Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Ikhtiar Berhenti Minum Kopi

Kalau ikut umur sekarang aku sedang berasa di fasa kehidupan yang sedang berusaha menjaga Kesihatan diri berbanding waktu muda dulu.

Lebih tepat lagi, menjaga pengambilan gula dan kafein dalam kehidupan harian. Masih lagi mencuba untuk buang kopi dari hidup.

Lepas ni kena biasakan kopi kosong atau kurang gula. Aku memang suka kopi (baca kopi hipster, latte campur dengan syrup).

Kalau dekat luar memang aku akan beli Latte panas atau latte TeaLive dan tambah boba. Semestinya semuanya kurang gula tapi itulah masih jadi ketagihan.

Kalau dekat rumah pula aku suka buat latte guna susu UHT Full Cream Dutch Lady yang kotak warna biru tu.

 

coffee-addict



Ikhtiar Berhenti Minum Kopi


Kopi tak salah ya. Banyak je bagus dia. Jadi tak bagus bila campur banyak sangat segala jenis pemanis, krim. Bila ada unsur manis, diri mula lah jadi ketagih.

Bermula minum kopi dekat café aku mula terjebak minum kopi 3in1 yang memang sah-sah lah tak elok untuk buah pinggang.

Memandangkan diri sendiri tak suka hospital, tak suka buat ubat dan segala jenis berkaitan hospital jadi wajib fikirkan cara nak sihat.

Walaupun susah tapi atleast ada kesedaran kira okay kan? Jadi sekarang usia yang semakin meningkat ni kita perlahan-lahan (semoga tak terlambat) ikhtiar berhenti minum kopi.

Lepas ni nak cuba tak makan tepung pula. Terus terbayang roti telur ya. Omg sedap.

 


Susah Nak Minum Air Masak – Tak Suka / Malas


Lagi satu tabiat buruk aku ialah aku tak suka air kosong. Air yang plain tu kelihatan bosan. ahaks. Kalau dulu nak minum mesti aku letak sirap sebagai pewarna.

Cam odoh je kan hahahaha. Aku pernah letak chia seed, hirisan lemon, buat air teh gula yang cair sebab nak nampak warna tu bukan air putih.

Dia cam berjaya sekejap untuk buat aku minum air masak tapi aku cepat bosan. Payah betul jadi Rodiah ni eh.

Maka untuk mengalih perhatian dan selera terhadap manisnya kopi dan nak encourage diri minum air masak aku cuba minum minuman herba pulak.

 


Minuman Teh Herba Cina Untuk Detoks dan Awet Muda

Dulu waktu menyusu anak aku amalkanjuga herba Cina – Kurma cina dan Goji berry untuk banyakkan susu badan.

Lepas tu lama aku tinggalkan dan sekarang aku mula semula cari herba Cina. Herba lain yang aku suka ialah Longan kering.


Teh-Herba-Cina


Jadi sekarang bila ada pendedahan tentang khasiat Minuman Herba Cina semestinya aku cuba semula. Alhamdulillah menjadi teknik nak ganti kopi dalam kehidupan seharian.

Bila minum kopi aku perasan aku kerap sangat kembung. Jadi mual, angin dalam badan memang banyak. Paling tak seronok perut rasa buncit.


air-Teh-Herba-Cina


Jadi aku cuba set minuman herba – Lemon Roselle Detox. Dalam tu ada Lemon, Kurma Merah, Bunga Roselle, Hawthorn dan Buah Mulberry.

Minum waktu suam air tu memang sedap. Bancuh hanya letak air panas dan boleh minum banyak kali. Rasa dia masam yang boleh diterima tekak. 

Tidak lah pula jadi gastrik lepas minum. Membuang tu jadi mudah. Korang nak cuba boleh beli dekat Shopee kedai ni. 


ganti-kopi



Alhamdulillah setakat seminggu yang aku cuba perubahan pertama aku boleh rasa sendiri ialah memang ketagihan kopi tu dapat dikurangkan.

Tak mahu terlalu selesa sebab benda ni semua kena jaga disiplin. Doakan aku eh.

 

Doa Yang Tidak Ditolak Sepanjang Ramadan

Selamat berpuasa semua. Akhirnya bulan yang di nanti kini tiba. Macamana hari pertama puasa? Ada yang terlepas sahur? Kalau tahun sebelumnya rasa penat sangat nak prepare sahur tahun ni Diah rasa lebih relax.

