Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?

Bismillahirrahmanirrahim.

Syaitan itu mengalir dalam tubuh badan manusia umpama aliran darah. Maknanya apa? Disetiap penjuru yang ada di tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk disiasat oleh syaitan di manakah letak kelemahan orang itu untuk syaitan masuk daripada pintu yang lemah itu.

Ada orang yang kelemahannya pada harta, syaitan masuk daripada pintu harta untuk mempunyai sifat rakus. Untuk mempunyai sifat tamak. Merompak. Rasuah. Apa saja.

Ada orang yang kelemahannya adalah menghendaki takhta, daripada pintu itu syaitan akan masuk. Ha, buat! Guna apa saja yang penting itu sampai .

Ada orang yang kelemahannya melalui perempuan. Maka diganggu daripada pintu perempuan.

Ada orang yang kelemahnnya buang masa depan komputer untuk bagi komen. Berapa banyak orang yang menghabiskan masa depan komputer untuk cari pasal atau cari apa saja untuk dia komen untuk bantai sana hentam sana komen. Dan berjam-jam menghabiskan waktu didepan komputer .























Syaitan pandai. Syaitan buat kajian. Namanya saja sudah syaitan. Dia akan masuk pintu-pintu dimana letaknya kelemahan itu ada pada manusia. Di situ syaitan akan masuk. Syaitan tak punya kuasa kepada manusia untuk melakukan jenayah langsung kepada manusia. Oleh kerna itu, Allah ketika mensifatkan syaitan "was-was" dalam surah an Nas.

Berlindung kpd Allah daripada bahaya was-was. Siapa dimaksudkan was-was? Syaitan. Kenapa syaitan diberi nama was-was? Sebab syaitan hanya mengilhami menipu atau menyuarakan meminta merayu cakap saja syaitan. Tidak dipaksa manusia untuk melakukan pelanggaran kepada syaitan. Tapi ditipu saja.

Dan syaitan cerdik, licik. Dia akan kaji setiap manusia itu letak lemahnya dimana. Tidak semua manusia boleh ditipu oleh syaitan melalui pintu yang sama. Dicari titik kelemahannya itu dimana, disitu dia akan manfaatkan. Orang yg cerdik pandai akan bermuhasabah, akan tengok dirinya dimana letaknya kelemahannya. Disitu dia akan perkuat untuk tidak menjadi laluan syaitan menggangu masuk daripada pintu tersebut .



Daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama