REVIEW BUKU PELUANG KEDUA – PENULISAN MEGA BONDA NOR

Review Buku Peluang Kedua – Penulisan Mega Bonda Nor

Aku baru je habiskan buku bertajuk “Peluang Kedua”, siri bercakap dengan cermin (muhasabah diri) terbitan Bonda Nor Resources. Buku ini adalah antara buku-buku yang terlibat di dalam projek Seminar Penulisan Bonda Nor.

Dalam erti kata lain, buku ini adalah himpunan kisah 30 orang penulis berkongsi pengalaman hidup dengan latar kehidupan yang berbeza. Mereka menggarap kisah air mata menjadi permata dengan harapan menjadi pengajaran buat pembaca.  


Tersungkur, dan aku akur.

Lalu di saat Dia masih beri kesempatan,

Mana mungkin aku sia-siakan!


Bila baca buku ni aku teringat kembali pengalaman aku menulis anekdot Mama, Kopi & Wifi, cuma apa yang membezakan kisah kami adalah kisah struggle suri rumah yang berniaga.

Boleh baca di sini - Pengalaman Hasilkan Buku Pertama 


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor



Peluang Kedua Pada Pandangan Mata Rodiah Amir

Aku tertarik nak baca buku ni disebabkan kisah hidup yang ringkas tapi beri kesan mendalam dekat hati. Selain daripada buku yang tidak terlalu tebal, aku sukakan reka bentuk kulit buku ini.

Apa yang aku faham, apabila kita mendapat peluang kali kedua maksudnya kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Tuhan untuk buat dengan lebih baik dalam sesuatu perkara. Tidak kira apa jua aspek kehidupan.

Paling utama bukan semua orang dapat peluang kedua. Bukan semua orang sedar itu adalah hadiah dan teguran daripada Pencipta kita.


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor


30 Penulis 30 Cerita Dalam Buku Peluang Kedua

Seperti aku terangkan dekat atas, buku ini adalah hasil gabungan 30 orang penulis yang menghasilkan karya bertemakan pengalaman hidup mereka yang diberi kesempatan kedua. Maka terhasillah 30 cerita suka duka mereka.

Bila aku baca buku ni, aku boleh relate dengan kehidupan sendiri. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, tidak meleret-leret, dan diselitkan juga dengan halaman yang berwarna-warni.

Kertas yang digunakan juga putih bersih dan rekaan keseluruhan termasuk susun atur nampak moden dan fresh. Nampak remeh je bagi sesetengah orang tapi bukan aku.


Review Buku Peluang Kedua - Bonda Nor


Tiga Kisah Paling Menyentuh Hati Dalam Buku Peluang Kedua

Antara 30 kisah yang dikongsikan penulis, ada tiga kisah yang berjaya menjentik hati aku. 

Mawar Merah Berduri – Hanani Daud

Si isteri yang sabar dan tak putus asa apabila Si Suami mula berubah hati. Suami jatuh cinta lagi, tapi bukan dengan isteri sendiri. 

Katanya, hak suami untuk jatuh hati dan bercinta lagi. Kuatnya sang isteri mempertahankan rumahtangga dan doa yang tak pernah putus.


“Perasaan itu makhluk, sebab itu ia berubah-ubah. 

Jangan pernah sesekali kita tunduk dengan makhluk.”

 

Mommy Monster – Diana ND

Seratus peratus aku boleh relate dengan kehidupan aku sekarang. Ibu yang semakin hilang akal bila melepaskan tekanan hidup kepada anak. 

Sungguh tak adil tapi itu yang berlaku. Perasaan sabar yang kian menipis hari demi hari.


“Tuhan sedang menguji. 

Ujian bukan datangnya anak-anak yang bermasalah tapi diri sendiri”.

 

Manisnya Sebuah Kegagalan – Siti Haida

Kisah ringkas keluarga yang tak pernah putus asa beri sokongan antara satu sama lain. Emak yang sentiasa positif dan percaya setiap perkara ada hikmahnya. 

Si kakak yang tak jemu bantu adiknya ibarat air yang dicincang takkan pernah putus.


“Kehidupan adalah guru kehidupan yang tak pernah salah. 

Terpulang pada kita bagaimana mahu mengambil kegagalan itu sebagai satu peluang kedua.

 

Kesimpulannya, untuk korang yang mencari bacaan santai memang sesuai sangat baca buku ni. Kisah pendek tapi sarat dengan nilai dan pengajaran. 

Apa aku suka bila membaca buku ialah, apabila penulis berjaya pancing emosi pembaca seterusnya meletakkan pembaca di situasi mereka. 

Untuk yang berminat nak dapatkan buku ini boleh cuba hubungi team Bonda Nor di Facebook. 

1 Post a Comment

  1. lama x baca buku cerita.. huhu tapii bila baca petikan atas tu terasa macam nak cari buku lak

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.