Setelah sekian lama berhajat nak buat sendiri Croffle dekat rumah akhirnya tercapai juga impian tu. Selepas banyak kali tertangguh.

Terpengaruh nak cuba, lepas banyak kali tengok video resepi Croffle lalu lalang dekat For You Page (FYP) TikTok.

Peminat Croffle sila hadir dan baca artikel ni sampai habis. Diah tunjuk step by step buat Croffle menggunakan Puff Pastry.

Croffle merupakan kacukan Crossaint dan Waffle. Ikut bacaan ianya dipopularkan di Korea Selatan dan kemudian tersebar di seluruh dunia.

Crossaint dimasak menggunakan mesin waffle. Maka terhasil lah waffle yang leper dan rangup.


Croffle-Puff-Pastry-frozen



Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah

Banyak café moden yang menjual Croffle dan menghidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai topping sama ada buah atau pun sirap coklat.

Waffle dekat Gula Cakery pun sedap, makan denga aiskrim chocolate. 


coklat-Croffle


Kalau makan dekat luar kita tak boleh nak kawal tahap kemanisan, jadi bila buat sendiri pandai-pandai la nak letak apa ikut selera kita.

Dalam artikel sebelum ni Diah ada kongsikan tentang waffle maker warna merah yang Diah beli dari TikTok Shop.

Suka waffle maker tu sebab dapat tiga plate berbeza. Plate untuk grill buat sandwich, plate donut dan plate waffle. 

Tujuan utama beli sebab nak buat Croffle, gigih sangat nak cuba. Boleh buat menu sarapan pagi (croffle dan scramble egg) atau minum petang (croffle, buah, manisan).


wafffle-maker-Croffle

coklat-Croffle


 

Resepi Croffle Guna Puff Pastry

Kalau ikut resepi yang Diah kongsikan ni memang teramat lah mudah. Hanya perlukan dua bahan iaitu Puff Pastry dan gula.

Lagi banyak topping, maka banyak lah bahan perlu ada. Gula dan pastry ni adalah bahan asas untuk buat croffle.

Kalau korang ada stok Crossaint sejuk beku dekat rumah boleh guna yang tu lagi sedap. Tak kira apa jenama pun. 

Bahan utama kena ada ialah puffpastry, Diah guna jenama Kawan. Guna saiz besar, dapat banyak dan kalau tak habis boleh simpan buat stok.  


KAWAN-Puff-Pastry


Perkara pertama kena sediakan Crossaint terlebih dahulu. Jadi kena gulung pastry menjadi bentuk seakan-akan crossaint.


stok-frozen-Croffle-Guna-Puff-Pastry

 

Cara Buat Crossaint Instant Guna Puff Pastry

Potong pastry kepada empat segi sama besar. Kemudian potong lagi sehingga menjadi lapan bahagian. Boleh rujuk gambar dekat bawah.


cara-buat-Croffle-Guna-Puff-Pastry


Dah jadi lapan bahagian sama besar, korang potong serong menjadi segi tiga setiap satunya. Jumlah croffle untuk satu pastry adalah 16 ketul saiz mini.

Gulung dari bahagian yang lebar menjadi bentuk crossaint. Lekatkan hujung pastry menggunakan air (jika perlu). Siap gulung boleh la masak menggunakan waffle maker.


cara-gulung-Puff-Pastry


Salutkan croffle dengan gula. Oleskan mentega pada plate waffle maker dan kemudian masukkan croffle ke dalam waffle maker.

Hanya ambil beberapa minit untuk croffle masak. Nak dapatkan croffle yang garing, masak lama sikit. Boleh makan begitu saja atau boleh makan bersama sirap coklat.

Kalau tak mahu Croffle yang manis boleh juga masak bersama hirisan daging nipis.


waffle-maker-Croffle-Guna-Puff-Pastry


 

Penutup

Resepi Croffle guna Puff Pastry dan buat sendiri dekat rumah sesuai untuk yang nak kawal pengambilan gula, yang nak buat Croffle tapi macam dekat café, dan yang suka  memasak.

Selamat mencuba.