Cerita Raya Aidiladha Kami Seisi Keluarga

Salam Aidiladha untuk semua. Sambutan Raya Haji kali ni memang seperti dijangka, sederhana saja. Tarikh raya jatuh tengah minggu, hari Rabu. Cuti pun sehari, jadi kami pilih beraya di rumah saja.

Ambil peluang siapkan aktiviti tertunggak sebab sebelum ni sibuk dengan game silat Airis. Curi-curi masa juga top up lauk dekat rumah memandangkan sekarang rumah penuh anak-anak tengah cuti sekolah.

Sehari sebelum raya aku dah siap buat ketupat palas. Plan asal nak makan dengan rendang, tapi macam biasalah, rancangan berubah saat akhir. Tengok apa yang ada dalam peti ais saja. Ada puyuh, maka terjadilah puyuh masak kari.

sambutan-Raya-Aidiladha-Secara-Sederhana


Raya Aidiladha Kami Secara Sederhana

Lepas suami balik solat Aidiladha, kami makan sama-sama. Ringkas, tapi cukup jadi masa berkualiti untuk kami sekeluarga.

Pagi tu juga baru sempat call emak di kampung. Tahun ni kakak dan adik saja balik teman emak beraya. Rindu pula nak melakukan ibadah Qurban. Adik-beradik lain berkumpul di rumah kakak sulung. Kami pula raya asing-asing. Begitulah bila masing-masing dah ada keluarga, tak semua raya boleh berkumpul lengkap macam dulu.

Lepas kemas rumah, kami keluar beraya ke rumah abang ipar. Singgah beli kek di Pistachio dan beli juga KFC sebagai buah tangan. Mereka masak lodeh dan sambal ayam. Gambar tak sempat ambil sebab terlalu khusyuk makan dan berborak.

Dah masuk 40-an, topik borak pun makin berubah. Banyak cerita pasal kesihatan, kehidupan dan komitmen masing-masing. Anak-anak semakin membesar dan kami semakin menua.

kek-Raya-Aidiladha

potong-kek-birthday-Raya-Aidiladha


Ke Aeon Sambung Beli Barang Rumah

Selesai beraya, petang tu kami sambung beli barang rumah dekat Aeon. Solat Asar di sana. Masa lalu menuju surau, ternampak kedai MINISO tengah kemas barang. Rupanya bukan pengubahsuaian, tapi operasi ditamatkan. Ada notis tampal di pintu kedai.

Reality hits hard ya. Selama ni baca cerita orang di media sosial saja. Bila nampak depan mata, lain rasa dia. Zaman sekarang ramai orang sedang cuba bertahan dengan cara masing-masing. Tak kisah bisnes, kerja, komitmen keluarga. Kos hidup juga semakin mencabar.


Raya kali ni jadi peringatan kecil untuk diri sendiri. hidup tak perlu sentiasa besar-besaran. Kadang-kadang sederhana pun dah cukup, asalkan ada syukur, ada keluarga, dan kita masih belajar berbelanja dengan lebih bijak.

 

7 ulasan:

  1. Cie pun tak ke mana raya haji ni. Hari ni husband dah kerja. Selamat Hari Raya Aidiladha!

    BalasPadam
  2. Salam Aidil Adha 🥰 Tengah belajar juga nak jadi sederhana. Nak hidup tenang tanpa perlu mengejar benda duniawi.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha Rodiah! Betul, raya sederhana macam ni pun sebenarnya dah cukup bermakna bila dapat luang masa berkualiti dengan anak-anak dan keluarga terdekat. Hidup sekarang memang kena banyak bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Ada menu puyuh masak kari?lain daripada yang lain ni...x pernah jumpa lagi...tapi tu la..xde plak gambar..kalau buat lagi share gambar ye...mana tau SA nak cuba buat plak

    BalasPadam
  4. Eid Mubarak Diah
    Kami pun raya secara sederhana saja.

    BalasPadam
  5. Saya pun dah tak pernah raya dengan keluarga di Medan kak. Berkumpul lengkap tuh memang mukjizat lah. Secara kami adik beradik terpencar2 beda pulau tinggalnya. Terakhir bisa lengkap 2024, itupun ketemuan di KL dan Penang 😄😄.

    Zaman makin keras. Sayapun ada rasa sedih juga tiap melihat suatu bisnis harus tutup. Terpikir bagaimana nasib karyawannya kan

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.