Minum Petang Di Café Gula Cakery

Rodiah Amir
5

Café Gula Cakery dah jadi tempat kegemaran kami satu keluarga bila meraikan tarikh ulang tahun, keraian atau ada majlis istimewa.

Tak boleh selalu pergi sebab nanti dah tak jadi istimewa pula tempat ni selain kena berjimat sebab kos hidup semakin meningkat.

Macam biasa kalau tempat tu makanan dia sedap, layanan dia bagus semestinya tak fikir banyak kali kalau nak pergi.

Kali ni pergi sebab nak reward diri sendiri dan Ikhwan selepas berhempas pulas buat persiapan PKSK untuk keTingkatan 1 Ikhwan.

Café Gula Cakery ada beberaa cawangan, yang paling dekat dengan kami ialah Café Gula Cakery KL East Mall.

Suka datang sini, staff dia pun friendly. Tak lokek senyuman dan sentiasa pastikan pelanggan terima makanan dan tanya feedback pelanggan.

 

buttermilk-waffle-Gula-Cakery


Minum Petang Di Café Gula Cakery

Tekak teringin nak makan dessert dan Ikhwan habis sekitar jam lima petang. Sesuai sangat datang ke sini untuk minum petang.

Sebelum tu dah makan tengahari, makan nasi ayam jadi nafsu lapar tu dapat dikawal dengan baik. Tiada pembaziran berlaku.

Kami pesan menu yang betul-betul teringin saja. Suami awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Dia nak minum latte je sebab masih kenyang.



Tapi baguslah selalu sangat terjadi, kalau kami tak habis makan mesti suami yang kena habiskan. Tak elok membazir kan? Suami kata itu punca dia tak kurus-kurus.

Sebelum ni datang sambut birthday Airis Lima tahun 

 

Menu Minum Petang Gula Cakery

Kalau awal-awal dulu Café Gula Cakery ni fokus kepada menu kek dan pastry, lama kelamaan menu dia berkembang seiring dengan permintaan pelanggan.

Peminat dessert kena datang ke sini. Ada pelbagai pilihan kek, pie, tart dan macam-macam lagi manisan ada.


raspberry-pistachio-cake


Apa yang Diah tahu, dekat sini antara signature dessert Gula Cakery ialah Pavlova dan Kek Pandan Gula Melaka.

Pavlova dia meriah dengan buah-buahan, kurang manis dan sedap. Boleh cuba juga Tart Buah Berry. Custard dia yang buat tart dia sedap.

Selain kek dia ada menu barat macam steak tu, ada goreng-goreng tapi agak limit. Kebanyakkan menu dia fusion. Menu Malaysia yang diberi suntikan fusion.

Nasib tak pelik-pelik rasa dia.

 

Review Café Gula Cakery

Review kali ini adalah berdasarkan apa kami makan pada hari kejadian. Tak banyak menu utama yang kami makan memang fokus kepada menu minum petang.

Nampak meja sebelah makan Waffle jadi kami pun pesan menu yang sama. Waffle makan dengan Aiskrim memang gabungan yang tepat.


buttermilk-waffle


Tekstur waffle dia rangup bila di gigit. Makan dengan Callebaut Dark Chocolate Ice Cream yang ending dia ada rasa pahit-pahit.

Lepas ni boleh buat waffle dekat rumah guna Mugen Waffle maker. 

Ikhwan makan burger. Daging burger dia berjus, cukup perasa. Kami dah pernah makan burger crispy pun sedap. Side dish dapat kentang goreng.


BBQ-Beef-bacon-Burger


Portion burger agak besar dan tebal. Boleh kongsi dua orang. Sebelum tu dah ambil kek Rasberry Pistachio.

Pertama kali cuba dan bagi Diah kek agak manis. Terasa kacang Pistachio tapi tidak terlalu kuat walaupun ada ketulan kacang tu dalam kek.




Suka kek dekat sini sebab cream dia tak terlalu manis. Kami pesan juga semangkuk Cheesy Fries Beef bacon.

Kentang goreng yang disiram dengan keju cair dan ditabur dengan hirisan Beef Bacon. Keju agak masin dan mencabar juga kami nak habiskan.


cheesy-fries-beef-bacon


Ketulan beef Bacon tu jadi keras sebab dipotong dadu dan kemudian digoreng. Lain kali memang tak akan repeat order menu ini.

Hazelnut Latte yang suami pesan memang sedap. Bagi peminat kopi macam Diah, akan lagi sedap kalau tak tambah gula.

Strawberry Frape ni tengah promo jadi kami pesan juga sebab sedap. Kalau tak tahu nak minum apa sila pesan Passion Peach Tea.

Sedap ya sebab ada ketulan Peach dalam tu dan memang air pilihan pelanggan rupa-rupanya.


Passion-peach-tea


Harga Makanan Café Gula Cakery

Perkongsian harga makanan sebagai rujukan untuk pembaca yang nak cuba Café Gula Cakery ya. Harga juga berubah dari masa ke semasa.

Harga setiap makanan ada di katalog jadi jangan risau. Rancang sebaik mungkin nak makan apa. Total bil termasuk cukai ialah RM147.30

Strawberry Frape RM9.00

Hot Hazelnut Latte RM14

Passion Peach Tea RM13

Buttermilk Waffle – Single Scop (Callebaut Dark Chocolate) RM20

BBQ Beef Bacon Burger RM35

Cheesy Fries Beef Bacon RM18

Rasberry Pistachio Cake RM18

 

Penutup

Sila ke Café Gula Cakery untuk minum petang dan pasti korang tak menyesal. Ada banyak pilihan dessert yang cantik di mata dan sedap di mulut. Jangan risau café ni ada sijil Halal.

 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. syurga dessert ni kan, kak ana suka ke Andraa by Gula Cakery kat Eco Grandeur, Puncak Alam, nanti DIah pii try sana pulak naa :)

    BalasPadam
  2. gula cakery ni kalo nk mkn kek byk pilihan....suka juga mkn sini tp fav anak pasta la

    BalasPadam
  3. Pilihan nya macam" dan lezat..bikin kepingin mencicipi rasanya.

    BalasPadam
  4. Saya sebenernya bukan sweet tooth , tapi kalo dessertnya tak terlalu manis, saya bisa makan 😄. Ataupun lebih memilih menu savoury nya sekalian.

    Kliatan sedap memang.

    Untuk kopi pun biasanya saya menghindari yg pakai cream kak, selain manis, tinggi kalori juga 🤣. Jadi kopi susu less sugar sajalah.

    BalasPadam
Catat Ulasan