![]() |
google images |
Assalamualaikum..
Hoi
lately hidup macam tunggang langgang gila. Lepas je Raya aritu hidup aku tak
tentu arah sebab tak sempat kemas rumah. alasan sungguh. Bila badan penat rumah
terabai. Bila ter missed salah satu rutin macam basuh baju, basuh pinggan semua
memang habisla rumah bersepah. Mujur suami tak bising sangat. Ok ada la dia
bising sikit-sikit tapi dia paham kot kalau almost every day balik rumah sampai
pukul 9 malam. Oh penat.
Sekarang
setiap minggu macam janji pada diri sendiri nak cari kotak dan mula mengemas. Janji
punya janji memang tak bergerak langsung. Wat the fish sungguh. Isnin ke jumaat
memang dah penat kerja tinggal sabtu ahad konon hari nak berehat. Mana nak
bergeraknya kerja kemas mengemas ni.
Semakin
hari semakin tua, tenaga pon dah berkurangan. Mata pun cepat je ngantuk. Itu tanda
quality hidup semakin menurun. Lepas ni kalau dah start pindah rumah yang lebih
jauh dari sekarang macamana la gayanya. Tak kan nak ada orang gaji. Amboi. Melampau.
Arghh
rasa kadang-kadang tak terkejar dengan perubahan yang berlaku. Selalu doa
mintak pada Allah nak itu ini. Bila dapat dah tak reti nak manage. Macamana tu?
Tahun
ni kalau diberi keizinan Allah boleh masuk rumah yang baru dibeli. Tinggal last
stage saja. Tahun depan Ikhwan nak masuk sekolah dah. Satu habuk pun tak buat
apa-apa lagi. Huwarghhh. Besar dah anak aku.
Pagi
tadi dia cakap burung ada sayap. Kagum sekejap. Sebab burung ada sayap burung
boleh terbang. Good Ikhwan good. Last week
dia mintak aku cakapkan kat makcik tengah bersembang masa azan. Suh makcik
diam. Ternganga dan gelak-gelak jela aku. dia faham apa dia kata so aku rasa
itu perkembangan baik walau pada pandangan orang lain bila anak semakin pandai
bersuara dianggap kurang ajar.
Cukup
untuk hari ini. Bersangka baik dengan setiap aturan Allah. Terima kasih Allah.
0 comments
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.