Faktor usia kot kan? Lebih tenang dan siapkan awal. Minta suami support sebab rancangnya nak masak awal malam sebelum tidur dan sahur tu boleh panaskan. 

Atau boleh makan awal then sahur bangun untuk top up makan kurma dan minum air masak. Anak-anak pon bagi Kerjasama. Harap berkekalan sampai habis puasa ya. 


Ramadan-mubarak



Doa Yang Tidak Ditolak Sepanjang Ramadan


Sempena Ramadan ni jom lah kita sama-sama banyakkan berdoa memohon kepada Tuhan. Mana tahu ada doa kita yang Allah makbulkan. 

Antara amalan doa yang Diah tertarik nak kongsi yang mudah kita nak amalkan adalah doa yang dicadangkan oleh penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 

Disokong oleh hadith di bawah: 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. — [Riwayat Ibn Majah (1753)]. 

Kita tahu kan yang istimewanya bulan Ramadan ni adalah waktu doa yang mustajab bagi mereka yang berpuasa. 


doa-mustajab-ramadan


Doa Mustajab Di Bulan Ramadan


Kiranya 10 minit sebelum berbuka merupakan waktu yang sesuai. Jadi ada 30 hari ni kita rebut peluang dan amalkan lah. 

Doa yang dimaksudkan oleh ustaz Don Daniyal ialah; "Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah, As'alukal jannah, Wa a'uzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni."

Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku." style="text-align: justify;">

doa-ramadan


Boleh amalkan Doa Harian - 30 Hari Ramadan



Selamat Berpuasa – Ramadan Mubarak Untuk Semua Pembaca


Excited Ramadan Mubarak kali ini sebab tahun ni banyak benda berubah. Anak yang sulung akan masuk asrama. Daftar minggu depan ni. Jadi tak pasti perancangan macamana lagi. 

Kita ikut apa saja Allah takdirkan. Cuma diri sendiri cuba nak maksimakan peluang kaut segala nikmat pahala bulan Ramadan. 

Anak-anak pun faham sangat. Semakin membesar jadi dah tahu apa yang nak dibuat. Cuma cabaran nak kejut bangun sahur dan ke sekolah tu mencabar ya. 

Ramadan kali ni bertukar sebab semua anak-anak dah sekolah. Si abang masuk tingkatan satu, kakak dah darjah dua dan yang kecil sekali belajar di Pra Sekolah. 


Kesimpulan 

Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 


Majlis Maulid Nabi - Sambut Israk Mikraj

Ikut kalendar, hari ini ialah ulang tahun peristiwa Israk dan Mikraj, peristiwa yang merupakan mukjizat dianugerahkan kepada Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Dulu waktu dekat sekolah Agama, ustazah dan ustaz sering bercerita tentang ajaibnya peristiwa Isra’ Mikraj.

Setiap kali itu lah Diah akan terpegun membayangkan Baginda menaiki Buraq, haiwan di syurga naik ke langit bertemu Allah.

Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam di belah dada Nabi untuk Kali kedua. Di cuci hati nabi, kotoran zahir dan batin di isi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.

Membayangkan pun dah seram sejuk. Hebat betul. Jadi bila surau dekat rumah, buat Majlis Maulid Nabi untuk sambutan Isra’ Mikraj mestilah tak lepaskan peluang.


Majlis-Maulid-Nabi-Sambut-Israk-Mikraj



Majlis Maulid Nabi - Sambut Israk Mikraj


Lagi satu kalau sebut Israk dan Mikraj mesti akan ingat tentang kisah solat yang sepatutnya 50 waktu sehari tetapi mendapat pengurangan dari Allah.

Nabi minta daripada Allah SWT secara terus tanpa perantaraan malaikat. Sungguh sifat Allah itu Maha Pemurah.

Israk mikraj adalah suatu perjalanan penuh mukjizat yang di malam itu Nabi Muhammad SAW menjadi Imam solat kepada 124,000 para Nabi & Rasul di Masjidil Aqsa.

Solat di Masjidil Aqsa bernilai 500 kali ganda. Masjidil Aqsa juga termasuk dalam 3 masjid paling mulia di dalam Islam termasuklah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjidil Aqsa menjadi perebutan 3 agama terbesar dunia kerana 3 agama tersebut adalah agama Samawi (agama dari langit) tetapi yang masih terjaga kesucian & ketauhidannya cuma agama Islam.

Masjidil Aqsa kini dah sepenuhnya ditawan oleh pihak penjajah. Cuma mereka sengaja cipta persepsi yang ianya belum pun ditawan. 

Dan ya, memang mereka masih menggali di bawah Masjidil Aqsa. Ni bukan mitos. Memang real.

Tak ramai tahu orang yang pertama membebaskan Masjidil Aqsa ni adalah Umar Al Khattab r.a pada tahun 16 Hijrah/637 Masihi. 

Umat Islam memerintah selama 462 tahun selepas dibebaskan oleh Umar Al Khattab r.a.

Tak ramai juga tahu pembebasan kedua Masjidil Aqsa ni berjaya dilakukan pada malam Isra' Mikraj oleh pahlawan tersohor Islam yang bernama Salahuddin Al-Ayyubi selepas 88 tahun Masjdil Aqsa dijajah oleh tentera Salib

Dulu 88 tahun je dijajah, kita dah boleh buka balik Masjidil Aqsa tapi sekarang ni dah lebih 100 tahun dah tapi semua orang membisu dan mendiamkan diri sahaja.

Mungkinkan generasi anak anak kita nanti yang bakal menjadi pembebas Masjidil Aqsa? Ataupun mungkin generasi kita?

Perkongsian poster dari JAKIM.


pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj



pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj-2

pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj-3





Bersyukur sangat Allah jemput untuk hadir ke majlis ilmu. Kalau tahun sudah kami agak sibuk tapi tahun ni Allah beri kelapangan dan terbuka hati nak sertai.

Tak tahu nak terangkan rasa seronok tu, moga Allah jemput lagi untuk hadir ke majlis-majlis ilmu lain.


Majlis-Sambut-Israk-Mikraj


Ramai jiran turut hadir memeriahkan majlis memuji Nabi. Rezeki juga sebab dapat mengeratkan silaturrahim.



Majlis-Maulid-Nabi



 

Mengenali Maksud Israk dan Mikraj


Semalam sempat juga mendengar perkongsian ilmu dari ustaz jemputan yang terangkan secara ringkas maksud Israk dan Mikraj dan ingatkan kembali secara ringkas peristiwa penting yang berlaku.


Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa, Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq.

Mikraj pula membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh).

Sebelum naik ke langit ketujuh Nabi singgah ke beberapa tempat dan melakukan solat sunat. Ini menunjukkan tempat berkenaan penting bagi menghubungkan umat Islam.


Madinah Al-Munawwarah (Thayyibah) – Tempat Nabi Muhammad SAW berhijrah

Bukit Tursina - Bukit Tur Saina’ adalah tempat Nabi Musa AS bermunajat dan bercakap-cakap dengan Allah SWT (al-A’raf: 143).

Bait Lahm, Palestin – Tempat kelahiran Nabi Isa ‘alaihissalam

Kota Madyan – Kisah Perjalanan Nabi Musa ke Negeri Madyan


Biodata Nabi Muhammad SAW


Maulid-Nabi




Tarikh Peristiwa Israk Mikraj


Peristiwa Israk dan Mikraj dialami oleh Nabi Muhammad SAW berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah, tahun ke-10 kerasulan Baginda.

Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah, di mana tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.

 

peristiwa-Israk-Mikraj


Peristiwa Penting Sepanjang Israk Mikraj

Banyak sangat peristiwa yang berlaku jadi sebaiknya rujuk pada yang arif (ustaz) dan boleh baca kitab, buku yang tulis tentang Israk Mikraj.

Tapi Diah nak kongsi antara peristiwa penting dan yang melekat dalam otak bila ditanya tentang peristiwa bersejarah ini.

Apabila Nabi Naik kelangit Nabi berhenti dan berjumpa Nabi berlainan di setiap langit. Nabi juga melawat Syurga dan Neraka.

Semasa di dalam syurga, Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.

Naik ke sidratulmuntaha, melawat BaitulMakmur iaitu Kaabah para Malaikat.

Semasa naik bertemu Allah, Jibril tidak mengiringi Nabi.


  1. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
  2. Langit 2, berjumpa Nabi Isa dan Yahya
  3. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
  4. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
  5. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
  6. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
  7. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim

 

Boleh baca perkongsian ringkasan kisah hidupNabi sehingga peristiwa Israk Mikraj 


Kesimpulan

Sambutan Israk dan Mikraj dan menghadiri majlis Maulid Nabi tahun ini sangat istimewa buat Diah. Dapat recall semula ilmu dan kisah Nabi dan paling penting dapat kenalkan anak-anak dengan majlis cintakan Rasulullah SAW.

 

Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian

Sepatutnya plan nak kongsi tentang Planner 2024 adalah pada hujung tahun lepas. Lepas tu asyik la terlupa.

Hujung tahun lepas selamat beli Planner sempena nak sambut kedatangan tahun baru. Korang jenis suka guna planner tak?

Kalau ya perkongsian kali ini mungkin bermanfaat. Belajar dari tahun lepas, dah serik nak beli planner yang mahal tapi end up guna tak sampai separuh pun.

Salahkan diri sendiri sebab membazir. Huwaa. Jadi tahun 2024 nekad nak beli yang praktikal dan nipis sebab kebanyakkan plan atau jurnal Diah lebih selesa catat dalam excel.


Planner-2024





Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian


Walaupun dah hampir sebulan masuk tahun baru rasa valid lagi kalau nak kongsi. Untuk entri kali ini Diah nak kongsikan kelebihan dan tip guna planner.

Planner yang Diah beli ni simple tapi lengkap. Berdasarkan pengalaman yang sudah, planner ni lengkap sangat dan memenuhi keperluan untuk Diah rancangan masa depan. Ha gitu.

Untuk track perkembangan harian Diah catat di Excel dan urus masa guna Google Calendar.  Untuk tulis target mingguan, bulanan dan tahun Diah selesa tulis dalam planner.

Tahu tak yang ramai tokoh yang berjaya rajin tulis dan rancang impian mereka sebab tu mereka berjaya - cuba tiru jadual orang berjaya ni. 





Kelebihan Menggunakan Planner Dalam Hidup

 

#1 Susun Atur Hidup

Planner akan membantu korang menguruskan kerja dan mengatur kehidupan seharian korang dengan lebih baik dan teratur.

 

#2 Fokus

Planner membantu korang lebih fokus untuk capai apa yang korang tetapkan. Segala perancangan bermula dengan perancangan dan kemudian disusuli dengan tindakan.

 

#3 Jadi Pembantu Peribadi

Planner akan menjadi pembantu peribadi yang akan catat segala perkara penting yang anda perlu selesaikan. Manusia ni sifat dia mudah lupa, cara untuk tidak bebankan otak adalah dengan mencatat pada buku / planner.


action-plan-planner

 


#4 Jurnal Pembangunan Diri

Planner sebagai bukti diri korang melakukan perubahan memajukan diri. Penting untuk mencatat peringatan, kemajuan diri sendiri. Boleh baca semula di hujung tahun nanti.

 

#5 Sumber Motivasi

Semangat nak berjaya, sikap rajin tu akan sentiasa berubah-ubah. Jadi penting untuk ada planner untuk kita rujuk bila Tengah ‘down’.  Baca semula perkara yang kita tulis dalam planner sebagai penguat semangat.

 




Tip Guna Planner Atur Kehidupan 

Paling penting pilih planner yang korang SUKA dan yakin boleh guna semaksimum mungkin. Pilih juga isi kandungan yang menyeluruh.

Planner ni banyak jenis dan juga saiz. Kalau korang kreatif buat je sendiri planner. Banyak je software yang percuma boleh buat template sendiri.

Antara jenis planner yang wujud di pasaran; bullet, spiral, ring binding, blank, grid, dotted. Tak cukup dengan tu, beli sticker dan guna warna untuk hias planner korang.

Jangan semangat je beli planner lepas tu tak tulis dan letak tindakan pun. Itu paling sedih ya.

 

 

Review Planner by MommyHappy Group


Pujian harus diberikan kepada pencipta planner ni sebab dia berjaya kumpulkan semua perkara penting dalam satu buku dan jadikan planner ni menarik.

Isi kandungan teratur, kertas berwarna-warni dan berkualiti. Saiz planner ni sedang elok dan tidak terlalu tebal. 

