Catatan Mengandung Anak Kedua

21 September 2015

Cuak dua hari lewat period. Beria sangat berharap, kalau tak mengandung baru tahu. Maghrib tu cari pregnant test kit yang lama punya dan expired pun tapi gigih nak test jugak. Nampak dua line. Cuak dan gembira.

Masa tu yakinkan diri yang test kit tu dah expired dan mungkin result dia salah. Tanya diri sendiri pon tak berapa yakin sangat mengandung. Anak pertama aku lahir tahun 2011.

25 September 2015

Masuk hari ke 6 period masih tak kunjung tiba. Yakinkan diri yang tarikh period berubah. Tanda-tanda period tu ada tapi tak teruk macam biasa. Nak beli pregnant test kit tapi malas. Bagitahu suami dan suami dah pesan supaya tak berharap.

Masa ni diri ini masih okey, tapi perubahan dekat Ikhwan agak ketara. Dia jadi manja terlebih. Ada satu hari aku dekat office, pengasuh call katanya Ikhwan rindu. Jarang dia macam tu.




28 September 2015

Oleh sebab tak dapat tahan diri maka pergi beli pregnant test kit. Ternyata keputusan positive mengandung. Masa tu suami masih tidur dan kejut suami untuk confirmkan. Suami response macam biasa, macam mengandung anak pertama dulu. Tiada expressi. hahhahahha.

Masih belum check di klinik. Jadi macam percaya ye atau tidak mengandung ni tapi dah start muntah-muntah. Belum teruk tapi boleh tahan penangan alahan mengandung kali ni.

Seperti anak pertama aku register di app baby center http://www.babycenter.com/ dan try calculate due date. EDA aku ialah 26 May 2016 dan sekarang baby aku menuju 6 weeks pada 1 October 2015. 1st trimester and start baby heart beats.

 Check Di Klinik 

3 October 2015

Hari tu kami plan balik kampung suami. Sebelum teruskan perjalanan ke Melaka, singgah di klinik untuk confirmkan pregnant atau tidak. Nak buat scan baby masih kecik lagi. So just buat urine test. Reaksi sama je suami isteri. Kami masih tak percaya akan dapat second baby lol. Masih kerap muntah dan tak suka banyak benda. Kali ni banyakkan minum air masak sebab boleh hilangkan rasa mual tuh.

23 October 2015  

Kandungan 9 weeks and day 2. Baru realise kali ni mengandung tak boleh minum teh mahupun milo. Angin dan pasti akan muntah teruk. Menyesal minum teh o ais limau pagi tadi.

Badan semakin tua kan, so memang kena pantang betul-betul. Baca tadi pengambilan gula berlebihan akan sebabkan kulit bawah mudah koyak bila bersalin. Terus ngeri. Dah start tengok harga pakej bersalin and pro con bersalin swasta and kerajaan. 

Memang mencekik darah kalau swasta. Tak mampu rasanya. Now sama ada hospital Ampang atau HKL. Memang niat di hati nak doctor perempuan yang sambut kelahiran baby. Ya Allah permudahkanlah urusan aku bersalin. Aamiin.

11 November 2015

Esok kalau ikut kiraan cukup 12 minggu equal to 3 bulan. First trimester nak lepas dah dan secara rasminya hati dah kecut. Pastu pagi tadi salah langkah makan acid folic diawal pagi, bukan kebiasaan makan sebelum tidur. Maka setiap jam aku muntah. Ya Allah dugaan. Nak menangis. Takut nak minum air. Nak makan sup tapi nak yang masam, tak nak tomyam, tak nak ayam. Dah camne tuh?


Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama