
Untuk Ujrah, kadar 1% PTPTN akan kira dari baki pinjaman semasa. Ikut formula: Jumlah pinjaman semasa x 1% x tempoh bayaran balik.
Jumlah pinjaman semasa merujuk kepada amount yang kita
lambat bayar/ tangguh bayar/ insuran/ kos pentadbiran +principal kita pinjam
dulu x kadar 3% charge conventional.
Pendek kata dia akan kira semula amount baru (semasa) dan PTPTN charge pada 1%. Rugi kat sini bila semakin tinggi jumlah semasa semakin tinggi upah pengurusan pembiayaan ujrah.
Rugi la peminjam sebab dahla banyak tertangguh, upah tu lagi tambah bebanan. Macam PTPTN charge 3% pada pinjaman terdahulu + 1% kepada amount semasa pinjaman.
Rasa rugi tu sebab macam jatuh ditimpa tangga la. Dahla bayaran tertangguh banyak, pastu PTPTN charge lagi.
Tapi bila fikir, memang la rugi jangka pendek. tp jangka panjang? Dengan dosa teruskan pinjaman Riba lagi. Dah double triple rugi.
Bayaran bulanan: Sila bandingkan
bayaran bulanan bila kita apply Ujrah (1%) dan conventional (3%).
Cara Semak Penyata Pinjaman Ujrah
Mohon Skim Ujrah PTPTN Secara Online
Oleh sebab nak jimat masa aku buat permohonan Ujrah secara online dan PTPTN akan jawab status permohonan melalui email.
Syukur urusan aku dipermudahkan dan PTPTN emailkan detail
perjanjian termasuk jadual pembayaran dan tarikh kena mula bayar.
Bila dah terima perjanjian
melalui email, kau orang kena print, tandatangan dan kemudian kena submit ke
cawangan PTPTN terdekat.
Jadi masih ada masa untuk aku
bandingkan perjanjian baru dengan perjanjian asal PTPTN. Situasi aku:
Rate (3%):
Bayaran Bulanan Diploma = RM 201.07, Bayaran Bulanan Ijazah = RM 174.24.
Jumlah aku kena bayar ialah RM 375.31.
Rate (1%) Ujrah:
Pinjaman Diploma dan
Ijazah disatukan jadi aku hanya perlu bayar = RM 212.16
Harus di ingat untuk pinjaman asal, jumlah bayaran perlu dibayar akan meningkat setiap tahun mengikut jadual pembayaran disediakan.
Manakala Ujrah pula, bayaran bulanan adalah kekal sehingga
tamat tempoh bayaran balik.
So kena tanya diri sendiri mampukah bayar jumlah tu dengan komitmen hutang yang lain. Aku memang decide nak pilih ujrah sebab:
#1 Mencari yang halal adalah fardhu
(WAJIB) bagi setiap orang Islam.
#2 Bayaran bulanan dia lebih mampu
bayar dari conventional.
#3 Bayaran untuk conventional (3%) akan berubah setiap tahun. Dia akan menaik dan terus menaik.
Aku tak pasti peminjam alert ke tak tapi boleh refer kalkulator PTPTN tengok jadual dia, dan aku dah confirmkan dengan staff kat KL Sentral memang amount dia akan naik.
Itu antara sebab tempoh bayaran balik pendek sikit berbanding skim Ujrah.
#4 Bayaran bulanan Ujrah yang dipersetujui tu memang dah cover kos takaful and in case mati takaful akan bayar so tidak effect kepada waris etc.
#5 Ujrah jugak boleh buat partially
settlement or full settlement. Tengokla ada rezeki aku nak tutup satu pinjaman.
Ramai kawan-kawan aku yang stick dengan 3% tapi tak tahu bayaran sebenar yang perlu dia orang bayar.
So andai
kata bayar rendah dari amount yang dicadangkan dalam jadual so memang tak guna
la. Hutang akan bertambah banyak dan terus tertindas.
Alasan Tolak Skim Ujrah Takut
Potong Gaji
Ramai tak mahu Ujrah sebab nanti khabarnya kena tolak melalui potongan gaji. Masa aku mula-mula tahu macam lecehla jugak sebab nanti kot la tetiba aku nak guna duit so payahla nak skip.
Then, aku ni kerja swasta, leceh kot nak update PTPTN untuk update company baru kalau tukar kerja.
![]() |
KEBENARANNYA ialah TAK WAJIB BUAT POTONGAN GAJI. Waktu tandatangan agreement akan ada satu borong khusus untuk potongan gaji. Sila jangan isi.
Ini situasi aku sebagai pekerja swasta pada hujung tahun 2014.