Paling syok harga RM10 sahaja. Beli dari shop ini. 

Jadi mudah nak bawa, simpan dalam beg. Ini untuk mereka yang suka angkut planner ke mana saja. Ada empat design cover pilihan dan Diah pilih warna Hitam.

Hitam kan warna misteri. Untuk yang tak tahu nak tulis apa dalam planner korang tak payah risau sebab dalam ni disediakan kotak tinggal korang nak isi je.


stress-free-planner


Secara tak langsung dia bagi kita guide line cara nak tulis apa kita nak capai. Ini part saya yang paling menarik perhatian Diah.

Kiranya waktu kita isi maklumat tu kita akan kenal diri sendiri. kena fikir kekuatan diri, apa yang buat diri kita unik, perancangan masa depan dan banyak lagi lah.

Bonus: planner ni juga ada bab merancang kewangan dan monthly plan diet. Ada juga seksyen untuk release stress (crossword, maze, sudoku, colouring).

 

Kesimpulan 


Semoga entri Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian dapat memberi sedikit sebanyak manfaat terutama untuk korang yang guna palnner. 

Dah ada planner cuba buat sehabis baik capai apa kita target.


Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar

Sungguh menarik perhatian apabila selebriti / pempengaruh / Pelakon Alif Satar memulakan Gerakan Geng Subuh Macam Jumaat.

Bangga bila ada anak muda yang ada pengaruh besar menggunakan kuasa pengaruh dengan betul. Seronok bila dah ada gerakan yang memeriahkan rumah Allah di waktu Subuh.

Biarpun ada kata-kata kurang enak didengar tapi kita campak tepi lah ye. Mana tahu asbab datang masjid sebab nak sertai Alif Satar je tapi amalan tu berkekalan.


Geng-Subuh-Macam-Jumaat


 

Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar

Bukan senang nak bangun awal pagi dan berjemaah di masjid melainkan memang diri terdidik sejak kecil lagi.

Bukan semua ada kesempatan dan peluang macam ni. Jadi bila ada geng nak berjemaah sama-sama mestilah lagi teruja.

Geng Subuh Macam Jumaat adalah salah satu persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Moga kita semua masih diberikan peluang bertemu bulan Ramadan bulan keberkatan. Panjangkan umur kami Ya Allah.

 

Geng-Subuh-Macam-Jumaat-Bersama-Alif-Satar



Geng Subuh Macam Jumaat Tersebar Ke Luar Negara

Dengan izin Allah bila Alif Satar dah mula dakwah dalam negara, perlahan-lahan negara jiran kita; Singapura pun terima vibe yang sama.

Benda baik inshaAllah mudah berjangkit. Bayangkan betapa banyaknya pahala dia dapat ajak manusia kea rah kebaikan.

Impak juga terasa di Turki, Indonesia, Australia dan Korea. Masha Allah hebatnya kuasa Allah. Umat Nabi Muhammad umat yang kuat jika Bersatu.

Alif mula Kongsi di media social bermula dengan masjid yang dia selalu pergi sebagai tanda solidariti untuk saudara kita di Palestine.


pahala-sembahyang-berjemaah



Gerakan Dakwah Dapat Sokongan Kerajaan

Bila dah ramai yang sertai dan dah nampak hasil Gerakan Geng Subuh Macam Jumaat memberi impak positif, kerajaan juga kini turut serta memberi sokongan.

Masjid-masjid utama dalam Malaysia menyambut baik dan meneruskan inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat.

Dengan harapan bila dapat sokongan Kerajaan lebih banyak aktiviti diadakan untuk tarik minat terutama golongan muda datang ke masjid.

 

Kesimpulan

Perkara yang baik macam Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar ni wajib la kita war-war kan. Jom ramai-ramai kita sokong dan kalau ada rezeki kita meriahkan sama-sama ya.

 

Urus Masa Guna Google Calendar

Diah dapat ilham buat entri menguruskan masa menggunakan Google Calendar adalah daripada Youtuber Ali Abdaal. 

Kenal Ali dari tahun lepas selepas tengok satu video berkenaan “Self Improvement” dan kemudian suka dengan cara dia. 

Pendek kata konten dia memberi impak. Padu je semua ayat dia. Paling suka adalah cara dia yang sistematik. Semua perkara ada SOP. Suka. 

