Memaparkan catatan dengan label Menate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menate. Papar semua catatan

Makan-Makan di Me'nate Setapak

Memang one of our favourite menu suami isteri ialah lamb. Berbanding beef kami lebih enjoy makan lamb. entah. 

Hari tu rindu nak makan lamb jadi ajak suami ke Me'nate cawangan Setapak. Tempat luas dan selesa cuma yang tak best parkingkena bayar. Bukan parking dalam mall pun. 

Oleh sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati merupakan our current favourite place kalau makan western ni so bila sampai Me'nate dalam otak dah set expectation yang dari segi taste wise and presentation kena at par atau lebih sedap. 

Berdasarkan viral dan review-review pelanggan la kami sampai ke sini. 

Makan-Makan di Me'nate Setapak

Malam tu makan lamb. Suami cakap kat Me'nate kena makan steak (selain lamb) baru sedap. Tapi macam biasalah kalau peminat lamb payah nak curang. 

Crew dia cakap malam tu cara masakan adalah BBQ. Masa tu tak dengar pon apa crew tu explain dan masa order mintak steak dimasak Well done. 

Kami suami isteri tak makan kalau steak masih ada merah-merah darah.




Review Me'nate Setapak


Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan, 

perisa tak kena dengan tekak aku dan lain-lain. Almaklumlah la tekak lain-lian. 

Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit. 

Menyesal pula suruh masak well done. Dari segi rasa ok lah, even sejuk daging masih boleh dikunyah. Jadi aku simpulkan salah kami yang tak tahu pilih cara masakan daging yang kami order. 




Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??

Apa yang best dekat Me'nate??

Air free flow. Teh Tarik terbaik. Cuba kopi durian for first time.  Pilihan daging yang banyak dengan range harga mampu milik. 

Apa yang kornag perlu buat bila sampai restoren ni lepas ambil seat, pergi ke fridge dan pilih daging. Nanti akan ada crew layan korang untuk pilih cara masakan. 

Hanya anak bujang je makan meatball. Dia kata sedap. Kena la tuh dengan selera dia. Kids menu yang berharga Rm9.90. 





Kalau makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse rasa macam exclusive dan layanan pon sangat warm. Tapi di Me'nate tak rasa sangat friendly tu. 

Tak ada la aku nak kata Me'nate tak best langsung. Aku tengok meja lain meriah je makan. Seronok. 

Sedap la tu, Cuma tak kena tekak aku dan suami je.  Apa pun tak rugi nak cuba. Kalau kata nak suruh repeat, kita tunggu orang belanja ah. ahaks. 

Sesekali tukar angin tak makan nasi. Apa salahnya. Makan Sedap Kat Mana Di Melaka Kalau bukan di ~ Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai

Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Minat aku terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan. Kalau bagi aku, semua aku tak tolak. Aku memang suka mencuba. Terima kasih Allah. 

Amat berlainan dengan suami yang lebih banyak tak minat dari minatnya. Rugi betul. Dan memang tak pelik sebab aku dah jumpa orang yang memang tak makan buah, sayur dan segala mak nenek makanan pelik-pelik. 

Rugi satu nikmat syurga dunia. Syurga sementara.


Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Beberapa bulan lepas (baca tahun lepas) aku ambil peluang ajak suami makan steak di Menate selepas terpengaruh dengan viral yang Azwan Ali maki peminat tu.
End up restaurant tu yang popular. Rezeki dia.

Aku sekeluarga makan dekat branch Wangsamaju yang betul-betul depan Wangsa Walk Mall tu.
Rasanya branch tu masih wujud.

Kalau tak korang boleh pergi Menate branch Jalan Genting Klang kat Danau Kota tu. Lagi luas dan selesa.

Step dia, sebelum pilih seat, pergi pilih daging (beef or lamb), then ko cakap la ko nak steak ko di masak macamana.

Makan dan bayar. Boleh pulang dengan hati gembira. Air free flow dan bayar untuk makanan je. Harga masih mampu bayar.

Ikut la protion mana korang pilih. Makin tinggi kualiti daging makin mahal la. Ukur daging di poket sendiri. aku ukur di poket suami. J

So far aku puas hati. Alhamdulillah. Nak repeat tak tahu bila lagi.  




Hari tu nak try medium well sekali masih ada merah-merah. Geli geleman nak makan. kata Well Done worst ever steak harus la elak kan. hahahha suami amik well done terus nak mintak sikit. 




makanan lain pon ada and harga berpatutan



yang ni aku punya..ni lamb apa tah bahagian dia. Medium well




suami pon amik lamb tapi bahagian lain. ni la Well Done ok



ini anak aku punya. nampak kosong tapi terasa la flavour dia. Sausage dia sedap woi.