Yang isu kakitangan kerajaan hujung tahun 2015 kena potong gaji tu sampai tinggal belas ringgit je gaji tu aku tak sure perlaksanaan macamana.
Tah diwajibkan kot kakitangan kerajaan kena buat potongan gaji.
Macam aku confuse jugak mula-mula sebab ada kat master agreement surat kebenaran 1 & 2. Surat kebenaran 2 tu yang memang dinyatakan untuk potongan gaji.
Memula aku memang tak sign, tak nak potong gaji punya pasal; then staff tu explain yang dalam master agreement memang kena sign je tapi masa dekat form attachment jangan isi and sign.
Borang kebenaran 2 tu sebagai back up in case in future peminjam ubah hati nak buat potongan gaji.
So PTPTN xyah sibuk nak suruh peminjam isi and effect agreement yang telah dibuat. Siap lengkap segala dokumen, serahkan kepada pegawai PTPTN.
Jadi itu sahaja kisah aku kenapa aku memilih pinjaman Skim Ujrah yang PTPTN tawarkan.
Pening juga awal-awal, tapi demi memastikan hutang dibayar, walaupun lambat lagi nak habis tapi kita cuba lah ye. Kasihan untuk adik-adik, anak-anak yang nak sambung belajar dan nak mohon pinjaman.
Throwback October 2015
5 October 2015. Hari ni hari isnin. Hari pemalas aku. Eh bukan setiap hari memang pemalas ke? Hahahhah. Macam biasa weekend yang memang tak duduk rumah. nak pulak ke penghujung tahun ni.
Ramai sungguh saudara mara kenduri. Berjalan sajalah. Tu kadang-kadang tak cukup rehat. Hati meronta je nak cuti lama-lama. Nak duduk rumah dan tidur.
Sekarang kuat tidur kot. paling lama sekarang boleh jaga waktu malam pukul 10. Balik dah sampai waktu Maghrib dan kemas diri apa yang patut, solat pastu aku dah terbongkang atas katil.
Throwback October 2015
Perkembangan rumah, sekarang masih tunggu lawyer bank.
Mengira hari cuti Awal Muharram. Tak zabar rasanya. Minggu ni amik cuti Khamis dan Jumaat nak setelkan urusan sekolah Ikhwan. Tahun depan baru nak masukkan dia ke sekolah.
Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama
Nak cerita pengalaman buka buku mengandung dekat Klinik Ibu Dan Anak Sri Rampai. Ini nama dulu la, tapi sejak April 2014 dia dah move ke dalam bangunan imegresen tuh.
Dari shoplot ke tempat lebih besar dan selesa di tingkat dua. Pagi-pagi memang sunyi. Nama pun dah tukar menjadi Klinik Kesihatan Setapak. Tak jauh and tak susah nak cari pun.
Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama
Klinik Tukar Nama Dan Tukar Lokasi
- · Kad pengenalan isteri – yg original
- · Sijil nikah – original
- · Bil elektrik/telefon – original sebab nak tengok alamat
- · Ic suami – Salinan
- · Pen hitam – sebab nanti kena isi sendiri maklumat
- · Buku mengandung terdahulu (jika pernah mengandung sebelumnya)
Ujian Air Kencing
*Masa hari bukak buku nurse tu mintak bil api je sebab nak tengok alamat. sijil nikah dan lain-lain dia tak mintak pon. Geram je aku.
Mengandung Anak Kedua, Alhamdulillah
Catatan Mengandung Anak Kedua
21 September 2015
Cuak dua hari lewat period. Beria sangat berharap, kalau tak mengandung baru tahu. Maghrib tu cari pregnant test kit yang lama punya dan expired pun tapi gigih nak test jugak. Nampak dua line. Cuak dan gembira.
Masa tu yakinkan diri yang test kit tu dah expired dan mungkin result dia salah. Tanya diri sendiri pon tak berapa yakin sangat mengandung. Anak pertama aku lahir tahun 2011.
25 September 2015
Masuk hari ke 6 period masih tak kunjung tiba. Yakinkan diri yang tarikh period berubah. Tanda-tanda period tu ada tapi tak teruk macam biasa. Nak beli pregnant test kit tapi malas.
Bagitahu suami dan suami dah pesan supaya tak berharap.
Masa ni diri ini masih okey, tapi perubahan dekat Ikhwan agak ketara. Dia jadi manja terlebih. Ada satu hari aku dekat office, pengasuh call katanya Ikhwan rindu. Jarang dia macam tu.
