Memaparkan catatan dengan label Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Papar semua catatan

Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 

Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.

Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 

Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.



family-reunion-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail



Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.


lunch-di-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.



Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.


booking-Lunch-buffet-Restoran-Rebung


Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.


review-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.



menu-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?

 

Lunch Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Assalamualaikum. Dulu pernah makan kat Restaurant Chef ni kat tempat lama kat Bangsar tu. Tempat tu dah la hazab nak parking (tepi jalan) dan masa tu tak ingat tahun berapa tapi food dia tak la sedap sangat. 

Now dah improves a lot. Dato Chef dah move to new place dekat Tasik Perdana, so far pergi tadi tak jem pun dan parking banyak (parking bertingkat). 

Hari ni ada officemate belanja satu level. Alhamdulillah. Rezeki. Semoga dimurahkan rezeki orang yang belanja.

Lunch Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Harga per person kalau tak silap less than RM50/head. Makanan berkualiti, fresh, semua cukup rasa. I think dia sedap masakan yang menggunakan santan. 

Then dessert durian dia terbaik. Makan dengan pulut.





Pilihan Lauk Pauk di Restoran Rebung

Ada pilihan lauk pauk kampung dengan nasi ulam/nasi minyak/nasi putih. Kerabu, sambal, masak lemak siput sedut, rebung, ikan patin, kari daging dan macam-macam lagi. 

Ada jugak pilihan mee/ bihun (sup, kari, laksa), rojak, ABC, kuih goreng-goreng. Favourite ialah buah Melaka, dan lempeng sambal ikan bilis. 

Eh banyak la pilihan. Rugi tak pergi. Masa makan tadi ada juga Chef Florance Tan, dia welcome and beramah mesra dengan guest yang datang. 

Rasanya dia pon ada share dengan Dato selain Dr Syeikh Muszaphar Shukor. Ini tekaan sahaja ya. This is second time pergi dan orang memang ramai. 

Makanan mencukupi dan berbaloi untuk lunch. Ada bilik kalau nak buat private event or farewell. Its good make a phone call for reservation.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Address: Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-2276 2525

keropok lekor & ikan bakar tu memang superb






Buah melaka superb lembut and melt in mouth & serawa durian power & lempeng lembut



Pilihan lauk pauk


makan kena ambil portion kecil baru rasa semua



siput sedut sedap