Jadi baru-baru ni, Ali ada buat perkongsian di laman Youtube berkaitan cara dia manage time guna Google Calendar dan Diah mendapat banyak inspirasi dari video tu. 



urus-masa-guna-google-calendar



Urus Masa Guna Google Calendar 


Kalau sebelum ni Diah banyak bergantung kepada buku nota, Diari, planner. Tapi along the way rasa macam kurang cekap. 

Nak keep track dan recall semula apa yang jadi memang ambil masa dan amat menyusahkan. Jadi tersedar diri bukan rajin sangat nak menulis menggunakan pen. 

Lebih selesa menulis di laptop dan kemudian simpan di Google Drive. Hanya perlu update bila perlu. 

Sekarang lebih gembira, dapat kenal pasti cara baru untuk urus masa iaitu menggunakan Google Calendar. 

Dalam entri kali ini Diah nak kongsikan cara Diah urus masa seharian menggunakan Google Calendar. Diah baru je mula 1 Januari hari tu. 


guna-google-calendar



Kelebihan Urus Masa Guna Google Calendar


Pertama sekali, Google Calendar boleh digunakan secara percuma. Jadi kenapa perlu benda yang berbayar sedangkan kita boleh berjimat. 

Kelebihan bila dah mula guna Google Calendar baru sedar yang sebenarnya banyak sangat perkara kita boleh buat dalam masa 24 jam Tuhan bagi. 

Semestinya, Diah gunakan untuk menguruskan kehidupan agar lebih tersusun. Seronoknya ia juga boleh jadi sebagai diari harian dan lebih mudah nak buat perancangan harian. 

Boleh Tiru Jadual Harian Orang Berjaya ni. 

Google Calendar juga ada fungsi reminder untuk ingatkan kita mengenai apa yang telah kita rancangkan sebelum ini. 

Jadi, bila kita stuck, black out atau burn out kita boleh rujuk kembali segala perancangan kita. 


cara-guna-google-calendar-urus-masa


Cara Urus Masa Guna Google Calendar 


Perkara pertama perlu ada ialah akaun Google. Rasanya semua orang ada jadi lebih mudah. Kemudian boleh akses kalendar di https://calendar.google.com/

Pilih tarikh dan masukkan segala aktiviti harian anda. Tips yang Diah boleh kongsi ialah masukkan terlebih dahulu waktu bangun dan waktu tidur. 

Kemudian dari situ baru anda boleh tahu berapa banyak masa yang korang ada dalam sehari. Tetapkan masa anda mula bekerja. 

Memandangkan Diah adalah freelancer jadi Diah tetapkan untuk mula bekerja pada jam 9.00 pagi. Waktu petang lebih fleksibel sebab anak-anak ada dirumah. 

Klik tarikh kemudian klik masa, isikan detail dan boleh custom warna dan juga letak note untuk lebih detail. 

cara-guna-google-calendar



Pengalaman Guna Google Calendar Urus Masa


Kesan jangka pendek yang Diah sendiri alami ialah otak secara automatik tahu apa perlu dilakukan bila tiba waktunya. 

Sebab kita dah pre set dalam calendar dan kita sendiri dan tetapkan apa perkara kita perlu buat. Alhamdulillah setakat ini otak menerima arahan dan cuba fit kan diri dengan apa yang dirancang. 

Tak sabar nak tengok progress selepas tiga bulan. Jangan lupa doa agar Allah mudahkan segala urusan kita. 

Harapnya dapat disiplin kan diri ikut segala perancangan. Tips Dimudahkan Segala Urusan, Baca Zikir Ya Bariq.

Untuk permulaan tak mahu terlalu mendesak diri dan masih belajar mana yang terbaik. 


Penutup 

Banyak sangat kelebihan kita dapat bila bijak mengurus masa. Google Calendar adalah antara alat percuma yang boleh kita ambil manfaatnya. Jadi jom kita guna sebaik mungkin. 


Boikot Produk Israel Demi Kemanusiaan & Agama

Dunia sekarang terlalu kejam dan manusia semakin hilang sifat kemanusiaan. Tengok sahaja apa yang sedang berlaku kepada Palestin.

Pembunuhan berlaku secara terang-terangan, tak kira siapa termasuk lah kanak-kanak. Kejam betul. Terbayang kalau diri sendiri berada di tempat mereka.