28 September 2015
Oleh sebab tak dapat tahan diri maka pergi beli pregnant test kit. Ternyata keputusan positive mengandung. Masa tu suami masih tidur dan kejut suami untuk confirmkan.
Suami response macam biasa, macam mengandung anak pertama dulu. Tiada expressi. hahhahahha.Masih belum check di klinik.
Jadi macam percaya ye atau tidak mengandung ni tapi dah start muntah-muntah. Belum teruk tapi boleh tahan penangan alahan mengandung kali ni.
Seperti anak pertama aku register
di app baby center http://www.babycenter.com/ dan try calculate due date. EDA
aku ialah 26 May 2016 dan sekarang baby aku menuju 6 weeks pada 1 October 2015.
1st trimester and start baby heart beats.
3 October 2015
Hari tu kami plan balik kampung suami. Sebelum teruskan perjalanan ke Melaka, singgah di klinik untuk confirmkan pregnant atau tidak. Nak buat scan baby masih kecik lagi.
So just buat urine test. Reaksi sama je suami isteri. Kami masih tak percaya akan dapat second baby lol. Masih kerap muntah dan tak suka banyak benda. Kali ni banyakkan minum air masak sebab boleh hilangkan rasa mual tuh.
23 October 2015
Kandungan 9 weeks and day 2. Baru
realise kali ni mengandung tak boleh minum teh mahupun milo. Angin dan pasti
akan muntah teruk. Menyesal minum teh o ais limau pagi tadi.
Badan semakin tua kan, so memang kena pantang betul-betul. Baca tadi pengambilan gula berlebihan akan sebabkan kulit bawah mudah koyak bila bersalin. Terus ngeri.
Dah start tengok harga pakej bersalin and pro con bersalin swasta and kerajaan. Memang mencekik darah kalau swasta. Tak mampu rasanya. Now sama ada hospital Ampang atau HKL.
Memang niat di hati nak doctor perempuan yang sambut kelahiran baby. Ya Allah permudahkanlah urusan aku bersalin. Aamiin.
11 November 2015
Esok kalau ikut kiraan cukup 12 minggu equal to 3 bulan. First trimester nak lepas dah dan secara rasminya hati dah kecut.
Pastu pagi tadi salah langkah makan acid folic diawal pagi, bukan kebiasaan makan sebelum tidur. Maka setiap jam aku muntah. Ya Allah dugaan.
Nak
menangis. Takut nak minum air. Nak makan sup tapi nak yang masam, tak nak
tomyam, tak nak ayam. Dah camne tuh?
Kehidupan Di Bulan December 2015
Setelah sekian lama tak menaip dan upload entry baru pasal kehidupan, orang sekeliling dan isu-isu lain, akhirnya aku update juga personal entri.
Terlalu penat dan sibuk dengan kehidupan atau nama lainnya pemalas. Selepas dua baris ayat aku tulis simtom pemalas ni semakin nampak tanda-tandanya. Kuatkan Semangat. Aku tuliskan juga.
Sekarang musim cuti sekolah. Kalau tahun sebelumnya, cuti sekolah bulan December tak bawa apa-apa perubahan kepada aku.
Kehidupan Di Bulan December 2015
![]() |
Anak Dah Mula Sekolah
Tidak lah terlalu awal aku rasa. Cukup la masa tu untuk dia belajar dan di umur 5 tahun kami dah start ajar dia uruskan diri. So far so good.
Aku Positif Hamil
Stres sangat tak bagus untuk aku yang sedang berbadan dua ni. Jadi aku amalkan konsep let it go sajalah. Bila sampai waktunya baru aku buat apa yang patut.
Aku Penat Ya Allah
Hoi lately hidup macam tunggang langgang gila. Aku Penat Ya Allah. Lepas je Raya aritu hidup aku tak tentu arah sebab tak sempat kemas rumah. alasan sungguh.
Bila badan penat rumah terabai. Bila ter missed salah satu rutin macam basuh baju, basuh pinggan semua memang habisla rumah bersepah.
Mujur suami tak bising sangat. Ok ada la dia bising sikit-sikit tapi dia paham kot kalau almost every day balik rumah sampai pukul 9 malam. Oh penat.
Aku Penat Ya Allah
![]() |
Nak Pindah Rumah Baru
Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?
Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?
SUSHI KING JAWAB PASAL STATUS HALAL
Sushi King Jawab Tentang Status Halal
Assalamualaikum minggu lepas aku nampak gambar kat instagram kak pinkStilettos post pasal dia makan Sushi kat oversea.Tanya Status Halal Sushi King
![]() |
| Nitsume is Halal ok.. |