Peliknya mereka tidak rasa apa-apa bila buat kezaliman. Memang tujuan mereka adalah untuk melakukan pembersihan umat Islam di Palestin dengan cara pembunuhan.

"Orang Yahudi dilaknat di dalam kitab (Zabur dan Injil) sikap mereka yang derhaka dan melampau." (al-Maidah: 78)

Banyak kuasa besar, kita lihat hanya berdiam diri. Memalingkan muka dan pekakkan telinga. Tunduk pada pihak yang satu lagi.

Jadi apa tindakan kita? Sebagai seorang Mukmin, doa itu lah senjata paling kuat kita ada, sebab kita ada Allah. Mohonlah kepadaNya.

Doa adalah perlindungan bagi orang yang lemah dan menjadi ubat yang paling hebat bagi mereka yang berada dalam kesusahan.


save-Palestine


Boikot Produk Israel Demi Kemanusiaan & Agama

Selain doa yang berterusan kita juga boleh bantu saudara kita di sana dengan tindakan boikot. Berhenti guna barangan atau servis mereka.  

Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara.

Alhamdulillah, semakin ramai cakna dan turut serta dengan boikot barangan Israel. Bangga rasanya walaupun kita manusia berbilang bangsa dan agama tapi kita tetap bersatu hati.

Sama-sama menolak keganasan, pembunuhan dan ketidakadilan. Apa saja alasan mereka guna tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk bom rumah, hancurkan hospital dan menembak orang awam.

Kalau imbas sejarah, Israel merampas tanah rakyat Palestin sejak tahun 1948 dengan dakwaan bahawa mereka penduduk asal tanah Palestin.

Yakin betul padahal banyak saksi yang memandan hal yang benar. Memang sah manusia yang tidak tahu bersyukur, terus menerus melakukan kerosakan meskipun mendapat kecaman hebat.

 

Boikot Produk Israel, Usaha kecil Tapi Berterusan

Walaupun ada yang mempertikaikan dan memperlekehkan usaha boikot dan katanya langsung tidak memberi kesan apa-apa.

Ingatlah pada pesan Nabi Muhammad junjungan kita,

Rasulullah SAW berpesan: "Sesiapa yang tidak ambil berat (cakna) dengan apa yang berlaku ke atas umat Islam, maka dia bukan daripada golongan mereka (Islam)" - (Riwayat al-Tibrani).

Esok bila kita berada di padang mahsyar, menghadap Allah SWT kita akan ditanya apa yang kita buat semasa kita hidup.

Sekurang-kurangnya, air mata yang mengalir, doa yang tak henti-henti, derma yang tidak seberapa dan usaha kita menyokong barangan Israel itulah dipandang oleh Allah.

Ingatlah dan contohilah kisah burung pipit yang telah cuba memadamkan api Namrud yang membakar Ibrahim AS walaupun tiada kesan.

Sekecil dan selemah makhluk itu pun cuba membantu. Jadi kita yang ada kuasa dan pilihan cuba lah yang terbaik.

Dalam setiap sen yang kita belanjakan dalam syarikat perniagaan Yahudi itulah modal kepada Yahudi Zionis untuk terus membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan nyawa yang tidak berdosa di Palestin.

 


Cara Semak Produk Sokong Israel

Kami pun dah perlahan-lahan berhenti membeli barangan syarikat yang menyumbang kepada Israel. Mula bertukar kepada produk tempatan.


Cara-semak-produk-support-Israel

Ada satu website yang kita boleh guna untuk semak syarikat atau jenama yang menyokong Israel. Nak guna mudah sahaja, boleh taip nama atau guna fungsi camera.

Semak dekat sini - Bdnaash

Hasil dia akan tunjukkan macam dalam gambar ni. Mudah bukan?  

semak-produk-Israel


Untuk anak-anak pula kami dedahkan apa yang sedang berlaku dan tunjukkan video kanak-kanak Palestin yang menangis tercedera dan kehilangan ibu bapa.

Alhamdulillah anak-anak ni hati dia bersih jadi cepat faham. Ada satu situasi yang mana Diah bangga dengan anak kecil.

Minggu lepas kami ke Pasar Malam. Macam biasa selesai pusing banyak kali mencari makanan anak-anak haus nak beli air balang.

Raudah memang suka Air Milo. Setiap kali minum di kedai makan air tu lah dia akan pesan. Nampak penjual air Milo jadi dia nak.

Diah bisik dekat telinga dia ingatkan tentang Palestin, nasib saudara kita dekat sana dan dia setuju nak tukar minum air lain.

Dia tak fikir panjang ya. Sebagai ibu mestilah bangga. Anak sekecil itu boleh faham dan tidak mahu menjadi penyokong Yahudi Zionis.


Boikot-produk-Israel


Senarai Jenama Sokong Israel

Antara jenama yang menyokong Israel dan perlu kita elak beli:


Makanan Segera

Jom makan Marrybrown pula lepas ni

  1. Mc Donald's
  2. Domino Pizza
  3. Pizza Hut
  4. Burger King
  5. Popeyes
  6. KFC
  7. Subway
  8. Hardee's

Jenama Global

  1. Disneyland / Disney +
  2. Carrefour
  3. Hema
  4. Nike
  5. Adidas
  6. Tommy Hilfiger
  7. Ralp Lauren
  8. DKNY
  9. Giorgio Armani
  10. Coco Chanel
  11. Timberland
  12. Levi's
  13. Celio
  14. Cap
  15. Calvin Klein
  16. Victoria's Secret
  17. Hugo Boss
  18. Puma
  19. Caterpillar
  20. Champion
  21. Lee

 

Makanan Ringan

  1. Nestlé
  2. Kellog's
  3. Nescafé
  4. Nesquick
  5. Crunch
  6. Kit Kat
  7. Mousline
  8. Galak
  9. Frigor / Friskies
  10. Kinder
  11. Ferrero
  12. Milka
  13. Lu
  14. Danone
  15. Oreo
  16. Mars
  17. Snickers
  18. Twix
  19. Toblerone

 

Kerepek

  1. Pringles
  2. Lays
  3. Ruffles
  4. Doritos
  5. Cipso


Sos

  1. Calvé
  2. Heinz
  3. Tat

 

Ais krim

  1. Häagen Daaz
  2. Magnum
  3. Cornetto
  4. Algida
  5. Carte D'Or
  6. Baskin Robbins

 

Penjagaan Diri

  1. Garnier
  2. L'Oréal
  3. La Roche Posay
  4. Clinique
  5. Vichy
  6. The Ordinary
  7. Biotherm
  8. CeraVe
  9. Skinceuticals
  10. Chanel Beauty
  11. Dove
  12. Origins
  13. Glamglow
  14. Jonhson
  15. Lab Series
  16. It Cosmetics
  17. Listerine
  18. Ipana
  19. Colgate
  20. Nivea
  21. Tahiti

Penjagaan Kulit & Penjagaan Badan

  1. Maybelline
  2. Mixa
  3. Neutrogena
  4. Diadermine
  5. Johnson's Baby
  6. Blendax
  7. Palmolive
  8. Cacharel
  9. UshuaĂŻa
  10. Kotex
  11. Orkid
  12. Gillette
  13. Axe
  14. Veet
  15. Vaseline
  16. Rexona
  17. Oral-B
  18. Huggies
  19. Sensodyne
  20. Sanex
  21. Pampers

 

Alat Solek

  1. L'Oréal
  2. Mac
  3. Clinique
  4. Chanel Beauty
  5. Estée Lauder
  6. Lancome
  7. Maybelline
  8. Too Faced
  9. Nyx
  10. YSL
  11. The balm
  12. Giorgio Armani
  13. Bobby brown
  14. Prada Beauty
  15. Essie
  16. Smashbox
  17. MC
  18. Niely
  19. Forever 21 cosmetic
  20. Valentino beauty
  21. It costmetics
  22. Helena Rubenstein
  23. Tom Ford beauty


Penjagaan rambut

  1. L'Oréal
  2. Kérastase
  3. Dove
  4. Garnier
  5. Head & Shoulders
  6. Pantene
  7. Elidor
  8. Mixa
  9. Schwarzkopf/ Gliss
  10. Palmolive
  11. Revion
  12. Matrix
  13. Bumble and bumble
  14. Moroccan oil
  15. Pureology
  16. Aveda

 

Penutup

Semoga niat dan urusan kita nak berjihad diterima oleh Allah. Jom kita sama-sama bantu dan boikot produk Israel demi kemanusiaan & agama.